Pen, Kertas dan Khutbah Jumaat Dalam Pengangkut

20
4:32 PM
Dalam pengangkut ketinggian...

"Weh, pergi masjid bawak kertas dengan pen? Nak ambik nota la ni.. Heheheee..." Dia sengih, aku pun sengih. Pintu pengangkut ketinggian terkatup, dan kami pun sama-sama berhenti tersengih.

"Minggu lepas aku solat kat Bandar Baru Bangi. Dia punya khutbah cara jugak. Orang ramai tu standard la, hari Jumaat kan. Bukannya solat subuh pun. Tapi yang bestnya khutbah tu cara dia sampaikan. Dia punya tune sebijik macam ustaz bagi ceramah. Tak macam orang baca teks pun. Mungkin sebelum tu dia dah baca dulu teks khutbah, kemudian baru la dia sampaikan. Aku rasa macam tu baru la ok kan. Tak mengantuk..." Panjang aku bercakap, tapi masih tidak melepasi tempoh lima tingkat ke bawah perjalanan pengangkut ketinggian.

"Oh, apa tajuk khutbah minggu lepas?" Dia bertanya. Pendek, ringkas dan...

...dan pendek serta ringkas jugak aku menjawab, "Entah, lupa pulak aku..."

*Padan muka aku.
*Moral cerita, apa guna khutbah yang bagus kalau masuk telinga kanan, keluar lubang hidung kiri.
*Dia, suka pergi solat Jumaat di tempat-tempat berbeza hampir setiap minggu.
*Pengangkut ketinggian = elevator...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. Haha. .Ramai je manusia mcm tu kadang aku pon sama.. Kenapa lah tido dlm khutbah jumaat teramat sedap walau keadaan panas pon xkisah.. bab lupa satu hal..

    @smbotak. .Takyah shopping sampai Hat Nyai kita jln2 dan makan2 je... Ok setuju eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu tak srmpat tau tajuk, mata dah berat. Hehee...

      *bergantung kepada faktor masa, kelapangan dan kewangan.

      Delete
  2. pintu elevator terkatup?
    jap. aku nak fikir. elevator tu lift ke escalator? hehe.. aku ter imagine escalator.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun kadang konfius beb, antara elevator dengan escalator!

      Delete
  3. Khutbah kat masjid yang IM bersembahyang hari ni pun IM tak tahu isinya apa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik duduk, otak kita banyak fikir masalah2 di luar...

      Delete
  4. so far, aku belum pernah jumpa orang salin khutbah kat kertas...kalau ada...mmg aku tabik spring kat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah dah nak salin khutbah lagi. kau print aje. sekarang ni pun hari Khamis ramai pembaca khutbah datang tempat aku minta printkan teks dari JAIS. kalau kau nak cari aje dalam ekhutbah. tak yah salin. haha

      Delete
    2. Print? Kalau ada 100 salinan pun, feel tu tetap tak sama dengan menyalin semasa khutbah tu disampaikan. Cuma mereka yang pernah dengar khutbah (menqrik) secara berdepan yang menusuk sampai jantung je boleh faham. Hehee... (bukan aku la, sebab aku cepat lupa)

      Delete
    3. Aku serkap jarang je kat dia doc. Dia tak jawab, cuma sengih je. Sebab dia jenis tak banyak sembang merapu...

      Delete
  5. bangi kat area bandar baru tu ker??member aku cakap khutbah kat sana memang best2..aku jer tak sempat nak pergi sana lagi..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Aku selalu jugak lepak sini, tapi jarang ada kesempatan nak solat jumaat kat masjid ni.

      Delete
  6. DEKAT MELAKA NI PON ADA JUGA BEBERAPA MASJID YANG KHUTBAH JUMAATNYA MENARIK DIDENGAR.. KERANA KELANTANGAN DAN KETEGASAN SUARA PAK IMAM.. TERBAIK.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti jadi pilihan jemaah kan.

      Delete
  7. Ada dua cara khutbah Jumaat:
    - Baca khutbah (baca teks khutbah)
    - Sampaikan khutbah (baca tanpa teks)

    JR suka pergi msjid2 yg khatibnya sampaikan khutbah. Di Alor Setar, JR suka pergi masjid Bukhary, kebanyakan khatib di situ berkhutbah tanpa teks, suara lantang dan tangan juga bergerak-gerak mengikut thema khutbah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya ke alor setar, jangan lupa ingatkan saya.

      Delete
  8. masjid al hasanah la tu, ada yg panggil masjid hijau sebab kubah kaler hijau....

    ReplyDelete
  9. Ohya, masjid hasanah namanya. Hehhehee...

    ReplyDelete
  10. Jarang aku jumpa khutbah Jumaat yang tak membosankan. Selalu jenis baca teks sebijik-sebijik. Walaupun cuba mendengarnya sebaik mungkin, tapi ada masa tertewas juga dengan rasa mengantuk waktu tengahari tu.

    ReplyDelete
  11. Sebab tu ramai tidur masa khutbah! Hehehee...

    ReplyDelete