Duri di Pintu Air

16
2:17 PM
Malam tu...

...yang sebenarnya dah tak berapa nak malam, sebab kami keluar hampir tengah malam dan sampai ke lokasi beberapa minit melepasi jam 12 tengah malam. Arab yang biasanya bertindak sebagai co-pilot, aku arahkan dia jadi driver. Biar aku je yang jadi co-pilot sebab antara kami bertiga, aku la yang paling mahir mencari jalan (puji diri sendiri) dalam gelap, pakar dalam membaca peta dan faham bagaimana GPS beroperasi serta tahu selok-belok kawasan sekitar. Walau pun Sungai Besar adalah kampung halaman mereka berdua, tapi aku tak pernah sesat setiap kali ke sini. Siap jadi guidance kat diorang lagi!

Mula-mula Arab menolak, semacam segan nak drive aku punya kereta kebal. Tapi bila aku puji cara pemanduan dia sebijik macam Collin McRae, terus muka dia berubah macam seniwati negara. Bangga la tu...

"Nak pergi arah mana ni bang?" dia menyoal.

"Masuk je jalan besar tu, nanti aku tunjuk mana-mana celah simpang nak masuk. Insya-Allah, berkat kepandaian aku, korang jangan takut sesat la," jawab aku dengan nada keangkuhan yang sangat tinggi.

Selang beberapa minit di dalam kereta...

"Tapi kalau tak silap, malam ni air surut la..." tiba-tiba Angah yang duduk di seat belakang mencelah antara dua lagu yang berkumandang dari corong radio. Cilakak! Potong stim betul la. Nak mengail menda kalau air surut? Umpan dah standby bawak dari rumah ni. Kalau tak jadi, takkan la nak bawak balik je udang ni. Tak pernah lagi dalam sejarah, aku bawak balik umpan untuk dimasak!

Memang betul, sesampai di lokasi tujuan, aku tengok jarak gigi air dengan tempat kami berdiri agak jauh jugak. Kalau guna rod 20 kaki belum tentu lagi boleh mencecah air. Ini sudah kes berat. Dah la aku cuma bawak rod 6 kaki je. Takkan aku nak redah selut tengah-tengah malam buta ni. Dibuatnya kena kidnap dengan hantu laut, alamat mati tak berkubur la kami bertiga malam tu. Jadi, sebagai kapten operasi malam tu, aku tukar rancangan.

"Takpe, kita usha kat kunci air dekat-dekat sini pulak. Mana tau ada port baik." Cadangan aku dituruti seolah satu arahan daripada Adolf Hitler kepada tukang urutnya. Daripada nak mencari sembilang, kami terpaksa downgrade sikit ikan sasaran. Dapat layan ikan duri pun ok la, daripada takde langsung.

Kembali ke kereta dengan aku bertukar peranan pulak sebagai driver sebab Arab tak berani drive kereta di celah-celah lorong yang sempit, kami berhenti di lokasi kedua. Berdasarkan Google Map, aku dapat agak tempat ni agak sesuai jugak nak melabuhkan umpan. Mudah diakses dengan kereta, ada tempat yang selesa nak duduk dan yang paling penting, ada ikan...


Koordinate GPS, Lat: 3°37'14.9" dan Long: 101°02'25.7"

Ha, nampak tu? Lokasinya tak jauh, cuma beberapa kilometer je dari kolam pancing tempat aku dapat anak rohu gergasi dulu. Cuma saje je kali ni aku malas nak layan kolam sebab tak bawak umpan yang sesuai.


Kotak rokok kat atas tembok tu bukan sekadar sebagai hiasan je, tapi tonik paling mujarab kepada kami bertiga. Kalau takde, nak pasang udang pasar kat mata kail pun tak larat. Lagi satu fungsi dia, boleh menggantikan ubat nyamuk cap ikan emas.


Pintu Air Sungai Nipah 2 nama tempatnya. Aku pelik, sampai pukul 3 pagi pun masih ada lagi orang lalu tempat ni (kecuali pemilik bot kat jeti sebelah tu, memang diorang ada kerja pun). Entah apa tujuannya aku pun tak tau la. Tapi yang pasti yang lalu-lalang tempat tu semuanya manusia, bukan jelmaan apa-apa termasuklah seorang pakcik yang ada bagitau port udang galah. Boleh tahan ramah jugak walau pun percakapan dia tak berapa jelas.


