al-Fatihah...

12
2:03 PM
Gambar tahun 2009

Dikejutkan dengan satu pesanan dari whatsapp seawal jam (lebih kurang) 5:40 pagi, aku terus memanggil si penghantar... Tak lama, perbualan hanya mengambil masa kurang dua minit. "Ok, lepas subuh orang gerak..." Tamat.

Bertolak tepat jam 6:30 pagi, aku sampai lebih kurang empat jam kemudian dengan kelajuan sederhana. Setibanya di sana, urusan berkaitan dengan jenazah yang terdahulu telah disempurnakan. Cuma menunggu kenderaan sampai untuk membawa jenazah ke surau untuk disolatkan dan dikebumikan.

Sepanjang waktu, aku rasa sangat bersyukur kerana sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, walau pun ketika itu jasadnya telah dibaringkan di dalam liang. Sambil mencelah di antara pakcik-pakcik yang lain membantu mengusung jenazah arwah. Bersama-sama jemaah lain menunaikan solat jenazah, dan membantu mengambuskan tanah ke dalam liang lahad. Harap ini bukanlah jasa terakhir aku terhadap arwah.

al-Fatihah untuk arwah, Hjh. Kamariah bte Hj. Norsan.

Orang nombor satu dalam keluarga sebelah ibu aku.

~Sekarang, aku rasa sangat-sangat down akan beberapa perkara... Sigh!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. moga ditempatkan di kalangan orang2 yang dirahmati..


    up..up..up..! meh tgk movie Up..

    ReplyDelete
  2. alFatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah utknya..
    take care, botak.

    ReplyDelete
  4. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT.. AMIN YA-RABBAL ALAMIN.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah bro.. sabar byk2 ye. huhu

    ReplyDelete
  7. Alfatihah.


    Kau down pasal apa? Nak cerita tak?

    ReplyDelete
  8. Anonymous31/1/14 23:04

    Takziah yer..... Janjinya dgn tuhan dah tiba.....
    **amin a.r**

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah...
    Terima kasih semua.

    ReplyDelete
  10. Amin....salam takziah bro...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete