Tolonglah Bersimpati!!!

14
6:43 PM
(Gambar curi dari Google, mana mungkin aku merakamkan detik pahit seseorang dalam bentuk salinan lembut!)

Mendengar kisah yang menimpa ke atas seorang kenalan, betul-betul membuatkan hati aku membara. Bukannya jarang kita dengar kes-kes macam ni. Tapi sebenarnya memang jarang antara kita yang benar-benar pernah alami sendiri.

Percayalah, perkara ini tak sepatutnya berlaku. Lebih-lebih lagi apabila kita (lelaki) telah mengangkat lafaz qabul ketika bersetuju memikul amanah yang besar di atas bahu kita dahulu. Ini bukannya perkara yang boleh dipermainkan dengan mudah. Iaitu amanah...

Jadi, kepada lelaki di luar sana.

Tolonglah, tolonglah kenang kembali detik anda pertama kali bergelar suami. Apakah janji yang pernah anda pahat di dalam diri...

Tolonglah jangan kasari mereka ini... Tolonglah, kerana tubuh yang anda kasari itu bukan sahaja akan terluka secara fizikal, dan bukan sahaja ditanggung oleh yang empunya badan. Tetapi ada hati lain yang akan turut terluka...

Aku faham keadaan ini. Kerana aku juga pernah menjadi kancil kecil yang tersepit antara dua jasad dewasa ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tolonglah berikan rasa belas kepada si kecil itu...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. 3-4 kali jugak aku baca nak pahamkan entry nie?ini pasal kes suami ister bergaduh ke??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry bro, aku tak boleh cerita straight...

      Delete
  2. aku dah blue belt taekwondo. hihi.. ada unsur selamat disitu.. kekeke..

    ReplyDelete
  3. Jika ini kes isteri disakiti secara fizikal, nasihat saya...kena bertegas - tinggalkan suami begini. Jangan malu pd masyarakat/famili.

    ***seorang kenalan saya tampar balik suami yg menamparnya, terus suami tu tak 'angkat tgn' kat dia lagi. Terkejut kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut dia terkejut. Hehee...

      Delete
  4. Zaman sekarang tampar menampar tak kira gender lagi, kes isteri mendera suami secara fizikal pun semakin banyak (tak kira lagi kes penderaan mental)....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes isteri dera suami nampak terpencil, sebab tak ramai nak tampil ke depan...

      Delete
  5. KALAU KAWIN SEMATA-MATA KERANA NAFSU, BEGITULAH JADINYA.. WALLAHUAKLAM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nafsu jugak yang mendorong lelaki buat macam tu...

      Delete
  6. setakat hari ini, IM masih tulus menjaga anak dan isteri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa hormat saya kepada abang IM...

      Delete
  7. hrap saya dapat pegang janji bila dah kahwin nnti... insyaAllah...

    ReplyDelete