Amaran Dalam Soodhu Kavvum

24
2:00 PM
Soodhu Kavvum
Featuring a quirky gang of four, this comedy noir depicts a kidnaping gone wrong and what transpires in the 48 hours, these thugs have to outwit the law.

Perasan tak kat sebelah bawah kiri skrin tu (yang lebih kecil daripada subtitle) ada semacam teks amaran. Sebenarnya teks tu kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu akan jadi "Amaran, merokok membahayakan kesihatan".

Satu perkara yang aku respek dengan filem tamil sekarang (filem dulu takde benda ni), mereka akan letakkan tanda amaran setiap kali ada babak merokok atau pun menonggak minuman keras. Tak kira la walau pun shot dalam babak tu cuma beberapa saat je, tetap akan dipaparkan jugak.

Kalau pelakon tu minum sambil merokok, dua-dua tanda amaran tu akan tubik. Aku 90% yakin tanda amaran ini adalah memang original dan bukan disediakan oleh Asstro. Ok la tu, sekurang-kurangnya ada jugak usaha mereka walau pun sedikit nak memberitahu yang benda ni ada kesan negatif. Nak harap drama/filem kita? Hehee, jangankan babak menonggak atau merokok, babak yang tunjuk orang berzina pun selamba je boleh lepas.

Apa pun, aku sukakan filem yang berdurasi cuma lebih kurang 2 jam 10 minit ni. Sebabnya pelakon utama (yang berjambang tu) berlakon tak serupa hero langsung. Macam bengong. Pegawai polis yang ada tempoh 48 jam untuk tangkap diorang ni pun sama je. Takde rupa jahat, takde rupa baik. Ganas tapi bebal sebab pada penghujung filem ni wataknya tamat di atas katil hospital sebab tertembak bontot sendiri. Hahahaa! Cerdik betu la...

Aku rasa, aku nak bagi 4 bintang untuk filem ni sebab dalam filem ni semua watak boleh dikira sebagai watak baik, tapi pada masa yang sama semua mereka ada melakukan kesalahan. Tambahan lagi, filem ni dah `mengecewakan' aku dengan anti-klimak yang macam harom. Langsung unpredictable!

Watak hero meneruskan kerja menculik secara kecil-kecilan dan akhirnya tetap jugak terperangkap dengan strategi sendiri. Anak menteri yang jadi punca semua masalah, menang pilihanraya dan gantikan tempat bapak dia sambil meneruskan kerja-kerja berjoli sakan. Ketua penjahat (abang kawasan) kat situ pulak semakin galak dengan kerja-kerja membikin filem berbajet rendah.

Oh, dunia dunia... Nampak tak permainannya kat situ?

~Entri ke-18 dalam bulan ni. Fuh, nyaris tu!!!

24 nasihat berguna:

Dua Lelaki Buta Dengan Lagu

10
1:34 PM
Harga sebenar, RM40 untuk satu kepala dewasa dan RM22 kanak-kanak. Tapi memandangkan aku kenal dengan orang yang bekerja kat situ, dengan mudah je aku ayat dia untuk dapatkan separuh harga. Harga untuk family staf kononnya. Jadi daripada RM204 yang sepatutnya dibayar untuk empat orang dewasa dan dua kanak-kanak, kami cuma perlu membayar RM80 sahaja. Power tak?

Pada aku, harga RM20 yang aku belanja untuk berbuka ala kadar dengan kuantiti makanan yang aku ambil cuma sekadar mengenyangkan perut, masih lagi boleh dianggap sebagai berbaloi. Sebab apa?

Yang pasti bukan sebab makanan, tapi sebab kehadiran dua orang lelaki buta ni. Tahun lepas, aku juga pernah sekali berbuka di sini. Dan untuk pertama kali, pada masa tu aku lebih banyak habiskan masa menonton persembahan mereka berbanding duduk di meja sambil mengadap makanan.

Untuk pengetahuan, mereka membuat persembahan sepanjang bulan Ramadhan ni (sehingga 4 Ogos). Dan aku harap, tahun depan mereka tetap mendapat kontrak kat sini.

Sorry, aku tak dapat upload video sebab kualiti audio yang terlalu menghampakan. Bunyi bising dari sekeliling...

Brader, nampaknya lu orang dah ada peminat la. Lagu Keroncong Untuk Ana (M. Nasir) malam tadi memang mantap!

10 nasihat berguna:

Harapan Hidup Mati

24
10:11 AM
"Ikut pada perancangan awal, hujung bulan Ogos ni dia balik Brunei. Operate kat sana. Tapi tunda ke bulan November pulak. Macam yang doktor bagitau sebelum ni, harapan dia nak selamat cuma 10% je. Apa pun, operation ni memang kena buat. Kalau tak buat ada kemungkinan besar akan bagi effect kat saraf, boleh buat dia lumpuh. Sekarang ni dia cepat sangat letih. Berjalan sikit dah mengah, tak larat. Badan lemah-lemah. Dulu selalu makan ubat, sekarang dah taknak. Tengok macam orang yang dah hilang semangat."

"Macam ni la. Pada aku, angka tu cuma anggaran doktor je. Doktor yang ramal, tapi yang menentukan bukan dia. Yang kat atas sana. Kau bagitau dia, since doktor dah ramal dia cuma ada harapan 10% je untuk selamat, kenapa dia tak gunakan peluang yang sedikit tu? Daripada dia tak buat apa-apa, lebih baik dia usaha sikit. Takkan rugi apa. Cuba je la walau pun tinggal 1% peluang."

Aku tengok mata dia dah berair. Aku ni bukan reti sangat nak motivate orang. Sebelum menitik, cepat-cepat aku tukar topik ke lain. "Tahun ni ada lagi ke live show macam tahun lepas? Syok betul la aku tengok dua orang mamat buta tu main. Memang kalah profesional yang main kat Juara Lagu. Kalau ada, tahun ni aku nak pergi berbuka kat situ. Video yang aku rakam dulu tak simpan pulak, ada dalam hendset lama."

"Ada, diorang main lagi sepanjang bulan puasa ni. Tapi minggu sebelum raya tu dah takde. Sebab nak prepare untuk tournament lepas raya karang".

.
.
.
.
.

Sebelum tamat sesi minum malam tu, sempat jugak aku sebat dia punya Dunhill sebatang...

24 nasihat berguna:

Hours, Selamat Datang Ke Dunia

24
12:58 PM

Plot: A father struggles to keep his infant daughter alive in the wake of Hurricane Katrina. - copy dari Youtube

Entah kenapa, tadi aku boleh pulak ulang tengok trailer filem ni berkali-kali. Serupa macam aku dengar lagu Adele. Mungkin dalam sepuluh kali kot. Dan setiap kali tiba part kamera zoom kat baby dalam inkubator tu, aku akan tekan space bar (pause). Ada rasa sebak, rasa sayu dan benda-benda yang menyentuh hati aku dengan jalan cerita filem ni. Boleh cari dvd kat pasar malam lepas ni...


Nama, Aizi Rania. Lahir petang Isnin lalu. Anak buah aku yang terbaru. Selamat datang si comel! Nanti uncle dukung kamu ya...

Sekian, salam Jumaat semua...

24 nasihat berguna:

Alahan

12
4:44 PM

Kan aku dah kata, aku memang alah sangat dengan benda ni. Kalau lalu je, mesti automatik nak singgah. Nasib baik bulan puasa, kalau tak mau nafsu jahat aku suruh beli lagi dua helai.
-Sebenarnya niat cuma nak cari baju kerja (kemeja) je...
Published with Blogger-droid v2.0.9

12 nasihat berguna:

Si Iblis Pencari Ingatan

12
8:19 AM
Menanti kunjungan si iblis untuk kali ketiga ini membuatkan dia sedikit gementar. Beberapa kali dia menjenguk ke luar tingkap, untuk memastikan sama ada si iblis itu sudah tiba atau belum. Seperti sebelumnya, langit petang yang berwarna merah keemasan akan berubah menjadi kelam. Kelam hanya pada satu sudut iaitu lebih kurang sepuluh darjah dari arah matahari terbenam. Kelam yang tidak menyeluruh. Hanya dilapisi satu jalur gelap selari dengan pancaran matahari. Gelapnya langit itu adalah kerana menjadi laluan penerbangan si iblis itu.

Bagi si iblis pula, dia lebih gemar melakukan lawatan ke atas sahabat-sahabatnya sejurus sebelum matahari terbenam. Kerana hawa yang suam-suam itu begitu nyaman membaluti kulit menggerutu, dari hujung dahi hingga ke kepala lutut. Setakat kepala lutut. Cuma setakat itu bahagian kaki yang tinggal, kerana bahagian yang lainnya telah dipenggal oleh raja iblis akibat kegagalannya mendapatkan `ingatan'.

Selang beberapa minit, panel kaca tingkap yang menghala barat di biliknya diketuk dari luar. Memang sudah dijangka dan ditunggu-tunggu siapa yang mengetuk muka tingkapnya waktu itu. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke luar, si iblis pula lantas bertanya, "Bagaimana dengan tawaran aku minggu lalu? Kau masih berminat, atau kau mempunyai jalan rundingan lain?" tanya si iblis.

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Etgar Keret, Yahudi Yang Sukar Difahami

14
8:16 AM

Tajuk : Drebar Bas Yang Nak Jadi Tuhan (adaptasi The Bus Driver Who Wanted To Be God & Other Stories)
Penulis : Etgar Keret (terjemahan oleh Sufian Abas)
Penerbit : Sang Freud Press (Cetakan 2013)
Jumlah Mukasurat : 164 mukasurat (termasuk kulit luar yang cun!)

"Keret boleh buat lebih dalam enam... perenggan dibandingkan kebanyakan penulis dengan 600 mukasurat" - PEOPLE.

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Aku dan Udin

10
10:50 AM
Kami berdua cuma terkebil-kebil memerhatikan wajah Wak Nasiman bercerita. Tiga lapis batu-bata yang disusun menjajar dari pintu pagar menuju ke hadapan pintu masuk rumah Wak Nasiman bergoyang-goyang menerima beban dari punggung aku dan Udin. Sambil bercerita, tangan orang tua itu tak henti-henti mengagah-agah ke udara. Tak ubah seperti wayang kulit terpelanting ke udara.

Petang itu pulang dari sekolah agama, kami singgah sebentar untuk mendengar cerita Wak Nasiman. Veteran taman perumahan kami. Dia yang tinggal bersama dengan anak sulung dan menantu lelakinya adalah antara orang kuat di situ. Walau pun badannya kurus kering hingga menampakkan semua bilah-bilah tulang rusuknya, dia sering menjadi teraju utama dalam kebanyakan program surau atau kenduri-kendara.

Aku masih terkebil-kebil, dan Udin pulak lebih hodoh lagi. Duduk nongkrong sambil mulutnya terlopong luas...

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Andes

12
10:25 PM

Ini hanya dokumentari tentang survival mereka. Kisah yang telah difilemkan oleh Hollywood. Kalau tak silap, lakonan Ethan Hawke. Pernah tonton kat TV2 dulu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 nasihat berguna:

Meraikan Cinta Kami

10
12:27 PM
Isu budak yang baru seminggu ber`couple' tu masih panas lagi tak? Kalau masih panas, masih relevan untuk dibualkan, boleh la aku tumpang mencelah.

Entri ni dinaikkan bukan bertujuan nak tambah mengutuk kesilapan kedua-dua budak tu, jauh sekali nak membela mereka. Cuma aku teringat dua perkara je bila aku tonton video tu (aku tak tengok habis pun) kat youtube. Dua perkara ni la yang mengingatkan aku akan cinta lama yang kecundang dulu. Pergh...!

Kalau dia baru seminggu ber`couple' dah berani rakam video seolah-olah nak meraikan rasa cinta, aku pulak akan merayakan percintaan aku dengan ex aku tu setiap bulan! Cuma bezanya kat sini, masa tu aku dah habis belajar, dan dah kerja pun. Aku hidup atas tanggungan sendiri. Kadang-kadang je bila sampai masa terdesak aku akan mintak mak atau kawan-kawan aku tolong top up. Masa tu, benda-benda lagha macam youtube, laman sosial atau paling kurang pun telefon bijak masih lagi terlalu asing. Jadi, takde la aku nak bagitau satu dunia yang aku cintakan dia. Puiihh!!!

Yang kedua? Perkara yang kedua pulak adalah lagu. Juga ada sedikit perbezaan. Kalau budak nama Awani ni memilih untuk menyanyikan lagu manja ala mintak penampar mak abah sempena seminggu, tapi tidak pada aku. Seboleh-bolehnya aku takkan buat perkara bodoh terutama di depan orang yang aku sayang. Depan mak ayah, kawan-kawan, awek, semuanya. Aku lebih gembira dan bangga kalau mereka melihat aku sebagai seorang yang bijak walau pun hakikatnya aku ni memang kurang cerdik.

Dan sampai sekarang aku masih lagi mendengar lagu Because Of You ni, seakan-akan meraikan rasa kecewa pulak. Siap download versi live lagi. Damn! Kejam betul dunia ni...

~Bobo pun ada buat video parodi. Serius weh, terus tak lalu aku nak berbuka semalam walau pun tengok sikit je...
~Salam Jumaat semua...

10 nasihat berguna:

Not In My Shoes

12
12:43 AM
Pernah sedikit masa dahulu, seorang sahabat melemparkan ayat begini, `kau takkan faham sebab you're not in my shoes' tatkala dia menceritakan permasalahan dan kekalutan yang dia alami di tempat kerja. Dan kemudiannya aku jawab pula secara berseloroh, `memang la takkan faham beb sebab saiz kaki kita tak sama!'

Apa yang dia bagitau ketika itu sememangnya betul, dan selorohan aku kemudiannya kemungkinan sebahagian sahaja yang benar...

12 nasihat berguna:

You Think You Can Threat My Mother?

16
2:26 PM
(Sumber gambar dari sini)


Siapa yang dah tonton Man Of Steel mesti ingat babak ni. Babak di mana kepala General Zod kena hempuk oleh Clark Kent bertubi-tubi kat ladang jagung lepas penjahat tu ugut mak Clark. Pada aku ini adalah babak terbaik sepanjang filem, ada macam touching sikit kat situ.

~Semua aksi pertarungan dalam filem ni agak membosankan. Tumbuk, terajang, terpelanting, meletup. Cuba la sesekali main jentik hidung pulak...
~Dialog ni diucapkan oleh Clark masa dia tengah sedap menghempuk kepala General Zod...
~Aku bukan penggemar Superman, saje je nak melayankan masa senggang...
~Rating : 2 bintang

16 nasihat berguna:

Ziarahi Jenazah Aku

11
12:42 AM
"Macamana ni, dah dekat pukul empat dah. Kalau nak pergi, kita gerak sekarang naik moto. Nak naik kereta memang tak sempat la, masuk Gombak tu mesti jem teruk..." soalnya panjang.

Aku masih lagi mencongak akan pengaturan masa supaya tidak mengganggu janji temu aku dengan orang lain, malamnya. Mengikut keutamaan. Memandangkan jarak dari situ ke rumah si mati dan rumah aku yang agak jauh. Dan lagi kebarangkalian jenazah dah dikebumikan bila aku sampai nanti.

"Kalau kenduri kawin tu kita dijemput, kita wajib datang. Lebih kurang macam ni la, ziarah orang mati. Kira penting la jugak," sambungnya lagi.

"Agak-agak, kalau aku mati esok kau datang ziarah aku tak?" tiba-tiba satu soalan laju keluar dari mulut aku. Dan dia cuma tersengih macam gorila lapar pisang...

11 nasihat berguna:

14 nasihat berguna:

Ini Satu Kegilaan!

12
3:02 PM
Aku tau, kepala Lars Ulrich botak bukan sebab faktor usia tapi dia sengaja buat macam tu supaya seiras dengan aku, jadi aku pun dah start kumpul duit raya mulai sekarang.
Nak jumpa abang kembar.
Kalau tak jadi lagi, memang ada la traffic light yang kena terajang karang...
Klik sini kalau berani.

12 nasihat berguna:

al-Fatihah...

7
1:05 AM
Petang tadi, tak berapa lama selepas aku siap menaikkan satu entri berkenaan rasa bersalah, aku didatangi satu pesanan ringkas di Whatsapp tertulis "Abg R telah ke rahmatullah. Al-fatihah."

Sedikit terkejut, gamam, seakan tak percaya, kosong... Semuanya bercampur baur.

Kali terakhir aku berjumpa hero tua ini adalah lebih kurang setahun yang lalu, dua atau tiga bulan sebelum dia bersara (bulan Ogos 2012). Semoga dia mendapat penghargaan yang sewajarnya di sana, walau pun kehadirannya selama berpuluh tahun di sini tak pernah disedari.

Dan masih terbayang teh tarik kurang manis yang kerap aku bancuhkan untuk dia dulu. Al-Fatihah...

Dia adalah orang kedua di pejabat kami yang pergi dalam tempoh setahun selepas Kak N dulu.

7 nasihat berguna:

Rasa Bersalah

4
3:09 PM
Sebenarnya sepanjang hari ni aku macam ada rasa bersalah pulak. Rasa bersalah atas satu bantuan yang sepatutnya aku lakukan, dengan sedikit usaha. Mungkin akan lebih meringankan kesusahan orang lain.

Lebih kurang jam 6:45 pagi. Sedang elok selepas aku membuat corner baring kat highway (susur masuk) sambil bersiul lagu Amy tajuk Aku Dah Bosan, tiba-tiba pandangan mata rabun aku menangkap satu kejadian yang mungkin baru beberapa saat berlaku. Di lorong paling kanan aku tengok ada serpihan motosikal bersepah atas permukaan jalan. Menerusi suasana pagi yang kelam tapi masih disinari lampu jalan, ada sesusuk tubuh manusia yang sedang berusaha untuk bangun. Dalam kepayahan, aku tengok macam ada tak kena dengan kakinya. Beberapa meter dari tubuh tu, aku kenderaan doa roda yang pasti miliknya turut terbaring.

Aku yang masa tu menunggang dengan kelajuan melebihi 70km/j di lorong ke tiga dari kanan (ada enam lorong, tiga dari laluan utama sebelah kanan dan tiga dari kiri iaitu arah aku datang) tak sempat nak buat apa-apa. Cuma mampu memperlahankan sedikit tunggangan. Memasang niat untuk berhenti supaya dapat memberikan bantuan awal, tapi terpaksa aku fikirkan beberapa kali sebab aku tengok ada beberapa buah kereta yang datang dari arah belakang. Mungkin lebih laju sedikit daripada aku. Terperangkap, aku tak dapat nak buat apa-apa. Nak berhenti di lorong paling kanan berhampiran dengan penunggang yang terbaring tu, agak mustahil. Untuk berhenti di lorong paling kiri pun agak merbahaya jugak bagi aku.

Kesudahannya, aku cuma mampu beristighfar dalam hati. Sambil berdoa supaya tak ada perkara yang lebih buruk berlaku.

Sepanjang perjalan ke ofis pagi tadi, dada aku memang berdebar. Sesekali menyalahkan diri sendiri. Aku (mungkin) adalah orang pertama yang melalui tempat tu, sepatutnya aku berhenti atau sekurang-kurangnya membantu dengan memberikan amaran kepada pengguna jalan yang lain.

Rasa bersalah yang teramat sangat...

~Mungkin penunggang tu mangsa langgar lari.
~Ada satu lagi kemalangan kedua beberapa kilometer dari situ. Kereta terbalik kat traffic light. Aku syak kereta tu laju. Padan muka kau!
~Semoga penunggang tu selamat.

4 nasihat berguna:

Mampus, Naskhah Bersaiz Mini

8
9:14 PM
Tajuk : Mampus
Penulis : Fasyali Fadzly
Penerbit : SeLUT PRESS
Jumlah mukasurat termasuk yang kosong dan kulit luar : 100 muka
Dimensi : 10.5cmX10.5cm

Watak 1 : Nuar atau `aku' selaku si pencerita sepanjang fiksyen mini ini. Seorang lepasan (eh, bukan lepasan sebenarnya sebab watak utama ni terkandas di tengah jalan akibat terlalu asyik dengan dunia penulisan filem pendek) jurusan undang-undang. Bergiat aktif dalam dunia perfileman.

Continue reading →

8 nasihat berguna: