Terasing Di Samping

14
11:00 AM

Di dalam dunia yang berbilang dimensi ini, di mana sepatutnya aku berada pada pandangan mata engkau? Tak mungkin di hadapan atau belakang, kerana aku lebih senang melangkah beriringan dengan engkau. Saling merapati bahu. Menumpang senyum tatkala engkau ketawa.

Tetapi sesungguhnya tak mampu aku merapati engkau ketika ini kerana, sedarnya diri aku di kalangan mereka yang lain. Apa mungkin aku selayaknya disetarafkan dengan mereka yang lebih anggun dan segak mendabik dada, tampan mengukir senyum. Tidak mungkin bukan?

Jadi biarlah aku cuma bertinggung sambil memerhati kegembiraan yang mereka bawakan untuk engkau, diam-diam sendiri. Bermukim di satu sudut yang engkau tak sedar akan kewujudan aku. Sehingga akhirnya kita terpisah dunia. Moga sekurang-kurangnya aku sentiasa wujud cuma pada nama...

-test power lagi, best pulak aplikasi blogger baru ni...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

14 comments:

  1. sampai bila nak test power ni bro? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa, ni last. tapi mudah doc apps ni...

      Delete
  2. Replies
    1. Namanya blogger, lebih baik daripada blogger-droid kalau nak up entri baru, draft atau edit entri lama.

      Delete
  3. kesinambungan yg sblm ni...kejar mengejar...terasing..hehe

    ReplyDelete
  4. Masih tentang apps android vs bloggerdroid???

    Saya cuma guna apps tradisional, tak reti apps canggih2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesa sikit bang kalau nak naikkan entri pendek2.

      Delete
  5. kau bercakap dengan bayang-bayang kau eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayang-bayang layang-layang...

      Delete
  6. AKU PERASAN KEWUJUDAN KAU DI ALAM MAYA.. :)

    ReplyDelete
  7. cuba memahami bait2 katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh up entri pakai apps ni...

      Delete