Mentarang

16
7:30 AM

Sekinchan - Sungai Besar, adalah laluan yang kerap aku tempuhi sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Kalau dulu kali pertama aku lalu kat jalan ni, apa yang begitu menonjol cuma deretan gerai buah-buahan di kiri dan kanan jalan je, selain hamparan sawah padi. Itu sahaja.

Ohya, ada satu lagi. Mentarang...

Sebelum ni, seumur hidup aku tak pernah makan binatang yang nama mentarang ni. Tak lama kemudian, entah kenapa Tuhan bukakkan pintu hati aku yang rapuh ni untuk berhenti sekejap, singgah membeli di tepi jalan. Mana la tau, mentarang ni rasa dia lebih kurang sama macam kupang (kegemaran aku). Masa tu, makcik tu bagitau aku binatang ni sedap kalau dibuat masak gulai atau sambal. Kalau nak digulai, tak payah keluarkan isi pun takpe. Tapi kulit tu kena sental dulu dengan berus supaya lumpur yang melekat tu tertanggal

Aku ikut nasihat makcik tu. Cuma aku tak buat gulai, tapi aku masukkan dalam oven. Lebih kurang macam mentarang bakar jugak la.

Selain boleh dimakan oleh makhluk bernama manusia, aku pun baru tau mentarang ni boleh dibuat umpan mengail. Agak berkesan jugak. Cuma masalahnya, aku terpaksa lebih rajin sedikit periksa umpan kat mata kail sebab isinya yang lembut membuatkan ikan-ikan kecil suka sangat curi. Sekali baling, sekali pasang umpan, tak sampai lima minit. Mana larat bai! Sudahnya, udang pasar jugak yang jadi taruhan.

Berbalik kepada makanan, dapat aku perhatikan yang drive-thru sekarang dah mula jadi trend. Selain daripada cendol bakar yang terkenal kat Bukit Rotan tu (tak pernah singgah sebab sentiasa penuh), kat area sini pun ada jugak drive-thru kelapa bakar. Agak memudahkan jugak, dan tahniah untuk idea bernas para peniaga zaman sekarang. Memang layak aku panggil usahawan.

Dua minggu lepas, sekali lagi Tuhan dah bukak pintu hati aku berhenti sekejap kat warung tepi jalan yang ada jual mentarang ni. Mulanya aku ingatkan kat sini cuma ada jual mentarang segar dan mentarang bakar je. Tapi rupa-rupanya binatang mentarang ni pun boleh dimasak dengan pelbagai cara. Salah satunya, masak black pepper...

Rasa boleh tahan, cuma semacam berpasir sikit.

Setelah mengetahui rasa mentarang yang berbeza sedikit berbanding kupang (kupang lebih manis), aku tak la begitu teruja dengan menu yang baru ni. Tapi disebabkan Adele punya pasal, aku layankan aje la. Satu lagi menu pilihan kami tengahari tu adalah, ini. Mentarang bakar...

Yang baju merah/hitam tu adalah anak buah yang paling rapat dengan aku.

Cuma entah kenapa, dah beberapa kali cuba makan mentarang ni, kepala aku akan rasa pening. Perut pulak rasa mual. Macam mabuk naik tongkang pun ada. Mungkin aku alah dengan binatang mentarang ni...

*Pergh, tiga entri berturut-turut pasal makanan. Ini macam baru la meriah...

16 nasihat berguna:

Kacang Pool Haji

18
11:08 AM
Aku tak berapa pasti dari mana nama makanan ni boleh muncul. Atau adakah memang terdapat kaitan secara langsung antara pemilik premis ni dengan permainan pool satu ketika dulu? Itu aku tak peduli. Yang aku peduli, kacang pool ni memang dah lama terkenal seluruh Johor Bahru.

Sebut je kacang pool, semua orang akan tunjukkan jalan menuju ke arah Larkin, seterusnya ke sebuah medan selera yang terletak di sebelah balai bomba. Jadi secara automotiknya, tempat ni dinamakan sebagai Larkin Bomba. Sinonim betul kacang pool ni dengan bomba. Mesti brader bomba kat sini dah tak heran dengan kacang pool ni.

Apasal, ada bubuh kacang ke dalam mangkuk kacang pool ni? Takde pun. Komponen dalam menu ni adalah roti bakar, kuah daging cincang dan jugak telur mata. Itu je. Tapi orang yang makan kat sini dah serupa enam bulan hanyut kat tengah laut. Macam tak pernah jumpa makanan. Penuh!

Sedap sangat ke benda alah kacang pool ni? Sedap, memang sedap. Lagi sedap kalau ada orang belanja!

Sebelah kanan bawah gambar, Mie adalah nama housemate aku masa stay beberapa tahun kat Johor Jaya dulu. Tapi aku tak pasti nama brader baju warna purple tu... 

Roti bakar. Lembut di dalam, sedikit garing di luar. Serupa macam hati aku... 

Ini cicahnya. Jangan mengaku rakyat Johor Bahru kalau tak pernah makan benda ni...


  • Aku akan jadi warga Lembah Klang yang paling bahagia kalau kacang pool ni ada jual kat sini...
  • Rasa macam Saari Amri pulak up cerita pasal makanan, bikin lagu ikut selera khalayak paling banyak. Yela, aku perhati ramai orang suka baca (dan up cerita) pasal makanan. Cara gak!
  • Entri berikutnya berkemungkinan besar pasal makanan jugak...

18 nasihat berguna:

Mee Bandung Tepi Sungai

14
7:29 AM
Setiap kali balik dari Johor ke sini, aku memang akan terbayangkan mee bandung kat Tangkak. Kuahnya yang betul-betul kaw telah membuatkan aku perut aku memulas sampai terberak-berak dua hari. Memang power. Tapi tu cerita beberapa tahun dulu...

Selain mee bandung kat Tangkak tu, ada satu lagi mee bandung yang jadi pilihan aku. Bukan aku je, bahkan mak aku dengan akak aku sekali. Lokasinya adalah kat Simpang Renggam. Kalau dari Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Andak lebih kurang 1 km, terletak betul-betul di tepi Sungai Benut. Dan lebih tepat lagi, Kampung Kolam Air.

Koordinat GPS;
Lat : 1°49'40.23"
Long : 103°17'52.32"
...mana la tau kalau ada yang berkeinginan nak cari.

Entah kenapa, susah sangat nak cari mee bandung yang kuahnya betul-betul real. Kebanyakan yang ada jual kat sini, kuahnya pekat sebab sos je. Mungkin sebab perniagaan kedai makan dimonopoli oleh peniaga dari Kelantan, jadi mereka ni sangat tak arif nak menghasilkan kuah mee bandung yang sebenar. Itulah yang jadi mee bandung tapi kuah rasa sos!

Apa pun, mee bandung yang aku maksudkan ni memang terbaik. Sehingga menjilat sudu!

Sebelum...

Selepas...

Aku seorang yang gemarkan makanan berkuah. Ikutkan hati, memang nak je aku hirup kuah ni sampai habis...

14 nasihat berguna:

Zurin (II)

7
12:37 AM
Lebih kurang sepuluh minit aku tertonggok di situ, sendiri. Sengaja aku memilih meja bulat kecil yang terletak di satu sudut yang terpencil, supaya kehadiran aku yang sendirian tidak begitu disedari oleh sesiapa yang datang selepas aku dan bangun sebelum aku. Tapi mujur, orang-orang yang tiba selepas aku masih belum ada lagi yang selesai makan. Semuanya menunjukkan tahap kelahapan standard rakyat Malaysia, dan ada juga yang duduk-duduk sambil bersembang mengadap segelas air minuman.

Masuk minit yang ke sebelas, aku melihat muka jam di tangan yang hampir melewati pukul 5:20 petang. Masih awal. Waktu yang kami persetujui untuk bertemu adalah pada tepat jam 5:30 petang. Hari itu, sengaja aku datang awal. Bukan setakat hari itu, malah aku berjanji pada sendiri akan datang lebih awal untuk temujanji kedua, ketiga atau seterusnya... Kalau ada.

Jantung aku mulai mengepam darah dengan lebih kerap, laju dan padu mengalirkan cecair darah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh aku. Tapi tidak ke otak. Kerana aku yakin aku seperti telah membuat keputusan yang salah untuk bertemunya pada kali pertama. Itulah dia angkara gatal jari nak menaip sms, gatal bibir nak menuturkan bicara yang mengandungi pelawaan minum bersama seterusnya berbincang tentang projek yang belum tentu bila akan bermula, kononnya...

"Wei abang botak, apahal termenung ni?" Celaka, terasa macam nak meletup paru-paru aku apabila tiba-tiba ada satu objek keras dan tajam mencucuk bahu aku diikuti dengan satu suara lembut menjerkah dari belakang. Sebaik menoleh, kelihatan sesusuk tubuh kecil dan langsing dihiasi dengan wajah seorang perempuan manis yang memang aku kenali.

Continue reading →

7 nasihat berguna:

Kecilnya Kebesaran Tuhan

6
10:01 AM
Jangan salah anggap. Aku bukannya memperkecilkan kebesaran Tuhan. Tidak sama sekali. Tapi apa yang aku maksudkan adalah, terdapat begitu banyak bukti-bukti kebesaranNya yang ada di sekeliling kita. Tak perlu kita menjadi saintis untuk menemui apa yang ada di luar galaksi sana. Cukup sekadar menoleh dan memerhati apa yang ada di sebelah kita. Buktinya ada di situ, walau pun pada perkara yang kecil dan remeh.

Diambil daripada status facebook salah seorang kawan aku...

6 nasihat berguna:

Aku Pasrah...

16
12:01 PM
Pergh, pasrah!!!
Aku terpaksa redha je kalau ini la rupa sebenar aku dari kaca mata seorang budak berumar tiga tahun lebih.
Orang kata, budak-budak tak pandai menipu...

16 nasihat berguna:

Cangkung

10
1:36 PM
Ada dua pilihan.

Pertama, duduk. Kedua, cangkung yang mana aku lebih gemar memilih jenis yang kedua ni. Tak kisah la kat mana-mana pun. Kawasan rehat, stesen minyak, surau/masjid (jarang ada jenis duduk), shopping complex atau terminal bas. Cuma kalau dah takde pilihan macam kat bilik hotel yang selalunya cuma ada jenis duduk, aku lebih suka bertenggek sambil kedua-dua belah tangan berpaut pada sebarang objek di sekeliling. Mujur berat badan aku masih lagi ideal.

Salah satu sebabnya adalah ini...

Sumber dari sini.

*Ada mitos yang mengatakan bahawa orang putih memang tak reti mencangkung sejak azali.
*Apa yang aku tau, penggunaan tandas duduk pun boleh menjadi punca beberapa jenis penyakit terutamanya yang berjangkit.

10 nasihat berguna:

GPS Itu Menyesatkan? (entri berjela)

10
7:57 AM
Berkenaan dengan GPS, banyak yang aku dengar daripada kawan-kawan selama ni. Ada komen positif, ada jugak komen yang negatif.

Yang positif tu, kebanyakannya akan suggest aku gunakan beberapa aplikasi yang mereka kira amat membantu semasa dalam perjalanan ke arah tempat yang tak berapa familiar atau tak tau langsung. Dan yang negatif pulak, biasanya akan cakap macam ni:

"Huh, nama je pakai GPS. Tapi sesat barat jugak! Tension aku..."

Itulah dia. Kali ni aku nak cerita serba sedikit pasal GPS melalui apa yang aku tau. Kalau salah tolong tunjukkan. Dulu masa belajar, salah satu subjek yang aku ambik silibusnya ada diselitkan dengan beberapa topik berkenaan Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System).

GPS ni berbeza sedikit daripada Remote Sensing (Penderiaan Jarak Jauh) walau pun kedua-duanya menggunakan khidmat jasad buatan manusia yang mengorbit bumi berdasarkan kiraan tertentu. Seingat aku, Remote Sensing ni cuma kaedah mengumpulan data permukaan bumi contohnya suhu, kepadatan penduduk, penggunaan tanah atau ramalan cuaca; sama ada dengan menggunakan data cerapan dari satelit atau pesawat udara. Antara bidang yang menggunakan kaedah Remote Sensing ni pulak (kalau tak silap aku) adalah meteorologi, pertanian, geologi dan kajian marin. Ringkasnya, semua kaedah pengumpulan data tanpa direct contact boleh disebut sebagai Remote Sensing.

Berbeza dengan Remote Sensing, GPS pulak adalah kaedah untuk menentukan kedudukan (positioning) suatu titik di atas permukaan bumi dengan menggunakan lebih daripada satu satelit. Mengikut sejarahnya, GPS ni cuma digunakan dalam bidang ketenteraan je beberapa puluh tahun dulu tapi kemudiannya diaplikasikan pulak dalam bidang pemetaan. Ini bermakna, GPS yang kita gunakan hari ni sama ada dalam aplikasi telefon pintar atau built-in dalam kereta, bukan setakat pihak tentera dah pakai sejak zaman perang dingin lagi, malahan mempunyai kejituan yang lebih tinggi lagi.

Beberapa tahun dulu, masa aku kerja kat company lama dan terlibat dalam beberapa projek yang menggunakan peralatan GPS, kejituan (accuracy) yang boleh dihitung boleh mencecah sampai 0.001 milimeter! Cuba bayangkan, kecanggihan tahap apa yang pihak tentera miliki sekarang...

Tapi kenapa aku bagitau tadi dengan menggunakan beberapa buah satelit? Jawapannya senang je. Semakin banyak satelit yang digunakan untuk menentukan kedudukan suatu titik tu, maka makin jitu la hasil cerapannya. Pelarasan akan dibuat melalui hasil cerapan beberapa satelit tu. Itu lebih dalam lagi, aku sendiri pun payah nak terangkan bagi orang faham. Contoh paling mudah, bila kita switch on device kita kemudian dia display 9 buah satelit, maka hasil cerapan yang dibuat mesti lebih baik daripada 3 buah satelit je.

Itu asas dalam bidang pemetaan.

Jadi kalau macam tu, kenapa kita masih boleh sesat kalau nak pergi kenduri kahwin? Sedangkan kita dah guna aplikasi GPS yang terkini...

Sekali lagi aku nak ingatkan, kualiti cerapan yang pihak militari dan pemetaan gunakan tak sama dengan apa yang disediakan untuk kegunaan civilian iaitu kita. Biar macamana mahal gadget yang kita guna, tetap akan ada error yang besar. Cuma mungkin lebih baik sedikit daripada sejak mula benda ni diperkenalkan dulu.

"Tak reti la guna GPS ni".

Mula-mula sekali aku senaraikan aplikasi navigasi yang pernah aku gunakan iaitu OviMap, Garmin, Sygic, Waze, Papago dan jugak GoogleMap. Pada aku, semua aplikasi ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri bergantung kepada tahap pamahaman dan kebolehan kita menggunakannya.

OviMap adalah aplikasi yang paling user friendly tapi peta jalan yang disediakan agak terbatas perinciannya berbanding GoogleMap atau Waze. Tambahan pulak, setahu aku OviMap ni belum ada lagi dikeluarkan untuk sistem operasi Android. Agak sayang sedikit sebab OviMap ni lebih ringan dan kurang membebankan processor. Saiz pun tak makan ruang yang besar mana.

Garmin pula, kalau tak silap aku memang old timer dalam bidang peranti GPS ni. Merekalah adalah antara yang awal memperkenalkan peranti GPS yang lebih mudah dibawa ke mana-mana tanpa antena sebesar piring Asstro (selain Topcon dan Trimble). Benda tu dinamakan GPS handheld. Cuma sebesar remote control je. Untuk aplikasi telefon pintar, jalan yang disediakan atas peta pun lebih terperinci lagi (tapi tetap tak boleh lawan GoogleMap). Cuma kekurangannya, aplikasi ni saiznya agak besar membuatkannya macam lembab sikit semasa digunakan. Nak detect signal pun kadang-kadang fail. Kalau telefon `hang' masa tengah guna Garmin tu, memang biasa pada aku.

Lain-lain macam Sygic, Waze dan Papago tu cuba la sendiri. Aku malas nak terrangkan...

"Kalau macam tu, macamana orang lain pakai elok je tapi aku boleh sesat?"

Satu soalan yang baik.

Sebagai orang yang takde kepakaran dalam bidang pemetaan, aku nak beri dua tip iaitu pertama, memandu pada kadar kelajuan yang sesuai dan kedua, sentiasa memandang jauh sedikit ke hadapan.

Tapi kalau dah sesat jugak, bermakna kalian memang mempunyai kebolehan orientasi arah yang sangat teruk. Kedua-dua tip yang aku berikan tu memang berkait rapat. Kita tengok satu senario yang biasa kita hadapi:

Cuba bayang anda sedang memandu Proton Iswara tapi penuh bertampal stiker Mitsubishi dan berada di Jalan Mersing (rujuk gambar kat bawah ni). Kedudukan semasa adalah di simpang empat (bertanda huruf A)   dan tempat tujuan adalah pasaraya Carefour di sebelah kanan. Berdasarkan laluan yang sepatutnya digunakan seperti paparan gadget, kalian sepatutnya belok ke kanan masuk di Jalan Aman (titik B) iaitu lebih kurang 300 meter dari titik A. Jadi kalian pun memandu dengan penuh rasa ghairah tanpa memerhatikan keadaan sekeliling kerana percaya 100% kepada GPS.

Tapi sebaik sahaja kalian menerima arahan daripada suara awek kat gadget tu macam, "now, turn right", tau-tau je kalian sebenarnya dah terlajak simpang (titik C). Bila belok seperti yang diarahkan, kalian bukannya berada di Jalan Aman menuju Carefour, tapi sebaliknya berada di stesen minyak Shell.

Tu yang rasa nak maki je GPS tu!

Gambar 1 : gambaran situasi yang biasa berlaku.

Kenapa macam tu pulak? GPS ni menipu ke apa? Tidak, GPS tak pernah menipu macam ahli politik. Secara mudahnya, sila lihat gambar 2 kat bawah untuk memahami kenapa benda macam ni boleh berlaku.


Gambar 2 : Stesen bumi tu tak payah ambik tau kenapa ada kat situ, cuma penting untuk mewujudkan sistem triangulasi dalam pengiraan koordinat GPS.


Anggapkan kalian sekarang sedang melihat kat skrin gadget GPS tu. Pada masa tu kalian sedang berada di kedudukan A dan masa yang sama aplikasi dan alatan yang kita gunakan sedang sibuk mengira koordinat titik A. Kepantasan hasil kiraan itu dikeluarkan bergantung kepada:

  •  Kemampuan alatan. Kalau lagi canggih gedget tu, mesti la lagi power processor. Jadi lagi laju la dia kira.
  • Keupayaan aplikasi.. Biasanya aplikasi yang berat ni leceh jugak dia punya perangai. Nak pulak kita instal dalam telefon kokak cap ayam. Memang lembab macam cacing la dia punya buat kerja.
  • Faktor sekeliling. Kalau kita berada di bawah tempat yang teduh atau terlindung, memang payah sikit satelit kat atas tu nak detect, walau pun cuaca baik. Contohnya kalau kita ada kat bawah jejambat, dalam terowong, celah-celah bangunan atau di bawah kanopi pokok-pokok getah.
  • Faktor semulajadi. Ini jarang berlaku, tapi tetap ada kemungkinan jugak. Kadang satelit ni susah nak detect kedudukan kita dan menghasilkan ralat adalah bila hari terlalu panas. Ini akan mewujudkan biasan gelombang yang disebabkan oleh suhu atmosfera yang tinggi. Contohnya bila kita berada di kawasan yang berdekatan dengan laut.
  •  Lagi satu, jangan lupa pastikan kredit tu cukup bagi yang pakai prepaid. Sebab data (koordinat) akan dihantar ke gadget kita melalui talian GPRS atau 3G. Tolong jangan keliru antara GPRS dengan GPS!!!

Kemudian, bayangkan la aplikasi kita tu dah siap kira dalam sesaat semudian dan memberitahu kedudukan kita di titik A, tetapi sebaik sahaja ikon kereta tu muncul kat titik A, kita sebenarnya dah pun ada kat kedudukan B. Ini yang dinamakan sebagai selisih atau `sela masa' (time interval) dalam kiraan GPS. Sebab tu aku suruh kalian memandu dengan kadar sesuai dan mata tu pandang jauh sedikit ke hadapan. Bila awek GPS bagitau kita kena belok lagi 300 meter kat hadapan, bermakna kalian mungkin kena belok dalam lebih kurang 100 hingga 150 meter je lagi.

"Macamana kalau aku nak cari satu tempat tu tapi takde dalam GPS?"

Baiklah, kita ke permasalahan yang berikutnya. Benda macam ni pun biasa berlaku kat aku, terutama sekali masa aku pakai OviMap dulu sebab Ovimap ni petanya tak berapa lengkap. Selalunya kalau kita nak ke sesuatu tempat tu kita akan cari dalam GPS dengan menggunakan kaedah POI. POI ni bukan nama budak kampung aku yang malas pergi sekolah tu, tapi Point Of Interest. Merujuk kepada senarai tempat-tempat tertentu berdasarkan ketegori yang tersendiri. Kalau kita nak merasa makan tomyam, kita akan pergi ke `menu' kemudian `search' atau `go to location' (bergantung kepada aplikasi) dan pilih `food'. Atau pun bila nak hantar bakal mak mertua ke terminal bas Bandar Tasik Selatan, kita akan pilih `transport'. Kat situ terdapat bermacam-macam pilihan yang mungkin.

Tapi macamana kalau kita nak pergi kenduri kahwin kawan ofis kita kat Sungai Long sana? Apa gila orang nak letak rumah kawan kita tu kat dalam senarai POI. Mudah je kalau kena dengan cara. Kat sini aku bagi satu panduan mudah yang biasa aku guna.

Mula-mula kita dapatkan dulu alamat tempat tujuan tu. Cara nak dapatkan alamat tu aku takkan ajar, bukan kerja aku. Bila dah dapat, kenalpasti pulak kedudukan alamat tu kat Google Map setepat yang mungkin. Lebih elok kalau cari guna pc. Bila dah jumpa, `point'kan arrow pada rumah kawan ofis kita tu (seelok-eloknya klik kat jalan depan rumah dia, bukan atas bumbung). Tengok gambar 3 kat bawah.

Gambar 3

Bila dah pasti, klik kanan supaya satu `command box' kecil keluar macam gambar 4 kat bawah.

Gambar 4

Kemudian, klik `What's here?'. Bila kalian dah klik tu, satu koordinate latitud/longitud dalam bentuk perpuluhan akan diberikan. Tengok lagi gambar 5 kat bawah ni.



Dah dapat? Ok, sila ambil pen dan kertas dan catitkan. Koordinat tu pulak kemudiannya perlu di`convert'kan ke dalam benduk ddd.mm.ss. Cara nak convert kalau tak tau sila tanya cikgu matematik sekolah menengah dulu. Untuk koordinat lokasi kat atas, format yang aku dah kira (senang je) adalah Lat:3°04'53.43" dan Long:101°43'41.31".

Faham setakat ni? Kalau tak faham bukan masalah aku... Hahahaa!!!

Lepas tu koordinat garis lintang dan garis bujur dalam format yang baru tu akan kalian gunakan dalam carian kat GPS nanti.

Sebenarnya selain carian lokasi dengan menggunakan POI, kita pun boleh pergi satu tempat tu dengan kaedah `manual entry'. Maksudnya, kita bukan search guna POI, nama jalan atau alamat (aplikasi Garmin boleh cari guna alamat siot!), tapi koordinat satu tempat tu. Kadang-kala, cara ni lebih tepat lagi berbanding cara yang lain-lain tu. Kat mana nak cari `manual entry' tu kat aplikasi GPS, cari la sendiri. Sebab bergantung kepada aplikasi apa yang kalian gunakan.

Baiklah, semoga dengan kesabaran kalian membaca entri ni sampai habis akan dibalas Tuhan dengan tidak lagi sesat di atas muka bumi ni. Kalau sesat jugak, jangan salahkan GPS. Sebaliknya salahkan diri sendiri atau driver yang tak reti dengar arahan.


10 nasihat berguna:

Karim

4
12:18 PM

Biasanya nama sesuatu tempat tu diambil sempena objek unik yang ada kat situ macam nama pokok, bentuk batu dan keadan geografinya. Selain tu ada jugak nama tempat diambil sempena nama orang yang mula-mula sampai atau membuka tempat tu. Ada banyak contoh.

Dan tak ketinggalan jugak peristiwa penting yang berlaku lama dahulu. Contohnya macam nama Sabak Bernam.

Tapi kalau nama spesis binatang tu aku tak pasti pulak. Jadi, adakah nama ikan ni diambil sempena nama seseorang?
Snap gambar dari galeri akuarium Taman Alam Kuala Selangor

4 nasihat berguna:

Bapak Aku

8
6:53 PM

Memang syok dapat pam Winston Light ni, rasa macam ofis bapak aku punya pulak...

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 nasihat berguna:

Metamorfosis Joseph D. Pistone dan Jung-dae

6
1:34 AM

Donnie Brasco

Joseph D. Pistone (Johnny Depp), seorang lelaki berkeluarga yang lemah lembut. Polis muda yang membesar sebagai anak yatim dan menyamar sebagai penjual permata, sebelum menyusup masuk ke dalam kalangan ahli kumpulan mafia di New York dengan mendapatkan kepercayaan Lefty (Pacino). Menggunakan nama Donnie Brasco, lama-kelamaan dia semakin hanyut dalam dunia jenayah tanpa disedari. Mungkin juga pengalamannya hidup sebagai anak yatim telah mengangkat Lefty sebagai seorang yang paling disanjungi. Seorang bapa, seorang sahabat. Bermula daripada `friend of mine', dia kemudian menjadi `friend of ours' dan diterima masuk serta mendapat kepercayaan penuh pula oleh ahli-ahli mafia yang lain. Lama-kelamaan, dia juga telah `become one of them'...

Mengikut undang-undang tak bertulis, ahli mafia tidak sepatutnya mempunyai misai - Lefty.


My Way

Bukan watak utama dalam kisah berlatarbelakangkan perang dunia kedua dan semasa zaman pendudukan empayar Jepun ke atas Korea, tetapi dia sentiasa ada sehinggalah ke akhirnya. Jung-dae (In-kwon Kim) adalah lelaki gemuk yang serba tidak berkebolehan, penakut, kuat makan dan hanya menjadi penarik beca bersama-sama sahabatnya Jun-shik, seorang jaguh marathon. Perubahan dirinya daripada seorang lelaki gemuk yang kelakar bermula ketika mereka terpaksa berperang bagi pihak Jepun di sempadan China-Soviet. Penindasan demi penindasan yang dialami sepanjang di sana, akhirnya telah menonjolkan dirinya sebagai seorang yang kejam dan angkuh walau pun masih lagi mementingkan kesetiaan kepada sahabatnya semasa di dalam kem tahanan German. Babak kematiannya diakhiri dengan sedikit penyesalan lantaran rasa rindu pada kampung halaman dan kekasihnya iaitu adik Jun-shik.

Perang telah memperlihatkan sisi kejam yang ada dalam diri lelaki gemuk bermata sepet ini.

Aku? Secara fizikalnya, seingatnya aku tak pernah mengalami proses metamorfosis sejak sekian lama iaitu kekal kurus, botak dan hensem...

6 nasihat berguna:

Samsung

10
9:34 PM
Memang betul, orang Korea agak genius dalam persaingan perniagaan. Daripada buat kereta, import penyanyi lelaki comel, sampai la ke menghasilkan produk telekomunikasi. Sama ada persaingan itu secara sihat atau tidak, bukan kita yang adili. Rumusan ni aku buat bila aku bertanyakan soalan kepada amoi Samsung petang tadi...

"Apasal S3 ni dia punya simcard cinonet je, tapi saiz cip tetap sama jugak?"

Sambil mendekatkan mukanya ke telinga aku (pastinya bukan sebab tertarik dengan kehenseman aku) dan bercakap dalam nada seakan berbisik tapi tetap boleh didengar, dia menjawab... "Sebab dia mau orang pakai iPhone tukar ambik S3 ma... Itu pasal la!"

Ohh... Baru aku tau...

*Muka amoi ni sama comel macam Galaxy S3 yang aku dok belek...

10 nasihat berguna:

ADUN

8
11:35 AM
Baiklah, biar aku beritahu kisah yang sebenarnya.

Berdasarkan sejarah yang tak pernah tercatat secara rasminya, aku dilahirkan sebagai anak Johor di mana mak ayah aku telah membawa aku ke satu daerah kecil kurang ternama untuk dibesarkan bersama dua lagi adik beradik. Daerah yang dinamakan sebagai Kulaijaya (dulu dikenali sebagai Kulai sebelum dinaikkan taraf). Membesar dan bersekolah di situ sehingga akil baligh, aku kemudiannya bersekolah (tingkatan 4) pulak kat bandaraya Johor Bahru dan bekerja di sana selama beberapa tahun selepas tamat pengajian di Kuala Lumpur.

Tapi, sebagai manusia yang bergelandangan di tempat orang, aku masih kerap jugak berulang-alik dan menjenguk apa-apa yang patut di tempat aku dibesarkan...

Mungkin Kulai yang aku lihat, dengar dan kenal tak sama dengan apa yang kalian lihat menerusi imej satelit dari Google ini...


Tapi, inilah realitinya... Pekan (atau bandar?) ini tidak banyak yang berubah sejak lebih 20 tahun lalu terutama di pusat bandarnya. Kedudukan pusat yang aku maksudkan adalah di persimpangan jalan persekutuan bernombor <1> dan bernombor <94> sehingga ke stesen keretapi sejauh lebih kurang 800m.

...

Kadang-kadang kalau tiba waktu boring, aku tak kisah layan sembang dengan orang yang aku tak kenal. Asalkan bukan sembang benda-benda mengarut seperti siapa penyanyi K-pop paling cute atau apa warna kegemaran Justin Bieber (sekadar contoh).

Hari tu, sementara menunggu Maharaja Lawak Mega bermula, sempat jugak aku sembang dengan beberapa orang dalam page yang dah lama aku join tapi tak pernah aktif. Semuanya bermula apabila aku terbaca post ini...


Beberapa minit lepas aku mengirimkan komen, timbul pulak beberapa respon daripada ahli yang lain...


Rasanya, kalau la aku tak pernah keluar dari daerah ni, mungkin aku berminat jugak nak jadi wakil rakyat kat sana. Tapi masalahnya, sampai sekarang aku tak dapat pilih parti mana yang patut aku wakili. Adakah Tupperware, Zhulian atau pun Amway?

Hahahaa, terima kasih la korang sebab layan aku. Kalau aku balik sana bila dah pencen esok, boleh la undi naik nama aku. Jangan takut, setakat atap asbestos sorang lima keping tu memang takde hal punya la!

*maaf, aku tak sembunyikan profile picture supaya tidak mendatangkan kekeliruan akan siapa pemilik komen...

8 nasihat berguna:

Sempurna

6
9:05 PM

Perempuan : Tidak, saya tetap dengan keputusan akan berkahwin dengan dia. Kami dah berjanji untuk sehidup dan semati.

Lelaki : Kenapa awak memilih lelaki seperti itu. Apa kurangnya saya? Saya mampu berikan kamu kebahagiaan dengan apa yang saya ada walau pun tak seberapa.

Perempuan : Banyak. Bagaikan langit dengan bumi kalau nak dibandingkan antara awak dengan dia. Dia pintar, bijak membuat keputusan, lemah lembut, alim tak pernah tinggal solat, pandai mengambil hati saya dan orang tua, romantik, tak panas baran, kelakar, sentiasa menghargai saya, suka buat kejutan, tak pernah lupa hari lahir saya, sensitif terhadap perasaan saya, ketawa apabila saya buat lawak bodoh, pendengar yang setia, tidak sendawa di tengah khalayak ramai, selalu memuji saya, kerja kerajaan, ada kereta, ada rumah teres, tinggi, segak bergaya walau pun cuma berselipar jepun, rambut pacak, tahu perkembangan fesyen terkini... Selamanya awak takkan setanding dengan dia.

Lelaki : Mak oi, banyaknya... Awak ni nak kahwin dengan rak buku ke?

*Tuhan memang sengaja menciptakan kita makhluknya tak pernah sempurna. Jangan tanya aku kenapa...

6 nasihat berguna:

Before and After

6
8:08 AM
(sumber dari sini)

Event yang sangat bagus. Tapi malangnya dah jadi tempat rakyat Malaysia mencerminkan sikap negatif mereka. Kecewa aku...

Entah kenapa, dua tiga hari ni aku rasa macam malas nak taip panjang-panjang, tapi rajin pulak jalan-jalan tempat orang...

6 nasihat berguna:

Pertama Dua Ribu Tiga Belas

12
10:45 AM
Seperti entri Pertama Dua Ribu Dua Belas dahulu, rasanya perlu aku isytiharkan dahulu lagu yang penjadi perhatian aku untuk permulaan tahun ini. Kalau dulu ada dua, tapi kali ini aku memilih dua lagu daripada dua band berbeza. Tetapi masih lagi hasil daripada anak Malaysia.

Pertama,
Heart-A-Tack - Hilangkan
Kalau tak boleh view, terus ke link ini.

video


Kedua,
This Is Antlantis - Enveloped, Into The Light
Yang ni pun ada link jugak. Klik sini.

video

Entri ini dinaikkan semata-mata mahu menunggu beberapa perkara (dan kisah) yang akan aku ceritakan. Cuma menanti masa untuk diterjemahkan daripada `draft' menjadi `published' sahaja.

12 nasihat berguna:

Tong Sampah

12
6:57 PM
Sebelum ni, aku ada menyatakan bahawa tong sampah paling besar di dunia terdapat di Malaysia. Nampaknya, ada perkataan yang perlu aku tambah pada kenyataan awal aku tu menjadi... "Datanglah ke Malaysia dan anda pasti akan berpeluang berada di dalam tong sampah yang paling besar dan yang paling meriah adalah di tengah bandaraya Kuala Lumpur, setiap kali selepas sambutan hari istimewa!"

(sumber gambar dari sini)

12 nasihat berguna: