Ikut Nasihat Menteri Punya Pasal

18
10:53 AM
Ini pagi semalam punya cerita. Disebabkan aku malas nak patah balik ambik jet ski putih kat rumah, aku pun teruskan la bawak kereta kebal aku ke ofis. Redah je la. Lagi pun dah pukul 10 lebih, mana ada traffic jam lagi. Tapi masalah muncul waktu petang, iaitu dalam perjalanan nak balik.

Separuh perjalanan di atas lebuhraya yang banyak laluan lurus tapi ada bahaya tersembunyi bila hujan lebat, Masa tu hati aku dalam dilema, laluan mana yang aku nak ikut. Exit mana patut aku redah. Kalau exit pertama, aku terpaksa melalui plaza tol yang mengenakan bayaran sebanyak RM2.00. Dan kalau aku ikut exit kedua selepasnya, tol yang perlu aku lalu cuma RM1.60 je bayarannya. Tetapi ada lebih risiko berbanding exit pertama. Iaitu jaraknya lebih jauh dan...


...traffic jam!

Cilakak betul la.

Tapi dalam pada menahan marah tu, aku rasa mesti ada menteri yang bangga dengan tindakan aku ni. Lalu tol yang murah sikit, dapat jimat 40 sen. Lepas tu, kalau ada jalan biasa mesti dia sarankan aku guna jalan biasa jugak. Yela, nak jimat kan ada banyak cara. Yang penting kena pijak (bukan bijak).

Tak kisah la kalau aku terpaksa tempuh kesesakan yang mencengkam perasaan dan mencekam kuku ibu jari kaki, asalkan dapat berjimat. Terima kasih wahai pak menteri atas nasihat dan  telah menyediakan lebuhraya yang selesa kepada kami rakyat jelata. Syukur. Hehehee...

~Tahap kesesakan jalan ditandakan dengan kepekatan warna. Makin gelap, makin teruk la kesesakan tu.
~Aku selalu kalau nampak traffic jam kat depan, cepat-cepat aktifkan aplikasi Waze ni. Sekadar nak tau tahap kesesakan dan jugak sejauh mana kesesakan tu aku kena tempuh!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. Kalau la ada menteri yang baca entry kau ni, mereka pasti mengesat air mata. Mereka terharu dengan tindakan engkau.

    Syabas. Syabas bettah. Vah. Vah. Vah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bercita-cita nak jadi rakyat kesayangan la...

      Delete
  2. aku selalu kagum org yg tetiap hari kene tempuh jem ni..

    mesti sangat2 tabah kan jiwa korang..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, aku yang jarang2 drive ni pun dah berasap kepala...

      Delete
  3. bgs botak..ko telah menjana ekonomi kerajaan Malaysia dengan menggunakan lebuhraya bertol..tp kalau tak suka boleh guna jalan biasa..tak suka lg boleh keluar dari malaysia..syukur malaysia masih aman..-cai logik- kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. call me ah chai! hehehee...

      Delete
  4. Menteri kita yang sangat hebat memberi cadangan.. Bagus.. Taat yang tak berkesudahan. Hahaha. Esok lusa pak menteri turun kat tol dari jet peribadi dia sambil hulur BR1M..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak, nak! aku pun nak jugak...

      Delete
  5. dulu aku rasa kita bayar toll untuk mengelakkan jam tapi sekarang hmm..bayar tol pun jam..adoiyai...hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ada hal, janji negara aman ma...

      Delete
  6. Baguslah ikut nasihat Pak Menteri. Bila buka sekolah hari tu ada ibu bapa di kedai stationary kata, "Kalau tak mampu beli alat tulis yg harganya melambung naik, tulis aje guna arang...."

    ReplyDelete
  7. Kalau di Klang Valley ni, ikut waktu..terutamanya waktu puncak, aku rela bayar tol...Sebab penjimatan yang kita sangkakan ( sebab tak kena tol), ialah lebih merugikan, in term of masa, rasa stress( stress wooo tgk mangkuk2 cut line/impit) & juga petrol ( yup, sangkut dlm jem lebih byk pakai petrol)

    ReplyDelete
    Replies
    1. laluan aku ni, tol atau tidak, tetap traffic jam jugak...

      Delete
  8. jimat tol 40sen,minyak tertelan rm1.00 tiadalah guna jua... -.-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam lagu pulak. hehehee...

      Delete
  9. laki aku tension sampai gugur rambut drive aku pergi kerja..huhu.. terima kasih menteri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pulak tak kira traffic jam atau tidak, botak tetap botak...

      Delete