Siapa Nama?

25
3:56 PM
Semua orang ada kawan. Tak kira setinggi mana tahap anti-sosial dia tu, sekurang-kurangnya ada la jugak beberapa orang kenalan dalam buku panduan telefon dia tu. Dan dalam ramai-ramai tu, mesti ada je yang mempunyai nama panggilan yang pelik-pelik. Pelik maksud aku bukan setakat susah nak disebut, tapi jugak asal dari mana nama panggilan tu.

Aku ada kawan-kawan yang nama panggilan dia mewakili dari mana tempat asal atau kampung halamannya. Contohnya:

Manjoi - Dia ni asal dari Manjoi, Perak sebab tu ramai kenalan aku panggil dia dengan nama ni.

Bufort - Orang Sabah, asal dari Beaufort. Kenalan aku masa zaman belajar dulu. Sekarang kerja keluar masuk hutan.

Adang - Panggil Adang bukan sebab badan dia kuat macam Badang, tapi sebab kampung dia kat Tanjung Adang, Johor.

Awet - Ejaan sebenar adalah Sawit tapi dah dikomersialkan. Bukan disebabkan nama tempat asal dia macam tu, tapi sebab nama sekolah dia dulu ada perkataan sawit.

Yang nama panggilannya diambil sempena rupa fizikal pun ada contohnya macam Misai, Gemuk, Panjang atau Pastik. Pastik ni pun nama yang dah dikomersialkan jugak. Asalnya adalah Plasticman, diambil sempena tubuh badan dia yang kurus dan tinggi. Kadang-kadang bila berjalan, badan dia akan nampak macam melengkung dan seolah-olah terbuai. Sebijik macam watak Plasticman yang kena tiup angin tapi tak terbang!

Ohya, yang paling syok tu, nama panggilan sempena nama binatang pun ada! Hehehee... Apa khabar Rabbit dan Ayam, korang sihat tak?

Macamana pulak dengan aku? Aku ada dua nama panggilan. Pertama nama panggilan dalam keluarga yang datang dari singkatan nama sebenar iaitu **** dan satu lagi Botak di kalangan kawan-kawan. Ikut bentuk fizikal la tu.

Tapi kadang-kadang ada jugak awek cun panggil aku "Hai handsome"... Hehehee, salam Jumaat semua!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

25 comments:

  1. Hai Abang Botak....boleh tengok gambar?
    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa kenakan baju kaler oren itu hari ya.

      Delete
    2. setiap awal tahun, abang botak ni pemalu sikit...

      Delete
  2. Hahaha.. aku juga ada kawan yang nama pelik tapi tak tau mana asal nama dia tu.. Nama dia Jintong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jin dalam tong? hehehehee....

      Delete
  3. saya ada kawan nama ayam. sebabnya memang rambutnya tak berubah dari dulu macam balung ayam! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan aku ni takde rupa ayam langsung!

      Delete
  4. Aku ada kenalan nama Pisang. Kalau orang cakap nama sebenar dia confirm aku tak kenal. Kalau cakap Pisang baru aku kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nama buah ni memang rare abis!

      Delete
  5. Dulu saya ada kawan bangsa Cina yg kami panggil Alim, walaupun dia tak pernah solat dan puasa kerana dia bukan Islam. Puncanya kerana nama sebenarnya Ah Lim ditukar kawan-kawan Melayu menjadi Alim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee, alim ni nama yang dah dikomersialkan kan?

      Delete
  6. KAU RASA NAMA PANGGILAN AKU APE? CER TEKE.. CER TEKE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fai, dulu aku ada kawan nama Fairus. Tapi kami panggil dia Afai sebab masa form 1 minggu orientasi dia nyanyi lagu Jalil Hamid Ayam. Sejak tu nama depan dia senior letak A stand Ayam, so dapat la nama gelaran Afai.

      Aku panggil kau Afai sebab aku teringat dia. Hehehe.

      Delete
    2. aku ada kawan nama fairus, panggil ayus... yela, aku pun agak nama panggilan kau apai kot...

      Delete
  7. agak agak klu ko dah ada rambut nanti, org panggil ko botak lagi x? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. botak, lepas tu jadi BOO aje kot...

      Delete
  8. kawan2 kelas masa study dulu panggil aku ayam sbb byk ckp mcm ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pandai masak? kawan aku nama ayam ni expert ngalahkan perempuan!

      Delete
  9. Masa IM kecil, IM juga digelar dengan nama Golok..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. golok, sebab? masa kecik kuat bercekak kot...

      Delete
  10. Mat..nama orang kampung panggil saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mat, oh mat... tipikal abis seh! hehehee...

      Delete
  11. aku nerd dulu..
    sekarang pn nerd lagi..

    org tak berani nk letak nama pepelik kt aku..
    selalu memang shila..
    yg malas sikit, buh ila je..itu pn sorang je berani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ila pulak nama panggilan akak aku, tapi nama betul dia memang jauh la...

      Delete
  12. sib baik aku takde panggilan2 yang istimewa nie...cuma2 kawan2 kekadang suka kacau aku panggil aku "strider"..hahahha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete