Zurin : Kerana Aku Ada

12
7:54 AM
Telah hampir sejam berlalu, masih tiada apa-apa respon. Sms yang aku harapkan akan muncul sejak tadi masih lagi gagal menerpa melalui ruang frekuensi selular terus ke telefon aku. Aku tau, ini adalah sesuatu yang pelik lebih-lebih lagi kepada kita semua yang hidup pada tahun 2013 ni. Mana mungkin masih ada lagi yang menghantar pesanan ringkas dengan telefon Nokia keluaran lewat tahun 1990-an!

Tambahan lagi, berhubungan dan berkomunikasi akan perkara yang serius melalui pesanan ringkas? Agak aneh dan lucu sebenarnya. Tetapi aku lebih suka menganggapkan ini sebagai sesuatu yang unik. Keunikan yang terus membawa aku mendampingi dirinya.

"Apasal tak jadi beb? Rugi tu kau tolak. Bukan senang nak dapat peluang macam ni." Soalan yang aku ajukan kepadanya sejam sebelum itu.

Ketika itu, dia mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah dari airport. Ya, airport. Tempat yang akan menerbangkannya keluar dari tanah khatulistiwa sini. Tetapi mengapa waktu itu dia sedang dalam perjalanan ke arah yang bertentangan. Segala jawapan itu berada di atas telapak tangan aku.

Treeetttt.... Treeetttt...

Peranti pintar aku bergetar.

Lampu biru di hujung sebelah atas kiri muka telefon pintar aku terus berkelip-kelip, menandakan terdapat notifikasi yang perlu aku layan. Serba salah. Perlu ke aku membaca isi kandungan sms keramat itu? Apakah jawapan kepada penolakan tawaran di saat akhir tu ada kaitan dengan aku? Atau apakah dia punyai masalah yang selama ini aku sahaja yang buta kayu, tak mampu melihat. Tak mampu sama-sama pikul untuk diselesaikan?

Tolonglah berikan aku jawapan yang tidak memeningkan.

Sebaik dibuka, aku seakan mahu pengsan. Lutut aku segera longlai dan hampir tak mampu menampung tubuh yang kurus tinggi dan berkepala botak ni. Dan akhirnya, telefon pintar kesayangan aku itu terlepas lalu jatuh ke lantai...

"Aku tak jadi pergi sebab kau la beb." Hanya satu ayat ringkas yang mempunyai beribu lagi tanda tanya...

Entri terdahulu :
Zurin (I)
Zurin (II)

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Kalau dia xjd pg sbb lu. Lu kne bertanggungjwb tu beb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumpah pak, saya nggak salah pak!!!

      Delete
  2. Kalau sesuatu itu di luar kemampuan kita menguruskannya, biarlah ia berlalu bersama waktu. Itulah namanya ketentuan Tuhan!

    ReplyDelete
  3. APAKAH SEBABNYA TU... APA KEISTIMEWAANNYA SEHINGGA DIA TAK JADI PERGI.. RUGI OO, TIKET KAPAL TERBANG DAH BELI.. :) KALAU AIR AIR TAKLAH RALAT SANGAT, KALAU TIKET MAS.. ERM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba bayangkan kalau tiket MAS... Fuh!

      Delete
  4. Pasti ada sebabnya dia tak jadi pergi...Mungkin dia gayat bila duduk atas udara kot???

    ReplyDelete
  5. wei kejap. ini fiksyen atau betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala, ada kat label tu. heheee...

      Delete
    2. itu pasal aku nak double confirm. punya la aku menghayati, bila nampak bawah tu fiskyen. haish geram nya!

      Delete
    3. nanti aku tulis label besar punya...

      Delete