Arab (duduk berbaju putih) dan Angah (mencangkung berbaju kuning). Aku syak, bila malam je kulit diorang ni jadi makin tebal macam kulit biawak. Atau pun darah diorang ni pahit yang amat. Sebab tu tak takut dengan ancaman nyamuk! Steady ar...


Hasil tangkapan awal pagi tu. Seperti dijangka, cuma ikan duri je yang naik. Ok la tu, memandangkan kami memburu cuma berbekalkan dua batang rod dengan mesin dan jugak sebatang joran teleskopik tanpa mesin. Ada jugak cadangan supaya ikan ni dibuat ikan masin je memandangkan saiznya yang masih kanak-kanak... Cis!!!


Petang esoknya...

...cuma aku berdua dengan Angah je. Arab yang kaki tidur masih lagi pengsan dalam bilik. Lantak la, padan muka kena tinggal.

Operasi diteruskan lagi dengan berbekalkan roti gardenia, baki sarapan pagi tu. "Kat mana?" soal Angah.

"Ala, kat tali air dekat-dekat sini je la..." balas aku sambil tersengih.


Tali air berhampiran Parit 6 Timur, dekat situ ada masjid. Saje pilih port dekat dengan masjid. Supaya bila masuk maghrib, takde la terlajak dengan alasan tak dengar azan. Bijak tak aku ni? Dah la bijak, soleh pulak tu...

Nampak tak mamat baju kuning ni? Bila malam pakai short, dah macam bapuk pulak aku tengok. Tapi siang elok pulak dia tutup aurat. Sekali lagi kau ikut aku mengail tanpa mematuhi etika berpakaian, memang aku libas dengan rod tanpa belas kasihan!


Gambar penutup. Syok gila mengail kat sini, hilang stress. Walau pun ikan paling besar pun cuma lampam bersaiz 4 jari dan takde awek kampung lalu-lalang. Kira orait jugak la. Lain kali boleh repeat. Modal pun cuma 2 keping roti je.

Sekian, assalamu 'alaikum.

Ohya, jangan tanya apa tujuan sebenar aku ke Sungai Besar kali ni. Insya-Allah aku takkan jawab. Heheheee....

~pergh, tajuk entri dah macam tajuk drama Fauziah Nawi pulak!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

16 comments:

  1. Perghhh.. citer pasal mancing.. Aku pon dah lame tak mancing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka selalu jugak buat pertandingan...

      Delete
  2. Alaaa.. baru nak tanya. Jawab la Botak, nape kau pegi sana?


    Setiap kali pergi kerja aku akan lalu jambatan Kuala Selangor. Kan jambatan tu tidak dibenarkan memancing, tapi ada jugak yang gatai pi parking motor kat situ dan pancing. Satu hari aku lalu nampak ada motor kat situ. Aku ingat orang pancing. Buat dek je la.

    Pastu esoknya aku lalu motor tu ada lagi. Sekali aku tengok rupanya itu motor xcident. Hahaha. Boleh aku tak perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku jawab "hehehe..." ok tak?

      aku pun seriau kalau mancing atas jambatan. tapi kat kuala selangor tu ada port lagi selamat. kat benteng belakang petronas...

      Delete
    2. Nasib la, sape suruh tanya. Hahahaha!!!

      Delete
    3. hampeh aa. nyesey aku tanya.

      Delete
    4. hambek kau, hahahaa...!

      Delete
  3. akak bersyukur sgt,suami bkn kaki pancing sbb seumur hidup akak tak pernah menyiang ikan darat/sungai/ikan hidup haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kaki pancing ni kena pandai siang ikan kak...

      Delete
  4. penuh liku-liku gak nak cari port yang sesuai untuk memancing nie bro..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni ok lagi. yang lagi hardcore, siap kena tracking dalam hutan, redah paya bagi...

      Delete
  5. sungai besar? try kat area Ayer Kuning pulak bro...

    ReplyDelete
  6. at least dia kelihatan bapuk, korg ada hiburanlah malam tu.. kekeke.. kira, dpt juga ikan, aku pernah candat sotong. berejam duduk tengah laut, sekor pun tak sangkut. mmg grr. tp, itulah yg pertama candat dan terakhir.. sbb geng candat smua berkeluarga selepas itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius, aku tak pernah mencandat sotong. sebab kalau duduk atas bot yang tak bergerak, cepat mabuk...

      Delete