...Memang Patut Kena Maki!

18
10:55 PM
"Takpe, biarkan dulu. Kalau kami sampai pun, bukan boleh buat apa..."

Kejadiannya berlaku awal pagi tadi, lebih kurang jam 6:30 pagi kot. Sebab si Arab ni masuk kerja pukul 7 pagi, jadi mesti dia keluar rumah setengah jam awal. Ini cuma waktu anggaran aku je.

Tapi apa yang penting kat sini, aku nak sampaikan tentang sikap tak bertanggungjawab dan sambil lewa yang ditunjukkan oleh orang yang pertama patut kita harapkan bila berlaku kecemasan iaitu...

POLIS.

Seperti mana yang Arab ceritakan kepada aku, ada seorang pengawal keselamatan (bekerja di premis berhampiran sebab biasa nampak) warga Nepal yang mengamuk di dalam kedai 7 Eleven, tanpa sebab yang dapat dikenalpasti. Secara tiba-tiba, dia yang sedang bercakap di dalam telefon naik berang dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai.

Tak cukup dengan itu, pintu kaca kedai tu pun turut dipecahkan jugak. Gila babi ke apa?

Jadi, pekerja 7 Eleven yang awal-awal lari keluar pun telefon la talian kecemasan, apa lagi kalau bukan nak mintak bantuan kat POLIS. Takkan nak mengadu kat mak abah pulak kan? Tak berapa lama kemudian, POLIS pun telefon balik pekerja tu untuk mengetahui lokasi sebenar kejadian.

Dan yang jadi tukang pemberi maklumat adalah Arab. Selain daripada bagitau lokasi kedai 7 Eleven ni, Arab pun mintak la supaya POLIS tu datang cepat sikit. Kang tak pasal-pasal ada yang jadi arwah pulak. Kalau bukan orang awam pun, mungkin orang yang mengamuk tu pulak yang kena bedal ramai-ramai sampai lembik.

Nak tau apa yang POLIS jawab bila Arab mintak diorang datang cepat sikit? Sila baca ayat dalam font berwarna merah, bold dan italic kat awal entri ni. Sekian!

~Sila jangan marah kalau aku babikan (maaf) aje POLIS yang macam ni...
~Aku sebenarnya amat hormati anggota keselamatan yang menjalankan tugas dengan cekap, amanah, berdedikasi dan bla bla bla...
~Try tengok kalau-kalau kes amuk ni masuk paper, boleh la aku update...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. ishhh x patut, x patut... polis mcm ni harus dikenakan tindakan, klu tak nanti nama polis yang lain turut terpalit busuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun, aku masih lagi tabik pada POLIS yang betul2 menjalankan tugas. salute!

      Delete
  2. kalau polis tak boleh buat apa-apa, siapa yang boleh buat?

    ReplyDelete
  3. Anonymous12/1/14 08:59

    Klu gitu biar je org mengamuk tu kena bedal smpi lembik so nxt time sesapa nk mengamuk kena pikiri ribuan kali. Dah polis pun kata biarkan jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tapi masa tu masing2 pakat tengok je orang siuman menggila.

      Delete
  4. Anonymous12/1/14 09:49

    dia tu polis bantuan kot hahaha..polis setakat main dumbell kat guardpost

    el mariachi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan kot ada kat kawasan berhampiran...

      Delete
  5. teringat anak IM yang pernah kerja di 7E dan dirompak oleh perompak berbanagsa Indon.

    Yang sedihnya, anak IM disuruh ganti duit yang dirompak itu oleh taukeh 7E tersebut.

    apa punya turr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apahal kena ganti pulak? #₩+%♧$ betul la... ceh!

      Delete
  6. Bila rumah saya kena samun dulu, saya pergi balai polis utk buat report. Polis itu dengan muka acuh tak acuh berkata, "Kes samun ni perkara biasalah di sini, sehari berpuluh-puluh kes dilapor di sini...". Ya lah "perkara biasa", patutlah sampai sekarang tak tau apa jadi dengan henset, barang kemas dan duit kami yang hilang tu. Agaknya kalau ada yg mati juga "perkara biasa", kecuali jika yang mati tu VVIP baru jadi "luar biasa" kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...juga pernah alami perkara yang sama!

      saya tak marah sebab `perkara biasa' tu, tapi saya sangat kesal dengan reaksi polis yang terima laporan... tak patut betul! #^%^)@*(&$

      Delete
  7. Anonymous12/1/14 22:52

    Saya rasa, tu adalah polis yg pengecut. Tak berani / tak tahu camna nak berdepan dgn situasi camtu. Gamaknya, kalau hantar ke lahad datu itu hari, merekalah golongan yg akan melarikan diri dari perang.
    "Tak boleh buat apa"???
    Merepek!

    --amin a.r--

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fikir positif, mungkin dia bergurau (kot). sebab pada dia kes macam ni takde apa sangat, dah selalu jumpa.

      Delete
  8. kalau ye pun xnk dtg cepat..hihihi..jawab la alasan nak munasabah sikit..apa daaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang malas, jawab pun sambil lewa...

      Delete
  9. wah...kalau dia sampai tapi tak boleh nak buat apa baik tak payah sampai...hishhhh

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu mak abah dia sampai kot...

      Delete