Farewell Wak Am, SEL 3-2 SIN

6
7:54 AM
"Eh, seat ni takde tempat nak sandar ke?" Arab yang bertanya dalam kebingungan melabuhkan punggungnya.

"Kau ni nak tengok bola ke, nak tengok wayang?" Jerit aku hingga menggegarkan bumbung stadium. Gegaran kecil itu menyebabkan debu-debu berjatuhan meinmpa ribuan penonton yang sedang berlindung di bawahnya. "Kau duduk je, jangan banyak komplen boleh tak? Tiket free tapi banyak cekadak macam tengok teater kat Istana Budaya pulak!" Jerkahan keras kali kedua itu disusuli dengan hentakan siku yang padu tepat mengenai tengkuk Arab.

Darah membuak-buak keluar dari rongga hidung dan mulutnya. Matanya seperti hendak tersembul keluar. Tapi itu gagal menghadirkan rasa kesihan. Aku terus mengasak dia secara fizikal. Beberapa orang penonton di sekeliling kami hanya menjeling dari ekor mata. Langsung tak berminat nak ambik tau. Mereka hanya memfokuskan tumpuan kepada perlawanan yang baru beberapa minit bermula.

Selepas siku, kepala lutut aku seterusnya menjadi senjata. Dan sasarannya pula adalah di bahagian dada... Kalian bayangkan apa yang berlaku kemudiannya.

Bila tamat separuh masa pertama, barulah aku kejutkan Arab dari pengsan sebab nak ajak dia tukar tempat yang lagi cantik pandangannya...

Sedikit fakta tipu yang lebih relevan:

  • Dua keping tiket diperolehi secara percuma. Aku yang baru di`offer' waktu paginya oleh orang yang tak pernah masuk stadium iaitu Arab, dengan sukarela tumpang sekaki.
  • Sebenarnya aku terlupa pasal piala ni. Maklumla, Selangor dah tak layak nak teruskan kat Piala Malaysia. Mujur baju yang aku pakai minggu lepas masih tergantung, belum dibasuh lagi. Boleh la recycle!
  • Jangkaan awal aku berkenaan trafik sekitar stadium malam tu jauh meleset. Kalau tau, aku naik moto je senang. Ni terpaksa parking jauh, dan beratur 15 minit semata-mata nak bayar tol RM1.10.
  • Parking penuh. Aku terpaksa parking blok kereta orang. Bila dah masuk stadium baru teringat yang aku terlupa nak turunkan hand brake. Ah, lantak la...
  • Game malam tu ramai yang pergi dengan family. Budak-budak pun ramai. Sampai aku naik kesian kat sorang budak kecik tu, terlelap masa tengah game.
  • Eh, perempuan pregnant pun ada la!
  • Game bermula pukul 9:30 malam, Agak lewat pada aku. Sepatutnya pertunjukan cheerleader tak perlu diadakan. Bukannya kami nampak pun. Diorang tu melompat-lompat depan VVIP je.
  • Sebelum perlawanan ada suara Hasbullah Awang. Potong stim betul la.
  • Aku duduk belakang gol, yang mana itu bukan tindakan bijak. Patut la seat sini tak penuh. Kan aku dah terlepas gol pertama gara-gara brader depan aku tiba-tiba bangun `tepat' pada masanya. Weh, takde ulang tayang ke???
  • Gol pertama Singapura pun aku tak perasan macamana. Sebab berlaku kat seberang dunia sana.
  • Amri Yahyah memang layak jadi pemain idola aku. Dia banyak setting bola untuk Forkey Doe dan budak kecik nombor 24 tu. Untuk Mahali pun dia banyak bantu.
  • Percubaan cantik Amri masa 1st half, terkena palang. Nyaris tu!
  • Minit-minit akhir perlawanan agak huru-hara sikit. Selangor yang power nyaris nak tambah tiga lagi gol.
  • Walau pun Amri ni main posisi serangan, tapi kerap jugak dia berjaya curi bola dan membantu pertahanan.
  • Minit ke-85, penonton dah start angkat punggung. Woi, game belum habis la bengong!!! Mana korang punya semangat ni??? Mentang-mentang tiket free...
  • Arab tak puas hati dengan brader pintu masuk sebab brader tu sound, "Ha, cepat-cepat. Tiket free baru ramai orang..." Hahahahaa, tu la. Dulu-dulu aku ajak tengok bola tak nak...
  • Malam tu ada perlawanan Piala Malaysia, aku tak peduli pun..
  • Pasukan veteran Selangor kalah 0-1 dalam game sebelumnya.
  • Balik, kami singgah pekena roti pisang kat Restoran Jamal, sebelah Wisma FAM Kelana Jaya. Nampak tak kaitannya kat situ???
  • Teruk betul Singapura punya permainan, macam dah kawtim pulak...

Kedudukan kami masa 1st half. Macam gampang, tak best langsung. Kena pulak brader depan aku ni kerap bangun, terus terlindung penglihatan aku bila tiba saat kritikal.

Port terbaik yang ada. Nak cari seat depan lagi tak larat. Orang ramai. Ini la bahana sampai lambat (sebab naik kereta), kan susah nak cari seat bagus.

Kemungkinan besar ini adalah perlawanan terakhir Amri Yahyah bersama Selangor. Sebab tu aku teruja nak tengok.

Sekian, majulah sukan untuk bolasepak Selangor!

6 nasihat berguna:

Tolonglah Bersimpati!!!

14
6:43 PM
(Gambar curi dari Google, mana mungkin aku merakamkan detik pahit seseorang dalam bentuk salinan lembut!)

Mendengar kisah yang menimpa ke atas seorang kenalan, betul-betul membuatkan hati aku membara. Bukannya jarang kita dengar kes-kes macam ni. Tapi sebenarnya memang jarang antara kita yang benar-benar pernah alami sendiri.

Percayalah, perkara ini tak sepatutnya berlaku. Lebih-lebih lagi apabila kita (lelaki) telah mengangkat lafaz qabul ketika bersetuju memikul amanah yang besar di atas bahu kita dahulu. Ini bukannya perkara yang boleh dipermainkan dengan mudah. Iaitu amanah...

Jadi, kepada lelaki di luar sana.

Tolonglah, tolonglah kenang kembali detik anda pertama kali bergelar suami. Apakah janji yang pernah anda pahat di dalam diri...

Tolonglah jangan kasari mereka ini... Tolonglah, kerana tubuh yang anda kasari itu bukan sahaja akan terluka secara fizikal, dan bukan sahaja ditanggung oleh yang empunya badan. Tetapi ada hati lain yang akan turut terluka...

Aku faham keadaan ini. Kerana aku juga pernah menjadi kancil kecil yang tersepit antara dua jasad dewasa ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tolonglah berikan rasa belas kepada si kecil itu...

14 nasihat berguna:

Duit Raya

28
10:21 AM
Tahun ni aku dapat duit raya... What the... duit raya?

Ya, RM30 dalam satu sampul hijau yang diberikan oleh dia. Gila punya terkejut umur dah banyak, janggut dah tumbuh tapi masih berpeluang dapat duit raya.

Syukran... Hahahaa!!!

28 nasihat berguna:

Kelopak Cinta

24
7:03 PM

Dan datangkan aku sepuluh orang Shah Jahan
Buat membina satu lagi mahligai emas
Meniti ke pintu langit
Takkan aku berpaling
Keluar dari lingkungan renungan matanya
Walau sesaat
Kerana dari celahan kelopak mata itu
Ada tersembunyi rahsia cinta

Published with Blogger-droid v2.0.9

24 nasihat berguna:

Selangor Power 2-1 Johor FA

23
11:06 AM
Perlawanan peringkat kumpulan dah selesai semalam, tapi sebagai seorang yang mengaku penyokong pasukan Selangor sejak di dalam perut ibu, aku cuma berpeluang menjadi penonton kat stadium semalam. Lain-lain perlawanan tu aku terlepas nak saksikan, sama ada disebabkan kesibukan mengejar kekayaan duniawi atau pun disebabkan aku terlupa nak semak jadual perlawanan. Ceh!

Sehari sebelum perlawanan, aku ada terpandang status pada satu Fan Page pasukan ni kat Facebook. Menyeru semua penyokong turun ke stadium, memberikan sokongan padu biar pun pasukan ni dah berjaya mengesahkan tempat di luar stadium untuk peringkat kalah mati (suku akhir) walau apa juga keputusannya.

Nah, kebetulan! Hari Sabtu malam Ahad aku memang takde apa-apa perancangan menyelamatkan negara daripada bahaya kemuflisan. Jadi dengan senang hati, aku pun whatsapp aku punya sebelah kaki lagi yang biasa join aku tengok bola.

"Ok, kang aku confirm balik" tulisnya dalam balasan Whatsapp...

~~~~~

Macam yang dijanjikan sebelumnya, aku keluar rumah lebih kurang jam 8:15 malam. Aku kira, perjalanan dari rumah aku kat area Petaling Jaya ni melalui Federal Highway tak la berapa jauh sangat. Paling lama kalau kayuh pakai kaki pun ada la dalam 20 minit. Mujur road tax Belalang Tempur aku baru je renew minggu lepas. Kalau tak, tak pasal-pasal aku kena interview dengan brader JPJ sebelum tol Batu Tiga.

Tepat 10 minit sebelum game, aku dah tongkatkan Belalang Tempur aku kat perkarangan stadium. Timing cantik. Orang tak ramai, jadi senang sangat aku nak cari parking. Terlalu senang sampaikan aku boleh tertinggal kunci Belalang Tempur kat seat. Dah 15 minit game bermula baru aku perasan yang kunci aku takde dalam poket, tu pun aku secara tak sengaja seluk poket seluar sebab nak cari gula-gula. Ceh, padan la kempis je poket aku ni!

Mujur brader jaga pintu tu boleh kawtim lagi, bagi aku keluar sekejap walau pun gate dah nak tutup dah. Kalau tak, mau aku panjat keluar lepas tu rempuh masuk balik...

~~~~~

Separuh masa pertama, game play kedua-dua pasukan boleh tahan jugak menghiburkan. Walau pun kurang aksi badut sarkis kat tengah padang, tetap jugak menghiburkan. Terutama sekali dengan kelincahan sorang player nombor 24 yang aku tak tau namanya. Badan kecik macam budak sekolah rendah, lebih kurang macam anak kawan aku yang ikut masuk stadium malam tu. Tapi dia punya speed, memang kalah bas yang Keanu Reeves pandu dalam filem.

Dengan saiz badan yang mini macam tu, senang-senang je dia mencelah dan mencuri bola di kalangan pemain Johor FA. Hahaha, nampak sangat player dari selatan ni lembab buat kerja... Cuma malangnya, keadaan fizikal dia itu yang menjadi kelemahan. Kalau badan dah cinonet, orang bagi siku sikit dah tak boleh buat apa.

Keseluruhan separuh masa pertama, biasa-biasa je pada aku. Sebelah sini serang, sebelah sana bertahan. Sebelah sini bertahan, sebelah sana lari laju-laju tanpa tujuan. Standard bola sepak Malaysia.

~~~~~

Masuk separuh masa kedua. Aku terlepas insiden yang menyebabkan Johor FA diberikan sepakan penalti sebab sibuk bertwitter. Maklumla, selalunya kalau masuk stadium line internet ni berserabut sikit. Lembab macam siput khinzir. Jadi aku cuma perhati je sepakan yang diambil dua kali tu. Bengong, nama je pemain professional, ambik penalti pun tak reti. Tak pergi kursus ke apa?

Kemudian, dalam minit ke-62 kalau tak silap aku, rentak permainan berubah seratus perauts. Ini gara-gara sorang pemain pasukan yang jersinya tak cantik kena buang padang. Ketepek! Sampai boleh dengar bunyi dia sauk kaki player Selangor tu. Memang patut la kena kad merah.

Lepas dari insiden tu, baru la pasukan Selangor nak main betul-betul. Sebelum tu, diorang sengaja je tak nak ajar budak-budak Johor FA cara main bola dengan betul. Buktinya sepakan dari sudut sukar oleh Kunanlan berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Memang real siot! Betul-betul depan mata aku dia buat volley tu. Kedudukan Kunanlan masa tu membelakangi aku, jadi aku nampak arah bola yang selari dengan aku tu. Mulanya aku ingat dia nak buat crossing, rupa-rupanya bola tu terus masuk gawang. Sama ada sengaja atau tidak, aku tetap nak ucapkan tahniah. Gol tu memang cun. Tapi hati aku lebih berat mengatakan dia memang ada niat nak score, sebab beberapa orang yang ada kat depan gol tidak berada pada posisi yang baik. Jadi lebih baik dia try.

Untuk gol kedua.... Aku rasa tak payah la aku cerita. Gol tu pada aku memang makanan Amri Yahyah. Lebih kurang sama macam dia buat masa lawan Barcelona hari tu. Siapa tak kenal Amri Yahyah yang power ni. Dah main Malaysia sejak aku study lagi. Main dengan Selangor pun dah 12 tahun. Masa tu presiden PBNJ pun tak habis sekolah lagi.

~~~~~

Secara keseluruhann, aku berpuas hati dengan game malam tu. Lebih-lebih lagi bila pasukan Selangor menang (walau pun memang dah tak layak) sampaikan aku tanpa segan silu ikut bersorak bersama-sama beberapa ratus penyokong lain lagi yang turut membanjiri stadium. Cewah! Macam ramai sangat.

Apa pun, aku berbangga jadi penyokong Selangor sebab aku dapat tengok ramai lagi rakan-rakan seangkatan yang bagi sokongan tak berbelah bagi. Biar menang, biar kalah. Sokongan tetap ada. Tak macam pasukan lain, yang ramai akan mengaku penyokong bila pasukan diorang ada beli pemain power je. Bila tiba zaman gelap dulu, jangankan bayang, stadium pun tak tau kat mana! Podah, plastik semata-mata.

Anak kawan aku, baru darjah satu dah rajin ikut abah dia tengok bola. Untung la. Aku dulu jangankan stadium, fun fair tak kenal!


Game dah habis. Budak kecik jersi 24 yang aku maksudkan.


Aku lupa sape nama mamat ni. Tak sempat aku nak rebut jersi dia.


Hah, ni bukan player tapi peminat fanatik. Buat aksi stunt dengan melompat naik ke atas palang yang di bawahnya ada parit sedalam (lebih kurang) 10 kaki.

Meraikan kejayaan dengan roti banjir dan kopi ais.


Jumpa lagi tahun depan.


...season over (gambar dari instagram)


~Malam tu kira kejayaan berganda sebab JDT pun kalah dengan PKNS FC 2-0, kat tempat sendiri pulak tu. Hahahahaaa.... Rasakan korang! Hahahaaa.... Power betul la team dari Selangor ni.

23 nasihat berguna:

Cerita Bubur Kacang

12
6:03 PM
Petang ni, aku pekena bubur kacang. Boleh tahan sedap. Tak berapa manis sangat, kuah pun sedang-sedang je pekatnya. Tengok mangkuk bubur kacang ni, teringat aku akan satu kisah.

~

Pertengahan 2011 kalau tak silap, tapi yang pasti masa tu aku kerja kat KL lagi (lokasi sebenar dirahsiakan). Menunaikan solat Asar kat masjid ar-Rahman bersebelahan Universiti Malaya.

Aku tiba agak awal lebih kurang 10 minit sebelum azan sepatutnya dilaungkan, jadi aku menghabiskan masa dengan melakukan pergerakan badan yang perlahan. Berjalan, membuang air kecil, mengangkat wudhu', berjalan ke ruang solat utama, duduk beriktiqaf... Semuanya serba perlahan. Yela, bukan ada apa yang nak dikejarkan sangat. Punch card pun aku dah pesan kat orang lain, mintak dia tolong ketukkan.

Sebaik duduk, seorang lelaki berbadan kecil yang duduk bersebelah tiang tersenyum kat aku. Meletakkan telefon bimbit yang sedang dicaj, dia kemudiannya mendekati aku.

Dapat aku baca riak wajah bersalah dan sedikit takut, dia duduk lalu bersalaman dengan aku. Berpenampilan sederhana dengan kemeja putih berlengan panjang, seluar slack hitam dan kulit agak gelap, jelas pada aku yang dia ni bukan berasal dari situ. Tambahan pulak, di penjuru tiang sana ada sebuah beg bersaiz kampit simen yang elok tersandar menguatkan lagi telahan aku. Mungkin beg yang berisi pakaian.

~

Menceritakan kesempitan yang dia hadapi (seperti yang aku dapat agak) dalam beberapa minit itu, tak banyak yang dapat aku tolong. Kisahnya, dia yang datang dari Sungai Petani telah ditipu oleh kawannya berkenaan dengan satu kerja kosong sebagai pencuci kereta. Tapi malangnya, kerja tu sebenarnya dah diisi sebelum dia sampai lagi.

Jadi, tiada pilihan, dia terpaksa mencari kerja lain atau pun balik je ke kampung. Bantuan yang dia perlukan ketika itu adalah wang belanja untuk membeli tiket balik semula ke kampung atau pun peluang kerja, apa-apa kerja pun boleh.

Aku pun bukannya tak nak tolong, tapi duit RM400 yang ada pada aku masa tu aku perlu guna untuk membayar instalment kereta RM350. Bakinya lagi untuk perbelanjaan aku selama seminggu sampai la hari gaji. Sorry bro, tak dapek den nak nolong...

Aku cuma boleh bagi cadangan je. Lepas solat karang, cuba la jumpa dengan AJK masjid. Mungkin ahli-ahli yang selalu solat Jemaah ni ada jalan penyelesaian. Selain tu, aku pun ada tunjukkan jalan ke satu lagi masjid yang terletak di dalam qariah orang-orang kaya terhampir (Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar). Mana la tau kalau dia takde rezeki kat sini, boleh cuba nasib kat masjid lain.

~

Selesai solat berjemaah, aku segera bingkas dan menuju ke arah lelaki tadi. Menepuk bahunya dan mengajak dia keluar.

Kalau tak dapat tolong belikan tiket, belanja dia makan pun ok jugak. Lokasinya kedai makan yang letak betul-betul di dalam kawasan masjid tu. Tapi agak pelik, dia enggan mengambil nasi campur macam yang aku suruh, cuma mengambil semangkuk bubur kacang dan sekeping keledek goreng.

Makan la bro, cuma tu je aku mampu. Tunggu aku jadi kaya dengan pangkat Dato' Sri kita jumpa lagi...

Adios!!!

12 nasihat berguna:

Dilema Buntut dan Telur

22
11:22 AM
Sekarang ni makin yang ramai yang ambik peduli tentang hal-hal kesucian, kebersihan dan jugak benda-benda yang halal-haram terutama sekali bila bab makanan. Yang paling terkesan dengan keprihatinan masyarakat kita ni adalah roti telur. Kenapa roti telur, bukan roti bom atau biskut lutut? Sebab aku pernah tengok dah ada orang promote produk mereka dengan meletakkan kata-kata semacam "telur ayam kami dijamin bersih" atau "telur ayam kami dicuci untuk menjamin kebersihan".

Aku faham, kalau tak cuci takut nanti ada kotoran dari tongkeng ayam (taik la, apa lagi) yang mungkin melekat kat kulit luar telur tu. Bila tak basuh, tangan si penyedia makanan tu akan bla, bla, bla... Anda semua tahu kisahnya.

Hahahaaa, ok. Jangan ambik serius entri ni. Aku cuma nak memberi pendapat yang mungkin akan diajukan oleh Rowan Atkinson kalau dia berpeluang menjadi menteri yang berkaitan dengan barang kepenggunaan. Tak mustahil dia akan cuba usulkan supaya setiap bontot ayam yang ada kat dalam reban tu dicuci setiap hari, supaya telur yang bakal keluar nanti sudah sedia bersih. Jadi tak payah la susah-susah para pengguna nak pening kepala pasal taik ayam lagi.

Tapi, seorang kawan aku pernah bagi soalan-soalan yang mamak roti canai pun segan nak jawab...

"Pukul berapa pulak kau nak pergi cuci bontot ayam tu? Kau tau ke bila masa ayam-ayam tu berak? Satu hari berapa kali dia berak? Berak cair ke sembelit?" Hm, sebenarnya agak susah jugak nak berhadapan dengan orang genius yang tak sedar diri. Hahahaa..!

Selamat menyambut Wordless Wednesday kepada semua...

22 nasihat berguna:

Projek Merdeka Merah Jambu

20
12:16 PM
Dua minggu sebelum projek besar ni berjalan, aku masih lagi takde apa-apa perancangan. Rancangan kasar, rancangan halus semua ke laut. Jangankan pilihan warna yang aku nak salut, timing pun aku tak tetapkan lagi. Siang atau malam, hari kerja atau hari minggu. Sedangkan tepat 31 Ogos hari tu aku dah tentukan sebagai tarikh untuk jemput kawan-kawan datang rumah. Apa pun nak jadi, sebelum tarikh tu aku kena pastikan rumah aku layak dipanggil rumah kediaman.

Manusia cuma merancang (sebenarnya aku tak rancang sangat) tapi Yang Maha Kuasa itu lebih layak memegang hak yang mutlak untuk menentukan sesuatu. Hari Sabtu (25 Ogos) tu salah seorang ahli keluarga aku terpaksa menjadi penghuni sementara kat PPUM. Jadi, semakin tertangguh la projek hari Merdeka aku.

Dipendekkan cerita, aku cuma memulakan kerja-kerja mengecat bahagian porch, tembok luar dan ruang tamu ni pada hari Selasa 27 Ogos. Memang dah suntuk sangat. Nak tak nak, aku kena buat dan siapkan jugak sebelum 31 Ogos. Memandangkan barang-barang pun aku dah siap beli.

Hari pertama,
Kerja paling meletihkan sebab aku tak dapat tuning lagi. Tambahan pulak step pertama ni adalah perkara yang paling leceh dalam banyak-banyak tu. Mengikis dan membersihkan lapisan yang tak perlu. Paling aku tension sekali adalah nak kikis dan bersihkan siling, luar dan dalam rumah pulak tu. Habis masa aku satu hari kat sini.

Hari Kedua,
Mengecat keseluruhan dinding dengan lapisan `undercoat'. Part ni paling kacang sekali sebab aku main tabur ikut sesedap rasa je. Tak payah ikut undang-undang dalam ilmu mengecat. Janji warna putih tu dah tutup lapisan cat yang sebelumnya. Kurang sikit letihnya sebab semangat dah mari.

Hari Ketiga,
Aku tumpukan seluruh tenaga aku kat bahagian ruang tamu. Pilihan warna merah jambu yang agak moderate tonanya dipadankan dengan ungu ringan, aku buat masa last minute. Kat kedai cat. Untuk dinding (luar dan dalam) aku guna cat jenama KCC. Mungkin kebetulan atau ketentuan Tuhan macam yang Ustaz Fathul Bari maksudkan, aku dapat tujuh biji pinggan percuma sebab beli kat kedai ni. Tangga `dual sided step' kat sini pun aku dapat dengan harga RM90 (harga asal RM110). Kerja mengecat kat sini aku kena buat dengan teliti sikit, sebab membabitkan dua warna. Yang paling mencabar bila nak buat ukuran dengan tepat dan nak pastikan garisan yang jadi `guide' tu betul-betul lurus dari lantai sampai ke siling tanpa bantuan `timbang air'. Cuma guna mata kasar je. Hari ni, tengah malam baru siap.

Hari Keempat,
Masuk la hari yang kritikal sebab esoknya dah hari Sabtu. Sepanjang hari ni dari pagi sampai ke petang, aku concentrate dengan kerja-kerja mengecat dinding luar. Warna light brown. Cuma satu warna je. Cadangan awal nak gunakan dua warna. Tapi aku terpaksa batalkan sebab takut tak sempat. Petang baru siap mengecat dengan dua lapisan cat. Malamnya, aku ambik keputusan berani. Keputusan yang akhirnya menyebabkan aku mengalami kekejangan otot. Manakan tidak, baru aku sedar nak mengecat frame tingkap ni lebih rumit daripada jangkaan. Lebih-lebih lagi kalau aku buat sorang-sorang. Hari tu, aku tidur pukul 3 pagi.

Hari Kelima,
Sepatutnya dah siap, tapi aku ambik masa sikit. Lepas subuh, terus aku capai berus cat. Sapu mana yang patut kat frame tingkap tu. Touch up sikit-sikit. Malam hari keempat dan pagi hari kelima ni adalah waktu yang membimbangkan aku sebab terdapat gangguan bekalan air kat sini. Kes minyak tumpah kat sungai hari tu.  Mujur bekalan air tak terputus terus. Cuma tekanan je yang berkurang. Lega...

Tepat jam 11 pagi, aku betul-betul dapat berehat. Mandi, dan tidur sekejap. Nah, kat bawah ni adalah gambar-gambar progress kerja mengecat kat ruang tamu aku.

 Lapisan asas warna putih. Dah siap cat sejak hari pertama lagi.

Waktu ni dah malam. Siangnya aku sibuk mengecat siling sebab ada bahagian kesan bocor yang tak `makan cat'.
 
Nak buat ukuran ni aku kena hati-hati sikit sebab kena ambik kira saiz cabinet tv, kedudukan sofa dan jugak ketinggian/jarak antara dua frame.
 
Belum siap lagi ni. Aku kena bersihkan lantai, kikis kesan cat dan mop lantai sampai boleh baring atas tu. Satu lagi kerja melecehkan.
 
 Ha, yang ni baru boleh dikatakan siap...
 
 Pintu hijau tu aku cat dua tahun lepas. Aku ingat nak cat warna putih sama macam frame tingkap. Tapi ke parit perancangan aku tu. Tak sempat!
 
 Aku harap jiran sebelah tak terganggu masa aku pasang wall plug untuk gantung dua frame tu.
 
Macam ni baru la boleh layan Jeremy Wade sambil lunjur kaki!

20 nasihat berguna:

Hati dan Kaki

6
2:20 PM
"Sesungguhnya enggan merapatkan kaki itu bukan berpunca daripada masalah kaki, tetapi hati..." Kata imam solat Jumaat kat ofis aku tadi. Ada maksud tersirat, tak susah pun nak faham...

Selamat meraikan hari kebangsaan yang kedua tahun ni. Semoga kita semua bersatu walau pun saling berselisih pendapat kerana matlamat kita semua hanyalah satu.

~Sebenarnya ada beberapa entri tapi tak sempat nak naikkan sebab panjang dan tak ada masa nak siapkan.

6 nasihat berguna:

Mata Satu

16
7:34 AM

Bila dah sibuk sampai tahap tidur pukul 4:00 pagi, pukul 7:30 pagi dah sampai ofis, baru la rasa macam orang penting. Kalau tak, aku datang pun orang tak perasan.

Black, lu duduk situ dulu diam-diam. Temankan gua ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

16 nasihat berguna:

Mati Melekat

8
4:53 PM

Satu pemandangan yang menyayat hati. Mungkin dah seminggu dia kat situ, sebab pagi Ahad yang lepas aku baru selesai mengecat bingkai tingkap ni.

Maaf, aku tak perasan selama ni kau terperangkap kat situ. Pengajaran buat spesis kau yang lain, berhati-hati melangkah lebih-lebih lagi jika terdapat tempat yang masih basah dengan cat.

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 nasihat berguna:

Cargo dan Entri Terbaik

12
7:49 AM
SATU



Ini adalah filem pendek terbaik yang aku dah tonton tahun ni. Latar belakang cerita yang biasa kita tengok, tema yang sama jugak iaitu perjuangan seorang bapa membawa anaknya ke tempat selamat ketika zaman serangan zomba. Apa yang membuatkan filem ni terbaik (pada aku) terdapat di penghujung filem ni. Penamat yang menceritakan segalanya. Menamat yang sebenarnya telah memulakan perjalanan mereka sebelum itu.

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Jali

8
3:39 AM
Argh, sedaya upaya aku cuba bangkit melawan. Menggerakkan tubuh yang ketika itu ditindih rapat ke lantai gelanggang. Tapi sayang, cuma dada aku je yang berombak kencang. Turun naik, sekejap perlahan, sekejap pantas. Terlalu pantas apabila aku mengerahkan segenap tenaga menolak badan dia yang hampir dua kali ganda badan aku.

Beberapa minit. Aku kira mungkin hampir lima minit lamanya, tetapi keadaan tetap tidak berubah. Tubuh kurus kering aku ternyata dapat dia tewaskan dengan mudah. Lengannya yang besar memaut leher aku dengan kejap. Mujur aku masih mempunyai ruang untuk menarik oksigen ke dalam saluran pernafasan.

Dah begitu lama berlalu. Lebih dua puluh tahun lepas membuatkan aku terlupa apa yang menjadi punca kepada pergaduhan aku dengan dia. Pertengkaran mulut yang akhirnya membawa kepada pertembungan fizikal di tengah gelanggang sepak takraw.

Cuma disaksikan beberapa orang murid pagi tu. Mujur juga tiada cikgu yang melintas... Dan akhirnya dia melepaskan pautan setelah beberapa kali aku mengaku kalah.

Itulah apa yang pernah berlaku antara kami ketika sekolah rendah dahulu, mungkin ketika di dalam darjah tiga. Kelas yang sama.

.
.
.
.
.
.

Kelmarin, hari Sabtu kami berkesempatan berjumpa setelah beberapa temujanji dibuat. Tempatnya adalah di rumah aku. Sebaik dia menongkatkan motosikal milik syarikat di depan rumah aku, cepat-cepat aku menyergah dari dalam laman.

"Woi, apahal lambat?" Wajahnya sedikit berubah berbanding ketika sekolah dan badannya juga tidak semontel ketika kami bergasak dulu.

"Hehe, masa hujan tadi aku singgah sekejap." Jawabnya tersengih sambil mencabut topi keledar dari kepalanya. "Dah kalah, baru aku mesej kau tanya hujan dah berhenti ke belum."

"Singgah mana?" Tanya aku lagi.

"Mesin la..." Menyeringai dia sambil masuk dan menghulurkan tangan ke arah beberapa tetamu yang lain.

Hahahaa, cilakak betul si montel ni. Dulu sibuk main Street Fighter. Sekarang layan mesin kuda pulak! Hampeh betul.

Naik motosikal syarikat sebab kereta rosak. Masih bujang dan peminat bola. Thanks bro sebab datang majlis aku. Ada masa kita lepak lagi, cari port mengail pulak...

8 nasihat berguna:

Tanah Airku Tanah Airmu Jua

12
1:54 PM
Kemerdekaan bererti
Setiap usus perut rakyat
Berisi nasi
Vitamin dan zat besi...
-Pyan Habib

12 nasihat berguna: