Makanan Terakhir

22
10:33 PM
Telah keluar satu soalan di History Chanel berkaitan dengan rancangan All You Can Eat sejak beberapa hari ni yang berbunyi begini: What would you choose for your last meal?

Setahu aku, soalan ni biasanya akan diajukan kepada banduan akhir je. Tapi kalau soalan ni ditujukan kepada aku dan memerlukan jawapan yang direct, aku akan jawab...


"...berikan aku semangkuk nasi putih berlaukkan sup daging dengan minuman barli limau suam!"

Pergh, pada aku menu ni mampu menghilangkan seketika emosi ketakutan yang ada tatkala mata pedang atau tali gantung dah betul-betul mencecah kulit tengkuk.

Apa makanan yang paling sedap dalam dunia ni? Pada aku memang, tiada... Masing-masing Tuhan dah kurniakan citarasa yeng berbeza. Tak mungkin kita semua akan sepakat akan satu perkara. Lebih-lebih lagi nak memilih satu benda terbaik antara yang terbaik.

Yang penting di sini, biarlah aku memperolehi kepuasan dalam satu hidangan tu walau pun tak sedap pada pandangan orang lain...

Sumber gambar dari sini.

Kebetulan aku terjumpa gambar nasi berlaukkan sup daging, sebijik dengan cara yang aku suka. Begitulah, sama ada lauk sup, tom yam atau asam pedas, aku memang suka makan dengan stail macam ni. Campurkan sekali dalam mangkuk dan dibanjiri dengan kuah!

Sahabat semua, apa pulak menu yang kalian akan pilih? Sila jawab straight forward ya, sebab jawapan (menu pilihan) tu mungkin dapat menggambarkan personaliti kalian...

Hahahaaa!!!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

22 comments:

  1. Aku suka mehon tomyam tanpa daging.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6/2/14 07:38

    Keli goreng garing.....hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku, tinggal kepala dengan tulang tengah je...

      Delete
  3. sup daging pn sedap..

    letak sambal kicap sikit.. tambah tempe goreng..
    dengan sayur kacang pjg goreng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tempe dengan tauhu goreng aku tak suka buat lauk, lagi ngam cicah sambal kicap je. Perah limau sikit...

      Delete
  4. nasi putih panas dan telur dadar.
    lepas operate dan hanya minum susu melalui tiub selama 3 minggu, itulah menu pertama yg aku cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu aku sama dengan menu Ha. Cuma tambah kicap.

      Ha, kau operate apa?

      Delete
    2. Haah, apa kes?

      Aku dulu lepas operate, banyak tido je...

      Delete
  5. Botak, bukan ke sekarang ni last meal tu dah dimansuhkan atas alasan pembaziran duit. Sebab ada sesetengah banduan minta menu yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembaziran jadah menda pulak, bukan diorang mintak cincin permata pun. Berapa sangat la nilai paling tinggi satu hidangan tu banding elaun korek hidung menteri kita. Dengan orang nak mati pun mau berkira ka? Hehehee...

      Delete
  6. aku tak pasti aku nak makan apa. sebab aku suka makan !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi personaliti aku jenis apa? haha terfikir.

      Delete
    2. Kau adalah personaliti yang suka makan! Hahahaa...

      Delete
  7. Kalau saya ditanya, saya akan jawab saya nak makan angin...lagi jauh lagi bagus!!

    ReplyDelete
  8. setiap kali balik kampung, mak saya pasti masakkan lauk tumis daging dan sawi sebab itu memang makanan kegematan saya sejak kecil.... so mungkin itu boleh jadi makanan terakhir saya, san pastinya mak saya yang buat, bukan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, kebanyakan orang akan pilih masakan mak walau pun dia tu seorang chef bertaraf 5 bintang!

      Delete
  9. macam budak2 suka makan nasi kuah banjir. haha yee tak suka suppppp!! sebap xde warna. haha

    aku nak char kuey teow + milo aisssss... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna jatuh no. 2, yang penting rasa kat lidah. hehee...

      Delete
  10. haha kalau mak aku buat, mesti sup tu pekat gilaaaa. huuuuu mmg melekat kt tekak..

    ReplyDelete