Hahaa, Harrom!

25
8:17 AM

~kalau 10 tahun dulu, boleh la. Sekarang dah tua macam ni, baik aku duduk rumah tengok binatang mengawan kat Animal Planet...
~Agak kerap dapat sms dari nombor ni sejak aku register satu pertandingan memancing kat Putrajaya, tapi tak pergi pun...

25 nasihat berguna:

Che Ta

12
6:58 AM
Petang, dalam perjalanan ke Shah Alam...

Aku : Dewan yang macamana dia buat ni?

Dia : Entah, tapi katanya dua tingkat. Ala, tempat Che Ta dengan Zain menikah hari tu la...

Aku : Che Ta? Zain? Apa kena-mengena diorang dengan kita?

Dia : Saje je nak bagitau... Mungkin pengantin ni taste tinggi sikit kot. Tu yang sewa tempat macam ni.

Aku : Huh! Tak bagitau pun takpe, tak membantu langsung. Bukan boleh mintak Che Ta tu tunjukkan jalan pun. Apa, kalau Che Ta tu menikah kat surau rumah mak awak, pengantin ni pun ikut nak menyewa kat situ ke? Ceh...

Masing-masing diam...

**********

Petang yang sama, perjalanan pulang. Berbekalkan perut yang kenyang...

Dia : Wah, lepas ni mesti la naik kan sewa kat sini.

Aku : Apasal pulak?

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Kopi Saint Nicholas

4
12:46 AM
Nick mengurut helaian janggut yang menjuntai hingga mencecah dadanya. Dari pangkal hingga ke hujung, perlahan-lahan. Begitulah yang dilakukannya berulang-ulang, sambil sebelah lagi tangannya masih memegang helaian kertas putih yang tertulis sesuatu. Dapat dia mengecam tulisan yang melingkari muka kertas itu, begitu mirip dengan apa yang dia terima sejak lima tahun kebelakangan ini. Berturut-turut.

Memandang dengan perasaan kosong, kulit dahinya bertaut. Otaknya enggan memikirkan akan isi atau maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh pengirim surat itu. Tulisannya begitu ringkas, tetapi terlalu berbeza sekali permintaan yang pengirim itu mahukan. Tidak seperti surat-surat lain yang sentiasa mengunjungi peti surat di rumahnya sepanjang tahun.

Dengan cop pada setem yang menunjukkan surat itu telah dikirimkan dari suatu tempat jauh di selatan, pengirimnya nyata tidak menginginkan apa-apa hadiah berupa material. Anak patung edisi terhad, konsol permainan terkini, atau sepasang kasut baru... Itu semua jauh daripada apa yang digambarkan oleh pengirimnya.

Continue reading →

4 nasihat berguna:

6 nasihat berguna:

Aiskrim Kencing

24
10:08 PM
"Ish, jangan. Jangan!" Muka mak aku memang bersungguh-sungguh masa tu. Dengan pandangan mata yang tajam, bibir yang seakan mencebik dan dahi yang rapat berkerut. Membuatkan dahi aku pun ikut berkerut sama. Berkerut sebab tertanya-tanya.

Kenapa dia tak bagi aku beli aiskrim ni? Sedangkan sebelum ni tak pernah pulak dia larang aku beli, terutama sekali untuk cucu-cucu dia.

Melihatkan kesungguhan dia melarang, aku kemudiannya akur. Yela, syurga kan ada di bawah telapak kaki dia. Mesti la ada sebab dia tak bagi aku beli aiskrim kali ni. Lantas, aku pun memberikan isyarat `tak apa' kepada penjual aiskrim bermotosikal warga Pakistan (agaknya) itu. Dah susah payah aku buat `human shield' sebaik melihat dia datang dari kejauhan, sampaikan tayar hadapan motosikal dia hampir-hampir merodok pundi kencing aku (ok, yang ni aku reka), last-last tak jadi pulak.

Penjual aiskrim itu berlalu kehairanan, aku pun turut kehairanan. Sia-sia betul aksi `stunt' aku sebentar tadi. "Kenapa tak boleh beli? Bukan selalu pun..." Tanya aku meminta kepastian.

Continue reading →

24 nasihat berguna:

Selamat Tinggal R14

15
11:53 PM
Kalau tak silap, dah lebih kurang 13 tahun aku jadi pengguna setia R14 ni. 13 tahun tu! Bukan sekejap punya tempoh. Kalau beranak, budak tu dah tingkatan 1 pun. Dan sepanjang tempoh itu, ada bermacam-macam versi yang Autodesk keluarkan dah pernah aku guna selama berkhidmat di dalam beberapa firma sebelum ni. Ada versi 2000, Map2004 (versi terbaik aku pernah guna), 2008 dan tak lupa jugak versi sampah 2000LT.

Tapi pada aku, aku tetap akan setia pada versi R14 ni. Versi yang membuatkan aku jatuh cinta pada garisan-garisan, warna-warna dan corak hatching, simbol-simbol dan bentangan rekaan yang terhampar pada latarbelakang gelap. Daripada bertaraf under-amateur, sampai la level brader-brader sekarang. Aku masih lagi senang dengan versi awal, versi yang direka semasa zaman tetikus masih lagi ada dua butang, kanan dan kiri. Tanpa skroll. Tanpa butang ketiga. Tapi memerlukan ketangkasan kedua-dua belah tangan serentak. Tangan kanan cergas mengendalikan tetikus, tangan kiri pulak sibuk menekan-nekan command pada papan kekunci. Sampai ada sorang budak praktikal kagum la tengok aku buat kerja! Hahahaaa.... Tak macam budak-budak sekarang, semua benda nak bergantung pada ikon.

Continue reading →

15 nasihat berguna:

Aku Yang Berfikiran Negatif

24
11:35 AM
Untuk kali ketiga dalam tempoh seminggu ni, baru la aku berpuas hati. Kali pertama dan kedua, aku rasa sangat-sangat kecewa apabila dia takde di situ. Tempat selalu kami bertemu, cuma untuk beberapa minit. Sekadar memenuhi keperluan aku setiap pagi.

Melepaskan rindu? Tidak... Meleraikan rasa dendam? Tidak juga... Entah kenapa aku rasa aku perlu berhenti di sisinya buat seketika sebelum aku meneruskan perjalanan aku setiap hari. Bukan kerana dia cantik, tidak. Dia tidak la secantik mana, dan tidak pula huduh. Adakah kerana suaranya yang merdu? Tidak sama sekali. Sebab setiap kali kami bertemu, kami akan berbalas bersuara tidak lebih daripada lima patah perkataan. Langsung tak sempat untuk aku mengamati alunan suaranya itu dek kerana tenggelam dalam bunyi ngauman kenderaan yang menyusuri lebuhraya berhampiran.

Tapi kenapa aku begitu tertarik dengan dia? Tertarik yang lebih mengarah kepada rasa cinta yang mengghairah setiap pagi? Sebabnya, iaitu...

Continue reading →

24 nasihat berguna:

Aku Seorang Kanak-kanak

18
12:19 PM
Ada orang pernah kata, "terdapat jiwa kanak-kanak di dalam tubuh seorang lelaki dewasa", lebih kurang macam tu la.

Ini adalah sedikit koleksi `permainan' yang aku kumpul selama ni. Bukan pengumpul tegar, sekadar suka-suka je.


Continue reading →

18 nasihat berguna:

25 nasihat berguna:

Zakat, Memunjuk-nunjuk Satu Tanggungjawab?!

19
2:26 PM
Hari Ahad lepas, aku telah menyaksikan sesuatu perkara yang aku kira agak menjengkelkan, sedikit menyakitkan hati dan juga ada rasa simpati yang banyak. Terutamanya kepada mereka yang aku anggap sebagai `mangsa keadaan'. Kebanyakan daripada mereka yang datang adalah warga emas. Ada yang dipapah, ada yang bertongkat tiga, ada jugak yang dah tak larat bertongkat sebaliknya berjalan dengan walking frame. Tapi takde pulak aku nampak yang datang tu berkerusi roda!

Continue reading →

19 nasihat berguna:

Original Coconut Shake Klebang

19
11:23 AM
"Kat belakang tu ada parking, kau masuk je ikut jalan kecik sebelah tu. kat hujung tu dia siap ada buat tempat makan. Boleh minum sekali kat situ. Beratur pun tak panjang macam kat luar tu. Servis pun tak lama. Esok singgah la." Itu yang diberitahu kepada aku, semasa kami menghabiskan masa dalam sesi mengeteh jam 2 pagi di Pantai Klebang(?). Serius shit, aku memang tak tau pun yang kelapa goncang ni boleh minum sekali kat situ. Apa yang aku tau, diorang ni la yang menyebabkan kesesakan sepanjang jalan tepi pantai(?) ni.

What the hook?!!!

Continue reading →

19 nasihat berguna:

Binatang Bersayap

13
4:41 PM
...dan di pertengahan perbualan ketika kami sedang rancak berbalas cerita, secara tiba-tiba suara itu mengajukan soalan, "Kalau Tuhan memberikan engkau pilihan untuk menjadi sesuatu benda selain daripada manusia seperti sekarang, apakah benda yang engkau jangka akan engkau pilih?"

"Aku mahu Tuhan jadikan aku makhluk bersayap, tanpa aku kisahkan akan saiznya. Tak kira besar atau kecil, gemuk atau kurus, tinggi atau rendah paras kepala aku. Tetapi aku perlu meminta agar Tuhan menjelmakan sayap aku itu mempunyai bidang yang luas. Berbulu lebat dan tebal supaya dapat memerangkap haba untuk memanaskan tubuh jika aku perlu berada di persekitaran yang sejuk. Namun cukup halus dan lembut supaya selesa dan mengasyikkan apabila disentuh. Biarlah kaki aku katik, biarlah punggung aku terjungkit atau tertunduk menyapu tanah, biarlah kepala aku hanya sebesar biji guli, biarlah... Asalkan aku mendapat sayap yang aku inginkan itu."

Continue reading →

13 nasihat berguna:

Memanis Kehidupan

24
11:06 AM
"Tak takut basah ke nanti buku tu?" Dia bertanya tatkala buku sudah bertukar tangan.

Seraya aku menjawab, "Takde hal, ada cover." Dan menunjuk (dengan mulut) ke arah rain coat berlambang Givi yang elok bergulung kemas dan terselit di celah seat dan bakul kuda putih aku. Apa ada hal bro, badan basah boleh mandi, boleh salin baju lain. Tapi kalau benda ni yang lencun, memang dah boleh hantuk kepala kat pintu lif. Mesti mau jaga elok-elok punya. Barang baik...

Hari tu cuaca memang lembap sejak pagi dengan hujan yang kadang-kala silih berganti antara gerimis, renyai dan sekejap-sekejap reda tanpa ada perkiraan matematik yang tepat. Agak sukar diramal. Membuatkan pekerjaan aku sekitar Bandar Baru Bangi sedikit terganggu. Mujur pertemuan kami pagi tu tak disimbahi air rahmat dari Tuhan.
Continue reading →

24 nasihat berguna:

Mengenali Tanpa Memahami

16
11:58 AM
Minggu lepas, hari Rabu. Lokasinya adalah beberapa kilometer dari sini.

Pang...!!! Sreeetttt.... Sebaik terdengar bunyi sesuatu patah dari sebelah kiri hadapan kereta, cepat-cepat aku membalas stereng ke kiri, sambil meninjau kenderaan yang datang dari arah belakang. Memandangkan jalan yang aku lalui tu adalah tempat di mana biasa berlaku kemalangan dan jugak keadaannya yang menuruni bukit. Mujur, aku sempat mengeluarkan kereta aku dari jalan walau pun tayar kanan belakang masih lagi berada di atas tar. masih boleh dikira selamat.

Dan sementara sekian banyak kenderaan besar yang melewati kereta aku untuk tempoh dua jam berikutnya terpaksa memperlahankan kenderaan, aku pula hanya mampu mencangkung di bawah pokok. Sibuk menelefon tokey bengkel yang juga kenalan adik ipar aku. Apa lagi kalau bukan untuk mendapatkan bantuan trak tunda! Sepanjang masa itu jugak hidung aku dijamu dengan aroma dari kandang babi berhampiran. Hampeh betul. hati tengah mendidih, angin ni pulak bertiup dari arah kandang sana. Suwey la!
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Rumah No. 65

16
3:21 PM

Inilah rumah tempat di mana aku membesar. Sejak sebelum tadika kalau tak silap aku, sampai la umur aku melepasi 18 tahun. Sebab sebaik je aku tamat belajar, aku tak tinggal lagi kat sini. Cuma balik sekali-sekala. Cuti hujung minggu, atau kalau rasa serabut sangat tinggal kat rumah sewa... Baru la aku lepak sini barang semalam dua (nak pau duit mak aku sebenarnya!)

Continue reading →

16 nasihat berguna:

Singapura 30 tahun dulu

29
3:55 PM
"Guangzhou tu macamana tempatnya, ok tak?"

"Bangunan, jalan-jalan, keadaan dia sama macam Singapore 30 tahun dulu. Best. Lain kali aku ajak ko pulak." Jawab dia penuh yakin, sekembalinya kami dari LCCT awal pagi tu.

"Ceh, umur kau pun baru 32 tahun! Macamana kau boleh tau pulak keadaan kat Singapore 30 tahun dulu? Poyopo la lu brader..." Sergah aku sambil tersengih macam kerang wangi.

Dan selain baju celoreng yang menjadi buah tangan untuk aku dari Guangzhou, dia pun ada belikan aku benda ni. Dia kata, ini pertama kali dia tengok benda ni. Lepas tu memandangkan keunikan benda ni, dia terus teringat nak bagi aku sebagai cenderamata. Ewah, kira aku ni unik la? Hahahaaa!
Continue reading →

29 nasihat berguna: