Mengenali Tanpa Memahami

16
11:58 AM
Minggu lepas, hari Rabu. Lokasinya adalah beberapa kilometer dari sini.

Pang...!!! Sreeetttt.... Sebaik terdengar bunyi sesuatu patah dari sebelah kiri hadapan kereta, cepat-cepat aku membalas stereng ke kiri, sambil meninjau kenderaan yang datang dari arah belakang. Memandangkan jalan yang aku lalui tu adalah tempat di mana biasa berlaku kemalangan dan jugak keadaannya yang menuruni bukit. Mujur, aku sempat mengeluarkan kereta aku dari jalan walau pun tayar kanan belakang masih lagi berada di atas tar. masih boleh dikira selamat.

Dan sementara sekian banyak kenderaan besar yang melewati kereta aku untuk tempoh dua jam berikutnya terpaksa memperlahankan kenderaan, aku pula hanya mampu mencangkung di bawah pokok. Sibuk menelefon tokey bengkel yang juga kenalan adik ipar aku. Apa lagi kalau bukan untuk mendapatkan bantuan trak tunda! Sepanjang masa itu jugak hidung aku dijamu dengan aroma dari kandang babi berhampiran. Hampeh betul. hati tengah mendidih, angin ni pulak bertiup dari arah kandang sana. Suwey la!





Aku tak berapa pasti dengan apa yang dimaksudkan dengan ungkapan "kereta kenal tuan". Untuk kes aku ni, mungkin betul atau mungkin jugak tidak. Ini adalah kejadian yang entak ke berapa kali. Sebelum ni pernah enjin mati secara tiba-tiba waktu awal subuh. Dalam keadaan gelap tu, aku terpaksa menolak kereta sendiri di celah lorong dalam kawasan perumahan aku. Masalah timing terlalu rendah. Tapi kalau dah gelap gelita macam tu, memang tak lalu langsung aku nak teraba-raba mencari kat mana kepala nat untuk setting balik timing! Mujur lokasi kejadian tak berapa jauh dari rumah...

Kenal tuan ke macam tu? Mungkin. Kes yang lain pulak, compressor aircon kereta ni memang dah kong abis, sampai efek kepada enjin. Mati (jugak) dipertengahan jalan. Dan sekali lagi perkataan mujur aku gunakan... Mujur ketika itu, ada mekanik kat sebelah. Jadi pandai-pandai la dia main minyak kat roundabout untuk sampai ke bengkel.

Kenal tuan? Ya. Sebab walau pun beberapa kali dihadapkan dengan masalah teknikal, masih lagi tidak begitu menyusahkan. masalah yang boleh diselesaikan dalam masa sehari. Tak pernah lagi la tersadai sampai tiga atau empat hari.

Cuma pada aku, kereta ni memang kenal sangat tuannya. Tapi langsung tak memahami keadaan kewangan tuannya! Mentang-mentang la umur kau nak masuk 12 tahun tak lama lagi, pandai pulak dia buat perangai manja. Kau ni dengan MIROS sama je!

~Bila dikenangkan balik, aku ni boleh dikategorikan sebagai cekap jugak. Lower arm dah patah macam ni pun masih steady lagi parking tepi...
~Lepas ni aku kena amalkan baca doa naik kenderaan...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. weh..mana template oren tadi..??

    hahaha... dalam sekelip mata bertukar~!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah cari template baru. hat ni pun tak abis setting lagi. tak sempat...

      Delete
  2. Aku Kagum dkt lower arm tu bole pth..mcm mne eh.uzur sgt kot..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama uzur dengan tuannya...

      Delete
  3. Ada kereta yg bukan saja kenal tuan, tapi buat2 manja dan merajuk dgn tuan. Sepupu saya dulu bercadang nak jual Kancilnya utk beli Pesona baru, tapi pada hari dia membawa Kancil itu ke kedai kereta utk 'trade in' boleh pula berlaku kemalangan yg menyebabkan dia tak jadi beli kereta baru...Kata org kereta yg hari2 kita dampingi ada semangat, oleh itu kalau nak jual jangan kata di depannya, nanti dia merajuk payah, jadilah seperti sepupu saya...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, memang ada jiwa. bukan kereta je. motosikal pun sama. perkataan `beli' dan `baru' adalah larangan bila naik kereta ni. perasaan dia kena jaga.

      Delete
  4. DIA SURUH TUKAU KERETA BRU TU.. :)

    EH.. HAMPIR TAK KENAL BLOG NI.. TEMPLATE BARU TU... BAIK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukau baru? adui, masih ada hutang lagi ni. sayang pulak sebab enjin memang tip top lagi...

      Delete
  5. Rasanya itu petanda nak kereta baru. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong la ramai2 aminkan... hahaha!

      Delete
  6. wah....layout baru nampaknya bro..sempoi...hehe..tapi apa apa pun syukur alhamdulillah hanya kereta jer yang mengalami kerosakan tanpa melibat kecederaan pada pemandu/penumpangnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mujur sangat2 la...

      Delete
  7. Syukur seamat..macam-macam dugaan ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehee... Senyum kelat sebab banyak ratus melayang. Terima kasih singgah.

      Delete