Singapura 30 tahun dulu

29
3:55 PM
"Guangzhou tu macamana tempatnya, ok tak?"

"Bangunan, jalan-jalan, keadaan dia sama macam Singapore 30 tahun dulu. Best. Lain kali aku ajak ko pulak." Jawab dia penuh yakin, sekembalinya kami dari LCCT awal pagi tu.

"Ceh, umur kau pun baru 32 tahun! Macamana kau boleh tau pulak keadaan kat Singapore 30 tahun dulu? Poyopo la lu brader..." Sergah aku sambil tersengih macam kerang wangi.

Dan selain baju celoreng yang menjadi buah tangan untuk aku dari Guangzhou, dia pun ada belikan aku benda ni. Dia kata, ini pertama kali dia tengok benda ni. Lepas tu memandangkan keunikan benda ni, dia terus teringat nak bagi aku sebagai cenderamata. Ewah, kira aku ni unik la? Hahahaaa!




Serious shit, ini bukan remote untuk sebuah kereta berharga ratusan ribu ringgit. Gila apa dia nak belikan aku sebijik Porsche! Ini cuma lighter yang menggunakan kuasa bateri. Itu sahaja... Apa pun, terima kasih buddy. Ingat jugak kau nak hadiahkan aku benda unik.

Tapi kenapa lighter?

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

29 comments:

  1. Kalau Guangzhou seperti Singapura 30 tahun dulu, KL pula seperti apa...seperti New York 40 tahun lalu??? (Saya tak pernah ke NY!!!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinggir new york kot. hehehee...

      Delete
  2. MELAKA SEKARANG DAH TAK MACAM MELAKA DULU.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, pinggir pantai yang dulu dah jadi daratan.

      Delete
  3. kelas lah mancis mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan jugak la, macam lighter dalam kereta...

      Delete
  4. kenapa lighter? utk nyalakan rokok. :)
    kalau x merokok, mesti dapat fridge magnet jer :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. magnet pun ada, tapi itu aku yang mintak...

      Delete
  5. wah.. green electronic eh..? ala-ala green technology ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Green? Takde la green mana kalau tujuannya nak nyalakan rokok. Hahahaa!

      Delete
  6. ada juga gunanya berbanding keychain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi banyak makan ruang dalam poket seluar...

      Delete
  7. kau tayang atas meja makan kat mamak lighter tu...awek awek pasti terpesona...kah kah kah ( jgn tunjuk kau nyalakan rokok dengannya!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi jangan pulak masa tayang tu kau pakai kemeja putih seluar hitam. nanti depa ingat kau driver aje. hahaha

      Delete
    2. Boleh doc, tapi kotak rokok pun kena sorok la...

      Delete
    3. Apa pun boleh kecuali seluar warna merah!!!

      Delete
  8. peh..

    selamat merokok dengan selamat..! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merokok? Selamat? Lain macam pulak aku rasa. Hahhaaa...

      Delete
  9. hehehe ape da.
    saya ke singapore minggu ini, mau kirim barang juga kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi ke pantai, bungkuskan saya pasir simpan dalam botol.

      wei, ada sesiapa tanya kau nak sebenier ke tidak? penyibuk aje!!!

      hehehe

      Delete
    2. Singapore? Takpe esok kita bincang. Hahahaa...

      Delete
    3. Simpan pasir dalam botol? Mengingatkan aku akan kelakuan kapten miller (saving private ryan) dalam babak kat omaha beach tu.

      Delete
    4. so kira boleh ke untuk aku dapat pasir itu?

      Delete
    5. Pasir kat sentosa tu? Mungkin kot. Kalau ambik pasir tempat lain bukan kau tau pun...

      Delete
    6. aku tak kisah. asal kan pasir.

      Delete
  10. ni kalau tak tau (sbb tengok sekali lalu je kan..), mau org kata..wow! kaya mamat ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak salah lagi. Muka pun dah macho...

      Delete
  11. sekali tengok macam pendrive..bagi lighter supaya ko boleh buat perhiasan (jika ko tidak merokok). dan kalau ko merokok pun, sila laa jadikan ia perhiasan gak..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku gantung kat ofis je. Nak berasap baru guna...

      Delete