Sayangku, Engkau Terlalu...

12
9:46 PM
Antara tip ingin merapatkan hubungan antara pasangan: Sentiasa mengucapkan kata-kata pujian terhadap pasangan anda terutamanya lelaki, kerana wanita ini amat suka jika dirinya dipuji lebih-lebih oleh pasangannya.

Sehabis membaca muka surat yang itu, dia memandang aku. "Ha'ah kan, abang tak pernah puji sayang kan? Asyik orang lain je puji..." Terdapat unsur rungutan dan merengek dalam nada percakapannya petang itu.

Mata aku yang sedang sibuk men`scroll' ke bawah pada aplikasi Twitter segera diarahkan kepadanya. Ibu jari aku lantas menekan butang `back' berulang kali hingga skrin kembali ke `home screen'.

"Selama ni bukannya abang tak nak puji, tapi..."

"Tapi apa?" Aku sengaja menjawab dengan tempo yang perlahan, untuk memberikan peluang dia mencelah. Bak kata orang, unsur suspen itu perlu untuk mencetuskan rasa ingin tahu orang lain. Tetapi elakkan daripada mencetuskan situasi anti-klimaks.

"...tapi abang ada masalah untuk mencari perkataan yang sesuai bagi menggambarkan kehebatan diri sayang. Kecantikan wajah sayang setiap kali kita keluar dating bersama, abang rasa perkataan cantik itu masih tak cukup untuk diberikan kepada sayang. Makanan yang sayang masak juga tiada perkataan yang paling layak untuk disamakan keenakannya, abang yakin perkataan sedap itu langsung tidak sesuai dengan kenikmatan yang lidah abang pernah rasa sebelum ini. Lirikan mata dan senyuman bibir sayang juga masih tiada satu pun kamus bahasa yang dapat tafsirkan. Menawan? Bukan... Mempersona? Juga bukan... Atau jelita? Tidak sama sekali.

Jadi abang memilih untuk berdiam diri selama ini sambil tercari-cari bahasa lisan yang paling sesuai digunakan sebagai kata-kata pujian bukan sahaja terhadap diri sayang, perlakuan baik sayang, hasil kerja tangan sayang, bahkan hampir segalanya yang berkaitan dengan sayang. Sehinggakan bayang-bayang sayang yang melegap melindungi semut kepanasan di celah rumput pun abang akan cuba puji dengan sebaik-baiknya.

Percayalah, abang tak mahu gunakan perkataan yang pernah orang lain gunakan. Sebab itu la. Abang harap sayang maafkan abang kerana kegagalan abang ini..." Sejurus aku menamatkan bicara, aku cuba menggerakkan otot-toto di sekitar bibir menjadi sekuntum senyuman payau. Dan kemudiannya melarikan pula pandangan mata ke arah satu keluarga empat beranak di meja sebelah.

Dari ekor pandangan, aku sedar matanya ketika itu sedang sarat menakung cecair jernih, kesan daripada ayat aku yang power.

~Ok, aku tipu. Sebenarnya aku tak jawab apa pun. Cuma tersengih macam kerang wangi sambil terus sambung belek telefon kat tangan. "Tak guna punya jantan". Jerit hati kecilnya...
~Sebab tu aku tak gemar baca majalah mengarut, lebih-lebih lagi yang bersifat seksis ni. Tak kira la lelaki atau perempuan. Merepek bak hang!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. haha, jgn diikut sgt tips dr majalah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan mengarutnya...

      Delete
  2. Satu lagi tip utk wanita:Berhati2 bila lelaki yg tak pernah memuji anda tapi suatu hari memuji anda setinggi langit kerana mungkin ada udang di sebalik mee...Kepada isteri, itu tandanya anda mungkin akan mendapat 'teman baru' (baca: madu no 2, 3 atau 4)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaaa! maknanya lelaki yang selalu memuji tu, ada banyak buat salah...

      Delete
  3. utk mengeratkan hubungan...guna cara dan pendekatan sendiri...yg sesuyai dan kita rasa selesa...tips2 dari majalah,dari org lain mungkin sekadar panduan ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tip2 dari orang yang berpengalaman pun kadang berguna jugak...

      Delete
  4. puji tu kdg2 perlulah botak. jgnla keras sgt. puji ambil hati bukannya susah pon..ko ni.. takyah ah keras sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ni jujur beb. hahahaa...

      Delete
  5. aku scroll ke bawah dulu, tengok ada tak fiksyen. tapi once aku baca, elleh, cerita orang lain. hahahaha

    tapi aku kind of setuju dengan lelaki tu. kalau aku jadi perempuan tu, aku no hal. definitely no hal. aku tak suka orang buat sesuatu yang orang lain dah buat. buat la something yang orang lain tak pernah buat atau jarang buat. dari tiru benda yang orang lain asyik buat, bagi aku baik tak payah buat langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada 7 perkataan BUAT dalam komen ini. hehehee...

      Delete
  6. MASA BERCINTA KALAU MEMUJI MEMANG TINGGI HINGGA KE LANGIT KE-7.. LEPAS KAHWIN, SEMINNGU SEKALI PUN SUSAH NAK PUJI KOT.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangankan langit ke-7, nak cecah siling rumah pun susah!

      Delete