Sepetang Di Facebook Chat

5
11:29 PM
DIA
Tanah berekar2 Sultan punya, balak berpemeluk2 Menteri punya, pasir sungai bertan2 Ketua Bahagian punya, bukit bukau abis ditarah Cukong punya....Bila musim hujan.. air banjir, selut,lumpur,sampah, bangkai,buaya tembaga, tuala carefree terapung etc rakyat marhaen yg punya... Macam2 rakyat dapat..Betul2 Rakyat DiDahulukan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIA
nie aku kopipes jek...
ko kn suke bc

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Hehee... Aku suka baca kemudian tersengih je beb...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIA
InsyaAllah sama2 kita praktikkan..Jangan asik salahkan kerajaan je kalau rege minyak naik..Kita rakyat biasa macai kutu berahak ni lah kene ubah cara hidup..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Dalam masa sama kita kena sedar, banyak mereka bagi, makin banyak jugak mereka kaut. Yang mana apa yang mereka kaut tu sebenarnya hak kita. Itu yang kita tak perasan selama ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Ohya, bercakap pasal ubah cara hidup... Kita sebagai marhaenis ni takde masalah nak ubah cara hidup sebab kita pun dah biasa hidup susah. Tapi macamana dengan golongan pembuat dasar yang selama ni senang lenang duduk atas kerusi empuk. Mahu ke mereka ni berubah terutama sekali dalam berbelanja dan munggunakan duit kita. Aku tak rasa mereka sanggup memandangkan mereka dah terbiasa hidup mewah sejak kecil. Makan bersuap, jalan bertongkat, keluar berpayung... Pokoknya, mereka ni cuma kata mereka faham masalah rakyat bila ditanya je. Tapi apa yang ditonjolkan, jauh disebaliknya. Itu la rasa tak puas hati yang selama ni sekian ramai antara kita cuba suarakan. Tapi malangnya mereka ni selalu disalahertikan. Dikata manja, dikata tak kenang budi, dikata cuba menderhaka pada tok nenek, dan banyak kali dikata kuat membangkang. Aku rasa itu bukan membangkang, tetapi menegur. Teguran lembut bertukar menjadi keras, seterusnya dikata membangkang membabi buta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Pokok pangkalnya, di mana kita mahu berada? Di dunia apa kita nak anak2 kita hidup kelak? Takkan dunia yang makin menjarakkan kasta manusia? Kaya makin kaya, pemimpin makin berkuasa dek kerana rakyat yang makin dungu, miskin makin melarat walaupun mampu memiliki berkeping2 duit beribu. Aku tak nak macam tu. Jadi, tak kisah di pihak mana kita mahu berada. Asalkan kita tahu atas alasan apa kita di situ. Biarlah alasan tu bersandarkan pada akal, pada hati, pada baik bicara, pada hukum2 sedia ada di dalam kitab. Bukan semata2 mengikut telunjuk atau kata doktrin pihak lain. Marilah kita belajar menilai sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Dengan itu, kekalkan prestasi, tingkatkan produktiviti! Have a nice day buddy...!
Pergh, tak pernah aku mesej berjela macam ni. Macam ruangan kolumnis kat utusan pulak! Hehehee...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIA
weh panjangnye... x larat nk bc la. org pendiam mmg cm nie kot... suke luah perasaan dgn menulis...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Novelis yang gagal. Hahahaa! Thanks for your concern...
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
~Aku ni bukan la penyokong mana-mana parti politik, jauh sekali nak jadi ahli. Tapi sesekali kalau dah ada orang start cucuk, syok jugak bersembang sampai lupa daratan! Hahahaa...


About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

5 comments:

  1. ...Memang panjang celoteh mu itu sedara. Hehehehe

    Eh, kenapa jadi unilateral bro?

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. No string attached. Hahaaa! Lebih mudah memberikan komen, tanpa ada kekangan...

      Delete
  2. Replies
    1. Mentaliti kebanyakan kita masih seperti rakyat di zaman kesultanan Melaka 500 tahun dulu. Ramai berebut2 nak tunjukkan dia adalah Hang Tuah dalam Hikayat hang Tuah yg sanggup terjun dalam telaga najis utk selamatkan kuda Raja, mereka tak mahu menjadi Hang Jebat pembela keadilan kerana takut dicop penderhaka....

      Delete
    2. Bersendirian, memang tak banyak dapat kita lakukan.

      Tapi bang, saya pun tidak akan memilih sama ada mahu menjadi hang tuah atau hang jebat. Jauh sekali hang kebun! Hehehee...

      Delete