Sepasang Kanan dan Kiri

22
11:07 PM
Jam 3 pagi, tidur aku seakan dikejutkan dengan sapuan udara suam daripada libasan bilah-bilah kipas siling, tepat di atas muka. Sepertinya mahu memberitahu aku sesuatu, lantas telinga aku dapat menangkap satu desahan perlahan dari luar tingap. Tingkap yang disebaliknya tersusun deretan kasut, sandal dan beberapa pasang selipar. Ada yang sudah haus tapaknya, ada yang semakin menggerutu dan ada juga yang telah mengembang mengikut bentuk kaki pemakai. Ohya, desahan-desahan kecil yang saling bertingkah itu lebih berupa kepada satu bentuk perbualan.

Lantas, aku angkat sedikit kepala. Lalu melekapkan telinga aku rapat ke muka panel tingkap. Cuba mengamati isi perbualan antara dua pemilik suara itu. Tak pasti siapakah mereka itu, apa isi perbualan pada dinihari yang tenang itu...

Kanan: Bagaimana kalau satu hari nanti, kau kehilangan aku? Pastinya kau akan gembira, lalu cuba mencari pengganti yang jauh lebih baik. Dan lama kelamaan diri aku ini engkau lupakan. Dengan mudah...

Kiri: Mana mungkin, mustahil begitu! Apakah kehilangan engkau itu mampu digantikan dengan pasangan yang jauh lebih cantik, lebih baru, lebih anjal? Sedangkan diri aku sendiri sudah semakin dimamah masa. Lihat saja diri engkau. Menipis di tengah, hadapan dan belakang. Berdaki di muka, berkematu di penjuru tali. Dan engkau lihat pula diri aku. Kita tidak banyak bezanya. Semua kecacatan yang engkau ada, juga aku miliki. Dan apa-apa jua baki kecantikan yang engkau miliki, juga ada pada tubuh aku. Jadi, apakah sesuai jika aku dipasangkan dengan sesuatu yang baru?

Kanan: Jika begitu, apakah engkau masih menghargai diri aku ketika ini?

Kiri: Mungkin...

Kanan: Ah, aku tidak sukakan jawapan yang tidak pasti begitu... Atau pun kau memang tak begitu pasti mahu menghargai kehadiran aku bersama engkau?

Kiri: Adilkah aku menilai diri aku sendiri? Tidak bukan... Apakah aku ini menghargai diri engkau, cuma engkau yang dapat membaca. Melalui perlakuan aku, melalui susunan langkah yang kita atur bersama tiap kali kita menjelajah lapangan yang sama. Aku tak mampu menilai. Terpulang pada engkau, kerana aku akan cuba menghargai persahabatan kita sepertimana engkau cuba menghargai diri aku. Dengan sebaiknya.

Kanan: Ya, terima kasih sahabat. Sekarang teruskan berjaga, kerana aku tetap akan berbaring di sisi engkau sampai subuh nanti.

Perbualan yang seperti akan tamat, tak harus aku ikuti hingga akhirnya. Dan aku mengambil keputusan untuk menyambung lena. Kerana sebelumnya aku telah menemui mimpi yang aku ingini selama ini, tak harus dibiarkan hilang ditelan sedar...

(Kanan dan Kiri, gambar pertama dari Twitter aku)

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

22 comments:

  1. hargai pasangan masing masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...walau pun tak nampak tanda harganya!

      Delete
  2. Kanan dan kiri sama2 penting lengkap melengkapi....

    ReplyDelete
  3. DAH BOLEH TUKAR DUA-DUA.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju. tukar wei dua-dua. nampak mcm ada potensi licin dah.. kekeke..
      saja komen taknak faham entry.. bahaha..

      Delete
    2. nak tukar boleh, tapi jangan dibuang. ada kisah disebaliknya...

      Delete
  4. aiyak...cerita pasal selipar rupanya...hehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. aku nampak yg kanan tuh cantik sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepa, sama je la bodolnya. yang kanan tu siap ada lobang lagi kat tumit.

      Delete
    2. kalau pakai terbalik, dah tak cantik bro...

      bodol? hahaha! lama tak guna perkataan ni...

      Delete
    3. walau sejauh mana kita pergi, ingat la asal usul kita. hahahah

      kue wong jowo si?

      Delete
    4. orak ah! wong jowo jerman...

      Delete
    5. speaking jawa pulak dah!...
      tata, berlubang tak ok ker?!. aku rasa, dapat kat dak Dino, bulih buat pasu bunga.! hahaha

      Delete
    6. aku agak, dia nak tanam serai kot...

      Delete
  6. tak juga. aku rasa dia pi plant bug atau gps kat situ. untuk tracking mana ia pergi. kot² mana la tahu hilang masa gi Jumaat, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu device boleh beli 10 pasang selipar! hahahaa...

      Delete
    2. mana la tahu selipar tu betul² special. tu yang sampai pasang GPS tu. haha

      Delete
    3. Tak berapa nak nampak permainannya kat situ...

      Delete
  7. berapaan tuh sendal kayak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah, asalkan selesa. Terima kasih singgah...

      Delete