Selamat Datang Liga FAM

10
10:08 AM
Bagi gambar dulu, kendian baru cerita...

Setakat yang aku perasan, JDT je yang ada jersi cute macam pengadil tu! Heheheee... 

Kamera dari handset cabuk, tapi kualiti antarabangsa... 

Beberapa puluh ribu penyokong pasukan lawan yang membanjiri tempat duduk seberang sana...

Nak jadi pemain profesional, mesti pandai berlakon... 

Final score, Merah 2-1 Hitam... 

Meraikan kemenangan. Suka la korang, dapat elaun lebih! 

...wartawan smbotak melaporkan dari tempat kejadian. 

Game Over...

**********

Ceritanya macam ni...

Petang tu aku sampai agak lambat sedikit, dekat pukul 6 baru la aku nak menongkat moto kat pintu masuk stadium. Buat apa nak tergesa-gesa kan. Sebab beberapa hari sebelum tu aku dah dpat rasakan kejayaan gemilang yang bakal kami genggam hari tu. Jadi, rilek-rilek sudah. Bukannya nak kena beli tiket pun. Masuk pun free. Tak payah susah-susah nak beratur bagai.

Sebaik memasuki stadium, aku tengok kat score board. Alamak! Dah kena 1-0... Tak boleh jadi, terus darah perwira dalam diri aku ni menggelegak. Sepantas cahaya, aku pun sampai ke kawasan penyokong berbaju oren kat seberang padang sana. Kalau liga kampung, memang selamba tenuk je aku cross padang tu. Tapi yang aku tengok ni adalah perlawanan akhir Liga KL Divisyen 2. Bukan main-main punya liga. Jadi aku pun ikut la tertib yang sepatutnya.

Sampai je kat kawanan (dah macam kumpulan binatang kat padang ragut pulak) berbaju oren tu, tanpa segan silu aku terus rampas bendera dari salah seorang penyokong yang tengah duduk. Apa barang brader! Nak sokong tapi kibarkan bendera sambil duduk! Tak semangat langsung. Dah macam berak atas jamban duduk pulak. Meh sini lelaki kepala botak ajarkan macamana cara nak jadi penyokong bola sejati!

Bermula dari separuh perjalanan 1st half sampai la wisel penamat ditiup, aku tak lepas dari mengibarkan bendera pasukan walau pun seminit. Kecuali waktu rehat. Dan hasilnya, pemain-pemain dari pasukan yang aku sokong berjaya memenangi perlawanan akhir ni dengan penuh bergaya. Keputusannya adalah 2-1.

Dengan kemenangan ni, pasukan berjersi merah putih tu berjaya melayakkan diri ke dalam Liga FAM tahun ni. Diorang tak rasa power ke ada penyokong macam aku ni?

Sebenarnya aku datang sokong pasukan ni ada dua sebab. Sebab kedua, aku dah dapat baju oren percuma. Kalau tak datang, mau lain kali kena kutuk kaw-kaw dengan diorang. Sebab ketiga, tiada bayaran tiket masuk dikenakan. Dah alang-alang nak balik rumah petang tu, apa salahnya aku singgah sekali. Bagi sokongan padu ke udara. Dan sebab pertama pulak, beberapa orang kawan aku sendiri berada dalam pasukan ni, sama ada sebagai pemain atau pengurusan. Ini perlawanan akhir beb, memang bukan kawan la namanya kalau tak datang sokong. Liga KL pulak tu. Bukan liga daerah punya taraf.

**********


Beberapa hari kemudian, aku tengok ada sekotak Winston Light elok terletak kat monitor aku, masa aku masuk kerja. Dengan muka buat-buat terkejut aku pun angkat kening dan tanya si Stan kat meja depan, "Oi, apahal ni? Rasuah apa pulak ni?"

"Upah kau tolong aku buat banner dengan bendera untuk game final hari tu..." Jawab dia sambil tersengih.

"Jilakak, kau dapat rokok mahal. Aku punya rokok murah je. Ceh..." Dengus aku bila tengok ada sekotak Dunhill yang belum dibukak atas meja dia...

**********

Inilah dia kebanggan kami. Gambar besar, harap ada yang cemburu...

~Nama pasukan dirahsiakan, aku tak nak team lain Liga FAM tahun ni santau team ni bila tengok kehebatan mereka bermain melalui gambar-gambar yang aku naikkan ni.
~Belum kick-off, cabaran dah macam-macam. Lebih separuh daripada `first eleven' dah kena pancing dengan team lain. Berat jugak ni. Kalau la takde besi dalam kaki aku, dah lama aku pergi selection! Jadi, sesiapa yang ada kenal pemain berbakat, sila bagitau aku...
~Game ni berlangsung 11 Oktober lepas kat Stadium KLFA Cheras, tapi aku baru nak cerita. Sengaja tunggu tahun baru masuk. Liga pun tak lama lagi nak start.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Eh, kau boleh nampak eh puluhan ribu penyokong di sebelah sana? Aku ingat aku sorang aje yang nampak. Kau pun nampak juga. Caya la. Kita boleh jadi geng la.


    p.s Aku dapat bayangkan tenuk berbaju oren melintas padang menuju ke sebelah sana. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur tenuk tu tak wujud. cuma seorang penyokong botak yang berdisiplin! hahahaa...

      Delete
  2. Replies
    1. penyokong lagi power! hehehee...

      Delete
  3. Ayat yg saya seronok: "Nak jadi profesional kena pandai berlakon"..Patutnya FAM kena wujudkan akademi lakonan utk pemain2 bolasepak kita bagi memudahkan mereka menguasai ilmu rebah badan dll yg berkaitan lakonan bolasepak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetap tak boleh lawan ahli politik, diorang lagi pandai berlakon...

      Delete
  4. KITA JUMPA NANTI.. MELAKA UNITED PUN MAIN LIGA FAM JUGAK.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kita dalam liga yang sama. nak aku pakai baju warna oren ke?

      Delete
  5. wah...ini mesti orang kuat pasukan nie..aku doakan satu hari nanti pasukan nie naik liga perdana or liga super..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh, kena beli amri yahyah nampaknya...

      Delete