Aku Seorang Kanak-kanak

18
12:19 PM
Ada orang pernah kata, "terdapat jiwa kanak-kanak di dalam tubuh seorang lelaki dewasa", lebih kurang macam tu la.

Ini adalah sedikit koleksi `permainan' yang aku kumpul selama ni. Bukan pengumpul tegar, sekadar suka-suka je.












Sepatutnya ada sepuluh biji semuanya. Tapi ada satu Volkswagen Beetle aku dah hilang entah ke mana. Aku syak ada anak kawan aku yang selalu datang ofis ni buat main. Satu lagi, Mini Cooper aku simpan dalam kereta. Belum sempat jadi koleksi, dah cair sebab selalu kena panas. Ceh!

Paling stabil. Kegemaran aku sebab paling mudah dikawal dan tahan lasak.

Paling kurang dimainkan. Sukar dikawal, ada masalah dengan motornya.

Yang ni best jugak, 3.5-channel. Ada sayap berkipas kat tepi, adaptasi dari filem Avatar.

Payah sikit, kena setting gyro tiap kali nak main. Tapi bila dah dapat tuning, lalu celah kaki meja pun selamba je.

Yang terakhir tu adalah model basic 4-chan3el. Sebelum ni ada terfikir nak jual sebab jarang main. Macamana nak main kalau masa untuk hiburkan diri sendiri pun dah makin kurang. Tapi memandangkan aku ni jenis yang sayang barang, tak jadi la nak jual. Sudahnya, tersimpan je selama berkurun dalam  hard case tu. Model paling asas untuk mereka yang berniat nak upgrade dari 3-channel (dua gambar pertama). Tapi untuk kali pertama memang agak kekok sikit sebab cara kawalan yang jauh berbeza. Hampir menyamai model 6-channel yang lain.

~Bendera kat ekor helikopter yang pertama tu memang sengaja aku tambah, hehehehee...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. banyak tu bro...aku punya dah kena musnahkan oleh ultraman kecil yang tiga orang tu...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup ni. kawan aku lagi banyak, bai! pergh...

      Delete
  2. Ni kalau dapat kat Budak Gundut ni memang la jadi lobot-lobot. Syurga dunia la bagi dia. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau untuk budak punya, bagi mainan biasa je suda...

      Delete
  3. Helikopter tu, hobi mahal....kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni murah je, basic. kalau 6-channel ke atas baru la mahei!

      Delete
  4. wah...menarik gak koleksi nie bro..kekadang tu kalau dah minat semua benda boleh jadi..aku ade satu chopper dulu tapi dah rosak plak..nak anta repair dia kata tak boleh..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. spare part dah susah cari kot...

      Delete
  5. Biasalah tu bro. Orang lelaki ni jiwanya tidak pernah tua. Ingatan zaman kanak-kanak tu, kadangkala masih lagi kita terbawa-bawa ke zaman dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jiwa sentiasa muda, tu lain maksudnya. hehehee...

      Delete
  6. Kereta kebal tak ada ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau collectible berkaitan military ni, ada sorang kawan (bekas askar) dia memang minat...

      Delete
  7. ni, Pensil saja ja nak cerita sikit.

    adik Pensil suka main kereta mainan yg kecik2, besaq2. dia punya tolak kereta tu atas lantai, satu2 tayar dan organ2 lain tertanggal. bila p jalan2 dia mesti nak beli. kalau tak dapat mogoklah dia.

    adik Pensil yg sorang ni tak macam abg2 dia yg lain. minat dia lebih kepada kereta. Pensil rasa suatu hari nanti dia akan jadi macam kamu. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi macam aku, kurang sumbangan. kalau jadi automotive engineer pun orait jugak...

      terima kasih singgah.

      Delete
  8. hotwheels ka bro.. aku pun suka kumpul kereta2 macam ni.. aku tgh cari Ecto 1 buat koleksi. kalau jumpa habaq mai.. http://saedramadhan.blogspot.com/2013/04/wordless-wednesday-10042013.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku punya ni campur2. tapi aku paling suka tomica, lebih realistik dan detail.

      ecto tu aku pun tak pernah jumpa lagi. kalau ada mungkin scale besar, harga dah makan ratus kot.

      dulu biasa usha kat amcorp mall, hari ahad. tapi buakn setiap minggu, waktu tertentu je. lagi satu boleh tengok facebook page nama `greenlight malaysia'. banyak kereta US.

      Delete
  9. skrg ni bukan budak2 je yg kumpul mainan ni... org tua2 pun kumpul jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tua kumpul bukan nak buat main. tapi nak tengok sambil tersengih sendiri...

      Delete