Anak Kecil Dalam Jamban

10
5:54 PM


Dik, kenapa kecewa sangat ni? Apa yang nak dimarahkan sangat ni? Nak menyalahkan orang lain atas `kelebihan' yang Tuhan beri pinjam buat sementara itu? Tak perlu sampai begitu sekali. Seburuk-buruk rupa, sekeji-keji sifat fizikal, itu semua cuma imej tampanan yang melekap pada layar kanta mereka yang celik je. Celik di mata, tapi tidak di dada. Bijak di kepala, tapi bodoh di hatinya.

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Mula/tamat

12
9:52 PM

Kita bermula semata-mata mahu berlumba menuju ke garisan penamat, iaitu...

12 nasihat berguna:

Penapis Halal

25
11:04 PM

Dia kata, setelah meng'usha' beberapa jenama, ini la satu-satunya produk yang ada pengesahan halal. Pastinya daripada Jakim. Aku percaya, dan atas kepercayaan itu, aku pun beli.

Ah, apa ada hal setakat berhutang sebanyak RM130 sebulan kalau nak dibandingkan dengan air paip yang makin tercemar sekarang ni!

Kata aku dalam hati, dengan perasaan bercampur-baur...


25 nasihat berguna:

Oh Ibu... (entri khas untuk dia)

22
7:55 AM
Salah satu gambar yang dikongsikan oleh adik aku malam tadi, tiba-tiba hampir membuatkan air mata aku bergenang. Dah lebih kurang 30 tahun, kad ni masih lagi terdapat dalam simpanan ibu aku. Bukan aku seorang, malah buku rekod pemeriksaan untuk adik dan kakak aku pun masih lagi dia simpan dengan elok.


Sesungguhnya, aku sayangkan insan yang seorang ini. Lebih daripada segalanya...

*Beberapa butiran terpaksa disembunyikan atas sebab-sebab tertentu.
*Nama sebenar tempat ini adalah Simpang Renggam.

22 nasihat berguna:

Ucapan Untuk Pn. Azizah

11
1:40 PM


Video yang dipetik dari Youtube sempena persaraan cikgu aku Puan Azizah Mohamed yang pernah mengajar aku subjek sains masa tingkatan 3 kat sini dulu. Diam tak diam, rupanya dah nak bersara cikgu ni ye. Apa pun, terima kasih aku ucapkan bukan sahaja sebab dia pernah mengajar sampai aku tak jadi penyamun, tapi dia jugak pernah tumpangkan aku naik kereta mini dia (bukan mini cooper!) dari sekolah sampai terminal bas. Hehehee...

Terima kasih cikgu. Cikgu mungkin tak ingat muka saya (sebab bertambah kacak berbanding dulu), tapi saya adalah antara ratusan atau mungkin ribuan manusia yang pernah cikgu didik dulu. Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu, terima kasih cikgu....

Kami sayang cikgu...

11 nasihat berguna:

Pen, Kertas dan Khutbah Jumaat Dalam Pengangkut

20
4:32 PM
Dalam pengangkut ketinggian...

"Weh, pergi masjid bawak kertas dengan pen? Nak ambik nota la ni.. Heheheee..." Dia sengih, aku pun sengih. Pintu pengangkut ketinggian terkatup, dan kami pun sama-sama berhenti tersengih.

"Minggu lepas aku solat kat Bandar Baru Bangi. Dia punya khutbah cara jugak. Orang ramai tu standard la, hari Jumaat kan. Bukannya solat subuh pun. Tapi yang bestnya khutbah tu cara dia sampaikan. Dia punya tune sebijik macam ustaz bagi ceramah. Tak macam orang baca teks pun. Mungkin sebelum tu dia dah baca dulu teks khutbah, kemudian baru la dia sampaikan. Aku rasa macam tu baru la ok kan. Tak mengantuk..." Panjang aku bercakap, tapi masih tidak melepasi tempoh lima tingkat ke bawah perjalanan pengangkut ketinggian.

"Oh, apa tajuk khutbah minggu lepas?" Dia bertanya. Pendek, ringkas dan...

...dan pendek serta ringkas jugak aku menjawab, "Entah, lupa pulak aku..."

*Padan muka aku.
*Moral cerita, apa guna khutbah yang bagus kalau masuk telinga kanan, keluar lubang hidung kiri.
*Dia, suka pergi solat Jumaat di tempat-tempat berbeza hampir setiap minggu.
*Pengangkut ketinggian = elevator...

20 nasihat berguna:

Entri Pendek II

18
4:53 PM

Pagi semalam, singgah beli Milo pek 2kg. Dapat percuma jag air ni. Secara automatik aku terus teringat kat sorang brader peminat tegar jenama ni. Brader, dah ada ke belum?

*entri pendek menandakan aku tengah sibuk cari kekayaan dunia...

18 nasihat berguna:

Entri Pendek I

4
4:33 PM
Petang Jumaat, hujan lebat mencurah-curah. Lokasinya bandar Baru Bangi. "Ha, hati-hati ok. Sampai kang bagitau. Abang tengah makan dengan Botak ni..." Pergh, tabik Lin Dan aku bagi. Anak dah dua pun cakap dalam telefon macam tengah mabuk ketum. Terbaik la lu Jib. "Aku bukan takut apa, takut kereta aku kena banjir lagi." Cilakak lu! Padan muka, sape suruh beli kereta mahal-mahal, kan dah susah hati (dia baru tukar enjin Lancer sebab masuk banjir sebulan sebelumnya!).


Ini adalah kedai kedua yang jadi port lepak kami petang tu. Makan tengahari kat kedai makan sebelah Hospital an-Nur, dan minum petang pulak kat sini. Sempoi!!!

4 nasihat berguna:

Bangau Kepala Botak

19
2:18 PM
Selasa, cuti awal Muharram hari tu, aku lepak sepanjang pagi kat Seksyen 10 Kota Damansara. Lepak bukan sebarang lepak, tapi sebenarnya aku melakukan aktiviti rajin campur malas. Aku katakan rajin sebab, ini adalah kali pertama aku mengail menggunakan kaedah yang agak agresif jugak iaitu casting...

Dengar-dengarnya, kat sini dah ada orang dapat menjinakkan spesis ikan air tawar yang tergolong dalam kategori pemangsa. Jadi cara nak tangkap pun tak boleh la gunakan kaedah bottom yang macam selalu. Cara yang aku gunakan kat sini adalah dengan menggunakan umpan tiruan. Umpan yang berupa katak plastik dengan juntaian ekor getah berharga RM12.90 tapi dapat aku tawar dengan harga cuma RM10.00 sahaja, memandangkan aku dah biasa membeli barang kat kedai pancing yang satu ni.

Regu aku yang sorang lagi pun sama, guna umpan jenis yang sama. Brand yang sama, cuma warna je yang lain. Aku gunakan umpan warna terang (merah/oren) sementara dia pulak menggunakan warna hijau gelap sebagai penyamaran. Tapi hari tu, dia lebih rajin daripada aku. Dia gunakan dua batang joran serentak. Satu untuk casting, satu lagi dia gunakan umpan palet dan dicampakkan ke tengah tasik.

Continue reading →

19 nasihat berguna:

Terasing Di Samping

14
11:00 AM

Di dalam dunia yang berbilang dimensi ini, di mana sepatutnya aku berada pada pandangan mata engkau? Tak mungkin di hadapan atau belakang, kerana aku lebih senang melangkah beriringan dengan engkau. Saling merapati bahu. Menumpang senyum tatkala engkau ketawa.

Tetapi sesungguhnya tak mampu aku merapati engkau ketika ini kerana, sedarnya diri aku di kalangan mereka yang lain. Apa mungkin aku selayaknya disetarafkan dengan mereka yang lebih anggun dan segak mendabik dada, tampan mengukir senyum. Tidak mungkin bukan?

Jadi biarlah aku cuma bertinggung sambil memerhati kegembiraan yang mereka bawakan untuk engkau, diam-diam sendiri. Bermukim di satu sudut yang engkau tak sedar akan kewujudan aku. Sehingga akhirnya kita terpisah dunia. Moga sekurang-kurangnya aku sentiasa wujud cuma pada nama...

-test power lagi, best pulak aplikasi blogger baru ni...

14 nasihat berguna:

Kejar dan Lari

22
10:17 PM

Apabila engkau berlari, aku mengejar. Namun apabila aku berlari, kenapa engkau hanya diam menunggul? Adakah kerana aku berlari dengan cara mengundur? Keanehan yang membuatkan engkau kaget sendiri ya? Ohya, aku berlari begini semata-mata untuk tetap mendapatkan engkau walau pun saat itu engkau mahu aku terus pergi jauh...

-saje nak test power aplikasi baru instal ni.

22 nasihat berguna:

Untitled Wednesday

4
8:07 PM

Real man pays taxes, everyday...

Published with Blogger-droid v2.0.9

4 nasihat berguna:

Babak Cina Buta

13
10:42 AM
"Macamana dengan cadangan aku semalam, setuju tak?" Ikram mencondongkan badannya sedikit ke hadapan, rapat dadanya menekan bibir meja makan restoran Ali Maju malam itu. Baginya, malam itu satu keputusan yang memihak padanya harus dimuktamadkan. Tiada alasan lagi. Tiada dolak dalih seperti sebelumnya.

"Cadangan apa benda?" Bulat biji mata Faizol meneropong wajah Ikram. Sambil tangannya lincah mengetik sudu dan garpu di atas pinggan, lidahnya ligat pula membersihkan sisa-sisa roti canai di seluruh pelosok mulutnya. "Semalam ada banyak benda kau tanya aku, aku dah tak ingat..."

"Ala, pasal plan kita tu la. Aku dengan bekas bini aku tu nak rujuk balik. Tapi kau kan tak boleh sebab aku dah bagi tiga das kat dia. Jadi, tu yang aku nak mintak tolong kat kau...." Raut wajah Ikram begitu menampakkan garis-garis mengharap. Bulu-bulu keningnya bertaut rapat, matanya mengacil. Namun begitu, masih lagi gagal menyembunyikan parut-parut jerawat di kanan dan kiri pipinya.

Continue reading →

13 nasihat berguna: