Mari Membuat Permainan Sendiri (untuk bacaan kanak-kanak sahaja)

22
7:58 AM
Assalamu 'alaikum kepada adik-adik yang bakal menduduki cuti sekolah tak lama lagi. Kepada kalian, abang suka sangat nak ingatkan... Kalau bercuti tu cuba la isi masa dengan sesuatu yang kurang berfaedah, lebih baik daripada buat benda-benda yang takde faedah langsung. Contohnya macam main facebook atau candy crush. Bukan abang nak bagitau facebook tu tak baik langsung, tapi bila dah dapat kat tangan korang, terus benda tu jadi tak elok.

Dah, sebelum abang membebel tak cukup tanah, meh sini abang tunjuk cara-cara macamana nak menghasilkan sesuatu dengan menggunakan tangan. Namanya lastik... Tak payah risau, benda ni senang je. Kalau korang tak hafal sifir tiga pun boleh buat. Dah sedia?

Ok, bahan-bahannya adalah tiga gelang getah (lebih pun takpe, yang ni cuma basic je), sepasang tangan dan otak. Tengok gambar kat bawah. Tapi gambar bawah ni abang cuma tunjuk bahan pertama je. Yang lain-lain korang takkan sanggup tengok kalau abang letak atas meja.


Langkah pertama, ikatkan gelang pertama dan kedua bersama. Kalau tak faham, tengok gambar bawah.


Kemudian, pintalkan kedua-dua gelang tersebut. Cara nak pintal, pandai-pandai la korang fikir. Tak payah mintak tolong orang lain. Dulu masa kecik-kecik (bulu kaki abang belum tumbuh), abang akan gulungkan gelang tu kat betis. Lagi banyak gulungan, lagi padu la lastik korang nanti. Tapi sekarang, betis abang dah berbulu lebat macam gorila, terpaksa la abang gulung kat pipi yang masih licin ni.


Lepas dah pintal tu, korang `lipatkan' gelang getah tu supaya kedua-duanya berpintal sekali lagi secara bersama. Maksudnya, hujung kedua-dua gelang yang tak terikat tu akan bertemu antara satu sama lain. Tak faham? Apa punya pandai la anak-anak zaman milenium ni... Tengok gambar kat bawah!


Ha, dapat? Dan langkah terakhir, ikatkan hujung gelang pertama dan kedua tu dengan gelang yang ketiga.


Macamana, jadi? Kalau tak jadi itu ada beberapa kemungkinan. Kemungkinan paling utama adalah korang ni memang pemalas! Tau nak main dengan touch screen je. Eh, dulu benda ni legend tau. Siapa tak tau buat benda ni secara automatik akan rasa bersalah sampai umur akil baligh. Lagi pun, lastik ni ada banyak kegunaannya. Selain dapat berperang dengan cicak-cicak kat rumah, korang pun boleh lastik mulut makcik-makcik yang becok macam Rosnah Mat Aris.

Sekian, selamat mencuba. Akhir kata daripada abang, peliharalah tradisi kita, junjunglah budaya, hormatilah orang tua. Assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

22 comments:

  1. saya dah terlebih umur kanak-kanak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk adik-adik la senang...

      Delete
  2. lastik nie lagend nie..aku pun dah hampir lupa kewujudanya...bagus gak entry2 macam nie..dari asyik main iPad jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi budak2 ni belajar pegang benda hidup, bukan dalam skrin semata-mata...

      Delete
  3. Banyak permainan masa JR kecik2 dulu dah hilang ditelan sejarah - antaranya main getah, kotak dan guli serta main jengkek (ada panggil teng-teng dan ketinting)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la yang berkaki panjang tu kalau main teng-teng...

      Delete
  4. HAHA.. TEMPAT AKU DINAMAKAN GUNDU.. TEMBAK CICAK MEMANG MUNTAH DARAH LE CICAK TU.. MELEKAT KAT SILING RUMAH.. :)

    ReplyDelete
  5. hahahahaha...Rosnah Mat Aris..Didie Alias...Azwan Ali...tu semua harus dilastik mulut mereka :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lastik salah sorang untuk jadi pengajaran kepada yang lain...

      Delete
  6. getah kena lebih skit, lagi tebal, lagi power

    ReplyDelete
    Replies
    1. stok takde bro, ni je yang jumpa. gulung pun sikit je...

      Delete
  7. Kalau ada banyak getah boleh buat ulat beluncas. Tuan gerenti tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah cuba nak ingat balik...

      Delete
  8. Hmm..yg ni saya tak tau, takde buat masa bdk2 dulu. Main getah (yg lompat2 tu ada la). Beli getah byk2 kat kedai, cantumkan panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu biasa budak perempuan je. hehee...

      Delete
  9. suami akak sellau buat utk lastik cicak..last2 cicak kemana...lastik ni tersangkut merata2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, masih buat lagi (tabik)...

      Delete
  10. Kalau nak bunuh cicak, kena guna getah yang tebal sikit bro. Baru padu. Kalau kena tepat tang cicak tu, mau bersepai badan cicak tu jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni cuma basic je. Aku ada buat saiz senapang gajah. Tapi pdrm tak approve pulak...

      Delete
  11. Memandangkan touch screen dan dunis kehidupan semasa tidak bulih dipisahkan! Maka, saya dengan ini mencadangkan kepada abang, agar membuat game lastik ni.
    1) Mula2 pilih gelang getah. Pilih button gelang getah, dan pilihan warna.
    2 Nak pintal gelang getah, tenyeh skrin.
    3) Bila lastik dah siap, maka munculla sebanyak mungkin cicak di paparan skrin.
    4) Nah lastik la cicak d skrin tuh sebanyak mungkin, dengan menjentik skrin.

    . Semoga maju jaya bro!


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya kalau bateri kong... Jangan sampai ada yang baling tablet (atau gadget lain) kat cicak yang melintas.

      Delete