Rumah No. 65

16
3:21 PM

Inilah rumah tempat di mana aku membesar. Sejak sebelum tadika kalau tak silap aku, sampai la umur aku melepasi 18 tahun. Sebab sebaik je aku tamat belajar, aku tak tinggal lagi kat sini. Cuma balik sekali-sekala. Cuti hujung minggu, atau kalau rasa serabut sangat tinggal kat rumah sewa... Baru la aku lepak sini barang semalam dua (nak pau duit mak aku sebenarnya!)

Nampak kecil saiznya, sempit lorongnya, dan usang binaannya. Tapi di dunia sempit inilah aku sibuk meneroka alam yang lebih luas untuk dilangkah seorang anak kecil. Di hujung jalan sana, ada paya berair tempat aku memancing sambil berangan menjadi Rambo. Di sebelah utaranya, terdapat sebuah padang kecil sebelah surau tempat aku dan rakan-rakan sepermainan mengasah imaginasi menjadi atlit bertaraf olimpik. Dan di sebelah selatan pula, terdapat sebuah rumah banglo milik seorang ahli politik. Tapaknya dahulu juga sebuah tanah paya, tempat aku melastik burung dan sarang tebuan.

Tapi mulai sekarang, rumah ni aku dah boleh masukkan dalam ensiklopedia memori. Rumah bernombor 65 ni takkan ada penghuni lagi. Rumah kecil berperabot, tetapi ruangnya akan tinggal kosong...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. kenapa takkan ada penghuni lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. afai, mana trademark kau CAPITAL LETTERS? hahahaha

      Delete
    2. Haah, dia lupa kot. Tiba2 rasa pelik kan...

      Delete
    3. Fai, penghuni terakhir tu aku dah kidnap, bawak tinggal sama...

      Delete
  2. Politician tu tinggal lagi kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah, ada kot sebab banglo tu masih hidup lagi.

      Delete
  3. Tak elok tinggal rumah kosong lama2, nanti penghuni dari dunia lain mendudukinya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masalah bang, jiran belakang rumah rajin bersihkan dalam rumah.

      Delete
  4. ni rumah kt johor ke..?

    bukan kt kulai kan..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesszaaa, mana lagi kan...

      Delete
  5. ikan ape yg ada kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dapat keli besar, esoknya terus femes kat sekolah!

      Delete
  6. Lama2 nanti, anai-anai buat kerajaan kat situ...moga PMnya bukan mcm PM mesia. Hehehehhe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee, itu rahsia. Dia ada anak lelaki sebaya aku...

      Delete
  7. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berdiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh, berdiri, tergolek, tersungkur, berendam dalam paya. Semua la!

      Delete