Memanis Kehidupan

24
11:06 AM
"Tak takut basah ke nanti buku tu?" Dia bertanya tatkala buku sudah bertukar tangan.

Seraya aku menjawab, "Takde hal, ada cover." Dan menunjuk (dengan mulut) ke arah rain coat berlambang Givi yang elok bergulung kemas dan terselit di celah seat dan bakul kuda putih aku. Apa ada hal bro, badan basah boleh mandi, boleh salin baju lain. Tapi kalau benda ni yang lencun, memang dah boleh hantuk kepala kat pintu lif. Mesti mau jaga elok-elok punya. Barang baik...

Hari tu cuaca memang lembap sejak pagi dengan hujan yang kadang-kala silih berganti antara gerimis, renyai dan sekejap-sekejap reda tanpa ada perkiraan matematik yang tepat. Agak sukar diramal. Membuatkan pekerjaan aku sekitar Bandar Baru Bangi sedikit terganggu. Mujur pertemuan kami pagi tu tak disimbahi air rahmat dari Tuhan.


Selesai meneliti separuh daripada isi kandungan buku ni, aku agak berpuas hati dengan apa yang disampaikan memandangkan aku dah agak lama jugak mengikuti perjalanan blog kuahkari.com. Yang mana kisah-kisah di dalam buku ni diambil sepenuhnya dari situ. Dan apa yang membuatkan naskhah ini lebih unik adalah...

~Gambar-gambar yang dimuatkan semuanya sangat original. Semuanya mampu bercerita sendiri tanpa perlu walau sedikit pun suntingan daripada perisian tertentu. Biarlah semuanya bercerita secara natural. Tentang apa yang berlaku di sekelilng kita. Imej kubah masjid, kecomelan anak-anak kecil berlari, bentangan permaidani alam (salah satunya imej di puncak Bukit Broga, kalau tak silap aku).
~Kisah-kisahnya yang diceritakan memang sangat dekat dengan diri kita. Perkara-perkara rutin yang memang kita semua pernah sekurang-kurangnya sekali alami. Kehidupan, kematian, pengalaman biasa-biasa tetapi ada sesuatu yang luar biasa di situ kalau diteliti dengan kanta hati.
~Buku ini dicetak dalam orientasi melintang (landscape) yang mana sangat bersesuaian sekali memandangkan terdapat banyak gambar, sama banyak dengan cerita dimuatkan sekali.
~Kualiti bahan cetak yang boleh didapati hanya pada buku yang bernilai tinggi, dan dah tentu ditulis oleh orang terkenal.

Cuma, aku ada beberapa komen terutamanya tentang grafik dan rekaaan dalamannya. Takpe, itu hal kecik. Ada masa kang aku boleh mengeteh dengan brader ni. Boleh la sembang-sembang pasal dia punya next projek.

Apa pun, ini adalah buku yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Penarafan yang aku beri adalah...

~3.5 bintang untuk cerita dan olahan ayat, kerana menggunakan bahasa mudah. Tidak memerlukan perbendaharaan kata yang terlalu bombastik.
~4.0 bintang untuk gambar-gambar. Hidup!
~2.5 bintang untuk rekaan grafik. (boleh kawtim sebab ini adalah hasil pertama beliau)

"Buku lebih sedap dipegang dari laman maya yang hanya boleh dipandang." - ms 6

~Brader ni nampak lebih muda berbanding dalam gambar, berkat banyak senyum kot... Hahahahaa!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

24 comments:

  1. aku pun ada buku ni..best!!
    dan mmg bro K.H nak terbitkan next buku pulak...ni katanya masa borak2 dgn beliau masa majlis akikah anak aku last week

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, dia kata awal tahun depan. kalau tak silap januari 2014 kot. kita tunggu...

      Delete
  2. Feel pegang buku dengan feel tengok online tak sama. Keindahan secara fizikal dan maya ni memang banyak bezanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bahan bercetak ni feel dia lain sikit. sebab tu suratkhabar masih terjual sampai sekarang walau pun ada versi online.

      Delete
  3. hahaha.. ayat last memang tak boleh belah!

    terima kasih banyak banyak tuan!! kena bagi komisen nih. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini betul, bukan cobaan! hahahaa...!

      Delete
  4. tukar cat baru eh rumah? nice. design tang komen nya lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk meraikan sambil menjamu mata sahabat yang selalu singgah. Bagi segar sikit... Terima kasih.

      Delete
  5. tamplet baru sempena tahun baru ker bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee, saje je untuk kawan2...

      Delete
  6. Buku yg baru dibeli biasanya mengeluarkan satu wangi yg tak boleh diterjemah dlm bahasa mudah. Antara kelebihan buku ialah kita boleh baca buku sambil baring, baca online sambil baring rasa perut macam nak terbakar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh, kalau letak laptop atas perut, rasa macam kena panggang! Baca buku jugak selesa...

      Delete
  7. Ade jual online x.? Ke dekat kedai2 buku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pergi je link kuahkari.com yang aku bagi tu. Situ boleh order, akan delivery sampai ke tangan...

      Delete
  8. Replies
    1. Yes. Barang baik harus dikongsi...

      Delete
  9. amboi.. right click je kene terajang? sobs! *out of topic*

    kau puji2 brader tu, dia puji kau balik x..? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right click? Ha, nak copy paste la tu!

      Aku tak harap pujian sebab aku selalu puji diri sendiri! Wehehehehee...

      Delete
  10. aku bukan seorang peminat buku..tapi since ko kata buku nie best, boleh gak aku usha2 nanti kalau masuk kedai buku...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi. Kalau nak santai pun ok. Tapi tak pasti kedai buku mana ada jual. Tak pun pergi je link yang aku bagi tu.

      Delete
  11. Aku dah lama tak bacabuku selain teks usrah. Makanya, aku juga dah lama tak beli buku.

    lama sejak aku mula terpaksa memakai cermin mata untuk melihat tulisan-tulisan di atas buku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah bang, kira bahan bacaan jugak tu.

      Spek mata... Nampaknya saya lebih awal rabun.

      Delete
  12. BETUL... KALAU PEGANG DAN BACA BUKU LEBIH FEEL BERBANDING BACA SECARA ONLINE.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perasaan masa sentuhan pada muka surat tu tak sama dengan skrin...

      Delete