Tuan Penasihat 50 percent

14
11:59 PM
Assalamu 'alaikum, nak bagitau sikit tentang satu promosi berani di satu premis makanan sedap(1) tak ingat punya. Premis ala San Francissco tetapi penuh dengan ciri keislaman ni terletak di TTDI Jaya, berhampiran Politeknik Shah Alam dan betul-betul di belakang stesen minyak Petronas, tempat aku lepak masa malam Deepavali yang lepas. Suasana tenang, aman dan mampu menghilangkan kegundahan yang bersarang di dalam usus besar kalian dengan sajian ala carte yang ala kadar, sesuai dengan konsep kesederhanaan yang dianjurkan dalam Islam.

Bermula dari entri ini diterbitkan sehingga 31 Disember 2014, harga makanan dan minuman yang perlu dibayar hanyalah sebanyak 50% daripada harga sebenar, pada setiap hari Isnin dari jam 12:00 tengahari hingga 2:00 petang. Memang sesuai untuk golongan pelajar dan juga marhaenis yang sedang mengikat leher.

Tambahan pulak,
Continue reading →

14 nasihat berguna:

First Few Things I Learned About Real Life

16
8:59 AM

3 things you should never say to a cop:

*How about I buy you donuts and you let me go.

*I smell bacon.

*Didn't I see you get your butt kicked on `cops'.



"Ah, merepek je la uncle aku ni. Membuta lagi bagus..."

~Aizi Raina, adik kepada si comel Aizi Rania. Hmm,  kecik-kecik lagi dah jadi kakak. Heheheee...

16 nasihat berguna:

Kunjungan Tuan Tidak Diperlukan

8
8:22 PM
...kembali ke kisah dalam negara setelah hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan pesawat Air Asia penerbangan QZ8501.

Beberapa hari ni, aku punya tuan Perdana Menteri boleh tahan teruk jugak kena tibai apabila rakyat kebanyakan kat sini tengah sibuk randuk air banjir separas dada, dia dan jugak beberapa menteri kitchen cabinet langsung tak nampak batang betis. Buat yang belum tau, tuan Perdana Menteri ni tengah bercuti kat seberang laut sambil-sambil layan golf barang seround dua dengan presiden negara yang dia lawati tu (tapi sekarang dah balik pun).

Sebenarnya, aku tak berapa kisah sangat kalau beliau tak melibatkan diri secara langsung dengan usaha menyelamat mangsa banjir kat pantai timur dan sebahagian lagi negeri utara semenanjung ni. Dan lagi elok jugak kalau beliau tak berada langsung di tempat bencana. Benda ni aku terfikir sejak dua hari lepas,
Continue reading →

8 nasihat berguna:

Atas Lebuhraya

10
8:44 AM
Biasanya sebelum ni, bila tiba waktu balik kampung semasa cuti Hari Raya (terutamanya), selalu jugak kita panas hati bila tersangkut dalam traffic jam. Berjam-jam lamanya duduk menakung atas highway. Tambah panas hati bila tengok kereta kat sebelah.

What? Kau pun sibuk nak balik kampung jugak ke? Apa jadahnya nak menyemak atas jalan ni. Yang berayanya aku, bukan korang. Hampas kelapa betul la...

Agak jaki jugak la tengok orang-orang yang takde kaitan dengan raya ni pun ikut sibuk jugak. Pergh...!

Tapi tu dulu. Dulu punya cerita la. Sekarang aku dah steady. Tak kira la Raya Puasa ke, Deepavali ke, Tahun Baru Cina ke, asalkan boleh sambung cuti sampai ke hari minggu je, aku mesti standby berkira-kira budget nak balik kampung. Budget masa dan kewangan.

Oleh itu,
Continue reading →

10 nasihat berguna:

DIM, Yang Tak Berapa Nak Siap

14
7:03 AM
Beberapa minggu lepas, aku ada usha satu display rack untuk memuatkan 72 biji koleksi kereta aku. Cantik, harga pun boleh tahan. Tapi memandangkan masa tu aku belum gaji dan harga untuk sebuah display rack tu bersamaan dengan seratus biji (lebih kurang) kereta lagi, aku pun batalkan niat untuk meneruskan urusniaga.

Apa barang beli, buat sendiri la baru cara...!

Kata diri aku yang satu lagi, sementara diri aku yang ketiga masih mendiamkan diri. Entahkan mahu, entahkan malas. Sebab kadang-kadang diri aku yang ketiga ni dia punya malas memang dah tahap susah nak buat apa, tau nak membuta je.

Mujur, minggu ni (semalam dan hari ni) diri aku yang kedua berjaya mengerahkan kami bersama-sama mengembeling tenaga untuk menjayakan projek kecil ni. Belum sampai tahap display rack lagi, cuma nak test power buat frame je. Cukup untuk memuatkan 6 biji kereta setiap frame.

Berikut adalah langkah demi langkah:

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Siapa Turun?

6
7:12 PM
"Hari Sabtu ni siapa turun Bukit Jalil?" Soalan diajukan dalam bentuk teks kepada ahli-ahli kumpulan.

Sejam berlalu, senyap...

Masuk jam yang kedua, masih lagi senyap... Tiada balasan daripada ahli-ahli yang lain. Bila disemak pada info, lebih separuh daripada ahli yang berjumlah 34 nombor (orang) dalam Whatsapp dah pun baca soalan aku awalnya tadi.

Celaka apa, takde sambutan pun soalan aku. Selalunya time macam gini, meriah dengan mesej yang masuk. Macam langau menghurung taik, berebut-rebut.

Bila hampir tamat jam yang ketiga, barulah ada jawapan `kelakar' daripada
Continue reading →

6 nasihat berguna:

Masalah Berkahwin Pada Usia Muda

10
4:37 PM
Berkahwin pada usia yang `terlalu muda' iaitu belasan tahun? Rilek la, jangan kecoh-kecoh. Apa ada hal, benda elok. Bukan berzina pun. Bukan berbogel atas pentas rancangan tv pun. Dan bukan curi duit anak yatim secara legal pun.

Pada aku, takde salahnya dengan apa yang mereka (pasangan pengantin muda dan keluarga) tu buat. Dan sepatutnya tak sepatutnya timbul sebarang pertikaian. Sebab kemampuan untuk memikul tanggungjawab tu tak tertakluk pada faktor usia semata-mata.

Bila dia dah berkahwin pada umur 15 tahun, dengan sendirinya dia akan belajar menjadi seorang lelaki. Bertindak sebagai seorang ketua keluarga, berusaha memenuhi keperluan orang lain (iaitu isteri) dan jugak menyediakan keselesaan hidup pada keluarga sendiri (isteri dan anak-anak). Yang si perempuan pun macam tu jugak. Dengan syarat perlu adanya peluang dan sokongan yang diberikan oleh orang sekelilingnya. Tak kisah la dari segi sokongan moral atau material.

Apa masalahnya? Takde...

Cuma yang menjadi pembawa masalah ada orang-orang di sekeliling mereka. Itu sahaja.

Just give them a fucking chance...

Assalamu 'alaikum.

10 nasihat berguna:

Keputusan Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand, AFF Suzuki Cup 2014

6
8:04 AM
Ha, tu la... Kan aku dah kata.

Keputusan Perlawanan Akhir Malaysia vs Thailand, AFF Suzuki Cup 2014
Tweet pukul 2 pagi kelmarin.

Perkara yang aku nampak dalam bab ramal-meramal keputusan perlawanan bola ni, kita biasanya akan memberikan kemenangan kepada pasukan yang kita sokong. Kalau kau sokong Team A, mesti kau kata malam ni Team A akan menang ke atas Team B dengan jaringan 3-0.

Podah! Itu bukan ramalan namanya. Realistik la sikit brader...

Dah, tak payah cakap banyak lagi. Berdasarkan bakat meramal yang aku ada ni, sesiapa yang berhajat nak kaya cepat, tak payah la susah-susah pergi ngangkung lagi. Mari sini datang jumpa aku, belanja nasi kukus barang sepam dua. Lepas tu aku akan bagi nombor yang bakal naik.

*Selagi player kita clear bola ikut arah telur, selagi tu aku akan ramal mereka ni takkan menang besar.

*Boleh tahan skema tajuk entri kali ni ye Botak!

6 nasihat berguna:

OKU, Nyaris Aku Terlupa...!

10
8:31 AM
Draf pertama. Berdasarkan info yang terlalu kurang, tak tepat dan masih lagi tidak ada ke'confirm'an. Setakat ni je la yang mampu aku buat.

Dan sebagaimana seperti yang selalunya, komen-komen daripada bos mesti ada.


Cuma selepas dikomen tu, aku baru perasan yang aku dah tertinggal satu komponen yang paling penting dan mesti ada dalam bangunan yang akhirnya akan melibatkan kegunaan orang awam. Iaitu tandas.

Ini tandas bukan sebarang tandas. Tandas istimewa untuk kegunaan orang yang kewujudannya agak 'rare' dari kalangan kita. Memang mujur aku teringat. Kalau tak, mesti aku akan rasa bersalah bila bangunan ni dah siap kelak, tapi takde kemudahan untuk golongan manusia istimewa ni.

Selanjutnya,
Continue reading →

10 nasihat berguna:

Rabu Dengan Kata-kata

8
10:07 PM


Kata-kata hikmah, mampu memberikan motivasi pada diri. Muncul dari tempat yang mempunyai kuasa pengambil nyawa utama di negara ni.

Kat mana aku dapat benda ni? Hehehee...

Dari sini la...
Continue reading →

8 nasihat berguna:

Azam Disember

18
8:12 AM
Toleh kiri, kosong. Toleh kanan, kosong. Bila aku mendongak ke atas, nasib baik ada susunan kepingan siling yang membentuk grid segi empat sama. Di antaranya terdapat casing lampu pendarflour berselang setiap tiga keping siling. Dan di sepanjang laluan pulak ada dilengkapi `down light' dengan cahaya menyorot ke atas karpet.

Apa benda aku nak buat ni?

Nak tidur, mata tak mengantuk. Nak sambung buat kerja, rasa macam fed up pulak mengadap lama-lama. Nyaris-nyaris nak muntah.

Entah macamana, tanpa sengaja aku `tertengok' beberapa keping kad Hotwheels yang belum aku buang di penjuru meja. Sebahagian kecil daripada koleksi. Yang lain-lain dah selamat aku buang.

