Selamat Tinggal R14

15
11:53 PM
Kalau tak silap, dah lebih kurang 13 tahun aku jadi pengguna setia R14 ni. 13 tahun tu! Bukan sekejap punya tempoh. Kalau beranak, budak tu dah tingkatan 1 pun. Dan sepanjang tempoh itu, ada bermacam-macam versi yang Autodesk keluarkan dah pernah aku guna selama berkhidmat di dalam beberapa firma sebelum ni. Ada versi 2000, Map2004 (versi terbaik aku pernah guna), 2008 dan tak lupa jugak versi sampah 2000LT.

Tapi pada aku, aku tetap akan setia pada versi R14 ni. Versi yang membuatkan aku jatuh cinta pada garisan-garisan, warna-warna dan corak hatching, simbol-simbol dan bentangan rekaan yang terhampar pada latarbelakang gelap. Daripada bertaraf under-amateur, sampai la level brader-brader sekarang. Aku masih lagi senang dengan versi awal, versi yang direka semasa zaman tetikus masih lagi ada dua butang, kanan dan kiri. Tanpa skroll. Tanpa butang ketiga. Tapi memerlukan ketangkasan kedua-dua belah tangan serentak. Tangan kanan cergas mengendalikan tetikus, tangan kiri pulak sibuk menekan-nekan command pada papan kekunci. Sampai ada sorang budak praktikal kagum la tengok aku buat kerja! Hahahaaa.... Tak macam budak-budak sekarang, semua benda nak bergantung pada ikon.

Cuma baru beberapa hari lepas aku tersedar, aku perlu merelakan kehadiran teknologi dalam hidup aku. Sekaligus memudahkan lagi proses aku membuat kerja. Itu pun kesedaran ni muncul bila pc aku didatangi dengan masalah kronik. Gagal mencapai sistem operasi Window dan jugak hard disk yang dah jahanam. Entah apa kena, aku pun tak tau.

Nak tak nak, terpaksa la aku keluarkan modal sebanyak RM200 (termasuk upah burger bakar kat pasar malam) untuk mendapatkan main board baru. Hard disk pulak, aku mintak tolong aku punya juruteknik peribadi cilok kat ofis dia. Ambik je mana-mana hard disk yang dah nak dilupuskan, tetapi masih dalam keadaan cemerlang untuk disedekahkan pada aku.

Hasilnya, malam ni aku dah berjaya mengìnstall' software versi 2010 ni, sambil cuba melupakan versi R14 yang takde siapa pun kat ofis aku pernah jumpa!


~Sebenarnya ada versi lagi baru, tapi kat ofis aku pakai Acad 2010, dan aku pun rasa ini lagi satu versi terbaik yang Autodesk pernah hasilkan.

~Maaf, ini adalah DVD installer cetak rompak, tak kuasa aku nak beli sampai berbelas ribu!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. R14 ni perisian adikberadik autocad ke..? dah nk tdo malas pula aku nk gugel. hehe..
    mm.. 13thn tu termasuk tempoh kau study ke,klu termasuk, maksudnya kita sebayalah..?mihmihmih..

    pemalas gila nak log in & comel;
    4feet8

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh! nak jugak tu... aku tua sikit daripada kau.

      Autocad R14, kalau tak silap perisian autocad pertama yang dikeluarkan untuk windows (sebelumnya untuk DOS kalau tak silap R12)

      Delete
  2. oohh Autocad..aku ingt..Rim 14... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rim 14? Kau memang poyo chot. Har har har.


      Aku pernah guna sekali je. Tu pun sebab customer minta print kan bahan dia. Tapi laa ni dah lupa langsung la. Banyak installkan aje dari menggunakannya.

      Delete
    2. version 2014 dah keluar eh? pirate ada?

      Delete
  3. Saya mula mengenali komputer sebelum tetikus wujud di Malaysia. Masa tu nak gerakkan, nak copy & paste dll ketika taip banyak gunakan F1, F2 hingga F12 dll. Memang rumit kena ingat banyak benda. Sekarang segalanya semakin mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR, saya pun mula belajar guna keyboard aje. Smp laa ni kalau nak print ke save ke lebih senang guna shortkeys dari guna mouse. Sometimes guna mouse lebih lambat.

      Delete
  4. Itu masa zaman DOS kan? Saya pernah guna wordstar, lotus123 dan Dbase sekejap. Heheheee...

    ReplyDelete
  5. AKU BUTA IT.. TAK PAHAM LANGSUNG PASAL PERISIAN-PERISIAN NI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari makan, bos... Hehehe...

      Delete
  6. Replies
    1. nak sebut C4 kena slow2. karang...

      Delete
  7. baru nak tanya apa dia R14 rupanya dah dijawab kat ruang komen terdahulu..apa lagi bro, suh company sponsor orginal laa satu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat kerja aku memang dapat original sorang satu, tapi dongle share guna network. kat rumah, pirate je la selayaknya...

      Delete