Zakat, Memunjuk-nunjuk Satu Tanggungjawab?!

19
2:26 PM
Hari Ahad lepas, aku telah menyaksikan sesuatu perkara yang aku kira agak menjengkelkan, sedikit menyakitkan hati dan juga ada rasa simpati yang banyak. Terutamanya kepada mereka yang aku anggap sebagai `mangsa keadaan'. Kebanyakan daripada mereka yang datang adalah warga emas. Ada yang dipapah, ada yang bertongkat tiga, ada jugak yang dah tak larat bertongkat sebaliknya berjalan dengan walking frame. Tapi takde pulak aku nampak yang datang tu berkerusi roda!

Mana mungkin mereka yang berkerusi roda mampu mencapai ke tempat yang aku maksudkan ni, sebab mereka terpaksa menaiki beberapa anak tangga (tiada ramp untuk kemudahan OKU berkerusi roda) ke front desk atau lobi, kemudiannya pula terpaksa menuruni beberapa lagi anak tangga sebelum melalui kawasan kafe terbuka, semata-mata hendak menuju ke tempat di mana acara berlangsung. Nak kena beratur kat front desk untuk daftar nama pun satu hal...

Jauh tu beb! Sampaikan aku ada dengar sorang makcik mengeluh "Uh, jauhnya..." masa dia lalu sebelah aku.

Eh, apa aku merapu ni? Takde ekor, takde kepala. Tiba-tiba je masuk.

Sebenarnya hari minggu hari tu aku ada menginap kat satu resort tu. Kebetulan pulak pagi Ahad tu ada satu majlis penyampaian zakat oleh Ketua Menteri Melaka. Penerimanya pulak aku tengok dari kalangan orang-orang tua dan orang miskin pastinya. Apa yang buat aku rasa simpati, kesal dan sedikit rasa tak puas hati kat sini adalah, aku tengok benda ni macam menyusahkan pulak. Kan ke elok kalau majlis ni dibuat kat satu tempat yang lebih baik. Lebih baik maksud aku bukan la tempat yang high class, ada banyak bintang atau ada makanan sedap-sedap. Tapi lebih kepada venue yang sesuai dan mudah untuk golongan penerima ni sampai.

Cara mereka datang ke sini pun aku tak pasti, sama ada terdapat bas disediakan atau mereka terpaksa datang dengan sendiri. Sebab aku perasan mereka semua tidak datang serentak (kepada yang terlibat, mohon betulkan kalau aku silap).

Nampak tak kat sana tu? Lepas naik, kena turun tangga pulak! Gambar penerima zakat tu aku tak tunjuk kat sini atas sebab tertentu...

Cadangan aku, majlis sebegini memang tak perlu diadakan langsung. Cuba bayangkan kos nak mengadakan majlis yang macam ni. Nak sewa tempat, kos menyediakan makanan bukan sahaja pada para penerima, malahan jugak kepada para VIP. Silap haribulan, kalau ada panggil VVVVVVIP kosnya mungkin lebih banyak daripada jumlah zakat yang diagihkan!

Sebenarnya kerusi yang disediakan tak cukup sampai ada yang berdiri. Dah lama, baru la pekerja resort ni terhegeh-hegeh hantar kerusi tambahan...

Lebih elok rasanya majlis macam ni (kalau nak buat jugak) diadakan secara kecil-kecilan. Kalau buat besar-besaran siap dengan pasang banner bagai, dah nampak macam menunjuk pulak! Mengarut, merepek siot... Nak lagi jimat, bagi je secara direct kepada yang berkenaan. Bukan ke menyampaikan zakat tu satu amanah yang dah dipertanggungjawabkan kepada pihak tertentu. Takkan la buat kerja yang dah jadi tugas pun nak menunjuk-nunjuk.

Kemon la...

