Dua Darjat Di Tanah Suci

14
10:59 PM

Saya bukan asal orang kaya. Dan saya pernah merasa kaya sebelum saya dan rakankongsi niaga saya memilih untuk fakir semula dengan mewakafkan harta kami keseluruhan kepada kebajikan. Saya bukan buat kenyataan ini untuk jadi riak tapi anda lihat foto ini sahaja cukup jika anda orang sensitif dengan dua alam darjat di Tanah Haram ini.

Jika anda lihat saya seorang yang tiba-tiba kelancangan pena say...
a digandakan di Mekah, ada yang kata itu tanda-tanda haji saya ditolak (dah ada yang komen dan dah di ban pun) tetapi pada saya, realiti yang berlaku di sini terlalu menyedihkan berbanding realiti di tanahair sendiri.

Jangan cuba nasihat saya untuk fokus ibadat. Inilah ibadat saya. Inilah dakwah saya. Menayangkan realiti dan menjentik minda tidur menjadi minda tajdid yang mampu memikir dengan telus. Bukan sekadar berbaik sangka tanpa siasah.

Pernah anda sudi berbual dengan mereka ini? Jika anda beri mereka bantuan kewangan atau sedeqah, adakah anda pernah kutip HUJJAH dari mereka? Nak lagi bersangka baik tanpa siasah jika yang tidur di kaki lima ini adalah anak kita sendiri? Tidur di hadapan kemewahan hotel 5 bintang.

Sebab itu, ramai yang jumud apabila mereka memikirkan HAJI hanya bulan memperbanyakkan ibadat ritual tanpa memikirkan actual / penghayatan haji itu sendiri. HAJI adalah bulan HUJJAH / Bulan maklumat. Bagaimana anda mahu dapatkan maklumat dengan haji jika hanya menjalankan ritual tanpa interaksi antarabangsa bagi kenal mengenal permasalahan negara sahabat Islam yang tertindas? dan mengapa tertindas? Jika haji ini jadi medan konvensyen, ia akan jadi konvensyen TERBESAR DUNIA dan tiada lebih besar dari konvensyen ini. Tetapi?

Ada sebab mengapa saya marah. Bukan anda yang ukur haji saya diterima atau ditolak. Saya melihat hamba kapitalis menjadi gelandangan di Mekah. Saya melihat kapitalis menjamu makanan dari daging-daging manusia tanpa mereka sedari.

Jika anda sampai ke hari ini masih fikir saya menunaikan haji SAMA macam emak, bapa, ipar duai, pakcik, makcik atau sesiapa yang anda kenali, anda mungkin tak kenal saya lagi.

Allah telah jadikan Mekah itu tanahsuci yang aman, tetapi disekitarnya berlaku rampok merampok (Firman Allah dalam Al-Quran). Inilah gambaran Jahilliyah oleh Allah kepada kita. Letak beg semasa solat pun hilang. Semasa tawaf depan kaabah pun boleh orang toreh beg dan dicuri isinya. Dan itu bukan kes terpencil. Walaupun kerajaan Arab Saudi sudah menyediakan belasan ribu polis dan tentera untuk berjaga dan hukuman yang menanti pencopet ini ialah potong tangan.

Jahilliyah dahulu, ada berhala di sekitar kaabah. Berhala yang menjadi idola dan pujaan setiap yang datang. Sudah adakah atau tiada berhalanya? Hari ini orang datang HALA tujunya sudah BERHALA ke tempat lain. Berhala ke kompleks beli belah, hotel 5 bintang, percutian dan lain-lain. Pembangunan oleh Saudi bukannya tak bagus, lebih ramai jemaah mampu ditampung pada masa akan datang. Cuma mereka yang jadi jemaah ni tak perlulah rasa terlampau mulia kerana bilangan bintang pada hotel mereka (Sebahagian kecil sahaja, kebanyakannya sangat baik)

Akhir zaman bangunan pencakar langit didirikan sehingga bayangnya menutupi kaabah. Sudah jadi ke belum perkara ini? Bukan bayang bangunan itu secara fizikal tetapi bangunan pencakar langit itu MEMBAYANGI kaabah. Kaabah berada di bawah bayangan pencakar langit (undershadow) dan kaabah sudah tidak jadi highlight haji lagi. Bila disebut Mekah, BAYANGAN manusia dah lari kepada imej pencakar langit yang tinggi dengan jam dan bulat sabit terbesar dunia di atasnya. Kemudian, baru kaabahnya.

Orang kaya dengan kaya, orang miskin dengan miskin. Pada waktu bila orang kaya akan mampu mengutip hujjah dari orang miskin dan semasa bila orang miskin mampu mendapat hujjah dari orang kaya? Sistem islam ialah sistem yang ada kesamarataan dan berpaksi persaudaraan. Di mana persaudaraannya?

Masih mahu bersangka baik?

Kenyataan itu amat pahit dan ia amat pelik kerana yang dahulunya kebejatan yang pelik sudah menjadi lazim. Maka kebenaran pula dah menjadi sangat terasing.

Saya mungkin tidak hati kering macam sebahagian anda. Saya tak mampu menyuap makanan di tempat 5 bintang sambil di bawah ada gelandangan yang makan di kaki lima dengan anak kecil mereka yang tak tentu lagi makan minumnya. Sebab itu saya dan
Azman Salikin (rakan niaga saya) memilih untuk mewakafkan keseluruhan keuntungan kumpulan syarikat kami kepada kebajikan kerana kami dah jelak dengan orang hanya cakap tapi tak buat. Termasuk sebahagian golongan yang "konon ustaz" kerana perwatakan dan hafaz beberapa potong ayat yang hanya pandai cakap tetapi diri sendiri tak buat.

Kami bukan retorik, kami realistik. Kami dah lakukan. Pada ketika saya tanya kepada Azman, antara Lamborghini ataupun Ferrari, beliau jawab...UMMAT. Kami, sehaluan dan kami tidak sekadar cakap sahaja. We have all right to pinch your asshole with this PAINFUL TRUTH.
 
~Semua teks dan gambar diambil sepenuhnya dari facebook saudara Saiful Nang di sini.
~Selamat menyambut hari kebesaran umat islam. Raya haji ni, takde ke yang buat baju raya?

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. Rajin ko korek cite SN tu kan? Aku pun respek dia. Wakafkan seme harta dunia pd yg memerlukan. Tp tak seme org MELAYU BERAGAMA ISLAM (nak2 yg suka bertuankan parti berlogokan keri) yg kaya-raya tu punya menyimpan rs nak menabung amalan demi bekalan di hari kemudian nanti. Yg penting, poket tebal. Heheheheheh...

    Raya sok, aku mls nak melaram. Baju kurung seme dah tak muat sbb perut dah makin bsr. Aku pki t-shirt metallica saiz bsr je. Heheheheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku antara ribuan pengikut si SN ni. banyak jugak yang suka tentang dia.

      wei, tshirt metallica tu! aku pun ada, made in haiti. tak pakai lagi, sayang. konsert hari tu aku pakai baju lain. hahahaa!

      Delete
  2. 2 darjat ada dimana-mana. Kekadang dalam rumah kita sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu kita sendiri yang sengaja memencilkan diri (pengalaman di rumah sewa).

      Delete
  3. TAK PASTI NAK KOMEN MACAM MANA...

    ReplyDelete
  4. Tak ramai insan seperti Saiful dan Azman di dunia yg gemerlap dengan fantasia materialistik ini. Tapi itulah realitinya dunia dua darjat wujud di mana-mana: di kota penuh dosa atau di tanah suci tempat ummah memburu pahala. Mungkin kerana manusia masih tidak memahami erti kemanusiaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. namun kita semua pasti, di tempat yang kekal sana, darjat kita bukan disukat mengikut berapa banyak duit yang kita ada...

      Delete
  5. orang yang betul² yakin dan faham sahaja yang mampu mewakafkan semua hartanya pada zaman sekarang ini. aku cuba letak diri aku di tempat dia. kalau aku seorang sahaja yang terlibat, insyAllah aku boleh buat. tapi bila melibatkan orang lain, macam family dan masyarakat, aku was² adakah aku akan berjaya? aku mungkin gagal sebab kata² mereka. aku mungkin gagal sebab mereka kurang faham dan kurang yakin. aku mungkin gagal sebab mereka influence aku dengan kata² mereka.

    nak menderma ke jalan Dia memang susah. syaitan sentiasa berbisik galak pada kita. masa tu kalau iman tak kuat, memang akan gagal.

    jangan kan menderma, bayar zakat pun ada yang bising kata mahal sangat. mereka tak tahu ke yang Dia dah janji kalau kita berzakat Dia akan bagi balik pada kita berganda² banyak nya? kita mungkin tahu itu, tapi kita mungkin buat tak tahun dan kita tak yakin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabaran tu beb, cabaran. nak buat kebajikan ni cabaran lebih kuat lagi...

      Delete
  6. betul bro...kita buat apa yang patut..the rest serah pada Allah swt...biar Allah swt aje yang deal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, hakim yang maha bijaksana...

      Delete
  7. hakikatnya benda ini berlaku dimana mana...Selamat Hari Raya Aidil Adha bro.... :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat bro, selamat. hehehee...

      Delete