Kenapa Jalan Berbengkang-bengkok?

14
8:01 AM
Pernah suatu ketika dulu, bos aku yang cuma pendidikannya berlatarbelakangkan bidang architecture pernah bertanyakan soalan kepada aku. Sedang dalam perjalanan mendaki Bukit Tinggi, Bentong selama beberapa minit dia merungut, "Tak boleh ke diorang buat jalan ni straight je sampai atas? Belok sana-sini, menyusahkan, membahayakan lagi ada..."

Aku sebagai seorang lelaki botak berperwatakan separa macho cuma mampu memberikan jawapan ringkas, dengan harapan dia akan faham dengan apa yang telah aku sampaikan dalam keadaan mata mengantuk. Tapi kalau dia tak faham jugak, maka aku mesti bagi penerangan kat dia berserta dengan gambaran visual sekali!
Harap-harap dia faham dan kalau tak faham jugak, aku cuma mampu berserah pada Tuhan dan berdoa supaya lain kali dia tidak memandu sambil merungut lagi...

Soalan yang selalu terlintas dalam kepala tiap kali kita menempuh laluan berliku dan mendaki adalah "Kenapa tak buatkan jalan ni lurus je? Kan senang..." Betul tak?

Dan jawapan aku yang ringkas adalah, "Nak buat boleh. Tapi kalau kos sebanar RM50 juta mungkin boleh jadi sampai RM18 billion. Kau sanggup tengok duit cukai rakyat terbazir semata-mata nak buat jalan ni lurus? Lepas tu tak mungkin kereta kau ni boleh panjat sampai atas sebab kecerunan yang bertambah. Kan ke bahaya tu!"

Bagi sesetengah orang mungkin masih tak dapat tangkap dengan maksud aku kan? Apa kaitan antara kos, keselamatan dengan nak luruskan jalan? Baiklah, cuba tengok gambar kat bawah ni.


Bayangkan kita sekarang berada di titik A, nak ke titik B. Macamana cara terpantas nak ke titik B tu? Kalau ikut logik akal, mesti la kita terus je menuju ke titik B tu kan. Macam gambar kat bawah ni. Seolah-olah kita rentangkan satu pembaris panjang dari hujung ke hujung. Terus sampai. Simple...


Tapi sebelum nak rentangkan pembaris tu, profil tanah kat situ kena la ambik kira jugak. Tak boleh suka-suka main redah je. Ingat ni padang bola ke, lapang dan rata semacam! Untuk pengetahun, titik A dan B tidak berada pada aras yang sama. Dan tambah menyukarkan keadaan, kita terpaksa menempuh keadaan muka bumi yang berbukit. Tengok gambar kat bawah.


Jadi kalau nak ikutkan sangat perancangan asal dan kaedah rentangan pembaris tu, kita terpaksa membuat banyak kerja-kerja tambakan (fill) dan potongan (cut) tanah. Korang tau berapa harga tanah untuk satu meter cubic? Entah, aku pun tak tau. Aku bukan quantity surveyor. Yang aku tau, benda ni memang mahal. Bukan macam karipap yang kita boleh order berapa puluh biji yang kita nak. Kerja-kerja potongan tanah pun pasti akan melibatkan kos yang banyak. Tengok pulak gambar kat bawah ni.


Korang rasa, berapa agaknya kos nak potong, tambak, menurap, nak buat gabion atau anchor kat tebing yang dah dipotong tu, kalau la kita buat jalan tu ikut laluan asal (terus macam pembaris)? Silap haribulan boleh cecah tujuh angka untuk ketinggian macam gambaran contour yang aku tunjuk tu.

Gradien (darjah kecerunan) menurun dan menaik semula menuju ke titik B pun boleh tahan curam. Silap-silap boleh menjunam sampai 15 hingga 20 darjah! Kalau aku la kena drive menurun dan mendaki bukit yang curam macam tu, tobat aku lebih rela jalan kaki...

Ok, sekarang kita tukar pulak. Perancangan asal tak boleh pakai, kita gunakan plan B. Tak payah ikut laluan terus sebaliknya kita ikut laluan berliku, jalan jauh sikit macam gambar kat bawah ni.


Macamana, jauh tak perjalanan kali ni? Sebenarnya tak la jauh, malah lebih mudah dan selamat. Sebabnya, boleh tengok gambar kat bawah...


Nampak tak permainannya kat situ? Lebih landai kan? Jadi segala kos yang berkaitan dapat dikurangkan. Kerja pun lagi efisien. Memang sangat-sangat berbeza berbanding kalau kita ambik laluan yang pertama tadi. Tengok lagi gambar kat bawah, sila jangan jemu ye...


Jadi aku harap korang yang ada kekeliruan macam bos aku tu akan lebih faham dengan penerangan bergambar aku ni. Memang la tak educational mana, tapi sekurang-kurangnya dapat bagi jawapan kenapa selama ni kita terpaksa melalui jalan berbengkang-bengkok sedangkan laluan terus bukan sesuatu yang mustahil.

Sekian, assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. kalau nak membebel pasal jalan tak lurus, kenapa tak naik chopper aje? lagi cepat. tak rosakkan kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi la. tak boleh tumpang. takkan aku nak follow dia dengan kapcai je...

      Delete
  2. baik lah..

    aku baru paham..keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus, bagus... good girl...

      Delete
  3. KALAU JALAN LURUS, SEMPUT KERETA NAK NAIK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terbarai la enjin...

      Delete
  4. aku rasa penerangan ko nie jelas..aku sebenarnya paham apa yang ko cuba smpaikan..kalau naik genting guna jalan lurus alamatnya menangis laa kereta tu nak naik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa, meleleh je air mata...

      Delete
  5. aku rasa, kontur tu kita belajar masa sekolah menengah subjek geografi..
    mungkin ada ulangan pada dia kalau dia study archi.
    mungkin itu sembang kosong bos kau agaknya.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahkan contour pun dia tak paham. hehehe...

      Delete
  6. Jalan tak lurus tak per. Yg penting hati kontraktor dan hati pihak yg menawarkan tender kpd kontraktor sentiasa lurus, tak membazirkan wang rakyat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lurus? mana ada bang. kita semua tau... hehehee...

      Delete
  7. Oooo.. Good info. Konsep sama macam trekking gak ni. Cari permatang atau laluan yang paling landai. Mampus kalau nak panjat tebing. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti pakar baca peta topo...

      Delete