Merdeka Aku Yang Dulu

12
12:54 AM

Balik dari sambutan malam 31 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kalau tak silap tahun 2000 kot, masa zaman belajar dulu.

Masa tu aku pun dah sedar, kemerdekaan tu bukan setakat berhimpun tunggu detik 12 tengah malam lepas tu jerit 'Merdeka' ramai-ramai, malah lebih daripada itu.

Tapi apa yang kami mahu pada masa itu hanyalah keseronokan. Itu sahaja.

Yang mana satu aku? Kat tengah yang takde rambut tu. Kekal kacak sampai sekarang. Terima kasih sebab setuju.

Gambar bukan ditangkap dengan kamera digital. Tapi memori tetap disimpan dalam hard disk kepala kami...

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 nasihat berguna:

Misi Cantik

16
11:06 AM

*Pandangan dari tingkat 8, sekitar Petaling Jaya.
*Duduk lama sikit pun takpe sebab misi-misi kat sini boleh tahan jugak dia punya comel.
*Doktor pelatih pun lawa-lawa.
*Apakan daya, bukan aku yang jadi penghuni sini. Sekadar melawat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

16 nasihat berguna:

Pendapatnya Tentang Aku

10
10:04 PM
Petang Rabu lepas, sebelum memenuhi temujanji dengan abang angkat aku si Lars Ulrich kat Stadium Merdeka, sempat aku melepak selama sejam kat sebuah kedai makan sebelah Hotel KL International, Kampung Baru. Pemiliknya adalah seorang kenalan (bekas rakan serumah) yang dah lebih sepuluh tahun tak jumpa.

Sebelum sampai tu, terbarai jugak la masa aku setengah jam kat Kampung Baru, akibat tersilap info pasal lokasi kedai makan tu. Mujur aku ada nampak kelibat mamat ni tengah prepare makanan. Dengan saiz badan yang tak berubah walau pun dah kahwin. Tahap kecerahan kulit yang boleh dipertikaikan dari mana asalnya, dan juga keadaan kepala yang kurang dihiasi rambut, mudah saja aku mengenali dia. Lantas aku pun parking bini baru aku betul-betul depan kedai dia.

Macam-macam isu yang kami bualkan. Bermula dari mana dia belajar memasak. Sedangkan masa tinggal serumah kat AU3 dulu, jangankan masak mee segera, nak panaskan air pun pemalas yang amat. Tapi sekarang dia dah bertaraf tukang masak amatur setanding dengan peserta Master Chef.

Kemudian, topik perbualan melarat pula kepada pasukan bola yang kami sokong. Titik fokus kepada isu ini adalah kepelikan dia tentang aku yang menyokong pasukan Selangor, sedangkan aku adalah kelahiran selatan tanah air. Jauh berbeza dengan dia yang dilahirkan di Kelantan tetapi dibesarkan dan bersekolah di Kuantan, masih kukuh menyokong pasukan dari negeri kelahirannya. Persoalan di dalam kepalanya itu mudah sahaja aku jawab dalam beberapa ayat.

Selain tu, isu politik juga turut kami bualkan. Agak mudah berbual dengan dia terhadap beberapa isu berkaitan politik ni sebab pendirian politik kami yang hampir sama. Dan dengan bangganya, aku memberitahu yang kedua-dua kawasan Parlimen dan DUN tempat aku membuang undi tempoh hari telah dimenangi oleh parti yang aku sokong. Seperti membalas pukulan jumping smash, dia memberi amaran bahawa mengekalkan kemenangan tu lebih sukar daripada nak memperolehinya.

Ok, sebenarnya ada satu benda yang dia kata pasal aku yang buat aku tersengih, tersenyum, termenung dan kemudian mengerutkan dahi. Lebih kurang macam ni...

"Aku memang respek kat kau pasal ni dari dulu lagi. Dulu masa satu rumah kau memang suka dengar lagu-lagu punk, metal, rock dan entah apa-apa lagi. Tapi tak pernah pulak aku tengok kau dengar sampai terhangguk-hangguk kepala. Tenang je. Takde la terikut-ikut sangat. Solat pun steady je jarang tinggal. Tak lintang-pukang. Masa kau dengar pun tak la mengganggu tengah-tengah malam, biasanya pagi-pagi lepas subuh. Pada aku, elok jugak kau buat macam tu. Daripada kita terlentang atas tilam, dapat jugak kejutkan aku dari tidur. Sebab tu aku tak terkejut pun kau sanggup pergi tengok konsert Metallica ni.

Dan lagi, aku tak kata salah pergi konsert ni. Nak kata betul pun tak boleh jugak. Macam aku ni. Aku ada buat kelab penyokong bola. Selama ni aku banyak jugak buat aktiviti, sampai dapat masuk tv lagi. Pada aku, aku bangga bila aku tengok kawan-kawan aku dapat join aktiviti ni sama-sama. Sekurang-kurangnya aku dah dapat tolong diorang elakkan daripada buat benda-benda tak baik kat luar sana.

Cuma bila aku balik rumah, aku ada terfikir. Dari sudut moral kemanusiaan tu memang aku dah buat satu benda yang baik. Tapi bila aku kaji balik dari sudut agama, ada beberapa perkara yang boleh kita pertikai."

Hehehee, rasa bangga pulak bila dia puji aku macam tu. Aapa pun... Metallica tetap di hati aku walau pun aku tak hafal semua lagu diorang!

*Rasa macam panjang pulak entri ni.
*Diorang main Enter Sandman malam tu memang gempak gila.
*Pergh, dua hari telinga kiri aku berdesing. Mungkin sebab sound system power sangat.

10 nasihat berguna:

Syarat Mengahwini Anaknya

16
11:45 AM
"Minum la air tu, tak payah malu-malu." Pelawanya lagi. Aku yang sejak tadi lebih banyak diam dan tersengih, sekali lagi mencapai cawan putih berisi teh o. Tinggal separuh. Separuh, hampir sama macam harapan aku nak ambik hati orang tua ni. Melihatkan reaksi gerak badan dan riak wajahnya yang serius tu, aku semakin kurang yakin walau pun kelihatan dengan jelas dia cuba juga untuk membuatkan suasana lebih santai dengan beberapa lawak yang tak menjadi. Kadang-kadang kami tergelak kecil, dan ada jugak beberapa ketika aku cuma sekadar tersengih dan dia juga turut tersengih kerana barisan gigi yang tidak tersusun di wajahnya. Ada dua atau tiga `pagar' yang dah roboh.

Tak beberapa lama kemudian, topik perbualan kami tamat. Aku sudah kehabisan idea untuk memulakan isu. Nak bercerita tentang hal-hal politik agak bahaya jugak sebab awal-awal lagi Adele dah bagi amaran yang bapak dia ni penyokong kuat parti yang bertentangan dengan parti yang aku undi. Bahaya. Kalau tersilap langkah, punah harapan aku nak jadikan dia sebagai bapa mertua. Nak sembang pasal kerja, pun takde point jugak. Dia memang dah tau aku kerja apa, aku pun tau dia kerja apa. Kerja makan gaji jugak, tapi selalu ada kat rumah. Nak sembang pasal cuaca lagi la tak patut. Dengan cuaca cerah dan jugak hujan yang baru turun dua atau tiga kali dalam tempoh dua minggu ni sudah dikira baik, mustahil untuk aku bercerita pasal cuaca negara jiran atau ketidaktentuan fenomena iklim global. Aku takut dia kata anak dia salah pilih pakwe pulak sebab merepek macam penyampai berita mengigau. Sambil mata aku memandang ke arah tv leper dan kepala ligat mencari idea, dia bertanya kepada aku.

"Macamana, dah sedia ke?" Tanya dia.

Continue reading →

16 nasihat berguna:

Ramadhan Qistina

16
4:06 PM
"Tiap-tiap hari dia memang rajin bangun sahur. Tapi tu la, balik sekolah je nak makan, mintak air. Tahun ni baru empat hari puasa penuh." Itulah yang umi dia bagitau aku pasal si  Qistina ni. Bermakna sepanjang Ramadhan tahun ni iaitu dua hari sebelum tamat bulan puasa, jumlah dia berpuasa penuh cuma dapat dikira dengan sebelah tangan je. Yang lain-lain, puasa yang yok. Balik sekolah, muka monyok.

...lebih kurang pukul enam petang. "Siapa nak ikut pergi kedai? Nak beli ais ni." Aku bersuara macho ke arah empat orang kanak-kanak yang sedang asyik bermain benda tak berfaedah. "Saya!" Cepat-cepat Isha mengangkat tangannya, diikuti Qistina. Isha dengan Qistina ni memang dua orang sepupu yang kamcing. Kalau balik Johor, dia dua orang ni je la yang melekat. Seorang baru berumur empat tahun, sorang lagi darjah satu.

...beberapa langkah sebelum sampai ke awek separa cun kat  kaunter 7 Sebelas, "Saya nak ni boleh?" Isha berlari ke arah mesin Slurpee. Salah satu muncung mesin tu tergantung tanda "Rosak".

"Eh, mana boleh. Kan rosak ni." Sengaja aku menunjukkan tanda yang tergantung tu sambil melindungi satu lagi mesin yang boleh berfungsi daripada pandangan Isha dan Qistina. "Takpe bang, yang satu lagi tu tak rosak." Laju je awek separa cun tu bersuara. Cis!!!

Gagal, nampaknya aku terpaksa membelikan dua orang budak kecik ni Slurpee bersaiz sederhana. Sesampai je dalam kereta, aku menghulurkan cawan Slurpee kepada Qistina dan sebatang straw setiap sorang. "Yang ni kongsi. Minum elok-elok, jangan sampai tumpah tau." Kata aku kepada Qistina.

Dengan bebola mata yang memandang tepat ke arah aku, dia menjawab. "Tapi saya puasa..."

Serta-merta aku menadah tangan ke atas sambil memohon keampunan daripada Yang Maha Esa.

*****

...sebenarnya dua jam sebelum tu, aku yang tengah baring sambil tengok tv ada terdengar Qistina merengek-rengek nak minum air. Berpuasa sampai pukul empat adalah satu kejayaan gemilang bagi dia walau pun hari tu tak la letih masa sebab sekolah dah pun cuti. Tapi memandangkan kat mana-mana je dalam rumah tu kita boleh tengok kuih raya dan jugak air minuman, mesti tergugat jugak iman budak kecik ni. Puas umi dan abah dia pujuk dengan kata-kata manis pujangga, barulah dia mengalah dan meneruskan perjuangan. Botol air yang ada kat tangan dia terpaksa dilepaskan dengan penuh rela.

Sayang la kalau berbuka waktu tu. Dah la cuma nak minum air je, lagi tiga jam je lagi nak sampai ke waktu berbuka yang rasmi.

Sorry Qistina, uncle terlupa yang kamu puasa...

16 nasihat berguna:

Tiket Percuma Metallica Live In Malaysia!

18
9:54 AM
Bercadang nak beli tiket konsert ni lepas raya, sebab kalau beli sebelum raya karang takut lari budget nak beraya pulak. Mujur, tiba-tiba jumpa satu tiket percuma ni pulak. Kat mana nak dapat, senang je. Buat sendiri pun boleh!

 
Jangan main-main, tiket VIP tu. Dapat duduk sebelah speaker lagi. Nasib baik tak kena pikul speaker tu... Cilakak betul, terkena aku dengan kawan-kawan aku.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tinggalkan dulu pasal tiket hasil cetakan budak pra-sekolah ni. Hari Rabu malam Khamis hari tu, balik dari Johor, cepat-cepat aku usha website untuk beli tiket secara online. Punya la besar aku punya kecewa bila aku check semua tiket yang harga RM190 dah habis. Yang mana memang tiket ni la aku dah target dari awal dulu.

Tambah kecewa, tiket yang harga RM350 pun dah selamat jalan jugak. Garang betul diorang ni membeli! Paling murah yang masih available cuma RM450 tu je. Gila apa!

Tak mengaku kalah, aku pun redah lagi kat internet kot-kot la ada siapa-siapa yang nak let go tiket sebab tak jadi pergi.

Bang! Jumpa... Ada sorang brader kerja kat Bank Pembangunan yang nak jual tiket dia sebab dia kena out station kat Terengganu pada tarikh tu. Rezeki aku kali ni sebab tiket yang dia jual tu sikit pun dia tak mark up harga. Tak macam orang lain. Beli dengan harga RM193 (RM3 tu caj tambahan) tapi jual sampai RM300! Kepala hangguk dia, tak agak-agak nak untung.

Baik aku tambah lagi RM50 beli dari brader ni, dapat tempat kat zone yang lebih baik. Mana la tau kot-kot Kirk Hammet nak baling gitar dia, jadi masih lagi dalam lingkungan boleh digapai.

(Tiket untuk Orange Zone)

Nah, siap dengan tshirt sekali aku sebat. Gildan, Made in Haiti. Beli dengan orang lain. Tapi tak bercadang nak kenakan tshirt ni kat badan masa konsert tu, mungkin pakai baju lain kot.

Sekian...

~yang pergi konsert ni bukan kokak punya orang, tengok brader kerja bank ni punya dressing boleh agak jawatan dia.
~kadang-kadang tengok harga tiket ni pun boleh jadi seram. nak buat lagu mana kalau dah berkenan.
~cadang nak naik moto buruk je, tapi road tax expired minggu lepas. terpaksa bawak bini baru.

18 nasihat berguna:

Allah Maha Merancang

12
7:43 AM

Sekadar berkongsi luahan hati seorang kenalan... Apa salahnya kalau kita menambah sedikit sensiviti dalam diri kita, mengambil berat akan perasaan orang lain sebelum bertanya soalan. Lebih-lebih lagi soalan yang agak sensitif.
Tidak mengapa kalau soalan diajukan setelah bertahun tak jumpa atau bertujuan untuk memberikan bantuan dari segi pendapat dan pandangan. Tetapi sangat tidak manis kalau bertanya sekadar untuk suka-suka atau menunjuk hebat.
Susah sangat ke? Jadilah manusia yang sensitif, tak rugi pun. Menjaga hubungan dan perasaan orang lain tu lebih baik daripada segalanya.
Selamat hari raya, mohon maaf jika ada terkasar bahasa...
-smbotak
Published with Blogger-droid v2.0.9

12 nasihat berguna:

Ketupat Botak

16
2:52 PM

Dah la botak, pandai anyam ketupat pulak tu. Hahahaaa! Sebelum anyam, aku tanya dulu, "Nak buat ketupat bentuk apa? Takde hal punya..."
Published with Blogger-droid v2.0.9

16 nasihat berguna:

Total Berhari Raya

10
7:15 PM

Nyaris-nyaris aku nak bawak balik beras cap Rambutan kampit 5kg tadi. Ada ke patut tokey bengkel tu nak bagi aku free gift beras. Tak macho langsung.
Adjust punya adjust, last sekali dapat jugak aku bekas makanan ni dengan cd holder. Ok la tu, boleh aku isi popia simpul buat kunyah dalam kereta karang.
Published with Blogger-droid v2.0.9

10 nasihat berguna:

Mat Duan, Mapilai dan Puasa

17
12:01 PM
Tahunnya aku dah tak berapa nak ingat. Tapi yang pasti masa tu cuma ada kami bertiga je yang menyewa satu rumah flat tiga bilik (termasuk bilik air) yang dulunya adalah kuarters pekerja BSN kat AU3 Keramat.

Macam biasa la, kalau takde apa aktiviti tak bermanfaat sebelah malam, kami akan melepak kat mapilai sebelah Speedy Setiawangsa. Bermula dari tengah malam, sampai la ke satu waktu yang larat bontot kami nak tahan.

Ada sekali tu, kami bertiga mengeteh bulan puasa (malam tu terawikh ke laut). Dengan niat suci nak bersahur awal sebab malas nak start moto awal-awal pagi, waktu perbincangan hal-hal politik dua puluh tahun akan datang berlanjutan hingga ke waktu sahur sebenar. Lebih kurang pukul lima pagi gitu.

Ruang atas meja kami dah hampir penuh dengan gelas kosong. Kalau tak silap aku, masing-masing dah sebat tiga gelas air. Sejak pukul sepuluh. Ada the ais, nescafe dengan milo. Campur-campur antara air panas dengan sejuk.

Aku tengok Mat Duan dah tak senang duduk. Muka dia berpeluh. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap ke kiri. Badan dia yang chubby serupa teddy bear tu tak ubah macam belon atas laut. Terumbang-ambing, melantun-lantun atas bangku plastik.

"Apahal Mat Duan, macam nak beranak je..." Tanya Iwan, seorang lagi ahli komplot mapilai.

"Jom la balik, aku nak terkencing ni. Tak tahan." Mat Duan mengeluh. Ada sedikit rasa simpati aku kat mamat yang ambik jurusan multimedia ni.

Sesampai je kat rumah, sebaik pintu ditutup...

"Woi, ni apahal baring depan tv pulak ni? Tadi kata nak kencing sangat." Sergah aku sebaik melihat Mat Duan melentangkan badannya atas lantai dengan kepala yang beralaskan kusyen. Dari pemain vcd yang baru nak loading dan sampul vcd kat sebelahnya aku dah agak apa yang ada dalam kepala mamat chubby ni.

"Gampang, nak tengok Hindustan la tu!" Jerit hati aku dalam hati...

17 nasihat berguna:

We Found Love

14
8:24 AM


Percaya? Ya, aku percaya. Seperti mana kita juga dinasihatkan berdoa, membaca ayat-ayat suci semata-mata untuk mendapatkan ketenangan. Ketenangan yang akhirnya akan memberikan kesan positif pada keyakinan dan jugak terhadap kesakitan fizikal. Percayalah, aku tak tipu...

~Teringat dulu semasa aku habiskan masa sebagai penghuni hampir dua minggu kat Hospital Seremban (tahun 2000), aku selalu dengar lagu Desert Rose (Sting).

~Antara lagu lain yang boleh tahan dia punya power, boleh klik kalau tak segan...

Transcendence Street Jam
My Immortal
Crystallize

14 nasihat berguna: