Laut China Selatan

14
1:10 AM

Masih ada lagi ruang kosong untuk memenuhkan bagasi berukuran 40 liter aku ni. Tapi itu pun rasanya sudah cukup melebihi kemampuan bahu dan sambungan-sambungan tulang belakang aku. Dari rumah ke balai berlepas.

Tujuh helai baju, dua pasang seluar dan lapan helai seluar kecik (termasuk yang dipakai). Kalau tak cukup, aku terpaksa mencari alternatif lain seperti merekacipta ampaian sementera dari luar jendela tempat penginapan.

Kepada unggas terbang di kepulauan Borneo sana, tolong jangan hinggap di atas jemuran aku...

Published with Blogger-droid v2.0.9

14 nasihat berguna:

Cacat

10
11:04 AM
Terjumpa satu video yang sangat menarik. Walau tak faham dengan lagu yang disampaikan, tapi aku mengerti dengan mesej yang tersirat.


Apa yang mereka lakukan sehari-hari itu telah menjadikan mereka sama normal macam kita. Positifnya mereka berfikir, gigihnya mereka berusaha untuk menjadi sempurna macam kita dengan keadaan fizikal yang serba tak sempurna, lantas begitu menyedarkan aku akan hakikat bahawa rasa putus asa itu takkan membawa kita ke mana-mana.

Tetapi dari sudut yang lainnya, apa yang kita semua lakukan setiap hari kadang-kala mampu membuatkan kita kelihatan cacat di mataNya...

10 nasihat berguna:

Eh???

13
3:54 PM

Ceh, pandai pulak Maxis ni nak bergurau dengan aku. Dah bagi, sesedap rasa pulak dia ambik balik. Kes macam ni bukan setakat masuk kategori buruk siku dah, tapi sampai ke lutut dengan tumit bau bacin. Hahahaa!

Apa pun, 28 Februari tu bukan tarikh kelahiran aku (tahun rahsia) tapi bekas awek aku yang dulu ni, walau pun masih dalam minggu yang sama.

Tapi, apasal Maxis ni boleh tersilap pergi tarikh yang ni pulak? Takde tarikh lain ke? Hmm....

13 nasihat berguna:

Pesalah Berjaya Ditahan

16
10:36 AM


Sebelum ni, dah berkali-kali aku mempersoalkan tentang dari mana makanan ni dapat nama. Namanya je kacang pool, tapi tak pernah pulak aku jumpa butir kacang dalam ni walau pun sekali. Walau pun sebiji.

Nah, sekarang pesalah telah ditemui apabila beliau gagal menyembunyikan diri daripada cedukan sudu aku. Kau ingat bila dah terlepas daripada mata kisaran lumat tu, kau boleh pulak terlepas daripada pandangan mata rabun jauh aku ni?

Sorry bai, silap besar namanya.

Dengan ini, aku isytiharkan pesalah yang selama ini dicari-cari telah pun berjaya diberkas! Ditahan tanpa sempat melawan, dihukum tanpa perbicaraan. Dan hukumannya adalah disumbat ke dalam perut aku tanpa dibenarkan mengucapkan salam perpisahan...

*Entri berkaitan di sini.
*Aku keliru dengan nama sebenar kacang ni, pool atau faul?
*Harap bukan fool, sebab I don't wanna be fooled by anyone, anyhow, anymore...

16 nasihat berguna:

Sudah Berpenghuni

22
7:54 AM


Dulu, tanah lot sebelah sana cuma diisi dengan baris-baris pokok pinang je. Disulam dengan beberapa jenis pokok buah-buahan. Tapi sekarang, tanah tu sudah pun berpenghuni. Dalam kiraan rambang aku, semua sekali ada la tak kurang 20 penghuni semuanya.

Bila ditanya kepada makcik aku tentang siapa yang bertanggungjawab tentang hal membersihkan/menguruskan tanah yang dah berpenghuni tu, dia jawab "Pakcik kau yang buat semua tu. Bila ada orang meninggal kat kampung ni, dia la yang jadi tukang gali kubur".

"Macam Nasir Bilal Khan tu ke?" tanya aku sambil tersengih, yang juga menerima sengihan sebagai jawapan.

Untungnya rumah berjirankan mereka yang telah berpindah ke alam lain ni. Setidak-tidaknya dapatlah sentiasa beringat tentang kehidupan yang satu lagi tu...

22 nasihat berguna:

Kerinduan

20
9:40 PM


Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sini... Entah, aku sendiri pun dah lupa bila.

Atas sebab-sebab yang sengaja aku enggan elakkan, ini adalah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini, sejak berbelas tahun lalu. Aku tak tau kenapa. Adakah sebab aku ni terlalu degil? Memberontak sampai macam ni sekali? Langsung tak peduli...

Sedangkan inilah parit kecil yang pernah menjadi tempat aku berkubang dulu. Aku dengan adik perempuan tomboyku. Aku dengan beberapa orang sepupu. Dan kadang-kala aku sendiri.

Dan baru sekejap tadi aku terbayangkan arwah yaie yang sedang tenang menggulung rokok daun di muka pintu. Dengan tubuh kurus keringnya itulah dia rajin mengayuh basikal ke kebun beberapa ratus meter di belakang sana.

Petang itu, air yang mengalir masih lagi sama seperti dulu warnanya. Ada kejernihan dalam pekatnya. Ada kocakan halus dalam larian kelesuannya. Ada gumpalan buih-buih gebu dicelah-celah helaian rumput. Aku rindu. Aku rindu nak berkubang di dalam air parit separas betis ni, macam dulu. Aku rindu nak panjat pokok jambu air di hujung penjuru laman belakang sana, yang sekarang dah jadi tempat sandaran basikal buruk. Mungkin kerinduan yang sama juga telah mengisi ciuman sayang nyaie ke kedua-dua belah pipi aku, sebaik aku bersalaman dengannya.

Baru aku sedar, selama ni rasa keegoan aku telah melenyapkan rindu aku pada wajah tua ini.

Hm, udara kat sini masih lagi sama. Bau tanah gambut yang basah, masih lagi sama. Angin juga masih lagi bertiup dalam kadaran yang sama, lembut. Halus. Terisi molekul kenangan dingin di antaranya.

Aku harap, aku masih lagi orang yang sama. Sama sejak aku melangkah pergi meninggalkan laman ini buat kali terakhir dulu.

yaie = atuk
nyaie = nenek

20 nasihat berguna:

Pembedahan Terancang

18
8:58 AM
Menghabiskan masa hampir setengah jam melakukan pembedahan berisiko rendah terhadap mata ketiga dan keempat aku. Kecederaan parah ini adalah akibat perbuatan ganas ultraman kecil ketika pulang ke kampung sebelum ni.

Pukulan cedoknya mampu menumbangkan raksasa bersaiz tiga kali ganda daripadanya, walau pun lampu kecil di dada dah berkelip-kelip. Pergh, tu belum kena fire lagi tu.

Tidak banyak harapan diletakkan terhadap doktor yang pertama kali menerima kes yang seumpama ini. Dengan peralatan minimum tetapi dipenuhi dengan kepakaran yang berada pada tahap tertinggi, hanya mampu menunggu dalam debaran...


Tapi hasilnya agak memberangsangkan jugak la...


Akhirnya, aku dapat melihat seperti sediakala tanpa bantuan cermin mata kesayangan yang lagi satu. Lain kali aku perlu berhati-hati akan serangan fizikal dan mental oleh ultraman-ultraman kecil. Dan aku pun perlu berlatih mempersiapkan perisai halimunan agar tak mudah lagi ditewaskan oleh mereka...

18 nasihat berguna:

JPO

19
9:31 AM

JPO, apa benda tu? Theme park macam Legoland jugak ke?

Ala, tempat yang jual barang branded la. Tapi harga dia murah sikit...

Ye ke? Tak pernah dengar pun.

Takkan la. Kan hari tu Najib yang rasmikan!

Memang rabak betul la aku ni. Benda besar macam ni pun aku boleh tak tau. Kawan aku orang Melaka yang boleh dikatakan tak pernah sampai Johor Bahru ni pun boleh tau. Aku yang ada adik kat sini tak tau apa? Sigh...!

Cuti sempena hari Krismas tahun lepas, sebelum hilang penat disebabkan acara rombongan separa percuma ke Legoland, malamnya aku pun ajak la satu-satunya adik seibu dan sebapa yang aku ada ke sini. JPO atau nama penuh dalam surat beranak Johor Premium Outlet.

Kira ok jugak la tempat ni sebab tiket parking pun tak mahal macam Metro Parking kat KL ni. Tapi sangat la ok kalau aku ni seorang penggila barang-barang berjenama. Niat utama aku datang ke sini bukan semata-mata nak bersantai, nak beli barang jauh sekali. Tapi cuma nak menghabiskan sisa-sisa minyak petrol dalam tangki dan jugak tenaga kat badan. Lagi pun kalau orang tanya "kau dah pergi JPO?" Boleh la aku jawab "dah" dengan muka yang berlagak walau pun tak beli satu habuk pun.

Apa yang aku perhatikan, kebanyakan yang datang sini sama macam aku. Cuma nak jalan-jalan je. Kebanyakan yang jalan-jalan kat sini lebih senang melihat-lihat dari luar tingkap kaca je, pun sama macam aku. Tambahan, ada jugak segelintir yang datang sini nak tangkap gambar macam rombongan sekolah pergi zoo, pun sama macam aku jugak!

Rasa macam power pulak datang tempat eksklusif, snap gambar pakai telefon bijak...

19 nasihat berguna:

...ke Afrika Selatan

10
12:12 PM

Baru tadi anak di South Africa call bersama ketua pelajar nak buat bayaran yuran. Saya dah bank in dari sini suruh bayar setahun, senang tak perlu fikir setiap bulan.

Alhamdulillah. Allah bagi rezeki cukup termasuk tiket balik cuti. Bulan Ramadhan ni genap lah setahun setengah tak jumpa, hanya skype dua minggu sekali. Ramai orang tanya kenapa tak belajar di sini saja.. Saya kata saya dah hantar anak saya di tahfiz kat sini dari umur 11 tahun. Cukup 13 tahun saya fikirkan mana nak cari tahfiz di luar negeri biar, expose awal ...

Tidak lama, dapat info dari ustaz Yunus ada di Afrika Selatan. Lalu saya pergi sendiri siasat keadaan madrasah tersebut. 12 hari saya di sana bersama pelajar dan berjumpa guru-guru di sana menziarahi rumah mereka dan ambil sanad sikit-sikit. Kami dilayan sebagai tetamu istimewa selama tiga hari.

Tujuh hari saya berada di madrasah Zakaria Park, minggu berikutnya saya pergi ke Skeer Port untuk menziarahi seorang ulama di sana. Tiga hari kami dilayan sebagai tetamu. Tiada pelajar Malaysia di sana. Di Skeer Port kira-kira lima jam perjalanan dari Zakaria Park, akhirnya bertemu dengan ulama tersebut, ia sungguh istimewa kerana berada di dalam hutan..Malam kami bersembang dan saya di baiat dengan tareqat Naksabandiyah dan menerima pesanan dan saya baca salasilah ulama tersebut sehingga ke Rasulullah.

Balik kepada cerita Madrasah Zakaria Park. Apa yang saya lihat di sana sungguh istimewa akhlak pelajar-pelajar, tiada bising. Mereka akan bagi salam setiap kali terserempak. Seorang pelajar bernama Zaqwan bawak kami bertemu dengan guru-guru di sana. Bila kami masuk rumah kami buka kasut, saya lihat Zaqwan akan pusingkan kasut hala keluar, begitulah kami disantuni.

Menurut cerita Zaqwan, pelajar-pelajar wanita (madrasah berasingan) akan diajar al-Quran dan diajar jadi surirumah yang baik, antara silibusnya adalah memasak dan menjahit.

Hari ke-13 kami balik Johannesburg. Bertolak awal pagi bimbang ada aral melintang.

Sampai airport kami check in awal ada 4 jam lagi kerana flight pukul 2.00pm. Kami check in pukul 10.00am. Masa panjang lagi, kami berjalan-jalan sekitar airport tak sedar masa berjalan., tak sedar panggilan terakhir kerana speaker tiada beza dengan DJ radio di airport.

Sedang kami sibuk melihat-lihat ternampak pramugari memanggil-manggil kami suruh masuk kapal. "Run, you are late. You have 5 minutes before the border close" apa lagi, saya tengok tiket pintu 4 terus lari. Pergh..... Sangkakan pintu dekat rupanya dekat 2 km... 10 minit lari belum jumpa pintu 4. Sampai saja tengok atas kapal terbang dah menyala lampu merah.... Tertinggal flightlah.....

Itulah sedikit kisah yang tidak dapat dilupakan.

*Dicedok (dengan izin) daripada sebahagian kisah seorang kenalan di Facebook. Aku kagum jugak dengan keberaniannya melepaskan anaknya yang baru berumur belasan tahun, merantau ke seberang Lautan Hindi hingga benua berasingan. Bukan senang tu. Sedangkan hari pertama anak kita masuk darjah satu pun, ramai mak bapak yang gelabah.

*Tahniah juga atas keterbukaannya menghantar anaknya mendalami ilmu tahfiz di madrasah sana...

10 nasihat berguna:

Menara

8
4:34 PM

Untungnya menara ini dibina menjulang ke langit, ditambah pulak lokasi masjid yang terletak di tempat yang lebih tinggi sedikit (atas bukit contohnya), selain kawasan rangkuman azan tu lebih luas, dapat jugak aku tau ada masjid dari jauh lagi. Jadi takde la terlepas jalan masuk disebabkan aku tak biasa dengan jalan ni...

Lokasi, Masjid RAMD
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 nasihat berguna:

DJ Baku

10
6:47 PM

Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor.

Selama beberapa hari kat sini, radio dalam kereta sengaja aku set pada frekuensi 89.7 fm. Dah lama tak layan dj berbahasa baku ni, syahdu pulak rasanya.

Teringat Yusanani Yusyak baca berita kat Buletin Utama masa muda dulu-dulu.

*kalau aku berenang melepasi kapal kat sana tu, ada harapan kena tembak dengan Marin Singapura kot...

Published with Blogger-droid v2.0.9

10 nasihat berguna:

Class 4

8
2:07 PM

Untuk dijual, Kingston micro SD 8gb.
Harga RM25 termasuk kos penghantaran.
Tapi adaptor tu takde la. Sebab aku beli benda ni cuma nak adaptor je, bukan sebab SD card tu.

Tapi kawan aku baru bagitau Class 4 ni dia punya speed agak perlahan sikit, lebih baik cari Class 10. Ohhh, baru aku tau...

Aku pun main sebat je apa yang ada kat kedai. Lagi pun, petang ni banyak kedai dah tutup. Almaklum la, kan Tahun Baru Cina. Malam ni ada makan besar.

Memang terasa betul la kalau orang cina ni takde kat Malaysia sebab kena balik negara asal...

Hehehee, gurau sarkas namanya...

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 nasihat berguna:

Biar Orang Cina Pimpin Islam Di Pasar Malam

8
7:48 AM

Penulis : Ann Wan Seng
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd
Harga : RM 15
Jumlah Mukasurat : 129 (tidak termasuk prakata)

Selalunya, bila ke pasar malam, pandangan aku lebih tertumpu kepada deretan DVD cetak rompak, char kuey teow dan jugak pakaian bundle. Tapi beberapa minggu lepas, sudut pandangan aku dialihkan secara tiba-tiba ke sebuah buku yang amat menarik tajuknya. Buku yang kalau tak silap pernah aku lihat di beberapa toko buku sebelum ni. Cuma disebabkan aku bukanlah seorang pencinta buku (ha?!), jadi tidaklah menjadi kewajipan untuk aku memilikinya.

Continue reading →

8 nasihat berguna:

Wajah Sebenar...

14
7:53 AM
Inilah wajah sebenar pelukis yang keliru nak membezakan antara wajah aku, hantu, jembalang, mak lampir, kuntilanak atau pun alien (rujuk sini). Bulan Mei ni (tak ingat berapa haribulan) umur dia genap empat tahun...

14 nasihat berguna:

Mamat

14
1:21 PM

Kisahnya, ada seorang remaja lelaki. Namanya Mamat (sekadar nama panggilan). Umurnya 15 tahun iaitu baru masuk tingkatan tiga kalau berdasarkan congakan ringkas sistem pendidikan negara. Baru nak kenal dunia. Dan tengah nak naik, orang kata. Dari pagi sampai tengahari dia akan berada di sekolah, macam rakan-rakannya yang lain. Dan sebelah petangnya pulak, dia akan diam di rumah. Tak macam rakan-rakannya yang lain.

Bukan sebab dia seorang yang anti sosial atau bersikap macam kera sumbang, mana mungkin! Sebab dia antara seorang yang agak aktif dengan bermacam jenis aktiviti. Tak kira la sama ada yang melibatkan sekolah atau program di kawasan kejiranan. Cuma, diamnya di dalam rumah dari petang hingga malam itu bersebab.

Bapanya bekerja sebagai pemandu lori jarak jauh (sebenarnya dia pesara tentera). Jarang ada di rumah. Manakala, ibunya pula seorang pengusaha kedai makan. Kedai makan yang memulakan perniagaan dari petang hingga ke larut malam. Tetapi, ini juga bukanlah sebab utama dia berada di rumah. Boleh sahaja dia menolong ibunya di kedai makan. Menggoreng daging burger, membakar otak-otak atau paling kurang pun mengambil pesanan dan mengemas meja. Cuma ada sesuatu yang lebih penting di dalam rumah semi-D sederhana besar itu.

Sebenarnya, di rumah itu tinggal seorang perempuan tua berpangkat nenek sejak beberapa minggu lalu. Tinggalnya di situ kerana tubuhnya kini semakin uzur dimakan usia. Tidak sihat. Sakit kaki, sengal sendi, darah tinggi. Kebanyakan penyakit berkaitan usia ada padanya. Dan kini, telah menjadi tugas si Mamat untuk menguruskan perempuan tua itu pada sebelah petang hingga malam, bagi menggantikan ibunya. Memandikan, menyuapkan makanan ke dalam mulut, malahan membersihkan kencing dan berak perempuan itu (maaf kalau ayat aku ni agak kasar). Bukannya dia tiada adik-beradik yang lain. Ada.

Cuma abang sulungnya kini sedang menjalankan tugas sebagai anggota tentera. Tambahan lagi, dia sudah berkahwin dan mempunyai komitmen tambahan. Kakak? Ada, tetapi dia juga tak mungkin dapat membantunya kerana memenuhi tuntutan sebagai pelajar di salah satu negeri pantai timur sana.

Ya, aku tak pasti adakah masih ramai lagi remaja lelaki dalam usia begini yang sanggup mengorbankan waktu gemilangnya bersama kawan-kawan sebaya semata-mata menjalankan tugas menjaga seorang tua. Seorang tua yang juga adalah neneknya...

*Mamat itu adalah sepupu aku.
*Perempuan yang tidak sihat itu adalah nenek aku sendiri.

"Tok, nanti cuti raya cina orang balik sana tengok atok eh..."

14 nasihat berguna:

Oh, uniknya majlis kamu itu!

16
8:36 AM
Semua orang memang mengimpikan majlis perkahwinan yang meriah, gilang-gemilang dan serba-serbi sempurna. Bukan setakat pengantin, mak bapak pengantin pun sama. Yang kaya, yang miskin dan jugak yang duit cuma paras-paras je.

Untuk itu, ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu ringgit (ada ke yang sampai ratusan ribu) semata-mata mahukan majlis mereka menjadi majlis yang sentiasa jadi kenangan oleh para hadirin. Pada mereka, "baiklah, mari kita pilih tarikh yang unik dan mudah untuk diingati."

Pada aku, majlis perkahwinan yang sempurna bukan diukur pada berapa ribu jemputan yang datang, ketinggian kek khas yang ditempah, set-set persalinan, jumlah hantaran yang tak masuk akal... Tapi apa yang menjadikan majlis itu jadi lengkap adalah apabila :

-hampir semua orang-orang penting (aku tak maksudkan wakil rakyat) seperti kawan baik atau saudara terdekat dapat datang.
-tak banyak makanan yang terbazir.
-cuaca tak hujan lebat sepanjang majlis.
-jadi tempat pertemuan kawan-kawan lama (contohnya kawan study dulu).
-mempunyai unsur keunikan tersendiri yang takde kat majlis lain.

Beberapa hari lalu, aku ada menerima satu cenderahati daripada seorang kawan sekerja bersempena majlis perkahwinan anak buahnya, yang mana aku tak dapat datang ke majlis tu. Biasanya, dalam goodie bag untuk para jemputan tu akan diisi dengan beberapa barang seperti mug, bunga, sapu tangan, cawan kecil atau jajan (selalu orang bubuh kerepek atau bahulu).

Tapi kali ni, kawan aku tu dah keluarkan satu idea bernas dengan memberikan benda ni kepada para jemputan. Satu idea yang aku rasa sangat unik dan akan dikenang oleh tetamu untuk sekurang-kurang dalam tempoh setahun!

Gambar minggu lepas. Kalendar kuda, kredit pujian untuk kawan aku tu. Modal tak sampai seringgit...

16 nasihat berguna:

1 Februari 2013

9
8:38 PM

Aku kini sedang belajar menghayati kehidupan dengan lebih bermakna. Tapi, nampaknya spotlight samawi malam ni dah berubah bentuk, tidak seperti minggu lalu...

*Kat atas tu bulan penuh minggu lepas. Lokasi, Sungai Lopo...

Published with Blogger-droid v2.0.9

9 nasihat berguna: