Binatang Bersayap

13
4:41 PM
...dan di pertengahan perbualan ketika kami sedang rancak berbalas cerita, secara tiba-tiba suara itu mengajukan soalan, "Kalau Tuhan memberikan engkau pilihan untuk menjadi sesuatu benda selain daripada manusia seperti sekarang, apakah benda yang engkau jangka akan engkau pilih?"

"Aku mahu Tuhan jadikan aku makhluk bersayap, tanpa aku kisahkan akan saiznya. Tak kira besar atau kecil, gemuk atau kurus, tinggi atau rendah paras kepala aku. Tetapi aku perlu meminta agar Tuhan menjelmakan sayap aku itu mempunyai bidang yang luas. Berbulu lebat dan tebal supaya dapat memerangkap haba untuk memanaskan tubuh jika aku perlu berada di persekitaran yang sejuk. Namun cukup halus dan lembut supaya selesa dan mengasyikkan apabila disentuh. Biarlah kaki aku katik, biarlah punggung aku terjungkit atau tertunduk menyapu tanah, biarlah kepala aku hanya sebesar biji guli, biarlah... Asalkan aku mendapat sayap yang aku inginkan itu."

"Kenapa binatang bersayap begitu? Dengan fizikal lain yang tak sempurna, kau hanya mahukan sayap sahaja yang terbaik? Kau kelihatan agak angkuh pada aku..." Balasnya. Tidak pasti apa emosinya pada ketika itu kerana dia tidak mempunyai jasad, cuma gelombang bunyi mendatar tanpa ton turun dan naik yang drastik.

Aku hanya tersenyum. Senyuman yang bukan ditujukan kepada dia kerana tak mungkin dia tahu apakah aku sedang tersenyum atau mengerutkan dahi. Pasti, kerana suara itu hanya suara. Tidak bermata. "Ya, memang angkuh. Aku perlu begitu kerana sayap yang serba sempurna itu bukan untuk menunjukkan kegagahan aku terbang di celah-celah awan. Aku gayat, aku tidak sukakan ketinggian."

"Jadi?" Tanya suara itu lagi.

"Kerana aku mahu jadi binatang bersayap yang bersifat pelindung. Aku mahu meletakkan orang-orang yang aku sayang di bawah lipatan sayap aku sepanjang masa. Supaya mereka sentiasa berasa selamat. Sentiasa hangat, sentiasa selesa dan tidak perlu khuatirkan akan butir-butir bahaya yang mungkin akan mengganggu mereka. Sebolehnya juga aku mahu mereka lena di bawah haba sayap aku yang serba sempurna kejadiannya itu..."

Kali ini, kedengaran pula suaranya seperti merayu. Dalam nada ingin meminta sesuatu... "Izinkan aku menjadi salah satu penghuni di bawah sayap engkau nanti. Kerana aku mahu berhibernasi di situ selama engkau bernyawa..."

...dan kami pun sama-sama tersenyum. Oh ya, aku juga tak pasti apakah suara itu juga turut tersenyum sama. Apa yang pasti, awal dinihari itu kami habiskan dengan bertukar-tukar cerita hingga aku sendiri terlena.

~hari ni tiada entri berkenaan hari Jumaat, sebab aku tidur masa khutbah tadi...
~entri diterbitkan dengan aplikasi Blogger...
~gambar edit guna PicsArt...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

13 comments:

  1. Jujur la kau ni. Mengaku tidur ketika khutbah. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dulu pun pernah berimaginasi menjadi makhluk berkepak. Dapat menebarkan sayap aku yang besar dan lebar, terbang ke mana jua. Dapat memandang ke bawah bila di atas.

      Delete
    2. Serius, lepas dengar tajuk khutbah, terus kepala aku melayang...

      Delete
  2. wahhh...besar rupanya definasi sayap yang dimaksudkan itu....nice one bro...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau definisi payung lain pulak, kena berpoket tebal...

      Delete
  3. okey je...pernah satu masa teringin nak jadi makhluk bersayap nak gi jumpa awek...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masa tu kau sangkut dalan traffic jam kot...

      Delete
    2. tak masa tu tengah berjauhan gua kat KL dia kat Penang..lol!

      Delete
    3. kalau mintak kaki sepanjang saujana mata memandang pun orait jugak kan?

      Delete
  4. Pernah terbaca satu tulisan entah di mana, kalau terjadi perang nuklir semua manusia dan haiwan akan pupus, hanya lipas saja yg boleh hidup...Jadi kalau diberi pilihan, bagus juga jika kita jadi lipas kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada lipas yang kalis bahan radioaktif dan penampilan menarik (warna-warni dan kacak) ok jugak kan...

      Delete
  5. payung orang yang bersayap tu macam mana nak define tu??hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. payung kena lagi besar daripada sayap, baru ada fungsi.

      Delete