Dan secara tiba-tiba pulak aku dapat satu idea macamana aku nak setelkan benda ni.

Continue reading →

18 nasihat berguna:

Julie Yang Bijak

12
8:05 AM
Bijak yang macamana pulak si Julie ni, bijak yang sama tahap macam aku masa sekolah rendah dulu ke? Tahap yang boleh baca sifir 19 sambil tengok Dunia Jam 10?

Bukan, bukan bijak atau genius taraf budak sekolah macam tu. Tapi yang macam ni ha... Perhati elok-elok.

produk baru biskut julie's

produk baru biskut julie's

Ha, nampak tak permainan dia kat situ? Maksudnya
Continue reading →

12 nasihat berguna:

Kejayaan Senyap

17
11:40 PM
Keputusan menyuarat yang diadakan pada 15 November lalu dengan sebulat suara telah menetapkan, penggunaan kad perakam masa akan dihentikan bermula pada bulan Disember 2014...


Keh keh keh... Pemberontakan senyap yang aku jalankan selama beberapa bulan ni nampaknya berhasil (entri yang dulu ni). Bangga siot...

17 nasihat berguna:

Sesuatu Yang Hilang...

16
3:15 PM
Kita semua akui bahawa memang tiada satu pun yang kekal dalam dunia ni, kecuali Dia. Namun, kehilangan sesuatu yang dirasakan ketika belum masanya, adalah begitu memeritkan. Apatah lagi, setelah sekian lama kehadirannya itu dinantikan.

...dan bertabahlah!

Sabak Bernam
29 November 2014
"Sesetengah orang sering merungut kerana bunga mawar mempunyai duri. Namun, saya bersyukur kerana duri mempunyai bunga mawar". - Alphonse Karr

16 nasihat berguna:

Kenapa pergi tak ajak aku?

10
5:51 PM
"Berapa total yang bulan lepas punya?" suara yang mencucuk berupa soalan kilat di sebelah kiri aku betul-betul buatkan aku sedikit terkejut. Fon kepala yang menekup kedua-dua belah telinga aku ternyata gagal mengasingkan aku dengan dunia luar, lantas kerja-kerja `menyambung garisan' di atas skrin hitam ketika itu aku hentikan.

"Yang baru kira tadi tu ke? Dalam RM530 kot. Apasal?" soal aku kembali.

"Bawak keluar RM50. Ada anak yatim tu mintak bantuan. Sampaikan dah takde makanan lagi dah..." dan seterusnya penerangan ringkas yang Romi berikan tu seolah berbunyi bla bla bla je pada telinga aku. Antara dengar dan tidak. Semuanya kerana ungkapan `takde makanan' tu...

Sesudah memberikan sekeping not RM50 dan dua keping lagi tambahan not berwarna berlainan, dia pun berlalu. Aku yang masih blur, tiba-tiba terasa macam sebak. Entah kenapa.

Aku cuba membayangkan keadaan `takde makanan' yang berlaku terhadap anak-anak kecil bergelar anak yatim.

Hmm, damn...!

*****

Kisahnya
Continue reading →

10 nasihat berguna:

...dan, lepaskanlah!

20
10:39 AM
"Bang, macamana caranya nak lupakan seseorang tu?" Hampeh, aku lepak luar sebelah kompressor aircon ni ingatkan dapat tenangkan perut. Sambil hirup udara nyaman (masih lagi) sekitar pekan Taiping bersama-sama dengan asap dari Winston Light. Tapi kenapa masalah berkaitan emosi dan perasaan ni pun nak aku setelkan jugak?

"Ada, kalau nak cara yang paling cepat, agak ektrem jugak la. Berani?" Soal aku semula.

"Ha, macamana..." Tanya Arab lagi.

"Sentiasa dekatkan diri dengan benda-benda keras. Contohnya dinding, tiang, pintu solid atau pun batang pokok dengan diameter minimum 1.5 meter. Lepas tu hantukkan kepala sekuat hati dalam keadaan pasrah dan penuh keredhaan sebanyak lima kali sehari. Itu je. Insya Allah, kalau kau tak dapat lupakan orang tu, sekurang-kurangnya kau punya ingatan tu boleh hilang terus!"

*****

Tabah, boleh pulak dia tergamak pergi kenduri kahwin perempuan yang dia minat (kedua-dua tangan bertepuk), siap tengok perempuan tu bersanding dan bergambar sama-sama pulak tu! Kalau aku...

Continue reading →

20 nasihat berguna:

Appraised

14
8:23 AM

Aku rasa memang tiada satu pun benda dalam kepala kita yang betul-betul salah, walau pun tak seiring dengan orang lain...
(sumber dari sini)

14 nasihat berguna:

Tungggu Aku...!

4
11:21 PM
Engkau kini telah separuh perjalanan terbang menuju ke syurga,
Dengan berkelengkapan sepasang sayap cahaya,
Pantas membelah udara gelap,
Meninggalkan puluhan kawanan kunang-kunang di belakang.

Sedang aku masih lagi tercari-cari sepatu lusuh,
Yang selalunya aku simpan di celah pohon renek,
Di sebelah pintu,
Agar mudah kaki kudung aku beralas ketika melangkah keluar laman.

Hilang,
Sepasang sepatu lusuh aku hilang,
Entah bila, entah ke mana,
Kini tinggal hanya bau pekat najis anjing,
Yang aku pijak semalam.

Tunggu!
Jangan pergi terlalu jauh,
Kerana aku takut tersesat dalam mencari laluan terhampir,
Untuk ke simpang syurga sana,
Dan takut dianggap seperti pocong tua,
Terlompat-lompat di tengah malam,
Sambil mendongak ke langit...

4 nasihat berguna:

Brothers of Diwali

8
2:09 PM
Thanks brother.
Come over for lunch at my place.
22/10/14.

Ok, beres...

Menghabiskan waktu tengahari di satu kawasan perumahan yang harga hartanahnya meningkat lebih tiga kali ganda berbanding 10 tahun lalu, atas jemputan seorang brother sempena Hari Deepavali semalam.


Continue reading →

8 nasihat berguna:

Udang Itu Adalah Rezeki

10
3:44 PM
"Aik, kenapa tak makan udang tu? Tak suka ke?" Aku bertanya, dahi berkerut dengan sedikit kejanggalan yang berlaku di depan mata. Agak mustahil jugak orang yang membesar berdekatan dengan laut tapi tak lalu dengan udang. Tambahan pulak udang bersaiz hampir menyamai ibu jari lelaki dewasa tu adalah penghuni di dalam mangkuk mee bandung. Mee bandung yang aku kira antara paling sedap pernah aku makan setakat ini.

"Huh, tak heran dah udang macam ni. Dah biasa makan udang yang lagi besar, lagi fresh daripada ni..." Mulutnya seakan mencebik ke arah mangkuk mee bandung, yang masih tersisa dengan kuah, beberapa ekor udang dan bahan-bahan lain. Lantas menolak mangkuk mee bandung itu ke tengah meja.

Tergamam jugak aku dengar. Seolah-olah memperlekehkan rezeki yang Tuhan kirimkan kepada kami petang tu. Rasa gamam yang berbaur dengan sedikit kecewa bukan sahaja setelah melihat masih ada lagi makanan terbazir dengan begitu sahaja, tapi juga sedih apabila aku berhadapan dengan seseorang yang kurang bersyukur.

Sesungguhnya membesar dalam keluarga nelayan, dilimpahi dengan pelbagai jenis hasil sumber laut jauh berbeza dengan mereka yang berada di tengah darat tidak sepatutnya mengubah mereka menjadi orang yang agak riak. Memperlekehkan makanan, walau pun hanya beberapa ekor udang. Susah aku nak terima sebenarnya.

Sekali lagi nak bagitau, aku cukup tak berkenan dengan mereka yang gagal menghabiskan makanan di atas pinggan. Sama ada yang berharga ratusan ringgit dari restoran berbintang-bintang, gerai tepi jalan atau pun percuma diperolehi di masjid-masjid. Serius, aku kurang berkenan...

...dan tak perlu memperkecilkan rezeki daripada Tuhan!

10 nasihat berguna:

Hantu Pacuan Empat Roda

6
10:09 PM

Ok, dah berpasangan jugak akhirnya. Harap lepas ni jangan buatkan bulu roma aku meremang lagi tengah-tengah malam. Seriau kau tau tak? Buat bunyi-bunyi pelik time aku tengah khusyuk mengetuk mata-mata papan kekunci ni. Pukul 2 pagi pulak tu...

Sekejap-sekejap bungi enjin, sekejap-sekejap bunyi pintu, sesekali bunyi batuk. Pergh!

~Aku tipu je, mana ada. Sebenarnya aku memang suka tengok benda ni ada pasangan. Cantik pulak bersanding atas meja. Heheheee...

6 nasihat berguna:

Intai

8
12:21 AM

Ada ketikanya, aku rasa macam nak sangat tau apa khabar dia sekarang. Macamana keadaan hidup dia, adakah gembira, adakah tenang, atau adakah masih lagi juga teringat seorang yang pernah dia kecewakan dulu...

Oh ye, bukan begitu. Sebenarnya dia yang kecewa terlebih dahulu, sebab itu dia memutuskan untuk berkongsi betapa pahitnya rasa kecewa itu bersama aku dengan meleraikan satu-persatu simpulan harapan.

Aku? Aku sekarang biasa-biasa je. Walau pun luka dah sembuh, tapi parut kenangan masih lagi terasa. Terutama sekali bila dj radio masih lagi memainkan lagu-lagu yang kami pernah sama-sama minati dulu. Sama-sama humming di dalam kereta ketika menuju ke port makan kegemaran, atau ketika sama-sama membuang masa di tepi laut dengan berlatarbelakangkan paya bakau dan binaan industri negara jiran.

Hmm, maaf kerana kadang-kala aku masih lagi mengintai engkau di ruang muka berwarna biru ini. Bukan kerana masih rindu, bukan juga kerana masih tersisa rasa sayang, atau masih meletakkan butir-butir harapan, tapi entah kerana apa aku masih tak pasti.

Entah la...

8 nasihat berguna:

Tunda dan Ikat

15
11:58 PM
Lebih kurang jam 6:45 petang, tapi suasana dah gelap. Langit tak lagi menyimpan cahaya. Yang membantu penglihatan masa tu cuma limpahan lampu-lampu yang tersusun sepanjang lebuhraya dan juga pancaran dari kenderaan yang lalu lalang, kecil dan besar, dari empat roda hingga ke berbelas roda dengan saiz yang tidak seragam.

Sebaik memasuki semula lorong utama untuk sama-sama bersaing dengan kenderaan yang berkali ganda lebih besar, aku tengok di kejauhan sana terdapat satu cahaya merah kecil seakan-akan tak bergerak. Bila diamati betul-betul, ternyata cahaya tu sedikit berhayun ke kiri dan ke kanan. Seakan tidak stabil macam lampu suluh yang dipegang seorang lelaki mabuk. Nampak gayanya macam ada motosikal yang ditimpa masalah je tu. Hari tu, laluan motosikal bermula susur masuk dari Sri Petaling ditutup entah atas sebab apa, lebih jauh berbanding hari-hari sebelumnya yang ditutup hanya di belakang stesen minyak Shell. Nak kata sebab banjir, mustahil pulak sebab sungai besar memang terletak betul-betul di sebelah dan sepanjang yang aku ingat, air sungai tu tak pernah melimpah walau selebat mana pun hujan yang turun.

Hujan renyai sedikit-sebanyak membataskan penglihatan aku untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku. Betul-betul di hadapan motosikal tu, tersergam papan tanda besar tertulis "Kawasan Rehat Awan Besar 500m".

Menghampiri lelaki yang sedang bertungkus-lumus `mengayuh' motosikal dalam curahan hujan renyai tu, ibu jari kiri aku pun memainkan tugasnya...

Continue reading →

15 nasihat berguna:

Yang Manis Di Kota Bharu

11
8:48 AM
*****

Eh, patut la macam ada je benda yang tak kena seminggu dua ni. Mandi tak lena, tidur tak kenyang, makan tak basah badan. Yang basah cuma tekak dengan pinggan je sebab aku memang suka makan benda-benda berkuah. Harap-harap takde la orang yang jauh atau dekat yang rindu kecuali mak aku je. Hehehee...

Belek punya belek beberapa entri sebelum ni, baru la aku perasan rupa-rupanya aku ada hutang sesuatu masa baca entri kat Kota Bharu tempohari (klik sini).

Cuma kali ni aku nak cerita serba ringkas je. Macam tak berapa selera pulak nak taip panjang-panjang sekarang ni.

Apa pun, benda yang manis masa aku stay kat Kota Bharu dulu ada dua iaitu yang pertama...

Continue reading →

11 nasihat berguna:

Home

10
10:58 AM

Ya. Bagi aku pulak, `home' itu adalah sesuatu yang memiliki diri kita. Maksudnya bila kita pergi mendekati sesuatu tempat atau seseorang tu, kita akan mempunyai satu perasaan dimiliki. Seiring dengan datangnya rasa ketenangan dalam jiwa.

Damn, kenapa tiba-tiba aku rasa rindu nak letakkan kepala atas riba mak aku sekarang ni...

*****

biji getah

Ambil dari kebun getah belakang rumah arwah nenek aku semasa kepulangan aku pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Tinggal tiga biji sekarang, yang aku letakkan atas meja. Selebihnya hilang (mungkin dah terbuang) masa aku hantar kereta ke carwash dulu.

Seorang lagi yang aku tengah rindukan sekarang ni...

10 nasihat berguna:

Aku Korbankan Sebuah Bilik

16
10:07 PM
Cuti tiga hari ni tak banyak aktiviti luar yang aku buat selain daripada tumpang sekaki dengan majlis korban kat tempat aku (lima ekor lembu dan dua ekor kambing) tahun ni. Selebihnya lebih banyak diisi dengan kerja-kerja rombakan secara besar-besaran di dalam rumah.

Dengan mengemaskini semua barang-barang yang selama ni bersarang dalam dua stor berasingan (stor dalam rumah dan luar rumah) untuk menjadikan hanya satu stor yang digunakan, seterusnya memulihara stor dalam rumah untuk dijadikan markas peribadi aku.

Sememangnya markas peribadi aku sebelum ini memang selesa dengan ruang yang agak luas (bilik bersaiz 10'x10') hingga berkeupayaan menampung seseorang yang melakukan aksi balik kuang secara berirama, tetapi terpaksa dikorban untuk kegunaan lain yang lebih murni (klik sini).

Takpela, ini la yang dikatakan pengorbanan. Markas yang lebih kecil tak semestinya membuatkan aktiviti aku di depan monitor menjadi makin terbatas. Lagi pun kerja-kerja aku selama ni cuma bermain dengan tetikus dan papan kekunci je. Bukan nak buat kerja kraftangan pun sampai terpaksa memerlukan ruang yang luas...

Dan di bawah ini adalah progress yang berlaku terhadap stor kecil (bersaiz 8'x6') ini sepanjang tiga hari.
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Nakal betul la korang ni...

8
9:45 AM
Oh, harga minyak naik lagi ke? Hehehee... Rilek-rilek sudah. Ini semua donia. Kalau nak dilayankan sangat, tak ke mana pun. Paling jauh pun sampai traffic light depan sana je.

Ni ha, sempena hari mulia ni, mari la kita sama-sama banyakkan amalan. Yang ni pulak memang boleh pergi jauh, tiada had, infiniti.

Untuk ingatan diri sendiri, semalam aku dah isi minyak yang harganya berbeza 20 sen bagi setiap liter. Takde pun rasa marah, takde pun rasa kecik hati dengan pemerintah, dan takde pulak rasa nak memprotes (aku tipu) secara berjemaah. Sebab tu semua useless. Takde efek pun sebab memang dah perangai kita semua, marahnya sekejap je. Sayangnya lama. Mana tak sayang kalau dah lebih 50 tahun cium bau ketiak orang yang sama. Cukup masa, pangkah atas muka orang yang itu jugak. Hahahaa...

Cuma semalam aku ada rasa sedikit kelakar pasal satu isu rentetan kenaikan harga minyak iaitu:

Continue reading →

8 nasihat berguna:

Dua Dalam Satu Rabu

12
2:13 PM
Satu


Kadang-kadang, ramai orang suka parking kenderaan (motosikal terutamanya) di bawah tempat yang teduh. Tapi tidak pada aku, sebab tempat lapang di tengah alam macam ni rasanya lebih selamat lagi. Takde risiko kena hempat dahan pokok, kurang risiko kena rembat atau kena cakar kucing. Kucing mana pulak yang nak duduk tengah panas kan...

~Moto aku yang warna putih tu...


Dua
Continue reading →

12 nasihat berguna:

Duri Di Bawah Jambatan

12
6:17 PM
*****

Di Kuala Terengganu.

Hari ketiga percutian. Waktu petang, lebih kurang jam 5.30, aku pun ajak si Danish pergi usha line lagi sekali di sekitar Kampung Teluk Pasu memandangkan tengahari semalamnya (hari kami sampai ke sini) kami gagal mendapatkan spot yang sesuai untuk melabuhkan umpan. Jeti kecil berhampiran tempat tinggal kami nampak gaya memang tak sesuai. Tambahan lagi macam kurang selamat untuk budak macam Danish ni. Jadi kami pun menjalankan misi serampang tiga mata iaitu:

~Mencari port yang sesuai dan lebih dekat memandangkan misi akan dijalankan pada waktu tengah malam. Mengikut pembacaan aku, air akan mula pasang lebih kurang jam 11:00 malam hingga 12:00 tengah malam.

~Mendapatkan umpan. Menurut si Zamri, kat sekitar sini ada dijual umpan hidup. Takpe, kita cuba try test dulu. Kalau tak jumpa jugak, ke Giant la kita.

~Aku perasan ada beberapa buah bundle sepanjang jalan dari pusat bandar ke Manir. Hah, memang bikin aku geram ni! Apa lagi,
Continue reading →

12 nasihat berguna:

Semoga Bertemu Jodoh, Sara...

12
10:20 AM

Pernah buat macam ni? Tulis nama sendiri, menurunkan tanda tangan ringkas (initial), meletakkan nombor tertentu atau singkatan yang mewakili makna tersendiri: di atas sekeping duit kertas. Dengan harapan? Entah la. Mungkin kebanyakannya buat benda ni secara suka-suka je kot.

Mungkin...

Petang semalam bila aku terjumpa sekeping duit seringgit yang tertulis nama seseorang berserta dengan tulisan jawi dan angka yang aku sendiri tak faham maksudnya, aku terbayangkan kata-kata...

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Kalau Aku Jadi Menteri Besar

16
5:07 AM
Kalau, ini cuma kalau. Bukannya barangkali, pasti jauh sekali. Cuma aku ada dengar satu pendapat yang cukup baik jugak lepas je negeri Selangor ni dapat Menteri Besar yang baru. Apa-apa pun, ini cuma pendapat. Pendapat yang keluar dari orang yang sedang mengunyah megi kari, tengahari semalam...

Sebenarnya nak ambik hati rakyat ni takde la susah mana, senang je. Asalkan kita faham apa yang rakyat nak, apa yang rakyat hadapi dan jugak apa dan siapa yang menjadi perantara antara pemerintah dengan rakyat. Kadang-kadang pemerintah faham betul dengan masalah rakyat, cukup masak. Tapi malangnya rakyat tetap jugak hidup susah (tak semua, ada jugak yang kaya nak pengsan!) walaupun dah banyak benda yang pemerintah cuba lakukan. Betul tak?

Dan kalau la aku ni diletakkan di atas kerusi Menteri Besar, perkara pertama yang aku akan buat adalah ambik hati mereka melalui satu perkara yang agak sensitif dan penting pada mereka. Tak kira kaya, miskin, hensem, cantik atau pun muka tak berapa kacak macam aku ni... iaitu
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Yang Masin Di Kota Bharu

12
2:00 AM
Sedikit pengalaman masin sepanjang aku berada di tiga buah ibu negeri, di pantai timur semenanjung minggu lalu terutamanya di Kota Bharu adalah ketika berhadapan dengan para peniaga. Agak kecewa jugak la sebab kebanyakan peniaga yang aku jumpa mengamalkan sikap keras dan ada jugak segelintir daripada mereka yang kurang sopan.

Kecewa gua... Ada tu, harap je muka cun. Tapi bila nak buat tawar-menawar harga barang, terus aku tengok kurang cantik. Nasib baik la manis tu ada lagi. Hehehee.

Contohnya malam terakhir aku kat sana. Sempat la jugak jalan-jalan kat Pasar Wakaf Che Yeh yang terkenal tu. Ada satu baju yang harga asalnya RM15, tapi cuma dapat dikurangkan kepada RM14 je. Alahai, seringgit je dik? Nak minum teh O pun tak lepas. Dah la gitu, cakap pun macam nak tak nak je layannya.

Selain tu, akak aku pun siap kena sound lagi dengan sorang peniaga buah tu.

Siang sebelumnya, akak aku ada pergi Tak Bai
Continue reading →

12 nasihat berguna:

Aku doakan kau selamat...

4
10:50 PM
Dari kejauhan, memandu dalam keadaan hujan gerimis, dengan anggaran jarak kurang 100 meter dari kenderaan di depan, tiba-tiba aku tengok ada satu objek seakan-akan dahan kayu jatuh. Betul-betul melepasi sebuah kereta putih. Jenis dan buatan kereta tu langsung tak dapat aku camkan disebabkan jaraknya yang jauh, tambahan pulak waktu yang beransur senja, lebih kurang pukul 6:30 petang kalau tak silap aku. Dan apa yang aku pasti pulak, terdapat sebuah lagi kereta yang berada di hadapan kereta itu, juga berwarna putih.

Mujur juga `dahan kayu' itu tidak menimpa kedua-dua buah kereta tu. Sebab kalau berlaku apa-apa kemalangan, mesti bertambah teruk memandangkan jarak lokasi itu dengan hospital terdekat yang entah aku pun tak tau di mana. Jangankan hospital, klinik kesihatan pun agak mustahil ada.

Semakin lama kereta yang aku pandu semakin menghampiri `dahan kayu' itu. Tapi aku rasa makin pelik. Macam tak logik pulak tiba-tiba ada dahan kayu yang jatuh. Kiri dan kanan jalan yang agak lapang, dengan ketiadaan pokok-pokok besar meneduhi jalan. Yang ada cuma semak-samun je.

Beberapa saat kemudian, owh shit...!

Continue reading →

4 nasihat berguna:

Cahaya Dalam Permata

12
10:56 PM
"Aku tengok kebanyakan design bangunan zaman sekarang ni semuanya banyak gunakan panel kaca. Kaca sana, kaca sini. Ni pun jadi salah satu sebab kenapa suhu sekarang makin meningkat" seakan pakar kaji purba yang cuba nak mengupas kaedah mengangani masalah kebocoran kertas peperiksaan lagaknya aku tengahari tu. Idea perbualan ni tercetus bila aku melihat bangunan yang baru siap di seberang sana.

Duduk makan di tepi tasik buatan, di bawah teduhan `shading' bangunan dengan dibantu hembusan angin ke arah kami berdua, tambah membuatkan selera makan aku makin kencang. Maklum la, ini je masanya aku nak lari sekejap dari kerja-kerja pejabat dan `kerja-kerja tepi' yang tak putus-putus datang. Makan sambil bersembang, minum sambil bersembang, duduk bersandar untuk melepaskan lelah juga tak putus dengan sembang.

Dia pulak aku perasan lebih banyak merenung permukaan air tasik dan tertarik dengan gelagat pekerja senggaraan yang asyik menyembur permukaan dek kayu dengan `water jet spray'. Tengok muka macam ada masalah, tapi masa pulak macam tak cukup, kalau aku tanya karang silap-silap mau sampai pukul tiga kat situ. Takpe, lain kali je. Kita layan dulu `fries' (sori, rojak takde) dengan nasi goreng cendawan.

Manakala sesekali aku pula mengeliat kemalasan membetulkan susunan urat pinggang, satu perlakuan yang cinta hati aku larang terutama bila perut tengah kenyang. Entah kenapa, takut pertalian antara urat perut dengan urat kentut terbelit agaknya...

"Alamak!
Continue reading →

12 nasihat berguna:

Odah United

2
5:39 PM

Antara sebab kenapa aku kena pastikan takde kerja-kerja yang tertangguh, sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu. Menjadikan aku sebagai manusia nombor dua paling busy kat Malaysia ni.

Pantai Timur, korang tunggu kami datang...!

2 nasihat berguna:

Murtabak Lencongan Culvert

11
9:59 AM
Masih awal lagi rasanya kalau kami nak terus check-in ke hotel. Jadi, sebaik selesai separuh daripada kerja yang diperuntukkan untuk siap sepanjang dua hari, kami merayau seketika di bandar Kuantan. Dan idea untuk singgah bersantap di sana tercetus secara tiba-tiba apabila dia terpandang sebuah warung tepi jalan, yang tiada kaitan dengan perjalanan kali ini.

Cuma masalahnya, kawan aku ni langsung tak tau kat mana tempat santapan tu. Jangankan lokasi yang tepat, landmark sekeliling pun haram dia nak ingat. Sudahnya, aku terpaksa dapatkan bantuan melalui talian hayat.

...tuuttt! Panggilan dimatikan. Berdasarkan perbualan beberapa minit tu, aku langsung tak faham arahan lisan yang diberikan. Kalau aku dah beberapa bulan menetap kat sini, mungkin aku dapat tangkap separuh daripada arahan tersebut.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk mencari lokasinya berdasarkan kata kunci East Coast Mall. Aku jangkakan perjalanan tu lebih mudah memandangkan aku dah biasa gunakan GPS ni. Tapi...

Continue reading →

11 nasihat berguna:

3

3
3:02 AM
*

Bercerita tentang kematian, bermula dari Temerloh hingga ke hadapan pagar rumah iaitu sebaik menerima berita pemergian seorang `friend of my friend' secara mengejut. Segala-galanya memang terdapat pelbagai kemungkinan oleh kerana semua itu telah ditentukan olehNya. Sama ada kita akan dijemput secara mudah atau tidak.

Apakah kita akan pergi dengan begitu pantas hingga tidak sempat untuk mengerutkan dahi, buat menikmati rasa sakit.

Atau pun kita sempat merasai penderitaan selama menempuhi liku-liku dan kesusahan sepanjang menghidapi penyakit tertentu.

Hanya Dia yang maha mengetahui. Apa pun, sepanjang masa ini aku tetap mensyukuri dengan apa yang telah Dia pinjamkan pada aku.

al-Fatihah, untuk mereka yang telah pergi dahulu sebelum kita...

Continue reading →

3 nasihat berguna:

Edisi Terkantoinya Seorang Lelaki

16
9:29 AM
Minggu lalu ketika sesi curi tulang di pantri, waktu petang selepas waktu asar, diceritakan kepada aku... Lebih kurang begini,

***

"Time tu aku dah toleh kiri kanan dah. Nampak macam line clear, takde siapa yang duduk dekat. Semua buat hal masing-masing. So, kat ruang tamu tu tinggal aku sorang je. Aku pun ambik la aku punya stok lama yang tak pernah bukak. Dalam kad lagi. Memang dah lama mengidam nak layan stim dia tu.

Benda pun bukan stok yang rare sangat. Biasa-biasa je.

Dah confirm line clear, aku bukak sikit dia punya pek tu. Kat bucu bahagian bawah. Sikit je aku bukak, tak bukak abis. Asalkan ada udara boleh keluar masuk sikit.

Slow-slow aku bukak, sambil tu aku dekatkan hidung aku kat celah yang dah terbukak sikit tu. Sekali aku sedut... Pergh! Memang layan abis la dia punya bau painting tu. Memang kalah bau kasut baru kat kedai. Tiba-tiba,
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Selimut Malam

14
11:47 PM
Bukankah sepatutnya rintik-rintik hujan halus di tengah malam ini bisa membuatkan tubuh kita berdua kedinginan, lantas merangsangkan liang-liang roma yang sebelum ini terbaring kemalasan.

Namun mengapa pula aku begitu kaget merasakan angin gelap ini semakin lama semakin membahang, memanggang kulit aku sendiri. Seiring dengan lelehan cecair hangat di pipi engkau waktu ini.

Teruskanlah berbaring, peluklah bantal engkau itu erat-erat, biarkannya basah dibanjiri air mata kesayuan dan maaf kerana aku tidak mampu hadir menjadi selimut malam engkau, buat menggantikan air mata yang saban malam menemani wajah pudar engkau itu.

Selamat malam, kawan...

*****

~Ucapan selamat malam untuk mereka yang masih berjaga. Kalau tak dapat lena kerana masalah dunia, tenangkanlah b*nt*t anda...

14 nasihat berguna:

12 nasihat berguna:

Di Sana Lahirnya Sekumpulan Cinta

12
11:59 PM

Sekumpulan cinta-cinta kecil berpakaian seragam, yang kemudiannya membesar bersama-sama cinta-cinta kecil dan besar di samping mereka. Ada ketika cinta-cinta yang mendampingi mereka akan berubah menjadi benci, menjadi syak wasangka, menjadi cemburu, menjadi pengkhianatan, menjadi kecewa, menjadi penipuan. Namun akhirnya tetap juga menuju jalan yang sama, iaitu jalan menemui Tuhan.

Ohya,
Continue reading →

12 nasihat berguna:

Pelangi di bawah pohon cendol (entri panjang banyak gambar)

5
2:49 PM
Ini apa yang telah berlaku genap seminggu yang lalu.

*

Lebih kurang 12 jam sebelum pertemuan, perancangan ala kadar diatur. Dia yang memberitahu bahawa dia akan mempunyai sedikit masa lapang untuk menyerahkan pesanan aku, yang dibuat sebulan sebelumnya.

Alamak, Sungai Long? Hmm, tempat yang aku kurang familiar. Kunjungan ke rumah dia pada hari raya dua tahun lepas pun berdasarkan panduan daripada GPS semata-mata. Kalau kali ni aku ikut signboard, mungkin boleh kot. Lagi pun mana mungkin aku nak tengok telefon bijak aku sambil menunggang dengan kelajuan purata 90km/j di atas lebuhraya.

Sudahnya, aku pun cuba mendapatkan kepastian malam tu jugak. Screenshot dari Google Map di`whatsapp'...


Tak pasti lokasi sebenar, walau pun landmark telah diberikan iaitu Maybank dan beberapa premis terkenal yang lain. Aku rasa mungkin betul la kot tempat ni.

Rasa sedikit yakin bila menerima balasan screenshot daripada Waze milik dia.
Continue reading →

5 nasihat berguna:

Peringatan Untuk Mereka

6
9:53 AM
Minggu yang sangat sibuk, sampaikan nak tido kat ofis pun macam tak sempat. Dengan kerja-kerja ciput yang keluar masuk, keluar masuk telah mengurangkan lagi ruang untuk aku bersantai. Tapi dalam sibuk-sibuk pun, sempat lagi aku lari sekejap pergi ke sungai yang panjang kat Malaysia (atau mungkin dunia). Nanti aku ceritakan, itu pun kalau ingat la.

Semalam, dari pagi sampai ke malam, `garis masa' kita pasti telah dibanjiri dengan pelbagai cerita duka yang mengiringi perjalanan terakhir mang-mangsa tragedi MH17. Cerita-cerita sedih tu tak berakhir sebaik sahaja jenazah mereka selamat dikebumikan, tetapi melarat sehingga ke awal pagi ni. Dengan masing-masing berkongsi pengalaman daripada anak-anak, ibu bapa, saudara dan kenalan si mangsa.

Aku tak berapa nak baca/tonton sangat, sebab aku tak nak rasa terganggu dengan cerita-cerita sedih sebegitu. Pada aku, cukup la kita semua berkongsi kesedihan dengan mengirimkan doa untuk yang telah pergi tu.

Cukup setakat itu. Sebarang kisah menyayat hati sebelum dan selepas kematian mereka itu, pada aku biarkan tamat dan dikenang oleh mereka yang tersayang. Air mata mereka tidak sepatutnya menjadi bahan dagangan untuk melariskan butang `kongsi' di laman sosial. Kemudian, beberapa bulan dari sekarang kita semua kembali seperti sediakala. Melupakan iktibar yang Tuhan kirimkan bersempena tragedi ini.

Dan kalau pun betul kita semua rasa terkesan dengan insiden ni, sehinggakan acara hiburan yang secara tradisi dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti terpaksa dibatalkan, eloklah kita melakukan sesuatu supaya anak-anak kita nanti tahu bahawa tahun 2014 ini adalah tahun malang bagi industri penerbangan kita. Contohnya,
Continue reading →

6 nasihat berguna:

Jari III

10
7:30 AM
Lebih kurang 10 minit melepasi jam 5 petang... "Weei, pergi mana tu. Rilek dulu. Awal lagi kalau nak balik pun..." aku menyergah lelaki yang kadang-kala dipanggil sebagai kembar aku disebabkan keadaan fizikal kami hampir serupa, cuma umur yang berbeza hampir 20 tahun.

Di depan pintu pantri, dia yang kelihatan sedikit tergesa-gesa menuju ke pintu utama sambil tangan kirinya menjinjing gitar baru, katanya. Sementara aku datang dari arah bertentangan dalam perjalanan ke pantri, dengan tujuan yang rutin seperti selalu. Apa lagi kalau bukan nak pekena teh tarik dan mengepam asap barang sebatang dua...

Setelah dipaksa masuk dan duduk di atas kerusi plastik, dia mengambil masa kira-kira 5 minit untuk memilih lagu yang sesuai dengan permintaan aku. "Lagu yang simple je cukup Jang, bagi plucking lebih sikit." Pinta aku. "Cepat sikit, lambat kau main, lambat la kau balik. Kang marah pulak Dato' Bentara Guru tunggu lama-lama. Hahaha!"

Sedutan pertama...

Sedutan kedua...

Dan yang ketiga, kemudian dia meletakkan kretek yang membara di tepi bibir meja. "Ok, nak sangat kan? Ha, kau dengar ni..."
Continue reading →

10 nasihat berguna:

Apa masalah aku dengan si KIDEX ni?

12
10:07 AM
kinrara damansara expressway KIDEX
Cadangan laluan, hasil carian dari Google.

Aku tulis dalam bentuk point-point je la. Nak taip panjang berjela, confirm nanti aku sendiri rasa menyampah nak baca balik...


Apa yang aku faham:

-Kinrara - Damansara Expressway, sepanjang 15km dari Damansara Jaya ke Bandar Kinrara.

-Dijangka akan memendekkan masa perjalanan sebanyak 25%, kononnya.

-Mengurangkan kesesakan trafik di sekitar Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, Damansara dan bla bla bla.

-Satu syarikat konsesi ditubuhkan (gabungan) setelah projek ini dianugerahkan kepada dua syarikat. Terdapat isu politik kat sini. Memang aku dah agak.

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Tak Berpenghuni Lagi

3
6:47 PM
Berbaring di sini, membuatkan aku teringat akan arwah. Dalam pada mengimbau kenangan, sempat aku terlelap.

Badan melekap ke atas jalinan lapik kerusi malas ini, mata terkebil-kebil sambil memandang ke arah jalan masuk, persis apa yang arwah selalu lakukan dulu.


al-Fatihah...

3 nasihat berguna:

Qorun...

10
7:50 AM
Baru aku tau,  harta karun tidak semestinya tertanam berhasta di dalam tanah. Atau letaknya jauh terpencil di tengah pulau yang dikelilingi lanun...

Sebenarnya kebanyakan harta karun yang ada ni wujud betul-betul di depan mata. Bertaburan di atas tanah. Cuma tinggal aku je yang perlu menukarkan itu semua kepada rumah banglo, kereta mewah dan duit berjuta...

biji getah kebun getah
Hasil lima minit aktiviti mengutip biji getah, di kebun arwah nenek aku.
Dah lama tak merayau dalam kebun, nyamuk-nyamuk kat sini macam dah tak kenal aku pulak. Bila nyalakan Winston sebatang, baru la masing-masing nak tunjuk adab sikit.

Perhatikan dalam gambar, baru aku tau yang tangan aku ni memang mulus, lembut dan halus! Hehehee...

Sekian, assalamu 'alaikum...

10 nasihat berguna:

Sama Tapi Berbeza

4
2:37 PM
Salah satu sebab kenapa aku cukup tak berkenan dengan aktiviti berkongsi dan `forward'kan info-info dalam whatsapp adalah ini...

Pertama kali aku terima mesej ni beberapa bulan lalu,
kemudian diulang pula oleh ahli-ahli dari group yang lain
dan ini...
Continue reading →

4 nasihat berguna:

Roda-roda Panas Atas Katil

12
8:54 AM
Kurang 5 minit sebelum jam 1 petang, sudah hampir dua jam aku berada di sisi katilnya. "Ok, Iza. Aku nak gerak dulu. Apa-apa hal karang bagitau aku."

"Ok. Terima kasih eh..." balas isterinya yang berdiri di muka pintu.

"Abu, aku nak chow dulu. Ni aku nak bagi kau satu barang. Sekarang orang dah tak collect super car, tapi ramai yang cari kereta klasik. Nah, yang ni versi wagon punya..." lebih kurang begitu kata aku kepada Abu yang tersandar di atas tilam dengan badan dan kepalanya beralaskan dua biji bantal. Sepanjang aku berada di situ, dia kelihatan agak menyedihkan. Dengan tiub yang bersambung di kiri dan kanan tangannya, wayar halus melekap di dada dan tangan yang ketara membengkak.

Pertama kali melihat dia, tiba-tiba aku jadi sayu. Ditambah lagi dengan rasa bersalah sebab masuk hari ke-5 dia jadi penghuni di situ, baru aku ada kesempatan (teringat) nak melawat.

Kawan yang aku kenal sejak sekolah, duduk sebelah dan sama-sama tidur dalam kelas sejarah cikgu Jalal. Moga Tuhan segera mengembalikan kesihatan kepadanya seperti sediakala, insya Allah...

"Nah, ambik ni..."
Continue reading →

12 nasihat berguna:

6 nasihat berguna:

Faiz si penipu dan bijak.

4
3:49 PM
Duduk dalam pejabat yang mempunyai lebih 50 ruangan kubikel tetapi dihuni tak sampai 10 orang, tiba-tiba aku rasa tersentuh campur terhibur campur kelakar campur marah campur kelat bila baca berita pasal seorang lelaki bernama Faiz ni.

Mula-mula tu memang la marah kan? Yela, dengan perasaan budak yang takde mak bapak pun kau sanggup buat main, takde akal betul la. Atau pun dia ni memang berakal cuma sel-sel otaknya dah tersilap berhubung ke bahagian punggung kot.



Tapi bila difikir-fikir balik, ada baiknya dia buat macam tu...
Continue reading →

4 nasihat berguna:

Terima Kasih Syawal

14
5:32 AM
`Belajarlah menghargai keindahan kecil yang hadir begitu banyak dalam kehidupan kita.' -Tanpa Nama

Pagi syawal yang pertama, setelah aku dan ayah pulang dari surau. Kami semua berkumpul mengelilingi meja makan.

Sepuluh biji ketupat, semangkuk rendang ayam, sayur lodeh dan sambal kacang. Semuanya sudah lengkap terhidang di atas meja makan kami. Begitulah kami hampir saban tahun dengan hidangan yang sama. Sengaja emak hidangkan hanya sepuluh biji ketupat daripada 30 biji yang aku dan ayah anyam petang semalam. Tak mahu membazir katanya. Cukup la tu untuk lima orang. Lagi pun, pagi raya ni tak boleh makan banyak, takut sakit perut. "Kan dah sebulan kita tak makan siang, nanti terkejut". Tambahnya lagi.

Begitulah emak. Dengan kemahirannya yang tersendiri dalam mendidik kami bagaimana cara untuk berjimat. Sehinggakan aku terikut-ikut dengan sikap jimat-cermat dan tidak membazir emak itu. Pernah beberapa kali aku menawarkan diri untuk menghabiskan makanan (kadangkala minuman!) yang tidak mampu dihabiskan oleh orang lain, ketika keluar makan di kedai. Aku tak peduli. Kerana pada aku, menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan bukan sekadar menadah tangan ke langit lima kali sehari, tetapi juga dengan tidak melakukan pembaziran. Walau pun hanya sebutir nasi dan setitis air sirap limau...

Selesai membacakan doa makan,
Continue reading →

14 nasihat berguna:

Kabin Mini

8
8:46 AM

Ini la aku punya kubu bawah tanah.

Tidak la seluas mana, tapi kalau aku keluarkan padestal (sebelah kiri) tu, dapat la jugak aku baring sambil melunjurkan kaki. Cuma masalahnya, kalau padestal tu keluar dari kedudukan asalnya, mungkin lokasi pertapaan aku ni bakal diketahui oleh pihak musuh.

Jadi, aku selalu je ambik jalan selamat dan mudah.

Bentangkan karpet tu dengan jaket, susun dua atau tiga buah buku (kadang-kadang gulungan kertas bersaiz A2) di bahagian hujung untuk menjadi alas kepala. But, sandal dan selipar yang ada tu pulak aku cuma alihkan sedikit je. Dan berbekalkan pemain mp3 yang mempunyai fungsi fm radio, rekod pertapaan paling lama aku adalah lebih 3 jam!

Itu pun sebab
Continue reading →

8 nasihat berguna:

#MH17

22
2:41 AM
Teruskan berdoa, kerana semakin lama kita makin perlu bersatu...

22 nasihat berguna:

Jawapan Teka-teki Semalam

16
7:05 AM
Soalan semalam tertulis begini : Apakah nombor pada petak letak kereta yang telah diisi (terlindung) pada gambar?

Dan ini adalah gambar yang dimaksudkan.


Untuk menangkap apa helah yang tersembunyi dalam gembar di atas, korang kena peka dengan petak parking yang aku lukiskan. Bukan kepada nombor-nombor tu. Nombor-nombor tu fungsinya cuma untuk mengalih perhatian je. Abaikan je nombor tu sebab nombor apa pun yang aku tulis, langsung tak membawa apa-apa makna.

Apa yang penting adalah saiz petak parking tu. Perasan tak saiz petak yang diisi dengan Volkswagen merah tu lebih besar sedikit berbanding petak di sebelahnya? Kenapa macam tu?

Hahahahaaa! Saiz dia agak besar sedikit sebab...
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Siapa rasa dia kacak atau cantik, sila jawab teka-teki ni...

10
10:55 AM
Peugeot putih #CDM25

Soalan : Apakah nombor pada petak letak kereta yang telah diisi (terlindung) pada gambar di atas?

~Tiada tarikh tutup.
~Sesiapa pun boleh menjawab. Tanpa mengira darjat.
~Jawab la sebanyak mana yang anda mahu, sebab cuma jawapan yang paling betul akan diambil kira. Baik kan aku ni?
~Hadiah kepada pemenang bukan dalam bentuk material.
~Jangan risau, pemenang boleh lebih daripada seorang. Tak kedekut kan aku ni?
~Pemenang dan hadiah akan diumumkan kelak. Bila aku ada rasa macam nak umum, aku umumkan la...
~Semoga awek Peugeot putih #CDM25 tabah menghadapi bulan Ramadhan tahun ni. Eh?! Hahahaaa...

10 nasihat berguna:

Tengkorak Di Masjid Ubudiah

17
5:51 PM
Tempoh hari, selesai bersolat tarawikh di masjid idaman hati (kat sini), kami pun berhenti sekejap kat simpang empat yang aku sendiri pun tak tau kat mana. Macam tu la akibatnya kalau bergantung sangat pada GPS, atau dalam kata lain malas nak tersesat. Berhenti tu pun sebab aku nampak macam senang je nak parking kat depan kedai ni.

Dan yang paling power sekali, kat kedai ni ada jual sup belut. Pergh! Terbaik jugak dia punya kuah. Walau pun aku kurang puas hati dengan belut-belut dalam mangkuk yang saiznya lebih kurang macam jari telunjuk. Tak puas nak mengunyah...

Sambil-sambil menjeling mak menti yang rajin meronda di celah-celah kaki meja dan kerusi, tiba-tiba kepala botak aku mengeluarkan satu idea yang super bernas. Tak terlawan dengan mana-mana ahli politik.

Continue reading →

17 nasihat berguna:

Pengkhianatan Untuk Bertemu Jodoh Di Stadium

8
12:13 PM
"Apa cerita kita petang ni? Aku tak pernah outstation time bulan puasa. Nak buka kat mana?" tanya aku sebaik kereta berhenti di hadapan hotel. Aku memang tak boleh blah kalau berbuka kat luar. Tak syok, tak best, tak seronok langsung. Aku lagi suka makan kat rumah...

"Apa lagi, kita cari bazaar ramadhan la. Mesti banyak makanan..." tu dia cadangan daripada Romi. Kalau setuju, abis la kempen boikot bazaar ramadhan yang dah masuk tahun ketiga ni. Mana mungkin aku nak mencabul ikrar yang selama ni aku tanamkan dengan ungkapan 'say no to param'.

Tapi masalahnya kat sini, kalau aku nak cari kedai makan yang power dengan orang tak ramai, mana la aku tau kat mana celah boleh jumpa. Dengan jalan Kota Bharu yang masih lagi asing pada aku, dan jugak masa yang semacam semakin suntuk. Tu belum ditambah, tolak, darab dan bahagi dengan keadaan trafik yang aku tengok macam nak sesak je. Maklum la, waktu orang baru balik kerja.

Di kaunter penyambut tetamu...

Continue reading →

8 nasihat berguna:

Misi Separa Berjaya Di Kota Bharu

18
11:54 PM
Tengahari Jumaat, lebih kurang sejam sebelum waktu biasa aku keluar untuk ke masjid. Dari celah-celah stiker yang aku tampal buat menutup panel kaca di dinding partition, aku dapat tengok dia datang ke arah aku. Sesampai je kat sebelah, ada sehelai kertas di tangannya.

"Pergi mana petang semalam? Puas aku cari..." katanya perlahan. Aku rasa, mesti dia bawak sedikit perkhabaran gembira atau nak mintak tolong. Kebiasannya memang macam tu. Kecuali la kalau dia datang dengan tangan kosong tu, cuma nak bersembang atau nak kacau aku buat kerja luar.

"Biasa la, cari makan. Pukul 2 aku keluar, lepas tu terus balik rumah. Apahal?" tanya aku membalas semula soalan yang diajukan.

Continue reading →

18 nasihat berguna:

Raban

18
8:18 AM
Pekasam ikan belida, istimewa dari Tasik Raban. Memang ini yang aku cari untuk menu bersahur...
Dua lagi adalah ikan loma (Tasik Raban jugak) dan ikan tilapia (buatan Tumpat, beli kat Kota Bharu).

18 nasihat berguna:

Gelandangan Kandas Dengan Semangkuk Bubur

14
11:02 PM
Sumber dari Google, dah lama wujud dalam internet.

Satu lagi isu yang mengekori selepas isu Azwan Ali dengan sampah-sampahnya, seawal minggu pertama bulan Ramadhan tahun ini adalah pasal gelandangan. Bezanya kali ini individu yang mencetuskan bahan ketawa adalah orang yang sepatutnya dilihat sebagai tokoh yang bijak, seiring dengan jawatan yang dipegang. Tambahan pulak, dia sendiri dipilih oleh rakyat melalui satu sistem yang memang diakui sah. Kononnya la. Heheheee...

Apa benda ni Botak, start ayat dah macam kolumnis Sinar Harian pulak. This is not me, ok. =.=

Bercakap pasal gelandangan ni, aku pun ada pengalaman dengan orang yang tergolong dalam kategori mereka yang amat bernasib baik ni. Sebab pada aku, salah satu orang yang termasuk dalam golongan gelandangan adalah...

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Menjumaatkan Hari

18
4:53 PM
Assalamu 'alaikum...

Hari Rabu, pertengahan minggu bekerja sebelum tibanya petang Jumaat. Waktu yang aku selalu tunggu-tunggu. Tempoh pendek yang mesti jiwa aku raikan dalam menyambut kedatangan cuti hujung minggu. Perasaannya semacam telah terbebas dari kurungan komitmen selama lima hari berturut-turut (walau hakikatnya aku tetap bekerja hujung minggu dan waktu malam hingga awal pagi).

Rugi kan? Kan elok rasanya kalau semangat petang Jumaat tu aku bawa sekali pada hari-hari yang lainnya, sempena meraikan kehidupan sempurna yang Tuhan anugerahkan ni. Di sini, barulah aku sedar betapa hebatnya nama TGI Friday's yang beroperasi setiap hari. Dengan membawakan kegembiraan menikmati makanan tanpa berkira soal hari dan waktu.

Salam Ramadhan semua, ceria selalu...

Muhammad Danish Irfan; 2 April 2011; Teluk Ramunia, Kota Tinggi.

18 nasihat berguna:

Ketenangan Menjamin Kebahagiaan

16
9:11 AM
Selalu sangat kan kita tengok kalau kat klinik kesihatan atau hospital awam keadaannya memang kelam-kabut sikit, orang ramai, suasana sesak, nurse yang asalnya dari rumah muka secantik Nora Danish umur 19 tahun pulak boleh berubah serupa naga terpijak taik sendiri. Masam, bengis. Kalau ada yang senyum pun, nampak sangat terpaksa dan tak ikhlas. Itu klinik kesihatan atau hospital awam.

Lain pulak dengan apa yang aku alami hari Isnin minggu lepas.

Lokasinya adalah di sebuah klinik pergigian (awam) yang terletak betul-betul kat tepi jalan, attached dengan klinik kesihatan yang memang rutin setiap hari akan sentiasa sibuk. Sibuk sangat dari pagi hingga waktu tutup kedai, sampaikan kereta yang parking pun membuak-buak ke atas walkway jalan besar.

Bila aku masuk je...

Continue reading →

16 nasihat berguna:

A for Altel, B for Botak, C for Confuse...

10
4:14 PM
<Tiada gambar untuk entri kali ni>

Dua tiga hari ni, tengah sibuk berlegar cerita pasal Altel. Dari Facebok bawak ke Whatsapp, dari Whatsapp bawak ke pantri. Pantri tak berasap sebab sekarang ni kan tengah bulan puasa. Siapa aje yang berani bancuh kopi pukul 8 pagi. Punya la kecoh cerita orang nak bertukar ke telco yang baru ni sampaikan telefon bijak aku pun jadi `tergantung' disebabkan teks yang terlalu banyak dalam satu pesanan Whatsapp.

Apa ke jadah yang korang kecohkan ni?

Selak punya selak. Oh, rupa-rupanya Altel ni telco terbaru yang muncul untuk bersaing dengan operator telekomunikasi yang sedia ada. Konon-kononnya Altel ni jauh lebih murah macam bubble gum dengan coklat Daim kat KLCC (sekadar perbandingan),  lebih laju macam belalang tempur aku berbanding dengan honda bulat. Dan satu perkara yang diorang sibuk canangkan dan angkat sebagai sebab utama kenapa kita semua umat muslim satu dunia mesti bertukar adalah, Altel ni juga dimiliki orang muslim (apa yang aku faham la).

Oh, macam tu kisahnya...

Tapi pada aku,

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Tenangkan Bontot Anda

10
3:04 PM
Awek muka Jepun ni nama dia Suiko Takahara. Ah, nanti-nanti la aku naikkan entri baru. Kasi layan dulu awek ni...

10 nasihat berguna:

Tindas

29
11:05 AM
Sumber gambar dari sini.
Nampaknya, sehingga pagi ni aku masih lagi gagal membayangkan, bagaimana agaknya kalau wanita tua yang menjulang buku lima ke udara ni adalah ibu aku sendiri. Gagal juga meneka apakah jenis penindasan yang dia rasakan hingga sanggup bangkit begitu. Kenapa? Kerana aku sebenarnya masih lagi kurang peduli walau pun seringkali berlakon seolah-olah memahami.

~Situasi anak-anak sekolah yang keciciran kerana tiada sepatu dan pakaian untuk ke sekolah, masih lagi satu realiti. Menurut akak aku yang juga seorang guru...

~SOAD (jangan klik)...

29 nasihat berguna:

Danish, dari JDT menuju ke Selangor...

10
10:13 PM
Nama : Muhammad Danish Irfan... Abang kepada si Qistina yang aku ceritakan dulu.

Umur : 9 tahun beberapa hari (lupa pulak budak ni dah darjah 3, ingatkan darjah 2 lagi). Kalau nak tau, minggu lepas adalah hari lahir dia, tapi yang ni pun aku tak ingat berapa haribulan walau pun dia ni anak buah aku yang paling sulung.

Sukan kegemaran : Mesti la bola sepak. Sampai sanggup tak tido malam (kononnya) semata-mata nak tunggu Liverpool punya perlawanan.

Jadi, sempena ulang tahun kelahiran dan kejayaan dia menempatkan diri di tempat pertama dalam peperiksaan yang lepas, aku dengan senang hati bawak dia tengok bola kat stadium. Perlawanan antara pasukan Selangor yang power menentang pasukan ATM yang banyak mengada-ngada. Sebelum tu dia ada tanya aku, "Uncle teka World Cup tahun ni siapa yang menang?"

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Cikgu Zahari

10
10:59 PM
~Dialog yang sepenuhnya dan tepat aku dah tak ingat, tapi lebih kurang macam ni la bunyinya...

"Siapa tau apakah yang dikatakan dengan suruhanjaya?" Soalan tu ditujukan oleh Cikgu Zahari kepada semua pelajar pagi tu. Takde seorang pun yang bersuara, apatah lagi mengangkat tangan. Masing-masing senyap. Daripada hampir 30 orang pelajar, separuh mereka hanya mampu 'mencari anak semut kat lantai', tertunduk menyembunyikan muka.

Begitu juga dengan aku. Tunduk ke meja dengan harapan aku tidak pernah wujud dalam kelas tu buat beberapa saat.

"Ha awak, cuba jawab. Salah pun takpe. Jawab je apa yang awak tau." Cilakak. Dari ekor mata aku, aku perasan ayat tu ditujukan kepada aku walau pun nama aku tidak disebut. Ciss...

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Tom Morello's

4
2:17 AM
tom morello's guitar arm the homeless rage against the machine
Sumber imej dari sini.
"Arm The Homeless", salah satu bayang-bayang kembar yang sentiasa di dalam dakapan Morello selain daripada "Soul Power".

4 nasihat berguna:

Sedikit Kisah Tentang Atiqah

16
9:58 PM
Berumur baru 9 tahun dan memegang jawatan sebagai pelajar biasa di sekolah, dalam darjah tiga. Datang dari latar belakang keluarga yang sederhana, tinggal di dalam masyarakat yang serba sederhana walau pun fizikalnya lebih sedikit daripada sederhana. Seakan pipinya boleh diibaratkan seperti sebiji roti manis, jualan bai yang kadang-kadang aku terserempak tatkala keluar kerja.

Sejak akhir-akhir ni dia rajin lepak kat rumah aku. Entah apa yang dia buat, aku pun tak tau. Mungkin saje nak kacau mak aku buat kerja kot. Walau pun hakikatnya orang tua aku tu memang tak banyak kerja kat rumah.

Selain itu, dia ada sesuatu yang budak sebaya dia tak ada iaitu...

Continue reading →

16 nasihat berguna:

Syarat Nak Kahwin Lagi (Berpoligami)

12
3:41 PM
Topik sembang untuk hari ini adalah, syarat utama yang perlu di`setel'kan dulu kalau nak kahwin lagi satu...

syarat utama poligami nak kahwin lagi satu

syarat utama poligami nak kahwin lagi satu

syarat utama poligami nak kahwin lagi satu

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Perjumpaan Semula

10
10:06 AM
Gambar-gambar yang mampu membuktikan bahawa kami orang lelaki kekal macho walau pun dalam tempoh lebih 10 tahun...


Dari kiri: Zain, Asoi, Zari, Botak dan Pastik. Si Pastik ni walau pun dari dulu sampai sekarang selalu kena bahan, tapi gaji dia sekarang lagi banyak daripada bos aku...
Continue reading →

10 nasihat berguna:

Menjadi Ketua Yang Disayangi III

8
11:48 AM
Assalamu 'alaikum, aku ada sorang bos yang agak sempoi. Sempoi bukan sebab dia pakai warna baju dan seluar yang sama setiap hari (kemeja putih lengan panjang dengan seluar hitam macam pengawas) tapi sebab dia ni jenis yang tak kisah. Muka pun selalu ada senyum.

Dan satu lagi yang aku respek kat bos aku ni, dia malas nak ambik port pasal punch card ni. Korang nak ketukkan orang lain punya kad, itu korang punya pasal. Dia peduli apa, asalkan kerja semua beres.

Sampai ke satu tahap tu, dia tampal kertas kat panel bilik dia yang betul-betul mengadap mesin punch card tu. Sebelum ni, mesin ni diletakkan depan bilik dia supaya senang bos nak pantau pergerakan keluar masuk semua staf. Mana-mana yang menipu tu, boleh la detect dengan mudah.

Ha, nampak tak glass panel yang dia dah cover tu?
Itu cerita lain. Satu lagi yang buat aku `geram' setiap kali menjenguk ke dalam bilik bos aku ni adalah...
Continue reading →

8 nasihat berguna:

Lencana Butang

14
3:48 AM
button badge family day hari keluarga

Because we have set the first foot prints ever on where you sleep tonight.

Tak pasti dari mana benda ni dapat nama. Lencana tu aku boleh faham, tapi mana butangnya? Apa pun, rasa macam tak sabar pulak nak sembang sampai mabuk dengan geng-geng lama. Ada yang dah dekat 10 tahun tak jumpa!

Untuk pengetahuan, kelas aku dulu semuanya lelaki. Kalau ada perempuan, boleh la jugak aku bandingkan dengan lelaki ni. Sebab ramai geng lama yang lelaki tu kekal macho dan tegap walau pun dah kahwin. Hahahaa...!

~Maaf, ada info pada button badge ni yang tak perlu aku dedahkan.
~Bangga sebab ada orang puji hasil kerja aku ni. Heheheee...

14 nasihat berguna:

Menjadi Ketua Yang Disayangi II

14
10:52 AM
Ini adalah cerita lama, ketika perlawanan akhir Piala Thomas antara pasukan Malaysia menentang pasukan dari Jepun tempoh hari. Tapi apa yang aku nak ulang kat sini masih lagi boleh dianggap relevan sampai bila-bila iaitu salah satu cara untuk menjadi ketua (pemimpin) yang disayangi. Tak lain dan tak bukan adalah, `be a part of them'.

Sebenarnya jarang sekali aku nak memuji para pemimpin ni. Lebih-lebih lagi kalau mereka ni dari kalangan menteri. Salah satu pemimpin parti politik yang aku pernah puji dulu adalah Lim Guan Eng semasa beliau berdebat dengan Chua Soi Lek. Itu dulu, sebelum pilihanraya. Sekarang, aku nak puji pulak orang muda ni yang diberi tanggungjawab untuk menjaga orang muda kat Malaysia ni. Memang sesuai la kan.

Kalau dulu, tugas tu diberikan pada orang tua yang kepala dia langsung tak boleh masuk dengan orang muda. Muka toya, badan lembik. Otak pulak lembab. Apa barang kalau setakat berjoget atas pentas je yang dia reti.

Cuba bagi bola rotan sebiji, suruh dia timbang sepuluh kali. Mau masuk ICU sebab kena heart attack...!

Apa yang aku nak puji pasal si Khairy ni adalah

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Pulau Redang, Setahun Yang Lalu

19
3:45 PM
Sebenarnya ini adalah entri  tertangguh. Lama tak lama tu, ada la jugak dalam setahun aku perap dalam peti sejuk. Cuma silap aku tak perap dalam rempah je. Kalau tak, dah boleh buat barbeku hujung minggu karang.

Hari kami bertolak adalah pagi sehari selepas pilihanraya umum yang lepas. Sebab tu la aku agak tergesa-gesa balik dari Johor  tempoh hari. Lepas kerja-kerja memangkah, packing barang, terus gerak! Aku malas nak tersekat dalam traffic jam. Mujur, proses pilihanraya berjalan seperti yang aku `jangka'. Risau jugak kalau pagi hari aku bertolak tu, tiba-tiba airport shut down pulak. Hehehee...

Apa pun, pertama sekali aku nak mengiakan pendapat yang mengatakan bahawa keseronokan bercuti atau melancong tu lebih banyak dirasai ketika perjalanan. Bukan pada tempat yang kita nak tuju tu. Buktinya, untuk sampai ke Pulau Redang ni kami merasai ketiga-tiga jenis pengangkutan yang ada.

Dari rumah ke KL Sentral, macam biasa la. Aku ada driver tak bertauliah iaitu Arab yang sanggup bangun awal pagi walau pun dia ni jenis liat nak bangkit. Tapi dengan syarat dia boleh pakai kereta aku sepanjang aku tak ada. Lantak la, janji jaga elok-elok. Jangan pakai untuk buat jenayah.

Ok, mula dari sini aku kena tunjukkan gambar sambil cerita sikit-sikit. Sebab pada aku gambar-gambar tu lebih menarik berbanding kalau aku cuma bercerita je. Karang bosan pulak. Aku nak taip banyak-banyak idea dah kurang.
Continue reading →

19 nasihat berguna:

Wanita Mistik dan Selipar

14
12:29 AM
Kisahnya macam ni.

Macam yang aku bagitau sebelum ni, aku pernah tolong (jadi pencacai sebenarnya) kawan aku berniaga kat pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pasar malam yang dah jadi legend kat KL ni.

Berniaga tak la sehebat mana, takde la untung sampai berpuluh ribu sebulan. Tapi kalau kena air pasang dalam, sehari tu cecah la jugak untung sampai seribu lebih. Yang mana itu adalah rekod kutipan terbaik kami pernah buat.

Gila kau. Jual selipar je tapi untung cecah seribu. Macam tak percaya memandangkan kami berkongsi tapak bersaiz 8'x8' dengan sorang lagi peniaga stiker dan permainan. Yang mana dia adalah peniaga otai kat situ. Siapa tak kenal dia, memang mintak kena bantai dengan payung.

pasar malam jalan tuanku abdul rahman TAR peniaga jual selipar jalan raja muda musa kampung baru
Tak sangka pulak aku ada lagi simpan gambar ni.
Masa 6:28 petang, tarikh 21 April 2012.

Ada satu minggu tu, kawan aku ni mengadu...

Continue reading →

14 nasihat berguna:

Berfikir Di Luar Cawan

28
8:30 AM
Sekolah menengah, kalau tak silap Form 3 kot sebab masa tu aku masih lagi belum kelihatan kacak jika dipandang dari jauh. Lokasinya di dalam makmal sains, kami semua siap meletakkan ketulan-ketulan ais ke dalam bikar kaca di hadapan kami. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga atau empat orang pelajar.

Macam biasa, aku selaku pelajar pasif di dalam kelas cuma memerhatikan dari tepi tanpa terlibat dalam apa-apa kerja. Bermula daripada kerja-kerja mengambil ketulan-ketulan ais dari meja cikgu sehinggalah kepada berebut meletakkan ketulan-ketulan ais itu ke dalam bikar kaca berisi air suling. Aku lebih gemar memerhati sahaja gelagat masing-masing yang jelas kelihatan kurang matang. Sebijik macam perangai budak umur 15 tahun!

Ohya, masa tu aku agak pelik jugak kenapa cikgu asyik suruh gunakan air suling je dalam setiap ujikaji makmal. Air paip kan ada, membazir betul la.

Selang beberapa minit,

Continue reading →

28 nasihat berguna:

Kecil Tapi Besar

10
5:50 PM
facebook page penduduk kulai gambar kucing terbiar


Berikanlah sedikit penghargaan untuk lelaki ini.
Usaha yang nampak kecil tapi sebenarnya begitu besar pada aku...

10 nasihat berguna:

Kita yang mengubah dan berubah rupa

14
12:51 AM
Sama ada mereka ini adalah pencuri yang mencuri kerana ingin mencari kekayaan atau sekadar untuk melepaskan rasa lapar yang menjerut hingga ke pangkal leher, atau pembunuh yang mencabut nyawa insan lain hanya kerana memenuhi tuntutan nafsu amarah atau tanpa sengaja semata-mata mahu mempertahankan diri dan hak orang lain. Sama ada mereka ini terdiri dari kumpulan yang mementingkan diri atau pun segelintir yang mendambakan segalanya untuk membantu insan lain. Mereka semua ini hanya berasal daripada seorang...
Continue reading →

14 nasihat berguna:

Di Bawah Jambatan

2
10:28 PM
utusan malaysia keluarga gelandangan di pasar seni
Sumber gambar dan artikel dari sini.

Sebenarnya, jarang sekali aku baca artikel di akhbar yang terkenal dengan laporan yang serba meragukan ni. Tentu sekali atas dasar menyampah dengan isu politik yang jelas tidak pernah sekali pun aku rasa berpuas hati terhadap laporan mereka ni, tapi hari ini satu laporan tentang keluarga gelandangan betul-betul membuatkan aku hiba. Sedikit sebak, sedih dan agak pilu bila membayangkan ada tubuh-tubuh kecil yang saban malam lena bertilamkan lantai konkrit, berbantalkan lengan kurus dan berselimutkan dingin cuaca dinihari. Sambil sesekali mungkin ada serangga halus datang berkunjung di sisi mereka.

Continue reading →

2 nasihat berguna:

Sayang rasa abang ni hensem tak?

12
10:24 AM
Soalan yang dah lama aku nak tanya dia, tapi tak tau bila masa yang sesuai.

Persoalan pasal hensem atau tidak, cantik atau hodoh ni dah lama bermain dalam kepala kita sejak dulu lagi. Mungkin ada antara kita yang tidak kisah jika Tuhan pasangkan kita dengan mereka yang berwajah kurang menarik, tidak menawan dan tak pandai bergaya. Dah la pergi dating pun pakai selipar jepang je, dengan rambut tak bersikat (bukan sebab botak tapi sebab jenis pemalas) dan ketiak tak bubuh deodoran.

Dan bagi yang mengambil berat akan penampilan menarik, wajah menawan tu, aku tak boleh nak kata apa sebab semuanya datang dari mata. Bukan hati. Sampaikan wujudnya ungkapan `dari mata turun ke hati'. Kalau cantik atau kacak orang tu, maka akan mudah la terjatuh cinta bagi yang melihat. Kalau serupa alien terencat, maka akan ada kebarangkalian untuk mendatangkan rasa menyampah dalam hati. Jadi, kat sini aku nak bagi tabik Lin Dan pada sesiapa yang cintakan pasangan dia berdasarkan `dari hati naik ke mata'.

Contoh paling dekat yang aku selalu nampak adalah...

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Malam di Kota Bharu (entri panjang)

16
12:33 AM
Berada di dua buah ibu negeri dalam satu hari telah mendatangkan satu idea bernas kepada aku. Idea untuk satu projek yang aku tak pasti sama ada dapat ditunaikan atau pun tidak, bergantung sepenuhnya kepada beberapa faktor. Iaitu komitmen masa, kekangan kerja, ukuran kewangan semasa dan jugak semestinya kesihatan. Yela, kalau satu masa Tuhan tak izinkan dengan buatkan aku kena chicken pox (contoh je), nak buat apa pun tak boleh.

Tapi sebelum aku bagitau apa projek tu, layan sekejap gambar yang aku snap masa kat Kota Bharu hari tu...

sultan ismail petra arch kota bharu
Memang dah lama gila aku nak snap gambar kat sini,
serupa orang pregnant mengidam jeruk Pak Ali...!
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Itik Sebelah Masjid

15
9:59 PM
Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lipis yang memakan masa lebih kurang 3 jam nampaknya tidak meletihkan. Jauh tersasarkan daripada jangkaan aku. Apa yang aku sangkakan sebelumnya, laluan yang aku ambil tu bakal menemukan aku dengan sekawan `orang kuat' yang angkuh mengacukan belalai ke udara sambil melenggang kangkung menyeberangi jalan, sergahan `pak belang' ke arah cermin tingkap kereta atau paling kurang pun jelingan manja `tali pinggang' bercorak batik yang sedang berehat di selekoh jalan.

Tak ada, semua itu langsung tak ada. Entah separuh pemandangan yang aku tengok sepanjang perjalanan memang hutan tetapi gagal memberikan feel kepada aku. Mungkin sebab aku telah meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi kot. Gila apa kau. Mana ada binatang yang biasa kita tengok dalam zoo nak bergonjeng kat tepi jalan, siang-siang buta pulak tu. Kalau betul nak adventure, kau lalu la pukul 2 pagi.

Tapi jangan naik kereta, kau cuba naik kau punya belalang tempur tu. Hah! Kalau setakat tak sampai 5 surah yang lancar dalam kepala, tak usah la nak menduga apa yang tersimpan kat celah-celah hutan sana...

Continue reading →

15 nasihat berguna:

Mata di Beijing, kepala di Kenya

6
6:46 PM
Dari Kuala Terengganu, kami terus shoot ke negeri Cik Siti Wan Kembang yang selama ni sibuk diperkatakan ada terdapatnya awek-awek yang comel, yang mari punya. Melalui Kuala Berang (aku selalu tersilap sebut antara Kuala Berang dengan Marang), Permaisuri, Bachok dan beberapa tempat lagi yang aku malas nak ingat.

Tetapi, atas cadangan si Zamri, aku tak singgah dulu di Kota Bharu (tujuan sebenar) sebaliknya aku terus lajak ke pekan yang terletak betul-betul berhampiran dengan sempadan. Pendek kata, kalau baling batu pun polis negara jiran sana pun boleh kena la, iaitu Rantau Panjang. Apa yang menariknya...

Maaf, takde yang menarik kat Rantau Panjang ni pada aku sebab aku beberapa kali gagal menggunakan kepakaran tawar-menawar harga barang kat sini. Bayangkan la, seringgit pun awek jaga kedai tu tak bagi kurang! Nak guna hikmat kenyit mata kang, takut dia terpikat. Terus nak ikut balik KL. Naya jugak. Tapi, sebelum sampai ke pekan ni aku ada nampak satu bangunan. Bangunan yang kerap disebut oleh Ustaz Ann Wan Seng dalam buku beliau yang aku pernah cerita dulu (entri yang ini).

Jadi untuk mengubat kekecewaan dalam membeli, aku pun terus blah dari pekan tu dan singgah kat Masjid Beijing ni. Memang cantik bak hang...
Continue reading →

6 nasihat berguna:

Nasi Kak Wook Yang Sederhana

16
12:41 AM
Tengahari tadi, beria-ia sungguh aku nak bercerita kat dia pasal makanan yang aku jumpa masa lencongan ke Kota Bharu tempohari, tapi hampeh! Gambar yang aku simpan dalam henpon bodol ni rupa-rupanya dah aku delete. Delete bukan sebab aku ni kedekut tak nak tunjuk kat semua orang, tapi sebab gambar-gambar yang aku dah transfer ni kira penting jugak sebab ada mengandungi beberapa info penting.

Contoh info penting tu macam ni...

nasi kak wook jalan belakang istana kota bharu maahad muhammadi  nor afini batik
(koordinate kedai makan Nasi Kak Wook: Latitud 6⁰07′57.0″, Longitud 102⁰14′20.0″)

Continue reading →

16 nasihat berguna: