Kopi Saint Nicholas

4
12:46 AM
Nick mengurut helaian janggut yang menjuntai hingga mencecah dadanya. Dari pangkal hingga ke hujung, perlahan-lahan. Begitulah yang dilakukannya berulang-ulang, sambil sebelah lagi tangannya masih memegang helaian kertas putih yang tertulis sesuatu. Dapat dia mengecam tulisan yang melingkari muka kertas itu, begitu mirip dengan apa yang dia terima sejak lima tahun kebelakangan ini. Berturut-turut.

Memandang dengan perasaan kosong, kulit dahinya bertaut. Otaknya enggan memikirkan akan isi atau maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh pengirim surat itu. Tulisannya begitu ringkas, tetapi terlalu berbeza sekali permintaan yang pengirim itu mahukan. Tidak seperti surat-surat lain yang sentiasa mengunjungi peti surat di rumahnya sepanjang tahun.

Dengan cop pada setem yang menunjukkan surat itu telah dikirimkan dari suatu tempat jauh di selatan, pengirimnya nyata tidak menginginkan apa-apa hadiah berupa material. Anak patung edisi terhad, konsol permainan terkini, atau sepasang kasut baru... Itu semua jauh daripada apa yang digambarkan oleh pengirimnya.

"Aku adalah seorang yang cukup baik, walau jarang dipuji. Tetapi rajin membantu orang lain dan meringankan beban mereka. Untuk itu, sebagai balasan terhadap perbuatan baik yang aku telah lakukan sepanjang tahun ini, berikan aku hadiah berupa secawan kopi. Yang dibawakan oleh seorang sahabat, untuk aku hirup bersamanya sepanjang malam sambil berbual-bual menceritakan apa-apa sahaja tentang kehidupan..."

Seterusnya, Nick menghela nafas yang amat dalam dan melepaskannya bersama-sama dengan satu keluhan lembut. Hari ini, 29 Disember dia kira masih lagi belum terlewat untuk membawakan satu lagi hadiah terakhir tahun ini  kepada seseorang yang telah lama mengharap, dan kesunyian. Lantas dia bingkas bangun. Bersiap-siap menjadi hadiah yang tak berbalut...

~Saint Nicholas a.k.a. Santa Clause...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Novel yg baru dlm proses pembikinan ke ni...? Hahaha..sedap juga jalan ceritanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel? cerpen pun mustahil nak buat. hehehee...

      Delete
  2. Best cara kau mengadun ayat. Oh, by the way, ni blog baru aku..
    jadi, pakcik yg mengurut janggutnya itu, santa claus,lah..? aku rasa cerita ni disebaliknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. eh, blog template yang sama tu. hehehe... nice! (sengih)

      Delete