Kisah Car Wash

29
6:27 PM
Aku jarang cuci aku punya jet ski. Paling rajin pun, dua minggu sekali baru aku cuci. Biasa la, orang rajin memang macam tu. Pada aku selagi elok pada pandangan mata aku, selagi itu la aku akan biarkan jet ski aku tu dalam keadaan tak mandi.

Tapi kadang-kadang pernah jugak aku ambik kesempatan ke atas seseorang ni. Nama sebenarnya Ashraf, tapi aku panggil Arab je. Memandangkan dia ada buat part time kat stesen Petronas, aku pun suruh la dia hantarkan aku punya jet ski ni kat car wash tempat dia kerja tu. Senang, mudah dan jimat. Jimat duit, jimat tenaga.

Dari situ timbul la cerita tentang dua buah car wash yang terletak betul-betul bersebelahan. Biar aku namakan sebagai CW Atan dan CW Abu...

Ada pun CW Atan ni mempunyai kerenahnya yang tersendiri dalam melayan pelanggan. Kerek* kemain lagi. Cerewet mengalahkan mak datin. Kalau kita ada hantar kereta untuk dicuci, cuma boleh parking kat luar kanopi dia je. Segala benda contohnya nak masuk bahagian mencuci, membilas atau tempat vakum akan dibuat oleh Atan atau pekerja dia. Itu satu hal... Kadang tu, dia siap boleh komplen pasal kereta kita pulak! Dia kata kereta ni clutch panjang sangat la, stereng tak power, gear susah masuk.

Lagi satu, kat CW Atan ni dia tak terima motosikal. Tak kira la superbike ke, kapcai ke... Dia memang reject, tidak diterima untuk dicuci! Macam harreeemmm....

Berbeza dengan CW Abu, dia ni jauh lebih sempoi berbanding jiran pesaing sebelah. Boleh dikatakan takde kerenah langsung. Hantar la lori ikan ke, van sekolah ke, honda bulat ke... Kecuali kontena, semua dia cuci. Cuma basikal je aku tak pasti dia akan terima atau tidak.

Pernah jugak si Abu ni ditanya oleh Arab, kenapa dia tak kisah terima motosikal untuk dicuci. Tak takut terganggu ke dengan kerja-kerja mencuci kereta-kereta yang lain tu? Jawapan dia simple je. Dia berpegang kepada konsep...

"Yang hantar motosikal tu, mungkin dia ada kereta kat rumah. Jadi kalau kita bagi servis bagus, tak mustahil esok lusa dia akan datang hantar kereta pulak. Bagi yang cuma ada motosikal je, mungkin lambat laun dia pun akan beli kereta jugak..."

Tak gitu?

Kerek* - kalau orang Johor mesti faham maksud perkataan ni...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

29 comments:

  1. kira ok ler 2minggu..aku lantakkan je sebulan tak hntr cuci.
    ade soalan utk sm...agak2 bila CW tu nak bangkrup? hahaha..nak meniaga tapi kerek..ek elehh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mustahil la bankrup, orang zaman sekarang mana ada masa nak cuci kereta sendiri...

      Delete
  2. CW Atan tu dah maju sgt kot sampai boleh pilih2 pelanggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la maju mana pun, aku tengok sama je...

      Delete
  3. CW dekat2 rumah saya kebanyakan pekerjanya org asing. Yg paling tak suka lepas cuci mereka akan iklankan barang mereka. Sebab itu saya suka cuci sendiri di rumah, 2 minggu atau sebulan sekali pun tak kisah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. part time diorang tu kot, jual produk...

      Delete
  4. Sejak dah berumur ni IM suka hantar kedai cuci kereta. malas nak buat sendiri.

    Im selalu pi RAPID carwash, Seberang Jaya... cuci cara manual!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang banyak kudrat lagi ni pun, dah tak berapa nak rajin...

      Delete
  5. Jet ski pun dia basuh..waaa..dasat tu. kekeke..
    dulu, aku rajin gak basuh kete ngan modenas aku sendiri. tapi sejak berjiran dgn org yg suka sgt bertenggek kat luar time org start nak membasuh kete/motor tu, sejak tu aku anta CW. CW feveret aku, dlm maju junction..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia `nongkrong' atas tembok ke...

      Delete
  6. Semoga carwash abu kekal maju jaya selamanya... Kekwat naw naw carwash atan tu yer... Rejeki tu, rejeki, walaupun sebijik motor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkira, bukannya tak bayar pun...

      Delete
  7. Kerek? Aku bukan orang Johor pun tahu maksud tu. Hahaha.

    Kau cuci 2 minggu sekali. Aku cuci 4 bulan sekali. Lagi bagus. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la jodoh dengan orang johor tu! hahahaa.... 2 minggu tu paling rajin. rekod paling malas (moto lama) setahun!

      Delete
    2. Amiiinnnn.. insyaAllah.


      Hahaha.

      Delete
  8. jawapan yang sangat bernas..dalam meniaga nie kita tak boleh nak pilih sngat..tak boleh nak pandang keuntungan yang banyak jer sebab walaupun kadang2 untung tu sikit tapi kalau berterusan lama lama ia mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang berniaga, kena la fikir luas. yang datang sekarang mungkin moto cabuk, tapi akan datang?

      Delete
  9. Erk? Mcm bagus je si Atan tu. Apa, elite sgt ke car wash dia? Klu aku, jgn hrp nak hntr Harimau Kumbang ke situ. Cettt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. standard je CW dia tu. sebelah ada mamak!

      Delete
  10. Mmg kerek abis tu! Biasanya susah nak berjaya camtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tengok la apa cerita nanti...

      Delete
  11. rezeki jangan ditolak, ada saja job, terus grab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu sangat tolak rezeki tu... (reject moto)

      Delete
  12. AKU DAH LAMA TAK CUCI KERETA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, sama la... lama tak cuci sendiri!

      Delete
  13. layanan utama memang harus selalu berpatokan pada konsep yang telah dijalan semula, dengan demikian pelanggan sebenarnya akan puas dan tak akan beralih ke tempat lain, keep happy blogging always..salam dari Makassar - Indonesia :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul. dan terima kasih singgah...

      Delete
  14. kat rumah..bunda tukang cuci kereta dan moto anak2...saja suke2...xmembazir sangat...rm10 pun duit jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya, cuci kereta lebih mudah daripada cuci moto...

      Delete