Aiskrim Kencing

24
10:08 PM
"Ish, jangan. Jangan!" Muka mak aku memang bersungguh-sungguh masa tu. Dengan pandangan mata yang tajam, bibir yang seakan mencebik dan dahi yang rapat berkerut. Membuatkan dahi aku pun ikut berkerut sama. Berkerut sebab tertanya-tanya.

Kenapa dia tak bagi aku beli aiskrim ni? Sedangkan sebelum ni tak pernah pulak dia larang aku beli, terutama sekali untuk cucu-cucu dia.

Melihatkan kesungguhan dia melarang, aku kemudiannya akur. Yela, syurga kan ada di bawah telapak kaki dia. Mesti la ada sebab dia tak bagi aku beli aiskrim kali ni. Lantas, aku pun memberikan isyarat `tak apa' kepada penjual aiskrim bermotosikal warga Pakistan (agaknya) itu. Dah susah payah aku buat `human shield' sebaik melihat dia datang dari kejauhan, sampaikan tayar hadapan motosikal dia hampir-hampir merodok pundi kencing aku (ok, yang ni aku reka), last-last tak jadi pulak.

Penjual aiskrim itu berlalu kehairanan, aku pun turut kehairanan. Sia-sia betul aksi `stunt' aku sebentar tadi. "Kenapa tak boleh beli? Bukan selalu pun..." Tanya aku meminta kepastian.

"Jangan la beli. Hari tu Qistina bagitau dia pernah nampak orang jual aiskrim ni buang air kecik tak basuh. Selamba je dia berhenti tepi, masuk dalam semak lepas tu keluar balik terus start moto. Kat semak macam tu, mana nak cari air?" Betul jugak tu.

Aku lega, bangga betul aku jadi anak yang soleh ni...

Butir-butir kejadian
Masa: petang, tak ingat pukul berapa
Tarikh: 21 Disember 2013
Lokasi: Pantai Lido, berhadapan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

24 comments:

  1. baru lagi kejadian ni..

    hahaha.. bagus2.. menjaga kebersihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, tak terfikir aku time tu...

      Delete
  2. Eh jap. Kat area aku pun macam tu. Kalau penjual tu bukan Melayu emak aku tak bagi beli. Kalau Melayu pun memang jarang la nak beli. Alasan yang sama jugak la.

    Tapi aku pk balik. Korang (lelaki) kalau dah pancut korang ada ke pegang punai (hahaha) korang yang menyebabkan korang perlu basuh tangan korang tu?

    Kalau tak pegang tak perlu basuh la kan? Even kalau pancut kat rumah pun korang bukan basuh. Hahaha.

    Cer citer sket kat aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, pegang atau tak.. itu soal kedua. yang pentingnya kebersihan. kita pun tak tau kot-kot ada `tempias air hujan'...

      Delete
  3. Haaaaaaaaaaaaaaa?????????!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. hahahah..penat buat stunt tu bro..

    aku mmg tergelak la baca komen si t.a.t.a......hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat bayangkan kalau dia masuk semak tu sebab nak buang air besar...

      Delete
  5. KENCING TAK BASUH PUNYA OLANG..

    ReplyDelete
  6. dulu kat pernah mamak jual mee goreng,. kes sama... kayuh basikal satu taman, toilet takder..pastu hancing tepi longkong.. sendiri mau ingat..betapa kotornya.. ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi entah kenapa mee goreng mamak ni sedapnya lain macam je...

      Delete
  7. Masa kecik2 dulu mak saya bagitau benda yang paling kotor di dunia ialah duit siling dan duit kertas. Kita tak tau siapa yg memegangnya sebelum kita, mungkin sebelum itu duit itu ada di gerai babi atau dalam bilik air...? Oleh itu setiap kali pegang duit, mak minta basuh tangan dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemilik pasaraya dengan bank kena buat polisi baru nampaknya. semua teller/cashier kena pakai glove...

      Delete
  8. aku nak komen pun, terkedu baca komen tata..
    ada gak terbaca pasal kedai mamak. yg suka letak sudu dalam kocek apron dia.. heuww.. takmo cite dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bengong punya tata, sampai terkedu ha! aku harap apron tu kerap dibasuh dan kocek tu bukan sarang lipas...

      Delete
    2. kah kah kah kah kah. hahahaha

      Delete
  9. fuhhh...mula2 aku ingtkan penjual aiskrem tu kaki kecing..rupanya dia betul2 kencing sampai tak basuh..isk..isk..isk..disebabkan kesilapan dia sendir, habis hilang satu customer...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...dan customer lain yang pernah baca entri ni! heheheee....

      Delete
  10. ni EPIC bro..kat manamana pun tukang jual aiskrim tak cebok hahhaha...

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. pergh, baik buat sendiri kat rumah. aiskrim malaysia...

      Delete