Bangau Kepala Botak

19
2:18 PM
Selasa, cuti awal Muharram hari tu, aku lepak sepanjang pagi kat Seksyen 10 Kota Damansara. Lepak bukan sebarang lepak, tapi sebenarnya aku melakukan aktiviti rajin campur malas. Aku katakan rajin sebab, ini adalah kali pertama aku mengail menggunakan kaedah yang agak agresif jugak iaitu casting...

Dengar-dengarnya, kat sini dah ada orang dapat menjinakkan spesis ikan air tawar yang tergolong dalam kategori pemangsa. Jadi cara nak tangkap pun tak boleh la gunakan kaedah bottom yang macam selalu. Cara yang aku gunakan kat sini adalah dengan menggunakan umpan tiruan. Umpan yang berupa katak plastik dengan juntaian ekor getah berharga RM12.90 tapi dapat aku tawar dengan harga cuma RM10.00 sahaja, memandangkan aku dah biasa membeli barang kat kedai pancing yang satu ni.

Regu aku yang sorang lagi pun sama, guna umpan jenis yang sama. Brand yang sama, cuma warna je yang lain. Aku gunakan umpan warna terang (merah/oren) sementara dia pulak menggunakan warna hijau gelap sebagai penyamaran. Tapi hari tu, dia lebih rajin daripada aku. Dia gunakan dua batang joran serentak. Satu untuk casting, satu lagi dia gunakan umpan palet dan dicampakkan ke tengah tasik.

"Umpan ni halal tak?" Nasib baik aku tak kena cangkuk dengan mata kail bila aku tanya soalan ni. Yela, kita kena la ambik berat bab halal haram ni. Walau pun bukan kita yang nak makan umpan tu. Tak gitu?

Setelah hampir dua jam casting tanpa hasil dan celah ketiak aku mula mengeluarkan peluh wangi, aku kemudiannya menukar pula kepada mode malas. Memancing sambil duduk ber`facebook' dari atas bench.

Tiada lagi casting, tiada lagi pergerakan berjalan dari hujung kanan sampai ke hujung kiri tasik. Lantak la, hari tu aku memang malas. Cangkukkan mata kail dengan beberapa butir palet (aku yakin halal), campak ke tengah tasik, sandarkan kat `handrail', klipkan hujung rod dengan loceng, dan aku pulak duduk bersandar kemalasan! Sementara regu aku yang sorang lagi masih berusaha.


Hasilnya, setelah beberapa kali menukar umpan dan melihat kelibat ikan berenang (termasuk sepasang toman sebesar betis melintas berhampiran umpan aku), barulah aku faham dengan makna ungkapan membangau yang selalu kaki pancing sebut.

Lokasi sebenar (tanda bintang kat bawah) port mancing yang banyak ikan tapi perlukan kerajinan ni adalah di Jalan Merbok 10/1, betul-betul di hadapan Kondominium De Rozelle. Kat hujung jalan ni adalah SMK Seksyen 10. Siapa-siapa yang biasa main mountain bike atau trekking, mungkin tau tempat ni kat mana sebab tasik ni dikelilingi trek berbasikal di bahagian hutan belakang sana.


Koordinat GPS tempat ni, Lat: 3°09'58" Long: 101°34'50". Sebenarnya sebelum balik tu ada sorang mamat dapat tangkap peacock bass dengan berumpankan katak hidup. Boleh tahan besar saiznya. Terkejut jugak aku, ada peacock bass kat sini? Pergh...! Lain kali la aku datang lagi... Kalau rajin.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

19 comments:

  1. sabarlah...membangau itu sebahagian dr pemancing..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat pun selesa. Cuma awek2 joging je yang tak melintas...

      Delete
  2. Masa kecik2 saja pernah memancing. Itu pun cuma guna pancing batang buluh umpan cacing mengail di sawah. Bila dah dewasa tak pernah lagi memancing ikan. Memancing perempuan adalah, dan dia adalah isteri saya sekarang....huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memancing yang ni (hati perempuan) lebih mencabar bang...

      Delete
  3. macam teruja plk aku nk pi mancing tak dapat ikan pon xpa janji lps gian haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok ikan berenang sebelah umpan pun syok!

      Delete
  4. IM paling tak suka memancing. Boring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la, best tu. hehee...

      Delete
  5. kalau nak suruh aku memancing boleh, tapi tangan kanan pegang pancing, tangan kiri pegang buku. kalau pancing goyang aku campak terus dalam air.

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau baling apa, buku ke pancing? hahahaa...

      Delete
  6. membangau yer bro... PB saiz kasar ye kat situ... boleh dipertimbangkan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahad ni aku nak repeat. apa kata...

      Delete
  7. SEBUT PASAL BANGAU, SEMALAM AKU NAMPAK SEEKOR BANGAU KAT PADANG BOLA DI TAMAN PERUMAHAN AKU.. KEBETULAN LEPAS HUJAN, AIR PUN BERTAKUNG DI PADANG.. AKU INGATKAN SI BANGAU TU FIKIRKAN PADANG TU SAWAH AGAKNYA.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fai, lama tak kau perhatikan bangau tu? apa ia buat seterusnya?

      Delete
    2. bangau tu termenung dengan wajah keliru da...

      Delete
  8. sesungguhnya memancing itu memerlukan kesabaran dan alhamdulillah bro tergolongan dari orang yang sabar...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni terlebih sabar, sampai pancing pun sandar jauh sikit...

      Delete
  9. Uncle bangau tak kenal... langau kenal lah... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sampai angau sudah...

      Delete