Anak Kecil Dalam Jamban

10
5:54 PM


Dik, kenapa kecewa sangat ni? Apa yang nak dimarahkan sangat ni? Nak menyalahkan orang lain atas `kelebihan' yang Tuhan beri pinjam buat sementara itu? Tak perlu sampai begitu sekali. Seburuk-buruk rupa, sekeji-keji sifat fizikal, itu semua cuma imej tampanan yang melekap pada layar kanta mereka yang celik je. Celik di mata, tapi tidak di dada. Bijak di kepala, tapi bodoh di hatinya.

Tak elok kamu meraung, tak manis kamu menangis, duduk terpuruk di bucu dinding busuk. Bukan di situ tempat kamu. Mari sini, buka pintu. Jengahkan kepala. Ada dunia yang lebih luas di luar sini. Luasnya, kamu takkan dapat mencari batas sempadan walau pun kamu berlari selama seribu tahun hayat.

Tengok macam abang ni. Walau pun cuma ada sorang je yang pernah menuturkan kata bahawa abang memiliki wajah kacak (si dia) selama ini, tapi abang tetap steady berjalan mengembangkan hidung. Sebulan sekali mencukur kepala, licin memantulkan cahaya. Lantak la orang lain mencebik muncung bibir melihatkan rupa paras abang ni. Tapi abang tetap yakin, wajah ni adalah salah satu barang pinjaman yang abang takkan tukar dengan benda lain. Mahal tu dik!

Sebab tu la, sesekali abang akan memuji diri sendiri. Memasuki bakul kosong untuk diangkat sendiri. Bukan sebab abang sombong, tapi sebab abang cuma nak menghargai pemberian Tuhan ni.

Sekali lagi, smbotak adalah seorang yang kadang-kala hensem.

~Aku tak pasti, adakah ini entri bagi nasihat atau entri bangga diri. Hahahahaaa!!!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Seperti kata Hitler, jadikan kekurangan sebagai satu kekuatan! Menggunakan kata2 itulah Hitler yg bersaiz pendek (mengikut saiz Eropah) dan tidak hensem itu membangunkan Jerman dan menjadikan dirinya sebagai orang pendek dan tak hensem yang paling ditakuti oleh dunia!
    Bukan Hitler saja antara tokoh bersaiz pendek dan tidak hensem yang paling ditakuti dunia. Napoleon Bonaparte (Perancis) dan Mussolini (Itali) juga adalah antara tokoh-tokoh lain yang paling dihormati dan ditakuti dunia walaupun fizikal mereka pendek dan tidak hensem. Mereka telah membuktikan mereka boleh berada di puncak dunia berbekalkan kekurangan - tubuh pendek dan wajah jelik...

    Jadi jangan rendah diri dengan apa yang Allah beri. Jadikan kekurangan sebagai kekuatan, seperti kata Hitler....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendah diri boleh, tapi jangan terlalu pesimis. kekuatan diri akan jadi kelemahan, kelemahan akan menghancurkan...

      Delete
  2. SESUNGGUHNYA CIPTAAN ALLAH ITU SEMPURNA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata kita yang mentafsirkan ketidaksempurnaan tu...

      Delete
  3. tengok tajuk entry aku terus imagine 'budak kecil' dalam jamban. hahahaha.

    confirm aku tak masuk jamban tu dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan `budak kecik' yang tu. ini bukan cerita seram ma...

      Delete
  4. aii sape pulak yg majok tu?? ko masuk tandas pompuan ekkk... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la sorang budak kecik yang jiwa tak kental tu. hahahaa...

      Delete
  5. sesungguhnya ini entry 2 dalam 1 kot..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting mesej tu sampai. Heheheee...

      Delete