Kebetulan

4
10:07 AM
Lepas cuci kereta dan pekena mee jawa sambil melayan badan yang letih tanpa hasil semalam, aku usha-usha facebook sekejap. Sebelum sekejap lagi nak bersiap memenuhi undangan kat Cheras. Selak mana-mana page yang nampak menarik. Tiba-tiba...

Aku terjumpa satu gambar (kat sini) pasal buku yang pernah aku ulas dulu (kat sini). Pergh, ini satu kebetulan terpimpin namanya. Hahaaa... Menarik betul dunia susunan Tuhan ni...

4 nasihat berguna:

Solat Pertama Dan Terakhir?

13
8:02 AM
 
Macam biasa, lokasi rahsia. Kalau rajin, cari la sendiri.

"Dah berapa puluh tahun umur surau ni?" aku tanya.

"Eh, sejak sebelum aku lahir lagi la..." jawab dia dengan yakin. Aku pun ikut yakin jugak walau pun sedar tak mungkin kita semua ingat apa yang berlaku masa umur kita nak masuk empat atau lima bulan. Umur dia sekarang dalam pertengahan 50-an. Dan mengikut kiraan kasar kami, mungkin jugak surau ni berusia dalam lingkungan 70 hingga 80 tahun kot. Kot...

Sebelum balik semalam, sempat jugak aku solat zuhur kat dalam surau yang 90% binaannya diperbuat daripada kayu ni. Selesai solat, aku pun tinjau-tinjau la keadaan sekeliling. Dari bucu mihrab sampai la ke celah-celah tiang kayu.

"Ha, kau tengok tu. Ambik gambar dari sini, baru nampak tiang yang condong ni. Nak katakan, semua la tiang ni condong." arah dia sambil menunjukkan jari telunjuk ke sana ke mari. Aku buat-buat sengih, menambahkan lagi kehenseman dan kesucian yang jelas terpancar kesan daripada wudhu' yang masih berbaki, usai solat zuhur berjemaah dengannya.

Ni bukan sebab kamera. Tapi memangg tiang tu yang condong.

Memang betul pun. Kalau nak diikutkan, surau ni pada aku memang dah patut dirobohkan. Bahaya tu, sana-sini dah dimakan anai-anai. Lantai pun dah ada yang berongga. Silap haribulan, belum sempat angkat takbir pertama solat sunat Aidilfitri, dah roboh. Tak ke naya?

 Satu daripada lapan tiang asal. Terpaksa disokong dengan tiang tambahan.

 Tiang asal jugak.

Jangan pelik, memang hampir semua tiang pernah jadi tempat permukiman anai-anai.

Mujur cat yang meliputi dinding bahagian luar dan dalam masih lagi sempurna. Ini sebab masih ramai lagi ahli qariah kat sini yang sudi ambik port pasal suaru ni.

Sekarang, ahli-ahli jawatankuasa surau ni sedang dalam usaha mengumpul dana untuk membina bangunan surau yang baru. Seratus peratus baru, di atas tapak surau yang asal ni. "Agak-agak, berapa anggaran kasar kos nak bikin surau baru ni ikut pada design yang dah terbayang dalam kepala?" tanya aku.

"Mungkin tak lebih 300 ribu la. Tu pun banyak buat sendiri je." jawab dia lagi. Aku cuma mampu mengangkat kening sambil dalam hati berdoa supaya cepat la masalah dana ni selesai. Kalau takde halangan, mungkin semalam adalah kali pertama dan terakhir aku bersolat kat surau tu.

Dan satu masa nanti, bila aku lalu atau singgah lagi sambil beriqtikaf dalam surau (yang baru) ni, aku akan terbayangkan surau berdinding kayu, berwarna hijau luar dan dalam. Hmm, kenangan tu.

13 nasihat berguna:

Lontong Tak Lodoh

13
8:14 AM
Pagi Jumaat hari tu, sebelum sampai ofis sempat jugak aku melencong sekejap ke area Bukit Angkasa semata-mata nak usha-usha kalau ada benda yang menarik untuk aku buat sarapan. Ini gara-gara aku tak puas hati dengan lontong yang aku beli kat Dengkil dua hari sebelumnya. Lontong kat Dengkil tu walau pun harganya memang standard untuk orang tak kaya macam aku (RM3 sebungkus), tapi rasa sangat-sangat kureng. Tak puas hati aku.

Selepas menyusur jalan naik bukit dari Petronas (simpang Jalan Bukit Angkasa - Lebuhraya Pantai Baru), aku sampai ke traffic light pertama. Macam biasa dan seperti dijangka, trafik agak sibuk jugak tapi tak la sampai sesak. Sesedap rasa orang kabor. Kat situ, gerak hati aku bagitau aku perlu membelok kiri ke arah deretan kedai-kedai yang kebanyakannya belum bukak. Huh, dasar peniaga!

Sebaik aku membelok, aku pun terus mengikut gerak hati aku yang suci lagi bersih ni. Sesuci titisan embun di kaki Gunung Kinabalu, tanpa dicemari zarah-zarah jerebu dari negara jiran.

Beberapa saat berselang, ternyata hati aku telah membisik dengan tepat sekali. Di penghujung jalan sebelum selekoh kanan yang aku tak tau ke mana arah perginya, ada satu lagi simpang ke kanan yang aku pun tak pasti jugak ke mana. Ada satu kedai makan betul-betul terletak kat simpang tu. Nama kedai aku dah lupa. Tapi apa yang aku ingat, ada tiga buah kereta diparkir di kiri jalan (bertentangan dengan kedai tu) dan jugak deretan motosikal yang setara dengan belalang tempur aku.

Aku pun ikut parking di celah-celah motosikal tu. Bila masuk, aku dah terbau satu hidangan yang aku kenal sangat-sangat. Tu dia!

"Dik, lontong ada? Kalau ada, bungkuskan satu..." Tanya aku dengan muka macho kat minah yang jaga bahagian mee goreng, nasi lemak dengan lontong.

Peta dari Google Map. Koordinate, aku malas nak bagi. Kalau berminat, cari la sendiri kat mana tempat ni.

Harga tu kira ok jugak la. RM3.50 sebungkus. Kalau makan situ mesti lebih sebab kena order air sekali. Takkan nak makan je taknak minum pulak. Ohya, mamat yang jaga kaunter bayaran ni muka dia sebijik macam Sazali Samad. Cuma badan je yang tak cukup kilogram. Tapi muscle sesedap rasa la, cukup kalau nak buatkan awek-awek menoleh untuk kali ketiga.

Sampai kat ofis, dengan rasa bangga aku pun bukak bungkusan lontong tu dan tuang ke dalam mangkuk. Bangga beb sebab aku sorang je kat situ yang bawak bekalan sarapan yang lain daripada orang lain.

Sila jangan terpedaya dengan warna kuah lontong ni.

Dengan lafas Bismillah dan doa makan tanpa ucapan makna dalam Bahasa Melayu, aku pun suap ke dalam mulut. Perasaan bangga masih terasa di dalam sanubari tatkala ketulan nasi bersalut kuah menyentuh hujung lidah aku. Pergh...!!!

Komen ikhlas:
-Saiz hidangan yang cukup mengenyangkan perut aku sampai petang, berbaloi dengan harga. Satu bintang.
-Sambal kacang kurang syok sebab tak pedas, tapi kepekatannya sederhana. Setengah bintang.
-Kandungan sayur lodeh tidak keterlaluan jumlah variasinya. Aku rasa dalam empat jenis je kot. Satu bintang.

Tetapi:
-Kuahnya walau pun kuning berkilauan, tapi tak kaw! Kuah lodeh ni berjaya menipu aku secara visual. Tiada Bintang.
-Sayur kacang dan kobis masih segar, macam baru lepas dipetik. Agak raw. Sepatutnya sayur dalam hidangan yang dinamakan lontong ni mestilah lodoh. Dan itulah yang membuatkan lontong ni sedap pada aku. Tetapi lodoh yang tidak keterlaluan.

Kesimpulan:
-Nah, ambik la dua setengah bintang.

13 nasihat berguna:

Jerebu Yang Buat Aku Nampak Hensem

20
7:47 AM


  • Hari ni sekolah kat Selangor dan KL diisytiharkan cuti. Bukti yang menunjukkan paru-paru orang dewasa lebih bardaya tahan melawan jerebu berbanding kanak-kanak. Tapi yang cikgu-cikgu ni jangan suka sangat, tu cuti berganti tau!
  • Kalau aku pakai macam ni masuk town, ada kebarangkalian kena soal dengan pak polisi. Yela, kan baru-baru ni KPN bagitau yang majoriti penjenayah tu adalah penunggang motosikal. Sebab tu timbul cadangan nak larang penunggang motosikal yang hensem macam aku ni masuk kawasan tertentu kat town sana. Abis tu perogol dengan orang yang main rasuah tu ramai naik moto jugak ke?
  • On the way pergi kerja tadi, ada sorang penunggang kurang hensem berhenti tepi jalan. Tak tau sebab apa, takkan sebab letih kot. Tapi yang bijaknya, dia lepak tepi highway tu sambil kat tangannya ada rokok. Terbaik bos! Nak hisap rokok kat luar time macam ni, tak payah nyala. Bukak mulut luas-luas pun dah rasa macam hisap keretek.
  • Malam tadi Arab bagitau, tengah jerebu macam ni pun ada jugak golfer yang turun kat tempat dia kerja. Diorang ni spesis alien ke apa?
  • Alamak, hari ni brader yang jual sarapan kat sebelah Petronas (lokasi sebenar dirahsiakan sebab sedap dan banyak) tak berniaga pulak. Nampak tak permainannya kat situ...

20 nasihat berguna:

Merah

6
8:40 PM

Malam ini, langit yang diselubungi zarah-zarah halus dari bumi, menjadikan bulan yang sepatutnya di dalam fasa 'super moon' berubah menjadi warna merah...

Published with Blogger-droid v2.0.9

6 nasihat berguna:

Deactivate

4
11:02 PM
Sejak tamatnya pilihanraya umum hari tu, aku rasa menda Facebook ni dah macam makin membosankan pulak. Dah tak banyak benda-benda yang boleh buat aku gelak sampai tekan pundi kencing. Kalau ada pun, cuma sekali-sekala je disebabkan beberapa isu yang berkaitan dengan `orang-orang besar' punya perangai.

Kaedah nak melayankan bosan ni, kalau boleh jangan la sampai aku terpaksa deactivate aku punya akaun. Kalau dah di`deactivate'kan, takde makna la aku punya telefon bijak ni. Sebab pada aku menda Facebook ni la yang jadi antara sebab telefon bijak makin ramai orang pakai.

Kalau aku nak deactivate nanti, agak-agaknya apa alasan aku nak buat ni.


Mungkin alasan yang terakhir tu sesuai kot. Sesuai untuk buat Mark garu tumit sampai subuh.

~Selamat berhujung minggu (dan tak tidur malam) kepada Facebookers tegar semua...

4 nasihat berguna:

Metallica 2013

4
10:17 PM
Sebelum tengahari tadi, aku tergerak pulak nak baca apa yang kawan-kawan sekolah lama aku sembangkan (kat group Whatsapp) sampaikan dalam masa kurang dua jam telefon bijak aku tak henti-henti bergetar. Bergetar tu sebab aku memang selalu letakkan dalam mod getar kalau aku tengah buat kerja, tak nak gangguan kononnya.

Tapi tak aku sangka rupa-rupanya ada satu perkara yang boleh buatkan hati aku terkinja-kinja tak tentu arah. Tak ubah macam bohsia nampak mat rempit melintas dengan RXZ yang masuk ekzos paip.

(nama group dan ahlinya telah dipadam untuk melindungi identiti mereka)

Gila betul. Tahun lepas kalau tak silap aku ada sekali aku dengar diorang nak perform kat KL. Kali ni kat Singapore pulak.

Tak puas hati, aku pun check la kat diorang punya website... Dan sah, memang sah!

(sumber dari sini)

Nasib baik la aku punya nama dah kena blacklist daripada melintas sempadan negara. Kalau tak, mau aku start kumpul duit dari sekarang.

~Setelah difikirkan semula, aku rasa aku cuma perlu kumpul duit untuk tiket je. Selebihnya aku kena belajar berenang merentas air masin sambil berharap bila masanya tiba, polis marin negara seberang tambak  tu mengendurkan sedikit kawalan sempadan mereka.

4 nasihat berguna:

Mencari Kesalahan

12
12:08 PM

Bab disuruh mencari salah orang ni yang aku suka sangat. Lebih-lebih lagi kalau aku memang dibayar gaji untuk buatkan orang lain tu kelihatan ada banyak kesalahan. Bukannya apa, demi kebaikan orang lain jugak.

Apa pun, kali ni aku berazam nak fokus lebih sikit. Tak nak la baru selak tiga empat helai, kelopak mata dah berayun...

Apa barang bos!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 nasihat berguna:

Pekasam Daging, Hasil Yang Menggiurkan

16
1:53 PM

Goreng sebentar di atas minyak yang panas. Sebelum betul-betul masak, masukkan potongan bawang dan cili merah. Kemudian, potong kecil-kecil daging yang siap digoreng sebelum boleh dihidang seperti gambar di atas. Mudah, ringkas dan sedap.

Komen aku: Rasanya boleh tahan jugak sedap walau pun kurang kaw berbanding ikan pekasam, mungkin disengajakan atau tidak. Isi daging yang lembut dan mudah dikunyah oleh orang yang ada gigi berlubang macam aku ni. Kalau dah pekena lauk ni, tak payah lauk lain pun dah ok sangat. Secara keseluruhannya, aku nak bagi 3 1/2 bintang...

Entri berkaitan: Pekasam Daging

16 nasihat berguna:

Puteri Pelarian

4
8:13 AM
Semalam kecoh dan hampir nak huru-hara satu negara apabila tiba-tiba ada perkhabaran gembira untuk para lelaki kat Malaysia yang dahagakan poligami. Dikatakan, kita (tak termasuk aku ha...) berpeluangkan untuk memperisterikan wanita dari Syria dengan bayaran tertentu. Bayaran yang tak la berapa nak mahal, tak pulak terlalu murah. Tapi mungkin juga jauh lebih rendah daripada kos nak melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita Melayu lulusan ijazah sarjana dan ke atas.

Apa pun, aku malas nak komen lebih-lebih. Cuma pagi ni aku nak kongsi satu pandangan daripada seorang blogger/vlogger yang baru menang anugerah hari tu.

Sumber dari sini.

~Woi, dia bukan menang Anugerah Blokbuster (baca: tahi) tu la!
~Nampak tak permainannya kat situ?

*Tambahan:
Entri terpaksa diedit semula untuk tidak menyinggung sesiapa. Maaf kalau ada yang berkecil hati...

4 nasihat berguna:

Farewell Mr Boss

10
12:53 AM
"Ingat apa aku pesan tadi?"

"Ingat bos, jaga hati orang tua tu..." jawab aku ringkas, sebenarnya cuba mengelak daripada memberikan jawapan yang sepatutnya.

Ketika itu, kami saling berjabat tangan buat kali terakhir (aku kira kali kedua sejak empat tahun lalu kot) di muka lif yang bakal membawanya ke tingkat basement. Jumaat petang, aku cuma membiarkan je beberapa orang yang lain membantu dia menolak troli dan membawa beberapa barangan yang lain.

Orang tua yang aku maksudkan itu adalah seorang lagi bos (pangkat dibawahnya) lelaki awal 50-an di pejabat kami. Beberapa hari sebelum tu,orang tua tu naik angin dengan aku sebab aku menghilangkan diri, sampai kecoh satu ofis. Pelik, time aku ada tak pulak sibuk nak cari aku... Dan Mr. Boss inilah yang menenangkan orang tua tu dan back up aku masa aku dalam sesi duduk mengadap.

April 2009.

Hari pertama aku bekerja di situ. Dalam keadaan sedikit bingung, aku menghampiri mesin perakam masa yang pada aku suatu objek yang agak asing. Selama ni, tak pernah pulak aku guna mesin ni tiap kali waktu pagi dan petang. Tapi kali ini, satu suasana baru bakal aku hadapi.

Sebaik kad yang tertulis nama aku dimuntahkan semula dari celah mulut mesin perakam masa, aku dihampiri seorang lelaki yang seperti beberapa tahun lebih tua daripada aku. Aku pasti, ini adalah salah seorang pekerja di situ. Bakal rakan sepejabat aku.

"Assalamu `alaikum, bang. Saya F*****, yang baru daftar diri tu." kata aku memulakan perbualan. Sebagai orang baru, mesti pandai berlakon ramah depan semua orang walau pun pada hakikatnya aku memang jenis yang lebih suka dengar orang bersembang daripada bersuara...

"Oh, yang masuk ramai-ramai tu? Saya A*****." huluran tangan aku disambut dengan mesra.

"Sebenarnya saya nak tanya ni," sambung aku untuk meneruskan perbualan, "macamana cara kalau kita nak mintak tangguh kat sini? Sebab sebenarnya saya belum habis notis sebulan kat tempat kerja lama ni." terang aku bersungguh.

"Hahaa, entah la. Saya pun baru masuk sini. Cuba tanya kat HR kalau-kalau kena buat surat dulu. Tak pun tanya orang lama kat sini. Diorang mesti tau la tu." mesra juga jawapan dia. Sama mesra dengan tangan yang dihulurkan beberapa saat sebelumnya.

"Oh..." aku cuma mampu tersengih.

Dua minggu kemudiannya, iaitu kali kedua aku masuk ke pejabat tu selepas tempoh penangguhan tamat, baru la aku tau orang yang aku panggil `abang' tu adalah boss nombor satu kat jabatan tempat aku bekerja. Damn! Malu siot aku!!!

~Jumaat hari tu adalah hari terakhir Mr. Boss di situ.
~Hari Isnin ni pulak, aku akan dapat Mr. Boss yang baru...

10 nasihat berguna:

Perempuan Syaitan?

10
4:06 PM
Dua minggu lepas, dalam minggu budak-budak sekolah sibuk bercuti, aku pun ikut menyibukkan diri kat i-City semata-mata nak bawak pakcik aku sekeluarga membuang masa kat situ. Ya, i-City. Salah satu tempat yang tak berapa gemar aku nak pergi. Jalan masuk yang sesak satu hal, nak masuk parking yang berbayar dua hal, ramai orang tiga hal, kena ada duit dalam poket empat hal. Tambahan pulak musim cuti sekolah. Hal-hal yang tak berapa aku gemar tu dah berkali-kali ganda menyerabutkan kepala botak aku.

Walau apa pun, sebagai anak buah yang macho, aku pun layankan aje la famili yang datang dari jauh tu. Sementara diorang masuk dalam dunia sejuk artificial, aku pulak berhajat nak melayan ferris wheel. Ferris wheel yang tak berapa nak wheel sangat sebab aku terpaksa beratur dalam barisan yang agak bercelaru. Entah yang mana ekor, mana badannya.

Tiba ke satu cabang barisan yang bercantum menuju ke platform, aku terdengar satu pertengkaran kecil antara seorang lelaki cina dengan ssorang perempuan tomboy. Puncanya, perempuan tomboy tu mendakwa lelaki cina tu (dengan dua orang lagi kawan perempuannya) memotong barisan. Pada aku dua-dua betul, dua-dua salah. Benda sikit punya hal pun nak kecoh. Kalau salah sorang mengalah, tak sampai 15 minit dah sampai platform.

Dan dalam pertengkaran kecil tu aku tertarik dengan satu ungkapan dari mulut lelaki cina tu iaitu "perempuan syaitan". Hahahaaa! Memang aku tak sangka pulak yang perkataan tu boleh tubik dari mulut seorang yang bukan melayu. Fasih pulak tu. Tepat sebutannya, jitu dan tak teragak-agak.

Sampai hari ni, aku akan tersengih tiap kali teringatkan pertelingkahan kecil yang berlaku depan mata aku tu.

~Maaf, mungkin tajuk entri agak provokatif. Tapi ini la tajuk yang paling sesuai aku dapat fikir.
~Aku tak bermaksudkan salah seorang mereka tu betul, sebab kedua-duanya memang bersalah!
~Salam Jumaat semua...

10 nasihat berguna:

Pekasam Daging

14
2:43 PM

Kalau tahun lepas menu pilihan aku untuk bersahur adalah ikan sepat pekasam, tahun ni daging pulak. Pertama kali dengar/tengok benda alah ni? Ya, aku pun sama. Rasa-rasanya macam tak sempat masuk bulan Ramadhan dah boleh setel kot...

14 nasihat berguna:

Dua Hal

20
10:57 AM
Engngerangngi duwae alupaiwi duwae:
Engngerangngi pappedecenna tau laingnge lao rilaemu,
Engngerang toi pappeja'mu lao ripadammu tau,
Alupaiwi pappeja'na padammu tau lao rialemu,
Alupai toi pappedecemmu lao ripadammu tau...

Maksudnya :

Ingat dua hal dan lupakan dua hal:
Ingatlah kebaikan orang lain terhadap dirimu,
Ingat juga keburukan dirimu terhadap orang lain,
Lupakan kebaikan kamu terhadap orang lain,
Lupakan juga keburukan orang lain terhadap dirimu...

Dicedok dengan izin daripada sahabat aku yang berketurunan Bugis...

20 nasihat berguna:

Ketemu Tuhan Di Tombot

8
8:02 AM
Masa aku kecik-kecik dulu, antara tempat yang jadi topik perbualan kami adalah tombot. Dikhabarkan, kita boleh jumpa macam-macam benda kat situ.  Macam-macam tu maksud aku bukan la seperti kita nak mengadap dengan jin lampu ajaib. Apa yang terlintas dalam kepala, petik je terus tubik depan mata. Bukan, bukan gitu.

Macam-macam tu kebanyakannya adalah benda-benda yang kita tak jangka langsung. Contohnya kalau basikal kita dah rosak dan kita pergi tombot tu dengan harapan dapat la jumpa spare part basikal atau palig koman pun dapat jumpa sebijik basikal terus. Tapi berkemungkinan kita cuma jumpa set pinggan mangkuk yang dah sompek sana-sini. Memandangkan kita mungkin datang bukan pada masa yang sesuai.

Yang paling best aku pernah dengar, ada kawan aku cerita dia jumpa kereta control yang dalam keadaan baik. Tak tau la sama ada dia kencingkan semua orang sebab nak nama naik atau pun memang betul-betul.

Aku pun pernah pergi sekali, tapi apa yang pasti aku tak jumpa apa-apa. Yang aku dapat cuma haruman menusuk hidung sejak beberapa kilometer jauhnya...

~~~~~


Setelah aku selesai menonton dokumentari terbitan BBC ni, pandangan aku mengenai tempat yang kami panggil tombot satu ketika dulu sedikit berubah. Berubah kerana aku dapat rasakan yang sememangnya tombot ni bukan sahaja menjadi tempat penjarah nafsu macam kami dulu, tapi jugak tempat sebilangan manusia kerdil meneruskan survival diri sendiri dan keluarga.

Begitu juga dengan Wilder. Kerjaya yang dia miliki di UK sana sama sahaja dengan apa yang dijawat oleh Eiman di kota Jakarta tetapi atas banyak sebab, segala-galanya tampak jauh berbeza.

Apa yang Wilder kecapi hasil kerjanya mengutip sampah dengan trak serba canggih dan selesa adalah keluarga yang dapat meneruskan hidup serba sederhana dan selesa. Tetapi tidak bagi Eiman. Eiman terpaksa melakukan berkali ganda lebih daripada itu hanya untuk memperolehi sesuatu yang amat kurang dan terbatas.

Jadi, apa sebenarnya yang telah dia temui di atas longgokan sampah warga kota Jakarta itu? Tuhan. Dia telah menemui Tuhan di sana...

~Faham tak maksud aku ni?
~Dah, aku nak cuci kereta. Hari ni dan esok ada jemputan walimah. Kereta mau berkilat, wajah mau manis...

8 nasihat berguna:

Nasi Lemak Punch Card

12
12:09 PM
Dulu, dalam tempoh sebulan ada la sekali atau dua kali aku ditawarkan oleh Tuhan dengan peluang keemasan. Peluang yang jarang sekali semua orang dapat, walau pun bagi golongan pekerja pejabat tegar...

...iaitu makan percuma waktu pagi mengikut selera sendiri. Cuma kat sini aku menolak sedikit kelebihan dengan hanya memilih satu jenis makanan sahaja, nasi lemak lauk paru. Tak kisah la sama ada sambal paru atau yang goreng. Asalkan paru. Bukan selalu pun dapat makan free macam ni. Dan apa yang aku suka, seboleh-bolehnya dia akan mencarikan aku nasi lemak yang terbaik. Terbaik bagi aku dari segi kuantiti (besar) dan kualiti (sedap).

Namun, sesuatu nikmat itu tidak datang dengan percuma, Pasti akan ada ganjaran atas sesuatu yang aku kerjakan.

Sms "Tolong ketuk" akan aku reply dengan "Orait, macam biasa ha..."

...tapi tu dulu. Sekarang dia dah pindah ke cawangan lain. Jadi, dah takde lagi la orang yang nak sponsor aku nasi lemak percuma pagi-pagi. Sigh!

~Wei Mail, apa cerita ofis baru?

12 nasihat berguna:

Ketiduran

16
6:04 PM
Duduk semeja dengan dia, orang yang dah lama aku kenal sejak zaman belajar dulu. Ketika itu kami berada di sebuah kedai nasi ayam yang aku tak berapa ingat kat mana. Sama ada aku ni seorang pelupa atau pun nasi ayam kat situ memang tak sedap. Jadi, tak payah la aku nak ingat.

Sementara menanti pesanan tiba di atas meja, dia memulakan bicara. "Aku sebenarnya tak berapa suka makan kat sini. Sebab dia punya tempat serve tu kat dalam. Tak nampak, tak tau macamana cara diorang sediakan makanan dengan air minum".

Memang, dia yang aku kenal adalah seorang lelaki awal 30-an, berasal dari Kuantan. Agak cerewet dalam sesetengah perkara seperti soal kualiti makanan (kesedapan dan kebersihan) dan kerja. Pernah dia menitikkan air minuman dari straw ke atas meja semata-mata nak menunjukkan air sirap yang dipesannya itu terlalu pekat. Dan menjadi kebiasan jugak kerja yang aku submit kepada dia terpaksa aku amend beberapa kali semata-mata untuk memuaskan hatinya.

"Ha, tu dia. Dah siap pun nasi ayam kita..." Kata aku seakan membalas.

*
*
*
*
*

Bila aku bukak mata, rupa-rupanya dah dekat setengah jam aku terlelap. Si Syed kawan aku tu pun entah-entah tengah sibuk kat Temerloh sana. Nasi ayam yang sebentar tadinya ada kat depan mata, kabur entah ke mana. Yang ada cuma monitor 15", keyboard usang dan juga persekitaran yang setiap hari aku hadap.

Cis, natang. Aku mimpi rupanya...

Bingkas bangun, aku pun melangkah ke tandas untuk mengangkat wudhu'. Zohor dah masuk wei!

*tidur sebentar waktu tengahari kalau kat ofis adalah perkara biasa pada aku...

16 nasihat berguna: