Mari Membuat Permainan Sendiri (untuk bacaan kanak-kanak sahaja)

22
7:58 AM
Assalamu 'alaikum kepada adik-adik yang bakal menduduki cuti sekolah tak lama lagi. Kepada kalian, abang suka sangat nak ingatkan... Kalau bercuti tu cuba la isi masa dengan sesuatu yang kurang berfaedah, lebih baik daripada buat benda-benda yang takde faedah langsung. Contohnya macam main facebook atau candy crush. Bukan abang nak bagitau facebook tu tak baik langsung, tapi bila dah dapat kat tangan korang, terus benda tu jadi tak elok.

Dah, sebelum abang membebel tak cukup tanah, meh sini abang tunjuk cara-cara macamana nak menghasilkan sesuatu dengan menggunakan tangan. Namanya lastik... Tak payah risau, benda ni senang je. Kalau korang tak hafal sifir tiga pun boleh buat. Dah sedia?

Ok, bahan-bahannya adalah tiga gelang getah (lebih pun takpe, yang ni cuma basic je), sepasang tangan dan otak. Tengok gambar kat bawah. Tapi gambar bawah ni abang cuma tunjuk bahan pertama je. Yang lain-lain korang takkan sanggup tengok kalau abang letak atas meja.


Langkah pertama, ikatkan gelang pertama dan kedua bersama. Kalau tak faham, tengok gambar bawah.


Kemudian, pintalkan kedua-dua gelang tersebut. Cara nak pintal, pandai-pandai la korang fikir. Tak payah mintak tolong orang lain. Dulu masa kecik-kecik (bulu kaki abang belum tumbuh), abang akan gulungkan gelang tu kat betis. Lagi banyak gulungan, lagi padu la lastik korang nanti. Tapi sekarang, betis abang dah berbulu lebat macam gorila, terpaksa la abang gulung kat pipi yang masih licin ni.


Lepas dah pintal tu, korang `lipatkan' gelang getah tu supaya kedua-duanya berpintal sekali lagi secara bersama. Maksudnya, hujung kedua-dua gelang yang tak terikat tu akan bertemu antara satu sama lain. Tak faham? Apa punya pandai la anak-anak zaman milenium ni... Tengok gambar kat bawah!


Ha, dapat? Dan langkah terakhir, ikatkan hujung gelang pertama dan kedua tu dengan gelang yang ketiga.


Macamana, jadi? Kalau tak jadi itu ada beberapa kemungkinan. Kemungkinan paling utama adalah korang ni memang pemalas! Tau nak main dengan touch screen je. Eh, dulu benda ni legend tau. Siapa tak tau buat benda ni secara automatik akan rasa bersalah sampai umur akil baligh. Lagi pun, lastik ni ada banyak kegunaannya. Selain dapat berperang dengan cicak-cicak kat rumah, korang pun boleh lastik mulut makcik-makcik yang becok macam Rosnah Mat Aris.

Sekian, selamat mencuba. Akhir kata daripada abang, peliharalah tradisi kita, junjunglah budaya, hormatilah orang tua. Assalamu 'alaikum.

22 nasihat berguna:

Bitstrips

16
10:48 AM

Pergh, layan jugak benda alah ni. Hahahaa...!
Published with Blogger-droid v2.0.9

16 nasihat berguna:

MC

32
12:08 AM
 
Dicuri (dengan izin) daripada asik aku, seorang cikgu pra-sekolah.
Selamat Hari Rabu dan Selamat Hari Guru...

32 nasihat berguna:

Sepasang Kanan dan Kiri

22
11:07 PM
Jam 3 pagi, tidur aku seakan dikejutkan dengan sapuan udara suam daripada libasan bilah-bilah kipas siling, tepat di atas muka. Sepertinya mahu memberitahu aku sesuatu, lantas telinga aku dapat menangkap satu desahan perlahan dari luar tingap. Tingkap yang disebaliknya tersusun deretan kasut, sandal dan beberapa pasang selipar. Ada yang sudah haus tapaknya, ada yang semakin menggerutu dan ada juga yang telah mengembang mengikut bentuk kaki pemakai. Ohya, desahan-desahan kecil yang saling bertingkah itu lebih berupa kepada satu bentuk perbualan.

Lantas, aku angkat sedikit kepala. Lalu melekapkan telinga aku rapat ke muka panel tingkap. Cuba mengamati isi perbualan antara dua pemilik suara itu. Tak pasti siapakah mereka itu, apa isi perbualan pada dinihari yang tenang itu...

Kanan: Bagaimana kalau satu hari nanti, kau kehilangan aku? Pastinya kau akan gembira, lalu cuba mencari pengganti yang jauh lebih baik. Dan lama kelamaan diri aku ini engkau lupakan. Dengan mudah...

Kiri: Mana mungkin, mustahil begitu! Apakah kehilangan engkau itu mampu digantikan dengan pasangan yang jauh lebih cantik, lebih baru, lebih anjal? Sedangkan diri aku sendiri sudah semakin dimamah masa. Lihat saja diri engkau. Menipis di tengah, hadapan dan belakang. Berdaki di muka, berkematu di penjuru tali. Dan engkau lihat pula diri aku. Kita tidak banyak bezanya. Semua kecacatan yang engkau ada, juga aku miliki. Dan apa-apa jua baki kecantikan yang engkau miliki, juga ada pada tubuh aku. Jadi, apakah sesuai jika aku dipasangkan dengan sesuatu yang baru?

Kanan: Jika begitu, apakah engkau masih menghargai diri aku ketika ini?

Kiri: Mungkin...

Kanan: Ah, aku tidak sukakan jawapan yang tidak pasti begitu... Atau pun kau memang tak begitu pasti mahu menghargai kehadiran aku bersama engkau?

Kiri: Adilkah aku menilai diri aku sendiri? Tidak bukan... Apakah aku ini menghargai diri engkau, cuma engkau yang dapat membaca. Melalui perlakuan aku, melalui susunan langkah yang kita atur bersama tiap kali kita menjelajah lapangan yang sama. Aku tak mampu menilai. Terpulang pada engkau, kerana aku akan cuba menghargai persahabatan kita sepertimana engkau cuba menghargai diri aku. Dengan sebaiknya.

Kanan: Ya, terima kasih sahabat. Sekarang teruskan berjaga, kerana aku tetap akan berbaring di sisi engkau sampai subuh nanti.

Perbualan yang seperti akan tamat, tak harus aku ikuti hingga akhirnya. Dan aku mengambil keputusan untuk menyambung lena. Kerana sebelumnya aku telah menemui mimpi yang aku ingini selama ini, tak harus dibiarkan hilang ditelan sedar...

(Kanan dan Kiri, gambar pertama dari Twitter aku)

22 nasihat berguna:

Sepetang Di Facebook Chat

5
11:29 PM
DIA
Tanah berekar2 Sultan punya, balak berpemeluk2 Menteri punya, pasir sungai bertan2 Ketua Bahagian punya, bukit bukau abis ditarah Cukong punya....Bila musim hujan.. air banjir, selut,lumpur,sampah, bangkai,buaya tembaga, tuala carefree terapung etc rakyat marhaen yg punya... Macam2 rakyat dapat..Betul2 Rakyat DiDahulukan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIA
nie aku kopipes jek...
ko kn suke bc

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Hehee... Aku suka baca kemudian tersengih je beb...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIA
InsyaAllah sama2 kita praktikkan..Jangan asik salahkan kerajaan je kalau rege minyak naik..Kita rakyat biasa macai kutu berahak ni lah kene ubah cara hidup..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Dalam masa sama kita kena sedar, banyak mereka bagi, makin banyak jugak mereka kaut. Yang mana apa yang mereka kaut tu sebenarnya hak kita. Itu yang kita tak perasan selama ni.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Ohya, bercakap pasal ubah cara hidup... Kita sebagai marhaenis ni takde masalah nak ubah cara hidup sebab kita pun dah biasa hidup susah. Tapi macamana dengan golongan pembuat dasar yang selama ni senang lenang duduk atas kerusi empuk. Mahu ke mereka ni berubah terutama sekali dalam berbelanja dan munggunakan duit kita. Aku tak rasa mereka sanggup memandangkan mereka dah terbiasa hidup mewah sejak kecil. Makan bersuap, jalan bertongkat, keluar berpayung... Pokoknya, mereka ni cuma kata mereka faham masalah rakyat bila ditanya je. Tapi apa yang ditonjolkan, jauh disebaliknya. Itu la rasa tak puas hati yang selama ni sekian ramai antara kita cuba suarakan. Tapi malangnya mereka ni selalu disalahertikan. Dikata manja, dikata tak kenang budi, dikata cuba menderhaka pada tok nenek, dan banyak kali dikata kuat membangkang. Aku rasa itu bukan membangkang, tetapi menegur. Teguran lembut bertukar menjadi keras, seterusnya dikata membangkang membabi buta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Pokok pangkalnya, di mana kita mahu berada? Di dunia apa kita nak anak2 kita hidup kelak? Takkan dunia yang makin menjarakkan kasta manusia? Kaya makin kaya, pemimpin makin berkuasa dek kerana rakyat yang makin dungu, miskin makin melarat walaupun mampu memiliki berkeping2 duit beribu. Aku tak nak macam tu. Jadi, tak kisah di pihak mana kita mahu berada. Asalkan kita tahu atas alasan apa kita di situ. Biarlah alasan tu bersandarkan pada akal, pada hati, pada baik bicara, pada hukum2 sedia ada di dalam kitab. Bukan semata2 mengikut telunjuk atau kata doktrin pihak lain. Marilah kita belajar menilai sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Dengan itu, kekalkan prestasi, tingkatkan produktiviti! Have a nice day buddy...!
Pergh, tak pernah aku mesej berjela macam ni. Macam ruangan kolumnis kat utusan pulak! Hehehee...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

DIA
weh panjangnye... x larat nk bc la. org pendiam mmg cm nie kot... suke luah perasaan dgn menulis...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU
Novelis yang gagal. Hahahaa! Thanks for your concern...
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
~Aku ni bukan la penyokong mana-mana parti politik, jauh sekali nak jadi ahli. Tapi sesekali kalau dah ada orang start cucuk, syok jugak bersembang sampai lupa daratan! Hahahaa...


5 nasihat berguna:

Sayangku, Engkau Terlalu...

12
9:46 PM
Antara tip ingin merapatkan hubungan antara pasangan: Sentiasa mengucapkan kata-kata pujian terhadap pasangan anda terutamanya lelaki, kerana wanita ini amat suka jika dirinya dipuji lebih-lebih oleh pasangannya.

Sehabis membaca muka surat yang itu, dia memandang aku. "Ha'ah kan, abang tak pernah puji sayang kan? Asyik orang lain je puji..." Terdapat unsur rungutan dan merengek dalam nada percakapannya petang itu.

Mata aku yang sedang sibuk men`scroll' ke bawah pada aplikasi Twitter segera diarahkan kepadanya. Ibu jari aku lantas menekan butang `back' berulang kali hingga skrin kembali ke `home screen'.

"Selama ni bukannya abang tak nak puji, tapi..."

"Tapi apa?" Aku sengaja menjawab dengan tempo yang perlahan, untuk memberikan peluang dia mencelah. Bak kata orang, unsur suspen itu perlu untuk mencetuskan rasa ingin tahu orang lain. Tetapi elakkan daripada mencetuskan situasi anti-klimaks.

"...tapi abang ada masalah untuk mencari perkataan yang sesuai bagi menggambarkan kehebatan diri sayang. Kecantikan wajah sayang setiap kali kita keluar dating bersama, abang rasa perkataan cantik itu masih tak cukup untuk diberikan kepada sayang. Makanan yang sayang masak juga tiada perkataan yang paling layak untuk disamakan keenakannya, abang yakin perkataan sedap itu langsung tidak sesuai dengan kenikmatan yang lidah abang pernah rasa sebelum ini. Lirikan mata dan senyuman bibir sayang juga masih tiada satu pun kamus bahasa yang dapat tafsirkan. Menawan? Bukan... Mempersona? Juga bukan... Atau jelita? Tidak sama sekali.

Jadi abang memilih untuk berdiam diri selama ini sambil tercari-cari bahasa lisan yang paling sesuai digunakan sebagai kata-kata pujian bukan sahaja terhadap diri sayang, perlakuan baik sayang, hasil kerja tangan sayang, bahkan hampir segalanya yang berkaitan dengan sayang. Sehinggakan bayang-bayang sayang yang melegap melindungi semut kepanasan di celah rumput pun abang akan cuba puji dengan sebaik-baiknya.

Percayalah, abang tak mahu gunakan perkataan yang pernah orang lain gunakan. Sebab itu la. Abang harap sayang maafkan abang kerana kegagalan abang ini..." Sejurus aku menamatkan bicara, aku cuba menggerakkan otot-toto di sekitar bibir menjadi sekuntum senyuman payau. Dan kemudiannya melarikan pula pandangan mata ke arah satu keluarga empat beranak di meja sebelah.

Dari ekor pandangan, aku sedar matanya ketika itu sedang sarat menakung cecair jernih, kesan daripada ayat aku yang power.

~Ok, aku tipu. Sebenarnya aku tak jawab apa pun. Cuma tersengih macam kerang wangi sambil terus sambung belek telefon kat tangan. "Tak guna punya jantan". Jerit hati kecilnya...
~Sebab tu aku tak gemar baca majalah mengarut, lebih-lebih lagi yang bersifat seksis ni. Tak kira la lelaki atau perempuan. Merepek bak hang!

12 nasihat berguna:

Dua Darjat Di Tanah Suci

14
10:59 PM

Saya bukan asal orang kaya. Dan saya pernah merasa kaya sebelum saya dan rakankongsi niaga saya memilih untuk fakir semula dengan mewakafkan harta kami keseluruhan kepada kebajikan. Saya bukan buat kenyataan ini untuk jadi riak tapi anda lihat foto ini sahaja cukup jika anda orang sensitif dengan dua alam darjat di Tanah Haram ini.

Jika anda lihat saya seorang yang tiba-tiba kelancangan pena say...
a digandakan di Mekah, ada yang kata itu tanda-tanda haji saya ditolak (dah ada yang komen dan dah di ban pun) tetapi pada saya, realiti yang berlaku di sini terlalu menyedihkan berbanding realiti di tanahair sendiri.

Jangan cuba nasihat saya untuk fokus ibadat. Inilah ibadat saya. Inilah dakwah saya. Menayangkan realiti dan menjentik minda tidur menjadi minda tajdid yang mampu memikir dengan telus. Bukan sekadar berbaik sangka tanpa siasah.

Pernah anda sudi berbual dengan mereka ini? Jika anda beri mereka bantuan kewangan atau sedeqah, adakah anda pernah kutip HUJJAH dari mereka? Nak lagi bersangka baik tanpa siasah jika yang tidur di kaki lima ini adalah anak kita sendiri? Tidur di hadapan kemewahan hotel 5 bintang.

Sebab itu, ramai yang jumud apabila mereka memikirkan HAJI hanya bulan memperbanyakkan ibadat ritual tanpa memikirkan actual / penghayatan haji itu sendiri. HAJI adalah bulan HUJJAH / Bulan maklumat. Bagaimana anda mahu dapatkan maklumat dengan haji jika hanya menjalankan ritual tanpa interaksi antarabangsa bagi kenal mengenal permasalahan negara sahabat Islam yang tertindas? dan mengapa tertindas? Jika haji ini jadi medan konvensyen, ia akan jadi konvensyen TERBESAR DUNIA dan tiada lebih besar dari konvensyen ini. Tetapi?

Ada sebab mengapa saya marah. Bukan anda yang ukur haji saya diterima atau ditolak. Saya melihat hamba kapitalis menjadi gelandangan di Mekah. Saya melihat kapitalis menjamu makanan dari daging-daging manusia tanpa mereka sedari.

Jika anda sampai ke hari ini masih fikir saya menunaikan haji SAMA macam emak, bapa, ipar duai, pakcik, makcik atau sesiapa yang anda kenali, anda mungkin tak kenal saya lagi.

Allah telah jadikan Mekah itu tanahsuci yang aman, tetapi disekitarnya berlaku rampok merampok (Firman Allah dalam Al-Quran). Inilah gambaran Jahilliyah oleh Allah kepada kita. Letak beg semasa solat pun hilang. Semasa tawaf depan kaabah pun boleh orang toreh beg dan dicuri isinya. Dan itu bukan kes terpencil. Walaupun kerajaan Arab Saudi sudah menyediakan belasan ribu polis dan tentera untuk berjaga dan hukuman yang menanti pencopet ini ialah potong tangan.

Jahilliyah dahulu, ada berhala di sekitar kaabah. Berhala yang menjadi idola dan pujaan setiap yang datang. Sudah adakah atau tiada berhalanya? Hari ini orang datang HALA tujunya sudah BERHALA ke tempat lain. Berhala ke kompleks beli belah, hotel 5 bintang, percutian dan lain-lain. Pembangunan oleh Saudi bukannya tak bagus, lebih ramai jemaah mampu ditampung pada masa akan datang. Cuma mereka yang jadi jemaah ni tak perlulah rasa terlampau mulia kerana bilangan bintang pada hotel mereka (Sebahagian kecil sahaja, kebanyakannya sangat baik)

Akhir zaman bangunan pencakar langit didirikan sehingga bayangnya menutupi kaabah. Sudah jadi ke belum perkara ini? Bukan bayang bangunan itu secara fizikal tetapi bangunan pencakar langit itu MEMBAYANGI kaabah. Kaabah berada di bawah bayangan pencakar langit (undershadow) dan kaabah sudah tidak jadi highlight haji lagi. Bila disebut Mekah, BAYANGAN manusia dah lari kepada imej pencakar langit yang tinggi dengan jam dan bulat sabit terbesar dunia di atasnya. Kemudian, baru kaabahnya.

Orang kaya dengan kaya, orang miskin dengan miskin. Pada waktu bila orang kaya akan mampu mengutip hujjah dari orang miskin dan semasa bila orang miskin mampu mendapat hujjah dari orang kaya? Sistem islam ialah sistem yang ada kesamarataan dan berpaksi persaudaraan. Di mana persaudaraannya?

Masih mahu bersangka baik?

Kenyataan itu amat pahit dan ia amat pelik kerana yang dahulunya kebejatan yang pelik sudah menjadi lazim. Maka kebenaran pula dah menjadi sangat terasing.

Saya mungkin tidak hati kering macam sebahagian anda. Saya tak mampu menyuap makanan di tempat 5 bintang sambil di bawah ada gelandangan yang makan di kaki lima dengan anak kecil mereka yang tak tentu lagi makan minumnya. Sebab itu saya dan
Azman Salikin (rakan niaga saya) memilih untuk mewakafkan keseluruhan keuntungan kumpulan syarikat kami kepada kebajikan kerana kami dah jelak dengan orang hanya cakap tapi tak buat. Termasuk sebahagian golongan yang "konon ustaz" kerana perwatakan dan hafaz beberapa potong ayat yang hanya pandai cakap tetapi diri sendiri tak buat.

Kami bukan retorik, kami realistik. Kami dah lakukan. Pada ketika saya tanya kepada Azman, antara Lamborghini ataupun Ferrari, beliau jawab...UMMAT. Kami, sehaluan dan kami tidak sekadar cakap sahaja. We have all right to pinch your asshole with this PAINFUL TRUTH.
 
~Semua teks dan gambar diambil sepenuhnya dari facebook saudara Saiful Nang di sini.
~Selamat menyambut hari kebesaran umat islam. Raya haji ni, takde ke yang buat baju raya?

14 nasihat berguna:

Terhina Dengan Kebodohan

8
10:16 PM
Waktunya jam 8:25 malam (lebih kurang) sebentar tadi, dalam kereta. Lagu-lagu dari saluran Lite.fm gagal memenuhi selera aku, hampir setengah jam menunggu. Tiada lagu daripada Roxette, The Cranberries atau paling kurang pun Air Supply.

Tap! Aku tekan butang nombor 2 pada panel kawalan radio. Frekuensinya 93.9fm, Bernama Radio 24. Perbualan antara dj lelaki dengan seseorang yang (mungkin baru) bergelar Datuk.

"Jadi datuk rasa datuk kini setaraf dengan Datuk Shah Rukh Khan?" dj tu bertanya.

"Oh, saya masih jauh kalau nak dibandingkan dengan dia..." lebih kurang macam tu si datuk menjawab.

Tap! Aku terus tekan butang padam.

Celaka apa korang ni! Yang bertanya tu dah menampakkan kebodohan, yang menjawab pulak dua kali ganda bodoh. Bodoh punya soalan. Sebagai pendengar, aku betul-betul rasa terhina kau tau tak???

8 nasihat berguna:

Susu, satu fiksyen ulangan...

11
11:58 AM
~Satu fiksyen yang pernah aku kongsi dulu. Teringat kembali tentang cerita ni selepas terbaca akan kisah penjenayah besar yang berdepan hukuman dua tahun penjara. Salam Jumaat semua...

Dup...! Aku menepuk keras daun pintu dengan permukaan tapak tangan aku. Terasa sedikit kebas mulai menjalar hingga ke siku beberapa saat sebaik aku menggenggam erat dan mengepal-ngepal buku lima. Aku usap-usap lagi tapak tangan aku dengan sedikit menekan buat menghilangkan rasa pijar yang memanaskan urat saraf sekitar pergelangan tangan. Sehabis dielus, aku mengusap-usap kepala sambil memicit-micit sedikit agar bungkaman bingung di dalam dasar kepala otak aku dapat mencair.

Fikiran aku semakin kusut sejak beberapa jam yang lalu. Entah sudah berapa lama aku duduk bertinggung di muka pintu ini, aku tak pasti. Yang aku pasti, udara suam pagi sudah bertukar menjadi sedikit ganas di luar sana. Suara-suara sayup dari surau berhampiran sudah lama tidak kedengaran. Mungkin para jemaah semuanya sudah beransur pulang ke rumah masing-masing. Gelas kecil berwarna jernih berisi air suam di antara celah kangkang aku kelihatan berkocak sedikit ketika daun pintu itu aku tepuk sebentar tadi. Isi perutnya sudah tidak suam lagi. Tidak pula sejuk. Hanya mengadaptasikan diri mengikut suhu persekitaran.

Continue reading →

11 nasihat berguna:

23 nasihat berguna:

Kenapa Jalan Berbengkang-bengkok?

14
8:01 AM
Pernah suatu ketika dulu, bos aku yang cuma pendidikannya berlatarbelakangkan bidang architecture pernah bertanyakan soalan kepada aku. Sedang dalam perjalanan mendaki Bukit Tinggi, Bentong selama beberapa minit dia merungut, "Tak boleh ke diorang buat jalan ni straight je sampai atas? Belok sana-sini, menyusahkan, membahayakan lagi ada..."

Aku sebagai seorang lelaki botak berperwatakan separa macho cuma mampu memberikan jawapan ringkas, dengan harapan dia akan faham dengan apa yang telah aku sampaikan dalam keadaan mata mengantuk. Tapi kalau dia tak faham jugak, maka aku mesti bagi penerangan kat dia berserta dengan gambaran visual sekali!
Harap-harap dia faham dan kalau tak faham jugak, aku cuma mampu berserah pada Tuhan dan berdoa supaya lain kali dia tidak memandu sambil merungut lagi...

Soalan yang selalu terlintas dalam kepala tiap kali kita menempuh laluan berliku dan mendaki adalah "Kenapa tak buatkan jalan ni lurus je? Kan senang..." Betul tak?

Dan jawapan aku yang ringkas adalah, "Nak buat boleh. Tapi kalau kos sebanar RM50 juta mungkin boleh jadi sampai RM18 billion. Kau sanggup tengok duit cukai rakyat terbazir semata-mata nak buat jalan ni lurus? Lepas tu tak mungkin kereta kau ni boleh panjat sampai atas sebab kecerunan yang bertambah. Kan ke bahaya tu!"

Bagi sesetengah orang mungkin masih tak dapat tangkap dengan maksud aku kan? Apa kaitan antara kos, keselamatan dengan nak luruskan jalan? Baiklah, cuba tengok gambar kat bawah ni.


Bayangkan kita sekarang berada di titik A, nak ke titik B. Macamana cara terpantas nak ke titik B tu? Kalau ikut logik akal, mesti la kita terus je menuju ke titik B tu kan. Macam gambar kat bawah ni. Seolah-olah kita rentangkan satu pembaris panjang dari hujung ke hujung. Terus sampai. Simple...


Tapi sebelum nak rentangkan pembaris tu, profil tanah kat situ kena la ambik kira jugak. Tak boleh suka-suka main redah je. Ingat ni padang bola ke, lapang dan rata semacam! Untuk pengetahun, titik A dan B tidak berada pada aras yang sama. Dan tambah menyukarkan keadaan, kita terpaksa menempuh keadaan muka bumi yang berbukit. Tengok gambar kat bawah.


Jadi kalau nak ikutkan sangat perancangan asal dan kaedah rentangan pembaris tu, kita terpaksa membuat banyak kerja-kerja tambakan (fill) dan potongan (cut) tanah. Korang tau berapa harga tanah untuk satu meter cubic? Entah, aku pun tak tau. Aku bukan quantity surveyor. Yang aku tau, benda ni memang mahal. Bukan macam karipap yang kita boleh order berapa puluh biji yang kita nak. Kerja-kerja potongan tanah pun pasti akan melibatkan kos yang banyak. Tengok pulak gambar kat bawah ni.


Korang rasa, berapa agaknya kos nak potong, tambak, menurap, nak buat gabion atau anchor kat tebing yang dah dipotong tu, kalau la kita buat jalan tu ikut laluan asal (terus macam pembaris)? Silap haribulan boleh cecah tujuh angka untuk ketinggian macam gambaran contour yang aku tunjuk tu.

Gradien (darjah kecerunan) menurun dan menaik semula menuju ke titik B pun boleh tahan curam. Silap-silap boleh menjunam sampai 15 hingga 20 darjah! Kalau aku la kena drive menurun dan mendaki bukit yang curam macam tu, tobat aku lebih rela jalan kaki...

Ok, sekarang kita tukar pulak. Perancangan asal tak boleh pakai, kita gunakan plan B. Tak payah ikut laluan terus sebaliknya kita ikut laluan berliku, jalan jauh sikit macam gambar kat bawah ni.


Macamana, jauh tak perjalanan kali ni? Sebenarnya tak la jauh, malah lebih mudah dan selamat. Sebabnya, boleh tengok gambar kat bawah...


Nampak tak permainannya kat situ? Lebih landai kan? Jadi segala kos yang berkaitan dapat dikurangkan. Kerja pun lagi efisien. Memang sangat-sangat berbeza berbanding kalau kita ambik laluan yang pertama tadi. Tengok lagi gambar kat bawah, sila jangan jemu ye...


Jadi aku harap korang yang ada kekeliruan macam bos aku tu akan lebih faham dengan penerangan bergambar aku ni. Memang la tak educational mana, tapi sekurang-kurangnya dapat bagi jawapan kenapa selama ni kita terpaksa melalui jalan berbengkang-bengkok sedangkan laluan terus bukan sesuatu yang mustahil.

Sekian, assalamu 'alaikum.

14 nasihat berguna:

Zurin : Kerana Aku Ada

12
7:54 AM
Telah hampir sejam berlalu, masih tiada apa-apa respon. Sms yang aku harapkan akan muncul sejak tadi masih lagi gagal menerpa melalui ruang frekuensi selular terus ke telefon aku. Aku tau, ini adalah sesuatu yang pelik lebih-lebih lagi kepada kita semua yang hidup pada tahun 2013 ni. Mana mungkin masih ada lagi yang menghantar pesanan ringkas dengan telefon Nokia keluaran lewat tahun 1990-an!

Tambahan lagi, berhubungan dan berkomunikasi akan perkara yang serius melalui pesanan ringkas? Agak aneh dan lucu sebenarnya. Tetapi aku lebih suka menganggapkan ini sebagai sesuatu yang unik. Keunikan yang terus membawa aku mendampingi dirinya.

"Apasal tak jadi beb? Rugi tu kau tolak. Bukan senang nak dapat peluang macam ni." Soalan yang aku ajukan kepadanya sejam sebelum itu.

Ketika itu, dia mungkin dalam perjalanan pulang ke rumah dari airport. Ya, airport. Tempat yang akan menerbangkannya keluar dari tanah khatulistiwa sini. Tetapi mengapa waktu itu dia sedang dalam perjalanan ke arah yang bertentangan. Segala jawapan itu berada di atas telapak tangan aku.

Treeetttt.... Treeetttt...

Peranti pintar aku bergetar.

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Dia Kini Telah Berhijab

13
10:53 AM
Maddthelin
Forfeit

Aku baru perasan semalam yang minah ni dah berhijab. Sebelum ni aku pernah layan dua, tiga lagu diorang. Agak menangkap jugak la. Apa pun, aku nak ucapkan:
Pertama: tahniah...
Kedua: lebih berhati-hati kepada minah nama Yasmin ni...
Ketiga: selamat menyambut hari Jumaat semua...
...dan lu punya senyum memang kekal power beb!

13 nasihat berguna:

Maafkan Aku...

24
4:42 PM
Maafkanlah aku kerana aku cuma seorang yang tak bijak menzahirkan perasaanku pada engkau. Tidak pandai menjaga hati dan juga tidak mungkin mampu menandingi kehebatan orang lain dalam menuturkan kata bicara. Anggaplah itu sebagai satu kelemahanku yang nyata.

Apa pun aku yakin bahawa aku memang benar-benar sayangkan engkau, rindukan engkau dan terlalu memerhatikan engkau hingga aku tak mampu melepaskan ingatan pada engkau walau sedetik.

Dan sejujurnya juga, aku masih tercari-cari cara untuk membuatkan engkau faham bukan dengan cara yang sama seperti orang lain. Kerana aku mahu menjadi lelaki unik dan tersendiri supaya diri aku akan lebih mudah engkau ingati untuk seribu tahun mendatang, biarpun tubuhku telah bertukar menjadi batu nisan.

Maafkan aku, best buddy...

24 nasihat berguna:

Dead Slow

12
6:24 PM

Lokasi: Kinarut, Sabah.
Boleh buat tajuk novel terbaru Stephen King ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 nasihat berguna:

Matahari vs Bintang

20
7:52 AM

Bila sesekali pekena roti sardin dengan kopi tarik sambil letak dua suratkhabar orang putih atas meja serentak, baru la rasa macam abang-abang gila kuasa. Padahal tak baca habis pun...

Ni perut rasa nak membuang, siapa nak tanggungjawab? Lepak warung tepi jalan, mana ada jamban bai!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

20 nasihat berguna: