Boria Sedondon

24
10:07 AM

Akak aku bagi warning, "Tema raya tahun ni warna purple tau!"

Aku jawab, "So?" Bukan jawab sebenarnya, tapi lebih kepada soalan mintak terajang.

"La, pakai la baju warna purple. Baru cantik ambik gambar famili nanti. Sedondon..." Dijawabnya pulak dengan nada keibuan.

Aku pulak membantah, "Tak nak ah. Macam boria je. Pakai baju warna sama. Kurang macho."

~Aku bukannya apa, tak kisah pun kalau nampak macam boria. Tapi sengaja nak cari alasan supaya tak payah beli baju baru!

24 nasihat berguna:

Berdiri Di Atas Jongkang-jongkit

10
4:33 PM

Tajuk : Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang
Penulis : Zul Fikri Amir
Penerbit : Dubook Press & Publication
Jumlah Muka Surat : 210
Cetakan kedua April 2013

Sedikit butiran berkenaan penulis, Zul Fikri Zamir adalah pengasas sebuah badan bukan kerajaan Teach For The Need (TFTN) yang berasal dari Jerantut. Ketika ini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Keguruan dari Institut Pendidikan Guru, Ipoh (2009) selain menjadi tengaga pengajar di Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan seorang intelek muda yang giat berdiskusi di ruang-ruang forum terbuka selain aktif menulis dalam beberapa naskhah bercetak dan maya.

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Pencuri Kantoi

17
12:08 AM
Aku sebenarnya tak tau macamana nak mula. Dah dua tiga kali aku menaip, lepas tu tekan kekunci backspace. Taip, padam. Bila taip semula, lepas tu aku padam balik. Ni semua gara-gara dua gambar aku dari entri ni yang aku dapati dah digunakan tanpa izin oleh sebuah page kat Facebook.

Ceritanya macam ni...

Semalam, macam biasa la kalau aku tak dapat tidur tapi mata mengantuk, aku akan selak-selak helaian Facebook untuk tau apa update temberang dari dunia maya. Dengan tak semena-mena, aku terpandang satu update bergambar dari satu page yang baru je beberapa minggu aku like. Bila sekali tengok, macam familiar je gambar tu. Dan bila aku tengok untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya barulah aku pasti yang gambar yang digunakan memang milik aku.

Gambar yang aku snap kat Pandan Uptown masa malam menjelang pilihanraya tempohari.


Pergh, takkan la ada orang yang sudi guna gambar buruk aku ni. Untuk double comfirm, aku semak balik entri aku yang bertarikh 16 Mei tu. Aku baca semua teks dan teliti semua gambar yang ada, kemudian aku bandingkan sekali dengan gambar dalam page tu. Hasilnya, memang sah! Gambar itu adalah milik aku.

Tapi aku masih rilek lagi. Mungkin dia ada kreditkan sumber dari mana gambar tu dicilok. Untuk triple confirm pulak, aku pun tap jari mulus aku kat gambar dalam page tu.


Nah..! Aku dapati, gambar ni dah di`crop' kat bahagian atas sehingga nama blog aku yang dalam tulisan jawi tu (atas kiri) turut dihilangkan. Wei, ni apa punya kerja da. Dah la tak mintak izin, gambar yang aku ambik dengan kamera henset cabuk pun nak edit ke? Adui, di manakah rasa segan anda wahai pengendali page? Kot ye pun berkenan dengan gambar aku yang ni cantik, tak perlu la berpura-pura macam anda yang snap gambar tu dan berada kat situ. Kalau zoom, memang jelas dalam gambar tu ada deretan bendera dacing dengan kanopi yang masih terpacak. Menandakan ada program khas sempena pilihanraya. Takkan la benda-benda tu semua tak cabut lagi. Puuii... Tak senonoh betul la buat kerja.

Beberapa minit kemudiannya, aku pun tergerak untuk meninggalkan komen teguran yang mengatakan gambar ini datangnya dari sumber lain dan telah diambil tanpa izin. Ada dua komen yang aku tinggalkan. Selain komen, aku pun ada hantar mesej kat page ni.

Tapi jangankan nak balas, dua-dua komen aku tu pun kena delete! Tambah malang lagi, aku dah tak boleh nak komen kat gambar ni dan posting yang lain-lain.


