Kemon Wak Mar, Semangat...!

25
11:16 PM
6:10 petang
Ahad
23 Feb 2014
Pusat Perubatan Universiti Malaya

"Alamak, kalau la boleh pasangkan recorder. Lepas tu tekan play bila orang tanya..." Begitulah jawapan Wak Mar bila ditanya tentang kemalangan yang berlaku minggu lepas, secara berseloroh. "Sepuluh orang datang, sepuluh orang tanya benda sama". Sambung anak bongsunya pula dan disambut dengan gelak ketawa kami.

"Tapi takpe la, itu kira macam nak bagi semangat jugak. Sebenarnya macam ni..." dan dia lantas menceritakan dengan terperinci tentang apa yang berlaku di persimpangan Jalan Ampang - Jalan Jelatek tempohari. Tentang bagaimana sebuah kereta membuat pusingan-U secara tiba-tiba tetapi perlahan, sehingga dia terjatuh dihempap motosikal sendiri. Tentang bagaimana tiada segaris calar pun di badan kereta itu. Tentang bagaimana pemandu itu menguruskan segala keperluannya memasuki hospital itu. Dan juga bagaimana dia menghadapi masalah untuk membuang air kecil dan besar.


Jika tidak cukup diceritakan secara lisan, dia akan mensimulasikan adegan kemalangan itu dengan bantuan tiga batang sudu plastik, air kotak Anlene dan sebiji epal. Tak ubah seperti babak dalam filem Baik Punya Cilok. Apa pun, orang tua berusia awal 60-an ni memang pandai berjenaka walau pun pada ketika itu, dia adalah penghuni di situ untuk lebih kurang dua atau tiga minggu lagi.

Hmm, setengah jam berada di wad ortopedik jelas telah mengingatkan akan pengalaman aku 10 tahun lalu di Seremban. Juga atas alasan yang sama...

~Wak Mar ni orang jawa. Kadang dia pernah jugak try cakap jawa dengan aku, tapi aku balas sikit je sebab dia tak tau yang sebenarnya aku ni Jawa Jerman (jawa murtad!).

~Rasa macam dah lama pulak tak up entri baru. Al-maklum, blogging guna pc ni lagi syok daripada telefon bijak.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

25 comments:

  1. ok la tu, dapat yang jenis bertanggungjawab, semua diuruskan. kalau dapat yang jenis mementingkan diri sendiri mmg jadi kes langgar lari la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menggigil jugak budak tu hantar wak ni pergi hospital. hehee...

      Delete
  2. wak mar..ingatkan wak doyok..haha..semoga wak mar cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah. makan masa kot. tulang dah berumur...

      Delete
  3. Semoga cepat sembuh...
    Salam pagi isnin...

    ReplyDelete
  4. Baru-baru ni pun aku langgar orang. Sebab tu bila orang tanya apsal kereta aku kemek, aku malas nak jawab. Nanti setiap yang tanya tu aku kena ulang balik benda yang sama banyak kali. Sama macam W Mar tu la aku perlukan bantuan pensel dan kertas. Lagi pun aku ni jenis yang kalau bercerita aku suka kalau orang faham apa yang aku cuba sampaikan. Faham benda yang sebenar, bukan tokok tambah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak faham la komen kau ni. boleh ulang balik? kalau boleh, dengan diagram sekali... hahahaa...

      Delete
  5. SIAPAKAH WAK MAR? APAKAH HUBUNGAN WAK MAR DENGAN SM BOTAK? ADAKAH BERSAUDARA ATAU PON HANYA KAWAN?

    HUH.. SOALAN MACAM WARTAWAN LE PULAK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fai, tengok gaya kau dengan bawa kamera tu pun silap minit orang ingat kau wartawan. Hehehe.

      Delete
    2. dia ni kira macam jiran jugak la. apai si wartawan ni. you don't play-play ha...

      Delete
  6. Jawa murtad? Huhuhuhu....Saya ni Siam murtad, sebelah ayah asal dari selatan Thailand, tapi saya haram sepatah bahasa Siam pun tak paham, kecuali sawadikaap(selamat datang)!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan, minum, tidur, kencing... tu memang fasih la.

      Delete
  7. kawan aku, jawa hybrid..hahaha

    ReplyDelete
  8. Tengok gaya cerita, rasanya Wak Mar ni kaki sembang ni. Mesti seronok kalau dapat lepak borak-borak sambil mengeteh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kenduri, kalau dia takde macam tak bermakna...

      Delete
  9. orang jawa kalau cerita mesti beria ria gila kan.. aku tengok ayah aku kalau balik kampung, cerita sampai muncung2 mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum jumpa arwah nenek aku lagi (kurang sebulan lepas). dia siap pandai ajuk dialog orang lain lagi tu...

      Delete
  10. sib baik yang langgar tu jenis yang ada civic minded skit..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menggigil siot mamat tu drive balik (wak mar yang cerita)...

      Delete
  11. tang wak mar cakap, aku baca dengan nada ala-ala jawa. fuuhh. *kesat peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi masa sembang biasa macam tu, bunyi standard. Pandai dia simpan slang tu...

      Delete
  12. nama penuh wak mar tu..ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. marni bin apa entah. macam nama perempuan kan? nama arwah yaie (atuk) aku pun macam perempuan jugak.

      Delete