Kerjaya Tanpa Wanita

27
4:22 PM
Jururawat? Oh yeah...! Apa yang menarik dengan hospital terutamanya swasta atau separa kerajaan adalah jururawat pelatih mereka. Comel-comel, lawa-lawa. Terus hilang gundah gulana di hati ni bila tengok diorang tersengih. Langsung takde rupa kerang busuk, lagi macam bunga ros tengah berkembang ada la.

Kalau aku masuk wad sebab kena heart attack, ada kebarangkalian aku akan duduk lama kat situ. Bukan sebab penyakit jantung makin teruk, tapi sebab datang penyakit lain pulak iaitu penyakit mengada-mengada.

Tapi satu fenomena yang aku perasan sejak akhir-akhir ni ialah dominasi wanita terhadap kerjaya dalam bidang kejururawatan yang sekian lama sinonim dengan mereka dah semakin dicabar oleh jantina yang lagi satu. Dan apa yang aku respek sangat kat budak-budak lelaki ni adalah...


...diorang takde langsung sifat lembut. Steady je mengekalkan identiti kejantanan mereka. Berbeza dengan beberapa nama besar (lelaki) dalam bidang yang dikategorikan khusus untuk wanita. Apa perlunya kau berkeadaan serupa sotong kena rendam air longkang bila engkau menceburi bidang masakan, solekan atau rekaan fesyen (sekadar contoh)? Tak payah la brader. Gua memang dari dulu alergic...

Ok, berbalik kepada tajuk entri. Dalam banyak-banyak bidang, profesion apa yang langsung tak diceburi oleh wanita? Siapa dapat jawab selain daripada jawapan yang aku bagi ni, dia memang power. Layak bertanding jadi calon bebas dalam mana-mana pilihanraya kecil.

Setakat ni, aku baru ada satu jawapan iaitu SURVEYOR. Kat sini aku maksudkan `land surveyor' tau, bukan `quantity surveyor'. Dua jenis surveyor yang jauh berbeza. Kenapa aku bagi jawapan ni? Sebab sejak dulu sampai la sekarang, aku perhatikan memang ramai pelajar perempuan yang ambik kursus Kejuruteraan Geomatik (istilah yang nampak cerdik sikit) tapi bila masing-masing dah grad, takde sorang pun yang keluar bekerja sebagai surveyor. Yang ada cuma masih dalam bidang yang sama je, contohnya pentadbiran tanah, GPS atau pun remote sensing (aku ada sentuh sikit kat sini dan sini banyak-banyak tak reti sebab aku belajar tak tinggi mana pun).

Mungkin sebab kerja sebagai surveyor ni satu-satunya kerja yang terlalu melibatkan fizikal. Bukan bermaksud takde kerja lain yang lasak. Tapi bila jadi surveyor ni, cabaran yang akan dilalui jauh berbeza.

Apa, perempuan takde yang cukup lasak ke? Takde yang berani masuk hutan, randuk air paya paras pinggang, berendam dalam air pasang, bertenggek atas tunggul kayu yang bawahnya jadi laluan ular, menyelinap celah-celah jerumun babi hutan atau tak cukup kuat semangat untuk melalui denai gajah yang tapak kakinya masih panas tu ke? Ada, bukan takde.

Cuma masalah kesesuaian, itu je. Cuba bayangkan kau seorang perempuan yang masuk hutan untuk kerja-kerja topografi, memimpin satu team yang semua `chainman' (atau aku panggil mat parang) adalah lelaki. Tak pernah lagi dalam sejarah peradaban manusia ni ada perempuan kerja jadi `chainman', memang takde. Jadi macamana pulak dengan persoalan pergaulan kau sebagai satu-satunya perempuan dengan lelaki-lelaki yang lain dalam hutan tu? Kalau kena stay dalam hutan (contohnya rumah kongsi pembalak) pulak macamana?

Ha, itu aku baru bagi satu sebab kenapa perempuan tak boleh jadi surveyor. Belum cerita A sampai Z lagi cabaran jadi surveyor ni. Memang boleh lemah semangat la.

Tapi, walau apa pun aku tetap respek pada golongan wanita yang berani mencuba. Dan lantas mengingatkan aku akan sorang budak praktikal (perempuan, lawa pulak tu) masa aku kerja kat JB dulu. Selamba je aku suruh masuk semak, pasang tripod tanpa merungut. Kesian aku tengok kulit dia yang putih dan licin tu. Hahahahaaa...! Nasib kau la wahai budak mix Chinese-Melayu dapat brader senior macam aku ni...

Ha, dah dapat ke apa kalian punya jawapan pasal soalan `kerjaya yang tidak diceburi oleh wanita' tu? Sila la tambah nasi, jangan malu-malu... Tapi kalau nak tukar soalan jadi `kerjaya yang tak diceburi oleh lelaki' pun boleh. Nak jugak tau apa dia kan...

~Entri ada kaitan: Skeptis

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

27 comments:

  1. Kerjaya yang tidak diceburi oleh wanita?

    Kerja menikahkah orang kahwin. Tak de pun wanita yang ceburi. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu berkaitan dengan syara'... hm, aku terima separuh je jawapan tu.

      Delete
  2. tak pernah lagi tgk perempuan bawa backhoe/ crane.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang bancuh simen dengan ikat bata dah ada, biasanya pekerja asing...

      Delete
  3. Wanita di mana2...bilangan wanita melebihi lelaki di semua sektor - kerajaan atau swasta. Kalau pergi ke kampus semua universiti juga sama - bilangan perempuan melebihi lelaki. Satu tempat saja lelaki melebihi wanita - di Pusat Serenti!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar masuk, keluar masuk... semuanya lelaki. rasa macam makin pupus pulak lelaki `kacak' kat luar ni...

      Delete
  4. aku tak pernah nampak perempuan tar jalan. tapi taktaulah kot-kot memang ada tapi kat tempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, yang ni aku setuju. terlalu fizikal dan mental tu. aku faham perasaan bila berada kat tengah panas, kawasan lapang. bulan puasa pulak tu...!

      Delete
  5. Kerja pasang kabel letrik TNB yang tinggi-tinggi tu...tak nampak lagi wanita dok kat atas bergayut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah lay kabel dan pasang atas tiang.. wink wink..

      Delete
    2. yang pasang cable pun tak pernah nampak. tapi yang kerja maintenance/electrical panjat tangga ke siling tu memang dah ada.

      salute la kat kau Ha...

      Delete
  6. bro..kau tulis pasal landsurveyor aku teringat kerja aku 20 tahun lepas...lebuhraya PLUS tu area Tapah - Bidor - Sungkai adalah hasil kerja aku dan kawan kawan seperjuangan...syukur aku ada contribute to the country!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun bangga bro, walau pun ramai yang pandang kerja ni macam kotor...

      Delete
    2. tripod tengah panas...chainman tebas resam tu adatle...randuk air, berendam air paya,betenggek kat tunggul bawahnya ada kulit ular sawa baru bersalin kulit..ngeriiii...tapi semuanya sudah dilalui untuk cari rezeki...

      Delete
    3. adventure gila ar. chainman tak sengaja cantas dahan yang ada ular, buang air besar (kecemasan) lepas tu cuci guna air lopak, mujur malam sebelum tu hujan. hahahaaa!

      Delete
    4. paling best angkat 4 wheel drive suzuku SJ40 tu pakai tenaga manusia bila tayar pancit dan jek terlupa bawak...

      Delete
    5. Hahahaa... aku punya iswara pernah terbenam kat jalan balak. Mujur ada tokey ladang lalu dengan 4wd, lepas setengah hari tersadai...

      Delete
  7. kat tempat kerja IM, biasanya techician adalah lelaki tapi bebaru ni baru tahu rupanya ada technician perempuan.

    plant site pula selalunya di dominasi oleh lelaki tetapi dah ada wanita pula. walaupun nampak kerjanya nampak cergas dan tangkas tapi kewanitaan masih nampak anggun dan menarik

    paling baru, majikan IM ambil lelaki Nepal sebagai operator pengeluaran yang selalunya adalah wanita...

    kecohlah geng surau minta IM deal dengan HR sebab apa lelaki nepal tu di tempatkan di hostel perempuan pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops, kena asingkan cepat. mencegah lebih baik daripada merawat...

      Delete
  8. belum ada lagi chargewomen, wirewomen.... lama dah aku keja dlm bidang ni tp wanita kebanyakannya akan ambik hi lavel terus jadi ketua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sama macam bidang yang aku maksudkan ni. ramai akan masuk level bos-bos...

      Delete
  9. ko masih contact lagi tak dengan budak practical tu??hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak, kerana dia terlalu comel untuk diriku... hahahaa!

      Delete
  10. KERJA PANJAT POKOK KELAPA POMPUAN ADE TAK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa, zaman sekarang ni lelaki pun dah tak minat kot. dah ada yang nak ambik alih...

      Delete
  11. Kerjaya yang lasak ni, pada aku elok direserved pada lelaki je. Bukan apa, kesian pulak kalau nak disuruh-suruh. Kalau tak suruh kang, tak kan nak datang kerja goyang kaki jadi patung cendana.

    Walaupun aku menyokong hak sama rata bagi lelaki dan perempuan, tapi dalam bab kerja, eloknya diadakan pengasingan gender bagi skop-skop kerja tertentu.

    Kalau nak perempuan tu nak jugak, nak tak nak kena jadi lasak la. Bak kata orang tua-tua, 'macam jantan!'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksis. Selalu mintak hak sama rata, tapi terlupa dengan konsep keadilan. Takkan la nak bagi makan orang gemuk sama dengan yang kurus. Sama rata, tapi tak adil.

      Delete