Loose Honda Mayat

11
10:06 PM
Kebiasaannya Hotwheels akan keluarkan model diecast berdasarkan kereta keluaran dari negara Amerika. Dalam satu siri penuh, agak jarang jugak terisi dengan model kereta buatan negara dari Asia (aku maksudkan Jepun).

Cuma dua minggu lepas kalau tak silap, aku terjumpa satu model kereta yang dah dikira sebagai legend kat Malaysia. Siapa yang kaki kereta tu mesti biasa dengan Honda Mayat. Ye, kereta power takde bontot yang ada beberapa versi tu.

Yang tak tau, tengok gambar kat bawah ni:



Sesetengah pengumpul Hotwheels takkan keluarkan kereta mereka daripada kad, sebab tak nak menjejaskan nilainya pada masa depan. Berbeza pulak dengan aku. Tak kira la sama ada model tu jenis yang mudah didapati atau pun ada potensi jadi rare pada masa depan, aku tak peduli. Aku tetap nak keluarkan jugak. Biar jadi loose.

Tak best langsung kalau beli, tapi cuma dapat tengok je. Takde kepuasan memiliki sebab langsung tak boleh nak pegang, belai atau belek secara lebih dekat dan terperinci... Dah macam pasangan yang baru bernikah tapi tak boleh tidur sebilik. Apa barang...!

~Entri ini terhasil lepas baca kisah Misteri Honda Mayat ni.

~Entri berkaitan
Bertemu Jodoh
Volkswagen Ikan Emas
Aku Seorang Kanak-kanak

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

11 comments:

  1. AKU ADA JUGAKLAH KUMPUL HOTWHEEL NI.. AKU KELUARKAN JUGAK.. TAPI SIMPAN TINGGI-TINGGI.. ANAK-ANAK NAK MAIN BARU AKU KELUARKAN DENGAN PEMANTAUAN TELITI DARI AKU.. HILANG SEBIJI PUN AKU TAHU.. :)

    ReplyDelete
  2. Betul, betul... walau pun harga tak sampai rm10 tapi bila dah jadi collectible item, kena jaga betul2...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana bantu mempromosikan blog saya di sini..Tentu Honda mayat SM dijaga dengan baik...hari-hari mandi, sabun dan shampoo...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak karat ke mandi sabun shampo hari-hari?

      Delete
    2. Alamak, bagai menatang minyak yang penuh! Kalau betul2 ada chemical pencuci, berus habuk pun guna yang special punya...

      Delete
  4. oo kereta mayat tu maksudnya takde bontot ke?
    pemahaman aku selama ni, kereta mayat tu, yg lower gila-gila tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pemahaman aku, itu la dia. Cuma digunakan untuk honda je kot, sebab AD resort tu orang tak panggil nissan mayat pulak.

      Delete
  5. bila anak dah besar ni, koleksi kereta kecil macam ni dah hilang ntah kemana...

    ReplyDelete
  6. fuh...lama giler dah aku tak dengar perkataan "honda mayat" nie...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete