Babak Cina Buta

13
10:42 AM
"Macamana dengan cadangan aku semalam, setuju tak?" Ikram mencondongkan badannya sedikit ke hadapan, rapat dadanya menekan bibir meja makan restoran Ali Maju malam itu. Baginya, malam itu satu keputusan yang memihak padanya harus dimuktamadkan. Tiada alasan lagi. Tiada dolak dalih seperti sebelumnya.

"Cadangan apa benda?" Bulat biji mata Faizol meneropong wajah Ikram. Sambil tangannya lincah mengetik sudu dan garpu di atas pinggan, lidahnya ligat pula membersihkan sisa-sisa roti canai di seluruh pelosok mulutnya. "Semalam ada banyak benda kau tanya aku, aku dah tak ingat..."

"Ala, pasal plan kita tu la. Aku dengan bekas bini aku tu nak rujuk balik. Tapi kau kan tak boleh sebab aku dah bagi tiga das kat dia. Jadi, tu yang aku nak mintak tolong kat kau...." Raut wajah Ikram begitu menampakkan garis-garis mengharap. Bulu-bulu keningnya bertaut rapat, matanya mengacil. Namun begitu, masih lagi gagal menyembunyikan parut-parut jerawat di kanan dan kiri pipinya.

Bagi Ikram, lelaki yang dikenalinya sejak menuntut di sekolah teknik dulu adalah satu-satunya orang yang paling dia percayai. Sebab itulah dia begitu bersungguh-sungguh meminta pertolongan si Faizol malam itu, walau pun dia sendiri sedar terdapat satu halangan yang besar dalam menjayakan perancangannya. "Kau kena tolong aku Zol. Takde orang lain lagi dah yang aku percaya. Cuma kau sorang je. Boleh? Lepas ni kalau kau nak mintak tolong apa-apa je aku sanggup tolong. Dunia akhirat aku takkan lupa jasa kau ni kalau kau sanggup..." Sekali lagi Ikram bersuara, setelah melihat Faizol tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

"Susah sikit la bro. Dan aku rasa memang tak dapat tolong kau kali ni." Tenang Faizol menjawab setelah dia selesai meneguk kopi ais di sisinya. "Kau pun satu, bebal. Bertindak tak pakai otak. Sampai tiga das kau shoot dia. Orang kata, lelaki ni dia ada pertimbangan yang lebih sikit berbanding perempuan, sebab tu la Tuhan serahkan kuasa jatuhkan talak atas kita. Abis tu, mana kau punya pertimbangan masa tu? Sekarang kau dah terlajak kata, dah terlanjur perbuatan. Macam ni ke cara kau nak reverse kau punya perahu tu? Aku tak sanggup, ni serupa kerja gila..." Faizol mula membebel. Sejak awal lagi dia sudah tak setuju dengan cadangan Ikram. Baginya, urusan nikah kahwin, cerai berai ni bukan kerja main-main. Dan dia tak pernah langsung terfikir nak terlibat dengan perkara-perkara yang mempermainkan hukum macam ni, walau pun dari segi teorinya, rancangan itu sah dari segi syara'.

"Tapi benda ni bukannya salah pun. Kau nikah dengan dia pun kat sini, kita buat cara betul. Bukan kita bawak dia lari pergi sempadan pun." Ikram cuba meyakinkan. "Belanja nikah dengan kenduri kecik-kecik tu aku boleh tanggung. Lepas daripada tu, kau lepaskan la dia..." Sambungnya lagi.

"Bodoh la kau ni Ikram. Kau cari la orang lain. Yang bujang lagi kan ramai, aku ni kan dah kahwin!" Faizol mula meninggikan suara. Dalam nafas yang semakin kencang, aliran darahnya seakan-akan sedikit tertahan daripada menyemburkan nada suara yang lebih tinggi. Sudu dan garpu di tangannya sudah diletakkan ke sisi. "Bangang..." Dahi Faizol mula berkerut...

"Takpe Zol, aku percaya sangat kat kau ni. Pasal kau dah kahwin tu bukan masalah besar. Kau bincang la dengan bini kau. Kau kawtim elok-elok. Aku yakin, mesti dia boleh faham punya. Lagi pun dia bukannya..."

Prang...! Dam... Gedegang...!!!

Belum sempat Ikram menghabiskan ayatnya, pandangan matanya tiba-tiba menjadi gelap. Beberapa saat kemudian, dia tersedar dan mendapatinya dirinya sudah terperosok di bawah kaunter bayaran. Meja tempat dia dan Faizol menjamu selera tadi sudah terbelah dua, dan serpihan meja serta kerusi plastik bertaburan di sekitar. Percikan darah yang merembes keluar dari hidung dan luka di dahi serta mulutnya terkesan di atas baju putih yang dia pakai.

Dalam pandangan mata yang masih kabur, sejurus dia berpaling, dia hanya mampu melihat Faizol berjalan meninggalkan restoran mamak itu dengan kepala berasap...

*Logik ke cerita yang aku buat ni???
*Maaf, kalau cerita ini agak sensitif.
*Apa pun, aku harap lelaki macam Ikram ni cepat-cepat la pupus dari muka bumi ni.
*Sekian, selamat menyambut tahun baru 1435 hijrah. Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

13 comments:

  1. logik cerita nie..tapi kau sangat kejam kerana tak habiskan scene ini..kenapa dia tampar sebelum ikhram sempat habiskan ayat "dia bukannya" arghh...baik ko sambung balik...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. "lagi pun dia bukannya, bukannya... rahsia!" hahaa....

      Delete
  2. memang logik pun cerita ni. kalau aku jadi Faizol pun aku akan gedegangkan Ikram lagi teruk dari di atas tu.

    kalau aku jadi bini Ikram, aku tak kan hendak balik dengan dia, walaupun masa tu aku dah janda berkali². lelaki kalau buat keputusan terburu² memang kurang layak jadi imam jemaah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya kalau dua2 pun bengong... ada jugak orang macam ni.

      Delete
  3. Ikram mmg tak layak beristeri..jangan tolong diaa..

    ReplyDelete
  4. Nama Ikram tu dah cantik betul, tapi perangai tak seperti nama.

    Tak tau sama ada zaman ini masih ada Cina buta atau tidak. Masa JR kecik2 dulu ada seorang lelaki di kampung kami yg sangat lurus bendul dan kelihatan kurang cerdik selalu dijadikan Cina buta. Dia pula sanggup jadi Cina buta kerana upahnya lumayan juga...Hingga satu kali lelaki lurus bendul itu tak mau ceraikan isteri Cina butanya, maklumlah isteri barunya itu tersangat2 cantik! Maka berputih matalah bekas suami yg lebih bodoh dari si-lurus bendul itu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, sebelum ni saya memang tak tau pulak kalau memang betul ada orang yang sanggup bayar (dan dibayar)...

      Delete
  5. EH... RESTORAN ALI MAJU KAT MANE ERK? MACAM PERNAH DENGAR JE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ali maju? banyak cawangan bro...

      Delete
  6. ceritanya sampai... kira logik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...sampai terbelah meja kat ali maju.

      Delete
  7. WOW EFFECT dia sampai terbelah meja.. aku pernah nampak meja terbalik..

    ReplyDelete