Ha, nampak tak permainan diorang kat situ? Aku langsung dah tak boleh nak komen lagi! Kesian betul kat aku yang teraniaya ni. Dah la hasil kena ciplak, kena block pulak tu... Aduyai.

Tak puas hati, aku pun scroll la ke bawah lagi kat dinding page ni. Tiba-tiba...


Damn! Rupa-rupanya gambar yang aku snap kat bazaar karat pun kena cilok jugak! Cuma bezanya kat sini, pengendali blog ni buat cerita seolah-olah dia pergi bazaar karat dulu kemudian baru la pergi uptown tu, berbanding aku yang pergi ke bazaar karat sebagai destinasi akhir sebelum gerak balik rumah. Cheit...!!!

Dan ini adalah satu tindakan yang aku buat untuk mempertahankan hak aku. Buat report la, apa lagi...


Biar je la orang-orang upahan Mark Zuckenberg yang buat kerja. Kalau nak marah lebih-lebih pun tak guna sebab aku sedar yang setiap apa yang kita naikkan ke dunia maya sama ada gambar, lukisan, rekaan grafik, teks, sajak, cerpen atau apa sahaja bukan lagi menjadi milik kita seratus peratus. Kita cuma boleh berbangga sedikit sahaja sekiranya hasil kerja kita itu digunakan oleh orang lain. Tak kira la secara curi atau dengan izin.

Jadi, hati aku yang suci ni pun merelakan je la sambil berbangga dalam diam. Hmm, kalau ada orang sanggup cilok gambar aku, ini bermakna gambar-gambar yang aku snap selama ni memang bernilai tinggi rupanya. Hahahaaaa!!!

Sekian...

*Terkini, tadi aku semak balik. Kedua-dua gambar tu dah dikeluarkan dari timeline mereka. Terima kasih kerana prihatin dan belajar makna perkataan ETIKA.

*Update, kalau entri ni aku naikkan semalam, mesti berguni perkataan makian dan carutan yang keluar. Mujur hati aku ni mudah sejuk...

17 nasihat berguna:

Kecil Besar

8
2:56 PM

Datang sini, aku cuma mampu ambik gambar je. Jangankan nak tanya harga, nak masuk pun rasa lain macam dah, langsung tak nampak bayang kapcai.

Ya, petang semalam aku escort bos kecik aku bawak duit nak beli moto besar. Aku syak mesti dia tengok muka aku ni ada iras Sammo Hung versi kurus. Tu yang yakin je gayanya...

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 nasihat berguna:

i-Face

20
6:26 PM
Niat awal cuma nak tengok-tengok je. Tapi memandangkan aku adalah manusia normal yang belum sampai taraf maksum daripada hasutan syaitan, maka dengan sengajanya aku pun tewas dalam pelukan dan pujuk rayu si penjual. Tawar-menawar berlaku dalam masa beberapa minit, yang akhirnya keputusan tidak begitu memihak kepada aku. Harga muktamad, RM25.

Bila dibelek-belek, kira orait jugak la. Design yang solid, bentuk yang menggiurkan dengan alunan agak ramping di pinggang. Memudahkan pegangan terutamanya ketika berlari. Tambahan pulak ada wajah satu watak fiksyen yang tengah naik sekarang kat permukaan belakang. Garang pulak tu. Power, memang power dan gempak aku rasa.

Sampai aje kat rumah, cepat-cepat aku snap gambar dari perbagai sudut. Dan dengan bongkaknya, memuatnaik satu gambar ke dalam akaun Instagram.


Tak berapa lama kemudian, baru la aku terfikir.

Eh, apahal bijak sangat aku ni? Benda macam ni pun suka sangat ke. Setakat gambar Ironman yang tertepek kat belakang casing tu tak membawa makna apa pun. Bukannya sepanjang masa orang nampak pun. Telefon bijak aku ni lebih banyak habiskan masa duduk kat dalam poket seluar. Kalau letak atas meja pun, tetap jugak tak nampak. Takkan la aku nak letak secara terlungkup kot, semata-mata nak menunjuk casing power ni.

Jadi, berbaloi ke pelaburan RM25 aku ni? Ya, berbaloi. Tapi hanya untuk seketika.

Puiii...!

*Pengajaran untuk diri sendiri, kalau ada duit lebih dalam wallet tu, baik masuk kedai kek je lagi bagus. Biasanya amoi kedai kek pun mari jugak...

20 nasihat berguna:

SMTTP

10
5:46 PM
Eh, 16 haribulan Mei tu hari guru ke? Pergh, boleh lupa pulak. Padahal masa sekolah dulu aku la pelajar paling disayangi cikgu. Tiap-tiap pagi sebelum mula kelas cikgu akan usap kepala aku, tengahari sebelum balik pun diorang akan usap jugak. Sebagai tanda aku ni satu-satunya pelajar yang patut dicontohi.

Bila waktu dalam kelas, cikgu belum habis tulis soalan lagi aku dah bangun dan angkat tangan nak jawab. Tak sabar-sabar nak meringankan beban cikgu aku daripada terus menulis kat papan hitam (hijau?). Lepas tu, setiap kali cikgu nak pulangkan kertas ujian atau peperiksaan, kertas aku yang akan keluar dulu. Memang jadi tradisi, kertas jawapan dengan markah tertinggi akan diberikan terlebih dahulu. Dan menjadi tradisi tak rasmi jugak, nama aku la yang selalu dinaikkan di papan kenyataan sebagai pelajar cemerlang.

Itu baru dalam bidang akademik, belum cerita aktiviti luar lagi tu. Hampir semua jenis sukan aku la yang jadi tulang belakang. Jadi star, top scorer dalam hoki, bolasepak, ragbi. Kalau aku letih, aku mintak kat coach nak jadi goalie je. Tu pun tetap jadi penyelamat juga. Tapi aku tak masuk acara balapan, malas. Bagi la peluang orang lain jadi hero pulak.

Lain-lain kerja, kalau bukan aku yang naikkan nama sekolah memang tak sah. Pidato, coral speaking, pertandingan pantun, silat, sampai la ke pakaian seragam. Habis aku pukul. Sampaikan aku pernah salam dengan (Tun) Dr. Mahathir sebanyak dua kali sebab jadi pelajar cemerlang dalam rekacipta dua tahun berturut-turut. Masa tu Tun masih lagi jadi PM. Aduuii... Pendek kata, malas la nak cerita.

..........TIPU!

Aku bukan orang macam tu. Pada aku, sekolah bukan la tempat yang menggembirakan. Kecuali dua kali dalam lima hari iaitu dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Yang ni memang aku power. Lain-lain subjek, aku bungkus awal-awal dan sumbat dalam bakul sampah.


Macamana, feminin tak nama sekolah aku? Yang bertanda merah tu. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Sebelum dinaiktaraf jadi teknik, sekolah ini adalah aliran vokasional sepenuhnya. Tahun, rahsia...

Letak betul-betul atas Bukit Senyum, asrama (dorm aku) pulak betul-betul berjirankan dengan pusat pemindahan sementara pesalah juvana dan remaja bermasalah. Kalau bosan-bosan, aku boleh duduk kat hujung balkoni sambil melihat negara jiran. Tapi punya la malang, aku cuma nampak serombong merah putih yang entah apa fungsinya kat seberang selat.

Dan kat asrama ni la aku pernah kena tempeleng dengan warden asrama sampai berdarah bibir sebab ponteng aktiviti maulud, lepak kat belakang bengkel dengan AS (nama betul dia Hasrul, budak Batu Pahat). Cilake betul cikgu tu, sampai sekarang aku dendam tau!

Dendam bukan sebab bibir aku yang pecah dan kepala biol sekejap, tapi sebab dia mengamalkan diskriminasi dalam pemerintahan. Pelajar yang dia suka, selalu terlepas daripada hukuman walau pun melakukan kesalahan yang sama.

Lepas ni, kalau jumpa dengan cikgu ni siap la kau! Aku nak genggam tangan dia dan cium dengan penuh adab. Terima kasih cikgu... (saya lupa nama cikgu).

*entri ini bukan sempena Hari Guru yang lepas, tapi aku `up'kan sebab aku tiba-tiba teringat pulak kat sekolah lama masa tengah Google peta JB hari tu...

10 nasihat berguna:

Satu Malam Di Johor Bahru (entri banyak power)

10
12:05 PM
Sabtu, malam Ahad. Sehari sebelum PRU13 hari tu aku dah siap sedia berada di kampung halaman, demi membantu menyemarakkan kemeriahan pilihanraya yang dianggap paling senget dalam sejarah. Senget atau sengit, itu belakang kira. Yang penting aku nak merasa jari runcing aku dicalit dengat dakwat buat pertama kali.

Petang tu, aku memang takde apa-apa aktiviti kat rumah selain daripada membutakan diri atas sofa. Mujur adik aku yang memang rakyat sejati Johor, pemastautin di daerah Johor Bahru ajak aku jalan round bandar JB dengan adik ipar aku sekali. Aku sangkakan, kat JB ni dah takde perkara lain yang menarik selain daripada JPO dan Legoland. Tapi kelihatan jelas kat sini yang aku macam dah tak layak dipanggil orang Johor. Hahahaaa....

Apakan tidak, Kampung Melayu Majidee yang pernah jadi tempat aku biasa mengeteh dulu pun aku tak tau wujudnya mee bandung yang power. Aku kata power sebab ini pertama kali aku tau mee bandung ni ada banyak jenis. Ada mee bandung biasa, mee bandung ayam, mee bandung seafood dan bla bla bla. Lain-lain tu aku tak ingat. Tambah-tambah power lagi bukan sebab nama menu tu je, mangkuk mee bandung ni pun power jugak Tak percaya? Ini dia...

Mangkuk dia bapak la besar. Dekat sama besar dengan mangkuk jamban kat tandas R&R!

Ha, nampak tu. Siapa yang pernah tengok mee bandung siap ada bubuh kupang sila angkat tangan. Korang pun power jugak macam aku. Untuk menghabiskan hidangan bersaiz mega ni bukan satu masalah pada aku, yang secara yakin bahawa benda ni bakal masuk ke dalam perut aku secara percuma. Sama ada adik aku (atau laki dia) yang belanja, atau akak aku (yang juga balik Johor untuk mengundi) akan bayarkan. Aku cuma ambik bahagian top up duit syiling je.

Jadi dengan gaya penuh keyakinan, aku pun menjalankan tugas sebagai orang yang dibelanja secara ikhlas. Inilah dia hasilnya...


Selesai sudah kewajipan aku. Walau tak dapat menandingi kesedapan mee bandung tepi sungai kat Simpang Renggam hari tu, benda ni tetap layak aku berikan tiga bintang. Kuahnya agak pedas sedikit, hingga menghilangkan rasa perencah kat kuah tu dan jugak kemanisan isi kupang serta isi ketam. Udangnya pulak dah tak berapa segar. Yang tak segar ni bukan aku yang komen, tapi adik ipar aku. Aku bantai percaya je sebab dia berasal dari keluarga nelayan. Rumah pun dekat je dengan laut.

Jadi, sesiapa yang merasakan dirinya adalah seorang peminat mee bandung tegar, boleh la datang ke sebuah kedai makan yang betul-betul terletak kat belakang stesen minyak Esso Kampung Melayu Majidee (Jalan Tebrau menghala ke Pandan). Sebelah stesen minyak tu ada pejabat pos. Kalau dapat cari, memang kalian ni power! Koordinat GPS; Lat: 1º30’50”, Long: 103 º 45’27”. Power siot!!!

~~~~~~~~~~

Lepas makan, aktiviti kedua adalah melihat orang berbelanja. Satu lagi tempat yang tak begitu asing pada aku. Tak begitu asing kalau beberapa tahun dulu, masa aku dok menyewa kat Johor Jaya. Tapi sekarang dah jadi macam orang asing pulak bila aku jejakkan kaki ke sini. Perhatian, terma `orang asing' itu berbeza dengan `pendatang asing' atau `makhluk asing'.

Manakan tidak. Tempat yang dulu cuma ada satu bangunan pasar borong dan satu bangunan hypermart sekarang dah jadi lebih happening. Kalau dulu, kat sini la tempat aku dapatkan bekalan dvd pirate (aku beli Band Of Brothers kat sini) sekarang dah ada jual macam-macam jenis barang. Lepas tu, nak cari parking pun boleh tahan perit jugak. Tak macam dulu. Datang la pukul berapa pun, mesti boleh dapat parking punya.

Dulu aku panggil Pasar Borong Pandan je, tapi sekarang dah lagi komersil namanya. Pandan Uptown. Cewah!

Ohya, dari Kampung Melayu nak ke sini aku cuma follow adik ipar aku dari belakang je. Bukan sebab aku dah buta jalan kat sekitar bandaraya ni, cuma tak berapa pasti je. Nak guna GPS, nampak macam mengarut pulak. Tempat jatuh, bangun, bermain dan tergolek semua tu bai! (koordinat GPS tempat ni, Lat: 1º31’28”, Long: 103 º 45’55”)

Tujuan memang nak tengok orang berbelanja, tapi bila sampai kat sini mata aku lebih terarah kepada deretan pakaian bundle dan jugak puluhan premis yang jual rokok elektronik tu. Pergh, aku ingatkan scene sedut menyedut ni cuma tengah naik kat KL je, tapi kat JB ni pun sama jugak garangnya. Macam-macam aksesori ada jual. Ni la yang buat aku jakun sikit bile tengok ada filter bentuk muncung itik!

Pergh, power siot orang JB ni...

Ohya, malam tu ada program oleh orang-orang parti dacing. Datang situ secara konvoi sambil buat bising, bunyikan hon sampai pundi kencing aku pun terkejut. Spoiled betul la. Nasib baik aku pun dah nak blah... Yang ni tak power langsung!

~~~~~~~~~~

Gagal. Kerja-kerja mencari jersi Harimau Selatan oleh adik ipar aku untuk disarungkan ke badan anak lelakinya gagal. Aku tak pasti kenapa. Sama ada takde saiz yang ngam atau harga yang tak berapa nak boleh blah kot. Walau pun aku tengok bersepah-sepah orang jual jersi tu. Macam la ada satu team je yang main kat Malaysia ni.

Jadi, plan B pun diajukan. Lokasinya adalah bazaar karat. Ha? Ada ke tempat macam tu kat JB ni.

Punya la kokak aku ni. Tempat yang tengah naik sekarang ni pun aku tak tau. Bila diberitahu ada bazaar karat kat bandar oleh adik ipar aku melalui walkie-talkie (cara kami berkomunikasi semasa berkereta), barulah aku akur. Akur dengan ke`kokak'an diri sendiri.

Ok, ini adalah masa untuk aku `keep calm, watch and learn'. Lokasinya betul-betul di tengah bandaraya Johor Bahru (Lat: 1º27’27”, Long: 103 º 45’55”). Pada aku, elok jugak bazaar karat ni diwujudkan. Jadi tak la bandar ni jadi bandar mati bila waktu malam.

Bermula dari hadapan Bank OCBC di bahagian selatan hingga ke hadapan bangunan Perkim di utara, dan menyusur pulak ke Jalan Dhobi di sebelah barat. Tempat ni agak besar jugak kalau betul-betul nak belek barangnya.

Fuh, Jalan Dhobi tu! Jalan yang dulu terkenal sebagai port bapuk. Dulu masa stay asrama teknik, pernah jugak aku fly tengah malam semata-mata nak usha bapuk. Tapi sekarang kegemilangan bapuk ni dah ditenggelami oleh deretan gerai menjual jersi Harimau Selatan, alat permainan dan bla bla bla jugak.

Legaran Segget yang dulu pernah terkenal sebagai landskap dan mercu tanda yang dibuat semata-mata nak cover Sungai Segget tu pun mengalami nasib yang sama. Sampaikan aku sendiri pun keliru, di mana sebenar letaknya Legaran Segget tu. Gerai penuh. Tapi sayangnya, variasi kurang. Balik-balik jual benda yang sama. Toleh kanan jersi, toleh kiri pun jersi jugak. Patut la adik ipar aku beria ajak datang sini.

Amacam, ramai tak orang. Malangnya, dalam ramai-ramai ni agak susah nak cari cika yang betul-betul mari. Tak macam kat Kuala Terengganu hari tu.

Apa pun, yang paling menarik tertarik kau memang tembam kat sini pada aku dan layak diberikan lima bintang atas batu jemala adalah ini...


Kehadiran seorang artis* yang bermain gitar secara akustik. Ditemani seorang perempuan yang aku yakin itu adalah isterinya berserta dengan dua anak kecil. Seorang sedang lena di atas pangkuan perempuan tu dan seorang lagi yang lebih kecil sedang mencomelkan dirinya di dalam stroller.

Kenapa hati aku rasa semacam je bila tengok situasi ni? Entah, mungkin sebab perfomance brader ni yang sangat power (aku sempat dengar satu lagu Soul Asylum), atau pun kehadiran pasangannya dengan anak-anak kecil ke tempat macam ni yang aku kira sesuatu yang janggal, atau rasa tersentuh dengan dua anak kecil yang lena tu, atau... Argh, aku kira ini adalah sesuatu yang perlu aku angkat sebagai situasi yang sangat-sangat bermakna.

Kalau diberikan pilihan, aku sangggup tukarkan tiga keping kaset Ramlah Ram semata-mata nak duduk bersila tengok perfomance brader ni sampai subuh.

Bingkas bangun (sebab aku pun datang sini ikut orang), aku pun berjalan lagi menghala ke aras barat. Sampai ke satu pintu gerbang, aku pun masuk ke satu lorong yang seakan-akan Chinatown.


Kat bawah pintu gerbang ni telinga aku macam terdengar je ada satu suara ghaib dan halus berbisik. Lebih lunak daripada suara Siti Nurhaliza bergwiyomi. Mungkin ada sesuatu yang super hebat kat sini. Jadi, aku pun ikut la dari mana arah datangnya suara tu.

Tiba-tiba, aku terpandang satu benda. Benda yang semestinya wajib aku beli kalau tak nak kena belasah ramai-ramai dalam stadium. Harga asal RM30, bila aku tawar cuma dapat RM25 je. Kira ok la tu, Bukan senang nak cari benda ni jual kat JB. Tak gitu?

Ha, power tak? Aku beli jersi Selangor kat Johor Bahru!!!

Bila aku sarung benda ni masa tengok game Selangor nanti, baru la aku boleh sorak macam orang kena sawan. Tak salah punya, dan orang pun takkan syak yang aku ni kelahiran Johor. Dan lebih bangga lagi bila aku cerita aku beli benda ni bukan kat pasar malam Jalan TAR...

Power siot aku ni!!!

~~~~~~~~~~
*Terkini, ada pencuri terkantoi. Klik sini.

*Artis pada aku adalah mereka yang menyelamkan diri mereka di dalam dunia seni. Tak kira apa pun yang mereka lakukan, asalkan seni. Bukan sekadar berlakon drama bodoh satu episod atau menyanyi satu single lemau, tapi ramai orang gelarkan sebagai artis...

10 nasihat berguna:

Kanibal Otak

12
8:17 AM
Terkandas di tengah pulau, tanpa bekalan air tawar selain daripada titisan-titisan hujan (kalau ada). Dua lelaki pertengahan umur, hampir sebaya. Keletihan, kebingungan, tiada upaya, tiada punca, keputusan harapan untuk menjejakkan kaki kembali di tanah besar.

Salah seorang daripada mereka bersuara, setelah beberapa jam sunyi tanpa sebarang komunikasi oral. Garisan ufuk yang menjadi pembahagi antara langit dan bentangan laut pada petang hari ke seratus tujuh puluh enam itu ditenungnya.

"Bagaimana jika suatu waktu nanti ditakdirkan kita terpaksa memakan daging sesama kita? Dek kerana kehabisan makanan. Jika aku yang mati dulu, bahagian manakah di badan aku yang kau akan makan terlebih dahulu?" Tak pasti sama ada pertanyaan itu benar-benar ikhlas atau sekadar menguji.

"Otak. Ya, mungkin otak engkau yang aku jamah dahulu." Dijawab sahabatnya dengan ringkas.

"Kenapa, ada apa dengan otak aku?" Tingkahnya pula seakan mencari alasan.

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Wan Syahrina

0
12:37 AM
"Pandangan dari jendela berbeza sahaja akan menemukan kita dengan halaman yang lebih indah." Lebih kurang macam tu la katanya dari corong speaker kereta aku petang tadi...

*Pergh, boleh tahan jugak la kau punya ayat.
*Entri pendek-pendek, tak dan nak setelkan entri panjang. Letih menahan mata yang dah dua malam tidur lewat...

0 nasihat berguna:

Tebiat

16
8:16 AM
Aku sekarang ada tebiat negatif yang amat membimbangkan. Suka beli buku. Kali terakhir ni kalau tak silap, ada lapan buah buku yang aku beli sama ada secara online atau direct.

Cuma masalahnya, enam daripada buku-buku tu belum pun aku habis baca. Yang dua tu pulak, belum baca langsung pun. Sekarang ni pun aku ada order tiga lagi buku baru.

Arrghh....

*Dah seminggu cuti, bila masuk ofis dia punya feel macam budak darjah satu baru nak daftar pulak...

16 nasihat berguna:

Black Starvations

8
11:32 AM

Dengar cerita, hari ni ada yang pakai baju hitam sempena kempen blackout. Ok, itu adalah cara kalian untuk menyatakan pendirian dan pandangan. Aku tak kata salah, dan tidak juga menyokong 100%, walau pun pada hakikat aku amat menghormati cara kalian itu.
Cuma, hari ni aku pakai hitam ni bukan sebab aku pun nak join kempen black out tu. Tapi sebab baju ni aku baru je sekali pakai. Bau peluh belum melekat, jadi sayang la kalau aku campak kat mesin basuh. Membazir orang kabor.
*Baju dah warna hitam, pun nak snap guna mode black and white jugak. Aku punya suka...
Published with Blogger-droid v2.0.9

8 nasihat berguna:

Percaya

0
12:03 AM

Titanic adalah bahtera gergasi yang karam ketika pelayaran pertama, dianggap sebagai unsinkable...

Dari mana kau tau?

Dari catatan sejarah lalu...

Jadi, kau betul percayakan sejarah?

Tidak, aku hanya cuba untuk mempercayai mereka yang menyampaikan kisah sejarah kepada aku...

Published with Blogger-droid v2.0.9

0 nasihat berguna:

Print Screen

8
9:17 AM

*Heheheee... Aku tak klik apa-apa pun, tapi cuma 'print screen' je. Ke, guane tu boh?

*Dengar cerita KL hujan lebat sampai banjir dan ada tempat tanah runtuh. Aku sekarang ada projek besar kat pulau ni.

*Aku ada banyak baju warna hitam, adakah aku pun dah lama di'blackout'kan? Aarrghhh...!

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 nasihat berguna:

Nasihat Abah

8
9:31 PM
Suasana di ruang tamu hening. Yang kedengaran cuma deruan kenderaan yang lalu-lalang di hadapan rumah. Sesekali terdengar juga tingkahan anak-anak kecil bersenda di luar sana. Masing-masing membisu. Abang long cuma menunduk ke lantai. Matanya kuyu, mukanya perah padam. Tak ubah seperti buah epal segar di pasaraya. Ibu juga begitu.

Abah menjegilkan matanya. Ditenungnya semua yang ada di situ, satu-persatu. Bermula dari abang long yang duduk paling hujung berhampiran pintu utama, diikuti dengan kak long di sebelahnya sehingga diakhiri dengan usu yang duduk betul-betul di sebelah abah. Mata abah merah. Marah mungkin. Kerana seingat aku, abah hanya akan menunjukkan wajah seekor singa kelaparan apabila sedang marah sahaja. itu pun cuma beberapa kali semenjak aku yang aku ingat.

Kali terakhir adalah ketika aku terkantoi menghisap rokok di belakang surau dengan Epol beberapa tahun dulu. Waktu tu bukan sahaja wajah abah bertukar menjadi singa jadian, malah hujung-hujung jarinya juga ditumbuhi kuku tajam, siap sedia untuk mencarik-carik pipi mengkal aku.

Continue reading →

8 nasihat berguna:

Tinggalan Perang

10
3:21 PM
Entri sekadar untuk mengisi masa lapang, sementara menunggu masa nak balik. Aku target nak balik awal sikit petang ni. Nak pergi bercukur memandangkan kepala aku dah mulai ditumbuhi bulu-bulu halus sehingga beberapa milimeter, yang dinamakan rambut.


Gambar kat atas adalah bom lama kesan dari tinggalan Perang Dunia Kedua. Aku tangkap gambar ni kat Pulau Manukan, Kota Kinabalu lebih kurang setahun yang lepas. Satu pemandangan yang begitu kontra.

Jauh ke arah laut sana, mata kita disaji dengan bentangan air laut berwarna biru dan pasir pantai yang putih dan halus sehalus kulit aku. Manakala di bawah teduhan pokok di sebelah darat sini iaitu beberapa puluh meter dari kedai cenderamata, elok tersusun beberapa bom lama.

Tak pasti pulak bom ni dari pihak mana sebab masa aku belek tu, takde pulak tertulis `Made in Japan' atau `Go die fucking Japs!' kat bom tu. Lepas tu kat sekitar tu pun takde pulak didirikan tugu atau batu tanda mencatatkan sejarah dan perkara yang ada kaitan dengan bom-bom tu. Kalau ada, mungkin aku yang tak perasan kot.

Biasa la, macamana nak perasan kalau kat depan mata ada banyak lagi hidangan mata yang lebih memukau...

10 nasihat berguna:

Aaarghhh...!!!!

18
4:45 PM
Cilakak betul la! Dalam pada nak membersihkan sampah-sarap yang ada dalam draft, tiba-tiba tanpa sengaja aku dah ter`delete' dua entri aku untuk bulan lepas. Aaarrrgghhh!!!

Rasa macam nak gigit tumit kaki sendiri pun ada.

Tapi mujur, kepala botak aku berjaya mengeluarkan cecair bijak (peluh) yang akhirnya diterjemahkan menjadi kejayaan dalam masa hampir sejam. Dapat la jugak aku recover balik dan post semula dua entri yang ghaib tu.

Cuma apa yang belum selesai kat sini, aku masih lagi gagal memanggil semula semua komen yang berkaitan dengan entri-entri tu. Aku rasa ini perlu sebab pada aku semua komen tu adalah sangat berharga.

Takpe, sabar. Sebagai lelaki botak yang beriman, kesabaran aku masih lagi tebal menguliti tubuh kurus kering aku ni. Nanti bila ada masa (atau teringat dan rajin) aku akan repair balik entri-entri tu sampai boleh tubik semula semua komen tu. Buat sementara ni, entri bertajuk Beautiful World dan Rabun/buta boleh dibaca berserta dengan komen-komennya kat sini dan sini. Itu pun dalam bentuk cached je.

Ok la tu, daripada takde langsung..

Aaaarrrgggghhh...!!!!!!!

18 nasihat berguna:

Etika Pemakaian

16
3:17 PM
Gambar kat bawah ni adalah risalah panduan mengenai etika pemakaian secara rasmi untuk para penjawat awam, yang aku cilok dari salah satu bangunan tinggi di Presint 4, Putrajaya dua minggu lepas kalau tak silap. Sengaja tangan aku menggatal nak ambik gambar pulak. Lebih-lebih lagi bila terpandang satu muka surat yang langsung ada kaitan dengan aku, iaitu kepala.

Sepanjang aku belek-belek risalah panduan ni, sejuk je mata tengok awek-awek manis berbaju kurung dan formal, melangkah masuk ke ruang pejabat. Yang lelaki pulak, segak berbaju kemeja dan berbaju melayu lengkap dengan sampin dan songkoknya.

Cuma, yang aku pelik... Kenapa pulak tak boleh berkepala botak? Siap termasuk dalam perkara yang dilarang pulak tu. Jangan la macam tu kawan. Kecik hati aku yang memegang status `lelaki kepala botak berhati budiman dan berwajah kacak' ni...


Ha, satu lagi yang buat aku pelik. Kenapa pakai kopiah pun jadi perkara larangan? Kopiah ni bukannya melambangkan mana-mana kumpulan songsang, parti politik tertentu atau gerakan yang membahayakan pun. Kesian kat pakcik-pakcik yang dah pergi haji tu. Bukan ke kopiah ni satu trademark bagi mereka. Rasa janggal pulak kalau nak suruh mereka togelkan kepala tu atau gantikan dengan songkok tinggi dua jengkal.

Ala, susah-susah botakkan je kepala macam aku ni. Kalau dah hensem tu, kepala licin berkilat pun tetap menawan jugak. Tak gitu?

Sekian wassalam dan selamat Hari Pekerja untuk mereka yang bekerja pada hari ini sahaja...

16 nasihat berguna: