Bertemu Jodoh

10
9:49 AM
Lanjutan daripada entri aku yang ini.

Sejak hari tu, aku dah kembali bersemangat memburu dan mensasarkan kepada dua model sahaja iaitu Volkswagen dan jugak Mini. Target aku nak kumpul seberapa banyak yang mampu, tak kisah la dalam scale apa pun asalkan dari dua jenis ni.

Tapi aku bukannya nak cari yang mahal-mahal harga sampai beratus-ratus ringgit tu. Ada memang la ada kat market luar sana, cuma fulus tu kalau tebal macam batu-bata boleh la beli. Model yang aku ada pun takde la mahal mana. Semuanya dalam range harga RM7 hingga paling tinggi pun RM20. Tu pun lepas proses tawar-menawar*.

Lebih daripada tu, kirim salam je la. Aku masih ada pertimbangan. Harga kalau dah cecah RM50, lebih baik aku masukkan dalam tabung masjid!

Berbalik kepada koleksi aku, setakat ni aku berjaya mencarikan pasangan untuk beberapa model iaitu:

Mini Cooper 1300 

Volkswagen Mini Bus Type 1 & Type 2 

Volkswagen Beetle Classic 

Volkswagen Mini Bus Type 1 

Yang ada setakat ni

Disebabkan ruang yang terhad, aku terpaksa parking aku punya heli yang tiga biji tu kat aras basement. Lepas tu tunggu sikit masa lagi kot, nak parking dalam drawer pulak! Heheee, sebab ada model yang aku sasarkan masih lagi tak jumpa-jumpa...

*Tawar-menawar adalah kegemaran aku. Sampaikan dia pun kagum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Yayyyy.. depa dah ada pasangan memasing. Tahniah semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang ucap terima kasih...

      Delete
  2. hakhak omey2.. sume pun pair. aku pun ada model kete myvi dlm kete. yeayy haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar ke-4 tu aku target nak cari lagi. warna berlainan...

      Delete
    2. aku suka model volkswagen mini tu. vintage. ala2 gipsi. haha aku kan berangan jadi gypsy girl dulu. haha

      Delete
    3. yang kecik tu agak rare, susah nak cari...

      Delete
  3. wa suka ferrari bro.! dulu shell selalu jual seploh inggit, bila kita beli mnyk lebih sket... sudahnya, semuanya jd anak aku punya...!!!

    ReplyDelete
  4. wah...banyak gak koleksi ko rupanya..hehehe..sampai ada multi storey carpark...hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete