Original Coconut Shake Klebang

19
11:23 AM
"Kat belakang tu ada parking, kau masuk je ikut jalan kecik sebelah tu. kat hujung tu dia siap ada buat tempat makan. Boleh minum sekali kat situ. Beratur pun tak panjang macam kat luar tu. Servis pun tak lama. Esok singgah la." Itu yang diberitahu kepada aku, semasa kami menghabiskan masa dalam sesi mengeteh jam 2 pagi di Pantai Klebang(?). Serius shit, aku memang tak tau pun yang kelapa goncang ni boleh minum sekali kat situ. Apa yang aku tau, diorang ni la yang menyebabkan kesesakan sepanjang jalan tepi pantai(?) ni.

What the hook?!!!

Pernah sekali aku terpaksa berdepan dengan kesesakan dari bandar menuju Tanjung Kling semata-mata ramai yang berhenti kat tepi jalan. Tu belum kira orang beratur di tengah terik matahari pukul 3 petang sepanjang hampir 50 meter! Gila punya penangan kelapa goncang ni. Apa yang sedap sangat pun aku tak tau la.

Jadi, untuk memastikan aku tak jadi manusia yang ketinggalan, aku pun ambik keputusan singgah sekejap (semalam) sebelum bertolak balik. Memandangkan hari pun masih awal, lebih kurang jam 12 tengahari. Masa aku sampai tu, orang pun dah start ramai. Trafik bergerak agak perlahan tetapi lancar sejauh beberapa ratus meter sahaja. Ya, sahaja... Berdasarkan pengalaman sebelumnya, beberapa kilometer!

...dan (aku malas nak cerita panjang) akhirnya aku pun dapat jugak merasa kelapa goncang ni. Pada aku rasanya takde la sehebat syurga neraka. Sederhana, isinya yang sebati dan sekata dengan ais. Tapi cukup untuk melegakan tekak kalau kita dah penat beratur panjang dalam kepanasan matahari dan memandu dalam kesesakan. Dan dua unsur ini juga antara faktor yang membuatkan kelapa goncang ni jadi kegilaan. Ini pendapat aku jela.

Maaf, tiada gambar untuk entri ni. Sebab bentuk hidangan yang biasa-biasa je. Dah snap gambar ,tapi tak kuasa aku nak upload...

~kelapa goncang, aku andai sebiji kelapa akan digoncang dengan sepenuh jiwa sebelum dibelah untuk mendapatkan air dan isinya...
~tanda (?) sebab aku tak nampak pantai langsung!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

19 comments:

  1. Aku imagine yang sama. Tapi bila Google, lain bebenor rupa bentuk nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang bagusnya, coconut shake kat tempat lain tak sebaik yang ini... (mohon bagitau kalau ada lagi)

      Delete
  2. Aku tak pernah minum so aku tak pernah tahu rasanya macam mana. Boleh kau describe kan pada aku pasal rasanya? Pure air kelapa sahaja atau add add on gula ke sirap ke apa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 75% rasa air kelapa bercampur dengan 'degan'nya. Selebihnya adalah rasa lemak manis (mungkin susu) dan jugak aiskrim vanila (untuk special).

      Delete
    2. Degan? Kau tahu degan tu apa ya? Hahaha.

      Delete
    3. aku wong jowo jerman...

      Delete
    4. Nyong kelalen. Hahaha.

      Delete
  3. Saya kalau nak minum air kelapa, rembat kelapa depan rumah aje. Cuma masalahnya kelapa cuma sepokok depan rumah, baru nak muda terus ambil isinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat area rumah saya (masa kecik) kerap jugak pulas kelapa muda rumah jiran yang hujung sebab kami rumah teres.

      Delete
  4. Aku x merasa lagi... Lagi la kalu kt tmpt yg kena beratur panjang... Memang Idak la aku nak singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try bro. Tapi pastikan antara 12 tgh sampai 1 petang. Lebih pukul 2 memang tak payah la...

      Delete
  5. curiosity aku bertambah tambah lagi lepas ko tak attach gambar..sib baik laa klebang tu jauh..kalau tak aku pun nak pegi tengok macam mana rupanya..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa2 je bro, rasa pun boleh tahan sedap. Cuma aku cukup respek orang yang sanggup beratur panjang...

      Delete
  6. TAK JUH DARI KAMPUNG AKU TU.. DALAM 10 KM JE.. MEMANG TERKENAL DAH COCONUT SHAKE KLEBANG TU.. MULA-MULA AKU MEMANG TAK MINUM.. SEKRANG DAH JADI KEGEMARAN PULAK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku ni pun dekat, mungkin jadi peminat jugak. ada nampak sorang brader tapau naik moto, penuh bakul dengan tangan kiri dia!

      Delete
  7. biasa mcm tu lah..yg dok diwar2kan, bila kita merasa.....biasa2 je. Sebenarnya tekak lain2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beratur panjang dalam cuaca panas, tu yang jadi makin sedap kot...

      Delete