Sama jugak macam isu yang berlaku masa bencana banjir kat pantai timur minggu lepas. Yang masing-masing berebut nak tolong tu, memang patut la kita semua puji. Tapi yang macam harrom tu masing-masing jugak sibuk nak menunjuk. Benda ni galak dibuat oleh para pemimpin parti politik, tak kira pemerintah atau pembangkang. Kesian aku tengok kat mangsa banjir tu, tiba-tiba kena jadi pak pacak dalam satu babak drama percuma yang akhirnya akan menjadi modal pelaris meraih undi kemudian hari. Cukup, cukup sudah...

Aku anggap kehadiran pemimpin parti politik (kecuali wakil rakyat dan orang-orangnya) itu sangat menyusahkan, terutamanya kepada para pekerja dan sukarelawan. Kenapa menyusahkan pulak? Hehehehee... Fikir la sendiri, aku nak pergi cari nasi ni. Pekena kari ayam pun orait jugak!

~maaf kalau entri kali ni agak keras sedikit...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

19 comments:

  1. tangan kanan memberi sorokkan tangan kiri, tapi kini tangan kanan memberi tangan kiri kanan sibuk meng'update kebaikan diri di mukabuku. astaghfirullah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaki kanan aku pulak terajang orang tu. orait tak?

      Delete
  2. kekadang benda2 macam nie yang aku tak paham...dimana logiknya buat event macam nie kat tempat2 macam nie..normally kalau nak buat majlis menyerahkan zakat ni, orang buat kat dewan orang ramai jer..lebih nampak sesuai dan bagi mengelakkan pembaziran.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembaziran... you've got my point, bro!

      Delete
  3. Tujuannya baik, tapi cara selalu tak kena. Nasib baik tak panggil artis utk buat persembahan atas nama persembahan amal!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada artis, saya pun tumpang sekaki! hehehee...

      Delete
  4. dapat pahala berzakat, dapat dosa riak..balance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. break-even. hahaha.

      Delete
    2. part riak tu, mungkin diorang tak perasan kot...

      Delete
  5. TUJUANNYA IKHLAS.. NAK BERI ORANG MISKIN, KURANG UPAYA MERASAI APA YANG ORANG 'ADA-ADA' RASA..

    SAYA SUKA BERSANGKA BAIK PADA SETIAP ORANG.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat jugak merasa berada di majlis kat resort. cuma masalah kesesuaian lokasi je la. hehehee...

      masa ni, `buah hati' aku macam nak meleleh air mata tengok sorang makcik tu terkial-kial turun tangga dari jauh.

      Delete
  6. Pusat Zakat sebelah pejabat aku dah pindah ke bangunan lain. Sebelum ni tingkat atas. Memang ramai asnaf dan warga emas yang mengeluh sebab tinggi sangat and also tangga nya kind of steep. Bahaya.

    So sekarang depa pindah ke bangunan baru, ground floor lagi. Memang dapat doa memanjang la dari mereka yang tahu menghargai.

    Kes di atas tu kau jangan hairan. Benda perkara sekarang ni. Bila dengar hal macam tu memula aku kagum, then bila nampak dipapar masuk suratkhabar aku hilang kagum, hilang ikhlas, naik jelak pulak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Benda biasa sekarang ni.

      Delete
    2. bab masuk paper, (dari sudut positif) mungkin diorang nak bagi kesedaran pada masyarakat, terdapat ramai golongan perlu dibantu kat malaysia ni.

      Delete
  7. Cool gila layout blog ko ni....aku lom baca entri ni. Jap g aku komen blk sbb aku terpaku jap tgk blog bru ko yg awesome ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. tak abis setting lagi ni. takde masa aku nak godek lebih2...

      Delete
  8. Firstly, MACAI DETECTED dalam comment box ko ni.

    Secondly, tak payah karang panjang lebar. Tujuan majlis ni, cuma nak bagi kesenangan VIP je. Bukan penerima.

    Sekian.

    ReplyDelete