Aku Yang Berfikiran Negatif

24
11:35 AM
Untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu ni, baru la aku berpuas hati. Kali pertama dan kedua, aku rasa sangat-sangat kecewa apabila dia takde di situ. Tempat selalu kami bertemu, cuma untuk beberapa minit. Sekadar memenuhi keperluan aku setiap pagi.

Melepaskan rindu? Tidak... Meleraikan rasa dendam? Tidak juga... Entah kenapa aku rasa aku perlu berhenti di sisinya buat seketika sebelum aku meneruskan perjalanan aku setiap hari. Bukan kerana dia cantik, tidak. Dia tidak la secantik mana, dan tidak pula huduh. Adakah kerana suaranya yang merdu? Tidak sama sekali. Sebab setiap kali kami bertemu, kami akan berbalas bersuara tidak lebih daripada lima patah perkataan. Langsung tak sempat untuk aku mengamati alunan suaranya itu dek kerana tenggelam dalam bunyi ngauman kenderaan yang menyusuri lebuhraya berhampiran.

Tapi kenapa aku begitu tertarik dengan dia? Tertarik yang lebih mengarah kepada rasa cinta yang mengghairah setiap pagi? Sebabnya, iaitu...

Harganya yang berpatutan, kuantiti yang cukup mampu membuatkan aku kenyang sampai sekurang-kurangnya jam 3 petang (aku jarang makan tengahari), kesedapan yang hampir sepadan dengan masakan di rumah, dan tidak kedekut memasukkan bahan dalam masakan!

Cuba bayangkan kalau nasi goreng pun dia ada letak potongan kecil tempe goreng. Itu nasi goreng hari ni. Esok pulak dia akan letakkan cebisan-cebisan ayam goreng, memang meriah la. Dan jangan terkejut kalau kita boleh jumpa sotong dalam nasi goreng dia ni. Tu baru cerita nasi goreng, belum kue teow goreng yang halus dan lembut tu. Pergh! Sebab tu aku jatuh cinta kat dia ni. Kalau boleh nak singgah selalu.

Tapi...

Minggu ni dah dua kali dia gagal menepati janji. Tak berniaga pulak bila aku dah membelok keluar dari highway, dengan hati penuh berbekal harapan. Dalam kepala otak aku yang keji ni cuma ada satu je andaian.

Aku rasa dia memang ada berniaga hari tu, tapi disebabkan ada orang dengki punya pasal, jadi semua regular customer dia tak nampak dia tengah berniaga. Heheheheee...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

24 comments:

  1. Aku pernah join makan satu kedai ni. Makanan nya memang best. Sedap. Murah. Aku masih ingat lagi order apa yang kitorang makan. Nasi pataya x2, tomyam x1, paprik x1, air tembikai x2, RM 12.5.

    Aku tak tahu kalau dia salah kira atau memang nak bagi murah. Tapi lepas tu depa blah dah. Tutup kedai. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni punca ar! patut rasa bersalah. hahahaaa!!!

      Delete
    2. Hahaha. Mana aku tahu. Aku pergi tu pun orang yang cakap sedap dan murah. Aku rasa masa aku pergi tu penutup kot. Hahahaha.

      Delete
    3. mohon kau jangan makan kat tempat yang bagus lagi. kesian kat depa. heheee....

      Delete
  2. kedai kat mana la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. area serdang. loksai tepat, rahsia...

      Delete
  3. pernah terjadi kat bazar ramadhan ss14 PJ...tokey dah kata cukup tapi dia masukkan sorok sorok dua tiga sudu tempe goreng...tq lah gadis jual nasi campur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau gunakan hikmat kenyit mata kot...

      Delete
  4. MUNGKIN RENCAH TAK CUKUP KOT, PASAL TU TAK BUKAK KEDAI.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut la, nak jaga kualiti produk la tu...

      Delete
  5. Dulu masa tinggal di Ampang, kerap beli nasi bungkus di satu kedai makan. Harganya tersangat murah sebab perempuan Indonesia yg jaga kaunter selalu bagi diskaun. Tapi tak lama lepas itu harganya naik bila perempuan itu dah tak ada lagi. Dia bukan berhenti tapi diberhentikan kerja kerana selalu bagi harga murah sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan bagus kalau tokey tu yang kena berhentikan. dia pulak yang gantikan tempat...

      Delete
  6. mungkin owner kedai tu gi bercuti ke London...
    minggu depan cuba jenguk balik...:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. london? ada masyuk? nak bukak francais...

      Delete
  7. mungkin dah mampu buka restoren kat tmpt lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat lama jangan dilupakan...

      Delete
  8. aku suka beli mknan dgn lelaki. sbb dia isi ikut selera dia mkn. dia suka mkn byk,dia letak byk2. ayam pun kdg2 aku dpt 2ketul utk harga seketul sj.. bes,kan..?
    malas log in;
    4feet8

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya selera makan kau pun macam lelaki ke? terbaik, lelaki jarang bazirkan makanan...

      Delete
  9. Mmg negatif! Hahahah,,,

    Tempat aku pun, ada makcik jual sarapan murah, portion banyak n tak kedekut bahan. Kalau beli pagi, kompem kenyang smpi kenyang. Klu aku tak bwk bekal, mmg aku sarap heavy kat kedai makcik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan dia sentiasa sihat, dapat berniaga selama yang mungkin. (moga rezeki makin bertambah)

      Delete
  10. mungkin dia membawa anak2 pergi bercuti..anyway sepatutnya dia letak sign kalau cuti dia tu memang dirancang..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. berniaga atas walkway. gantung kat pokok pun orait kan...

      Delete
  11. makan byk tu tak juga.. sbb kalau kata aku beli nasi goreng pagi2 pun kakak cafe tu cas 80 sen je.. kdg2, 50sen. sbb sikit sgt mknnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, daripada jadi tamak. ambik banyak tapi makan tak abis. aku memang cukup pantang dengan orang macam tu!

      Delete