Karma Lone Survivor

24
10:17 PM

"Heh, ntah apa-apa la kan. Yang Taliban tu kena tembak sekali dah mati. Askar Amerika ni pulak kena tembak banyak kali, baru la kawan dia tu mati. Tak logik betul kan?" Komen dia yang duduk di sebelah kiri, ketika filem sudah sampai di pertengahan.

Takpe, nanti kang masa sesi mentekedarah aku bagi jawapan yang tipikal jugak.

Di Food Junction, dalam keriuhan pelanggan yang tak reti makan sambil diam, aku mula mengajukan soalan sambil mata terus tertumpu pada makanan ala Korea di atas meja. "Sayang nak tau tak kenapa askar Taliban tu tembak sekali je dah mati? Kena head shot pulak tu..."

"Ha, kenapa...?" Dia mengangkat sebelah kening sambil tangan menguis-nguis sudu dan garpu di dalam mangkuk nasi.

"Rasanya kat sini ada tiga sebab...

Pertama, empat askar Amerika ni memang dah cukup terlatih. Bertahun-tahun diorang jalani latihan fizikal dan mental sampai ada yang meleleh air mata nak mintak balik rumah. Jadi, kalau setakat askar Taliban yang umur macam abah kita tu, apa la sangat. Baling batu kat kepala pun boleh mati tau...

Sebab kedua pada pendapat abang, adalah faktor kelengkapan. Tengok la Navy SEAL ni punya senjata macamana, scope mount tu ntah-ntah bukan setakat boleh tengok waktu malam, tapi siap boleh tau jarak sasaran lagi! Lagi pun senjata canggih macam tu, caliber lagi besar, mesti la peluru tu lagi laju pergi (aku maksudkan kejituan). Nak banding dengan AK47 tu apa la sangat. Memang la AK47 ni jenis rifle paling lasak, paling mudah kendali, tapi kelemahannya dia ni kurang jitu..." Jawab aku berjela, tak tentu hujung pangkal. Dan tak pasti betul atau salah. Tamat dua jawapan tu, aku kembali menyuap mee ramyun sebelum kembali berkata... "Amacam, ada macam Discovery Chanel tak?"

"Poyo! Abis tu, apa sebab yang nombor tiga tu?" Tanya dia lagi...

"Kemon la, dah nama pun filem Hollywood... Kalau filem perang Hong Kong lagi teruk. Baling grenade ke tengah jalan, tapi meletup boleh keluar api pulak!"

Koma...

~Ulasan serenjang aku berkenaan filem ni:

Sebenarnya aku tak berapa nak tumpukan sangat dengan lakonan (aku suka perhatikan wajah setiap pelakon filem ketika close-up) Mark Wahlberg ni sebab kami duduk di baris ketiga dari depan. Jadi sedikit mendongak. Nasib baik showtime cuma 2 jam je...

Ada beberapa adegan yang pergerakan kamera semacam sedikit terganggu, tak lancar. Disengajakan atau tidak, itu aku tak pasti. Tapi kalau sengaja, memang aku tak setuju sebab agak menyakitkan mata. Hilang fokus pada subjek.

Tak banyak unsur drama, kira ok la tu. Dah la aku duduk seat depan (nak ungkit la tu!), tak kuasa aku nak layan drama meleret-leret. Tapi part budak kecik yang salah faham tolong bawakan itik kepada Marcus (Wahlberg) tu memang kelakar. Itik tu pun pandai buat muka blur!

Aku sangat-sangat tak puas hati sebab Eric Bana mati dalam chinook yang terhempas. Damn! Kalau watak yang mati macam tu, bagi kat orang lain boleh tak? Sepatutnya dia diberikan watak salah seorang daripada tiga bertempur bersama Wahlberg tu. Baru la aku semangat sikit.

Babak mereka jatuh ke lereng bukit memang gempak. Fucking real! Beberapa kali pulak tu.Sampai entri ni ditaip, aku masih lagi teringat bunyi tulang mereka ranap terhempas ke atas batu-batu yang super keras dan tajam tu. Oh ya, satu lagi! Aku bagi dua ibu jari kat kesemua babak yang membabitkan head shot terutama yang melibatkan salah seorang Navy SEAL tu. Berlubang siot kepala askar Amerika ni!

Melihat dari sudut yang berlainan, aku tidak menganggap askar Taliban termasuk ketua mereka ni sebagai sisi antagonis yang mesti dibenci. Sebab sepanjang perjalanan filem berlangsung, beberapa kali aku cuba meletakkan diri aku di tempat mereka. Bayangkan jika ada pihak luar yang menembusi dan menceroboh masuk ke dalam negara kita, walau atas alasan apa sekali pun. Pasti aku pun akan rasa marah, sedia mengangkat senjata dan menjadikan mereka (termasuk tentera yang mengikut arahan) sebagai mangsa peluru aku. Adil bukan?

Filem ni terus mengingatkan aku akan filem Black Hawk Down. Penampilan Josh Hartnett lebih menyerlah dan steady. Mungkin kali ni aku gagal menghayati lakonan para pelakon Lone Survivor ni gara-gara kedudukan kerusi (ungkit lagi!) yang sangat tak strategik!

Sila berikan tepukan gemuruh sebab ramai yang masih duduk menatap skrin lebar sehingga kredit penutup. Benda ni jarang kita tengok. Biasanya, belum sempat kredit penutup berbaris, masing-masing berebut-rebut nak keluar. Nampak sangat pundi kencing dah penuh. Teringat filem Armageddon yang aku tengok masa asrama teknik dulu. Midnight show, abis dekat pukul 2:00 pagi .Kredit penutup dah nak abis, tapi masih ramai lagi yang terpaku mata kat skrin! Masa tu aku pun ikut humming senada dengan vokal Steve Tyler...

Pasal yang tak logiknya, mesti la ada... Aku rasa dalam situasi sebenar, mungkin askar Amerika ni cuma mampu menumbangkan paling ramai 15 orang je kot, daripada lebih kurang 30 hingga 35 askar taliban. Sebab pada pendapat aku, walau pun Wahlberg dan tiga lagi rakannya ada kelebihan persenjataan dan kemahiran bertempur, mereka tetap terkebelakang dalam aspek kefahaman terhadap rupa bumi. Senang kata, mereka ni macam pasukan pelawat la. Tuan rumah mesti la ada kelebihan kan...

Tak logik yang kedua, keadaan perkampungan tempatan yang kurang realistik (pada aku la). Tak nampak berserabut, segalanya serba tersusun. Mungkin penyediaan props macam kereta buruk, rumah kampung, pakaian penduduk atau binatang ternakan yang berkeliaran tu boleh diperbaiki lagi supaya tak nampak sangat macam dalam set penggambaran.

Tapi ada jugak yang cantiknya filem ni. Suspen memang ada, dan kena pada tempatnya. Elemen kejutan pun ada jugak, sampai terkejut beruk wanita kesayangan yang duduk kat sebelah aku ni! Hahahahaaa! Dan lagi, aku suka bila mood aku dimainkan seiring dengan bunyi berbalas tembakan, aksi askar kedua-dua belah pihak tercedera, semuanya meningkat secara natural. Tak memerlukan bantuan muzik latar. Bukan tak ada langsung, tapi amat sedikit terutama sekali semasa babak peperangan tu. Hampir menyamai filem kegemaran aku sepanjang hayat iaitu Saving Private Ryan.

Antara point utama filem ni yang asyik disebut oleh wanita kat sebelah aku adalah karma, buat baik dibalas baik. Tindakan mereka melepaskan tawanan (orang kampung) akhirnya dibalas apabila Wahlberg dilindungi sepenuhnya oleh seluruh penduduk kampung yang lain pulak. "Tapi kalau macam tu, kenapa dia sorang je yang selamat?" Tanya aku. "Sebab dia sorang je yang berkeras nak melepaskan tawanan tu. Yang tiga lagi tu bercadang nak bunuh je orang kampung tu." Jawab dia penuh yakin. Bagus, aku suka jawapan tu.

Ok, la. Itu je kot. Kalau taip panjang-panjang takut akan datang aku sendiri malas nak baca balik! Secara keseluruhan, aku bagi 3 bintang. Kurang 2 bintang sebab aku masih tak puas hati sebab Eric Bana mati...

~Jarang betul aku buat entri panjang. Review filem pun dah lama tak buat.
~Frust sebab terlepas filem Captain Phillips. Aku ingatkan ada lagi.
~Filem ni pun mungkin tak lama lagi nak ditamatkan, sebab siang tadi cuma ada satu tayangan je.
~Tiket filem Robocop untuk show sampai petang dah habis, walau pun masa tu baru pukul 11:30 pagi!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

24 comments:

  1. kahkahkah! aku suka baca rev kau ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro, apa ada hal kan...

      Delete
  2. baca review ni, teringat kat Hizairi Othman dalam Majalah MASSA yg popular sekitar 1998-1999. Kau kenal dia..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh, tu zaman jahil. mana aku nak ambik port sangat! hehehee...

      Delete
  3. Kau memang balas cakap aweks kau kan?


    Eh jap. Armageddon masa asrama teknik? Berapa umur kau ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa, kira la sendiri. tapi jangan kuat-kuat...

      Delete
    2. Masa tu sek teknik form 4 5 atau form 1 to 5?

      Delete
    3. Secara teknikalnya, aku nak uji kecekapan kira2 kau.

      Delete
  4. nice one..aku tgk review filem.. macam konspirasi ja, ye la filem hollywood, confirm ending diorang juara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau pun `based on true story/event' tapi tetap tak boleh nafikan mungkin terdapat sedikit modifikasi untuk menambahkan kesan dramatik. apa pun, filem ni lebih berbaloi kalau aku dapat seat yang cantik!

      ...ungkit lagi. heheheee...

      Delete
  5. Sebab Ke-10: Allah saja nak panjangkan nyawa askar Amerika tu kot, mana tau nanti depa masuk Islam. Dan Taliban tu pula mati...memang seronok sangatlah depa mati kerana tujuan mereka perang pun adalah untuk mati syahid, akhirnya tercapailah cita2 mereka untuk mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua tak perasan sebab yang ni. Patut letak no. 1...

      Delete
  6. PANJANG BERJELA PUNYA REVIEW.. AKU PLAK JANGAN CAKAPLAH.., DAH LAMA TAK MENONTON WAYANG.. LEBIH 6 TAHUN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti wilayah bro, apa lagi... Ambik kesempatan la.

      Delete
  7. Dah lama tak pi panggung.

    Hik! Apapun, terima kasih kerana sudi menyinggahi blog IM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau zaman dulu nak keluar tengok wayang, mesti lagi seronok kan. Adventure...

      Delete
  8. robocop x best... pendapat aku la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe bro, kita test power dulu.
      -aku tak suka sut yang baru ni, tapi hitam memang gempak!

      Delete
  9. betul...cerita nie memang antara yang terbaik...walaupun jalan cerita dia ada sedikit propaganda US..tapi biasa laa, filem hollywood kan??hehehe

    berbalik kepada brader sblah tu penjelasan logik dan ringkas ialah latihan..navy seal tu memang dilatih untuk menembak dengan betul even dalam real life pun memang camtu..sebab tu polis nak bunuh penjenayah 3 das dah cukup..tapi penjenayah kalau tembak bg 3 magazine pun belum tentu cukup..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu la kebanyakan `penjenayah kaya'. nak bunuh sorang pun abis 3 magazin! fuh...

      Delete
  10. panjangnyeeee.. tapi ade je entry sebelum ni lagi berjelar kot.
    tak tengok cerita ni. da lama tak pergi tengok muvee. hee

    kau pergi mid valley eh. memang sit depan jela weh! bapak ramai orang kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok show yang lambat lagi, dapat la seat cantik kot.

      aku tak nampak pulak sesiapa tengok movie bawak bapak, tapi kalau bapak orang tu ada la... hahahaa!

      Delete
  11. haha bongekkkkkk.................. malas layan. kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheee, jangan lupa jemput!!!

      Delete