Maafkan Aku...

24
4:42 PM
Maafkanlah aku kerana aku cuma seorang yang tak bijak menzahirkan perasaanku pada engkau. Tidak pandai menjaga hati dan juga tidak mungkin mampu menandingi kehebatan orang lain dalam menuturkan kata bicara. Anggaplah itu sebagai satu kelemahanku yang nyata.

Apa pun aku yakin bahawa aku memang benar-benar sayangkan engkau, rindukan engkau dan terlalu memerhatikan engkau hingga aku tak mampu melepaskan ingatan pada engkau walau sedetik.

Dan sejujurnya juga, aku masih tercari-cari cara untuk membuatkan engkau faham bukan dengan cara yang sama seperti orang lain. Kerana aku mahu menjadi lelaki unik dan tersendiri supaya diri aku akan lebih mudah engkau ingati untuk seribu tahun mendatang, biarpun tubuhku telah bertukar menjadi batu nisan.

Maafkan aku, best buddy...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

24 comments:

  1. Betul tu bro, kita perlu jadi diri sendiri, tak perlu terikut2 utk cuba menjadi org lain, kerana akhirnya nanti orang akan sedar mereka menyukai kita kerana kita yg sebenarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah timbul bila orang salah faham atau tak faham dengan maksud kita...

      Delete
  2. kadangkala sesuatu perkara itu harus diluahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kadangkala juga sesuatu perkara itu tidak harus diluahkan.

      Delete
    2. benda2 gini buat aku serba salah. sama ada perlu atau tidak...

      Delete
    3. aku faham situasi itu. antara akal dengan perasaan, mana yang patut menang.

      Delete
    4. terkadang perlu berlalu seiring, tiada pemenang antaranya...

      Delete
  3. Tuan mengingatkan saya pada marka lama saya..he..he..

    ReplyDelete
  4. SEMOGA DIMAAFKAN.. SEDANGKAN NABI AMPUNKAN UMAT, INIKAN PULA KITA SESAMA MANUSIA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seeking a forgiveness from others, is difficult... (cewah!)

      Delete
  5. aku bijak menzahirkan perasaan aku. tapi aku tak boleh menzahirkan nya. aku kena simpan dan kunci ia dalam hati aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa, perempuan memang bijak dalam meluahkan perasaan...

      Delete
    2. memang bijak. tapi jarang nak jumpa perempuan yang boleh faham macam mana lelaki berfikir.

      Delete
    3. lelaki seumpama pengarca (rujuk entri fairus), cantik hasil buatannya tapi maksud yang sebenarnya cuma dia je yang boleh tau dengan tepat. datang la 10 orang pakar penilai (perempuan) pasti takkan sama dengan apa yang ada dalam kepala lelaki tu.

      Delete
    4. aku nak jadi perempuan itu. perempuan yang boleh faham apa yang lelaki fikir. ada diajar di mana-mana tak?

      Delete
    5. Ilmu yang tak boleh diajar. Kalau berguru, takut sosat nanti. Lagi pun perlu ada unsur2 misterius, baru thrill!!!

      Delete
  6. bhsa tggi..aku xfaham. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahasa Jack dan Dedet kau faham?

      Delete
    2. Bahasa rendah, tapi cita2 je yang terlalu tinggi sampaikan sering terhantuk kepala...

      Delete
  7. laki ke perempuan?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, lama tak dengar cerita budak kecik ni. tahniah, tahniah!

      Delete
  8. File lama perjanjian sulit aku masih ada..baru lepas tiga tahun, ada 997 tahun lagi! Dan aku masih simpan file itu walaupun tak ada signature..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya fail kulit nipis ada simpan kat rak berkaca, compartment paling atas. hahahaa!

      Delete